Tuesday, January 19, 2010

Syaziman Abu Mansor Menteri Kerja Raya yang pandir

Blog Che Det mendedahkan bahawa setiap hari sebanyak 700 buah lori mengangkut pasir dari Johor ke Singapura. Kata mereka yang ingin menegakkan benang basah bahawa itu bukan pasir tapi silica.

Silica adalah sejenis bahan di dalam pasir yang digunakan secara pesat dalam industri kaca, gelas minuman, botol kaca, optik fiber dan lain-lain.

Kalau dicongak satu hari 700 buah lori dan satu tahun 253,000 lori, persoalannya yang mana satu silica yang mana satu pasir?

Menteri Kerja Raya mesti menyakinkan kabinet berapa lori pasir dan berapa lori silica satu tahun dan rakyat berhak tahu kerana inilah tanah tumpah DARAH mereka.

Jangan pula ada "arrangement" dalam pasir ada silica dalam silica ada pasir.

9 comments:

  1. Inilah caranya depa buat duit dari menjual aset negara yg adalah kepunyaan rakyat jelata.
    PRU13 akan menentukan segala2nya!

    ReplyDelete
  2. Bukan dalam silica ada pasir, tapi dalam pasir ada silica..itulah alasan terbaik untuk membawa pasir ke Singapura.

    Di borang istihar: SILICA
    Di dalam lori: PASIR

    ReplyDelete
  3. Dia org ni pandai Mummy, dpt kelulusan dari PTG kata pasir tu ada byk "silica content" makanya boleh ekspot dan bukannya dilarang(pasir biasalah).Perkara ini dan bertahun2 dan bukan pakai lori sahaja ekspot,kapai pun ada.Dulu2 diorang antaq pasir tapi cover dengan rumput.Rumput nipis dan pasir teballl..makanya ekspot rumput bukan pasir.Pandai sungguh diaorang juai negara....

    ReplyDelete
  4. dalam pasir ada silika. sbb kandungan pasir majoritinya adalah mineral quartz kerana ia tahan luluhawa. mineral quartz pula merupakan mineral dalam kumpulan silica.

    sekadar memberikan pengetahuan geologi yg ada.

    ReplyDelete
  5. Dari Pegawai atasan hingga bawahan
    Dari Putra Jaya hingga ke Pejabat Tanah
    Dari Perlis hingga ke Johor semuanya ........ duit duit
    Rasuah rasuah.
    Melayu tak tolong Melayu
    Cina tolong cina
    Tamil pukul tamil.

    ReplyDelete
  6. Soal sahaja ketua Imigresen Tambak Johor dan Menteri yang berkenaan.SPRM boleh siasatDengar-dengarcerita lori itu bawa pasir.

    ReplyDelete
  7. Bro dan bro, hari ini keluar berita, esok depa dah bawa silica 101%...
    Bila kita diam, depa hantar pasir semula..

    Nak siasat dan nak soal siapa, semuanya 'hantu raya dan pengkhianat di sana'.

    Cuma, duit yang depa kumpul dari amalan yang salah akhirnya terpaksa mereka belanjakan semula untuk diri sendiri dan anak cucu bila ditampa sakit yang kronik, masa tu, duit sudah bukan segala galanya..

    ReplyDelete
  8. Bonda suka baca blog chet det, penuh dengan intipati dan kritikan

    ReplyDelete
  9. Masyaallah awat la yang bodoh sangat unit media wangsa maju ni. Orang cerita pasal curi pasir bawak luar negara.Pasir tu dicuri bawa ke Singapura la bahlul.

    Dok tak habih habih Anwar lagi. Lori tu Anwar punya kot?

    Enjin kapal terbang hilang dan pasir hilang tu pun Anwar punya kerja la. Betapa beruntungnya UMNO/BN dapat penyokong macam unit media wangsa maju ni.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.