Wednesday, January 13, 2010

Kegawatan Politik Melayu punca kejatuhan maruah Islam


Posting di bawah diambil dari artikel http://www.perkim.net/ sebagai mengenang jasa YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di dalam memainkan peranan mengembangkan syiar Islam dalam negara ini.

Usaha menterjemahkan keindahan dan kecantikan Islam yang telah gerakkan oleh YTM Tunku bukannya satu perkara yang mudah.

Tetapi hari ini semuanya tenggelam kerana gelombang kegawatan politik sesama Melayu sehingga mereka yang benar-benar berjasa kepada Melayu dan Islam telah diaibkan dan dilupakan.

Kesan mendalam daripada pergeseran parti-parti politik Melayu hari ini juga telah menyebabkan maruah Islam telah dicabar.



Yang Teramat mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan sahaja digelar 'Bapa Merdeka', 'Bapa Malaysia', tetapi juga digelar 'Bapa PERKIM'.

'PERKIM' - 'Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia' - telah ditubuhkan di
rumah rasmi Tunku - rumah Perdana Menteri di Kuala Lumpur pada 19 Ogos 1960.

Pada hari itu, Tunku telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa orang Islam
yang berminat, dengan tujuan hendak menubuhkan sebuah badan yang akan berusaha mengembangkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu (Malaya).

Pada hari itu, YTM Tunku berpendapat bahawa sungguhpun tujuan utama mereka hendak menyampaikan seruan Islam kepada mereka yang belum beragama Islam dari semua kaum di Malaya, terutamanya dari kalangan orang Cina. Nama yang dipilih ialah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaya - ringkasnya 'PERKIM'. Beberapa tahun kemudian apabila lahir negara Malaysia, maka perkataan Malaya ditukar kepada Malaysia.

Yang hadir di perjumpaan itu, selain daripada YTM Tunku ialah Tuan S.O.K
Ubaidulla, Tuan Haji Mohamed Ali Taib, Ustaz Nik Mahyudin Musa, Tuan Haji Ally
Maricar, Tuan Sheikh Ahmad, Tuan Haji Ahmad Damanhuri, Tuan Syed Jaafar Albar, Tuan Haji Ali Raya, Tuan Wan Kadir dan Tuan Haji Abdul Mubin Sheppard. Pada petang itu juga, YTM Tunku telah menyerahkan sekeping cek bernilai dua puluh ribu ringgit sebagai sumbangan pelancaran.

Sebelum mesyuarat ditamatkan, YTM Tunku memeberitahu bahawa beliau akan menyembahkan laporan berkenaan pertubuhan ini (PERKIM) ke bawah Duli Raja-Raja Melayu, dan meminta sokongan dari kerajaan- kerajaan negeri masing-masing. Maka sebagaimana yang dijanjikan, YTM Tunku telah membawa laporan penubuhan PERKIM kepada Majlis-Majlis Raja-Raja dan telah mendapat restu dari Duli-Duli dan kerajaan negeri.

Sungguhpun YTM Tunku sentiasa sibuk dengan tugas Perdana Menteri dan lawatan ke luar negara, YTM Tunku sentiasa memberi perhatian berat kepada perjalanan PERKIM dan membantunya apabila perlu.

Di antara masalah yang dihadapi oleh PERKIM dari permulaan ialah ketiadaan orang Cina di Malaya yang layak bertugas sebagai guru atau mubaligh dan boleh menyampaikan seruan kepada kaum Cina. (Tuan Haji Ibrahim T.Y. Ma, bekas konsul Cina di Malaya sebelum Perang Dunia kedua) masih tinggal di Sinagpura dan hanya dijemput datang ke Kuala Lumpur serta memberi tenaganya kepada PERKIM kira-kira tiga bulan sekali.

Jawatankuasa Kerja mengambil keputusan untuk menjemput beberapa tokoh orang Cina Islam dari Taiwan. YTM Tunku telah memberi arahan khas supaya kebenaran masuk luar biasa diberi kepada orang yang berkelayakan. Sungguhpun kebenaran ini telah diberikan, Jawatankuasa Kerja mengalami kerumitan untuk memilih tokoh Cina Islam yang layak kerana mereka hanya faham Bahasa Cina dan tidak dapat berhubung dan berunding dengan ahli-ahli Jawatankuasa atau pegawai-pegawai kerajaan. Masalah ini terus menghalang usaha PERKIM dan kira-kira setahun kemudian, Jawatankuasa mengambil keputusan untuk mengadakan Pusat Latihan Mubaligh di mana orang Melayu akan belajar Bahasa Cina sambil belajar agama Islam dan cara menyampaikannya kepada orang ramai.

Pada awal tahun 1962, YTM Tunku telah memberi perhatian kepada masalah orang Islam penduduk di Sarawak yang tidak diberi layanan langsung oleh Kerajaan British di situ. YTM Tunku telah bersetuju supaya PERKIM memeberi pertolongan kepada Persatuan Islam Sarawak.

Dengan contoh layanan dan pertolongan yang dicatatkan dengan ringkas ini, sudah nyata bahawa YTM Tunku, sungguhpun sangat sibuk dengan berbagai-bagai tanggungjawab lain, telah memberi sokongan kepada PERKIM yang dilahirkan di rumahnya.

Dengan daya usaha YTM Tunku, nama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dikenali sebagai badan Islam yang berpengaruh luas di negara Islam dan menjadi anggota di Badan Muktamar Islamiah sedunia. Badan itu berpusat di Beirut dan Mufti Besar Palestin, Syed Amin Al-Husaini adalah Yang Dipertuanya. Maka dua orang wakil PERKIM telah dijemput hadir di perjumpaan Muktamar di Baghdad pada tahun 1962 dan Setiausaha Agung badan itu telah melawat ke Kuala Lumpur serta diberi layanan oleh PERKIM.

Hasil dari lawatan itu, deengan persetujuan YTM Tunku, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tempat persidangan wakil-wakil Islam dari sembilan belas buah negara di Asia Tenggara. Persidangan itu telah diadakan di Dewana Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh YTM Tunku pada 28 Januari 1964.

Usaha menyiapkan dan mentadbirkan persidangan ini diserahkan kepada Jawatankuasa kerja PERKIM. Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis. Mufti besar Palestin telah dibawa oleh wakil PERKIM melawat ke beberapa tempat di mana PERKIM menjalankan usahanya termasuk Pusat Latihan Mubaligh dan Balai Islam Kelang.

Rancangan PERKIM hendak mendirikan Balai Islam di Kuala Lumpur sentiasa diberi sokongan oleh YTM Tunku. Masalah yang utama ialah usaha mencari modal untuk pembinaannya, tetapi YTM Tunku telah memberikan bantuan dengan beberapa cara.

YTM Tunku telah meminta jutawan Runme Shaw di Singapura memberikan kepada PERKIM dari hasil tayangan perdana filem yang bertajuk "Lawrence of Arabia" di Kuala Lumpur, dengan syarat kutipan dari tayangan itu digunakan untuk tabung pembinaan. Hasil dari kutipan itu berjumlah RM 26,000.00 dari sekali tayangan.

Masalah memberikan latihan kepada mubaligh muda diberi perhatian oleh YTM Tunku dengan menyewa sebuah rumah di Batu 4, Jalan Ampang bagi tujuan tersebut.

Dengan adanya YTM Tunku dalam jawatan Yang Dipertua berbagai rancangan dapat dihidupkan kembali, terutama sekali rancangan pembinaan Ibu Pejabat PERKIM di atas tanah di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur yang telah diberikan oleh Menteri Besar Selangor atas permintaan YTM Tunku.

5 comments:

  1. MUMMY, MACAM MANA PULA PENCAPAIAN PERKIM SEKARANG DI-BAWAH DR. MAHATHIR.

    ReplyDelete
  2. alahai... malangnya melayu. sanggup gadai maruah dan agama kerana gila kuasa... alahai...

    ReplyDelete
  3. Tajuk yang sesuai juga adalah "kedangkalan pemimpin melayu dulu dan sekarang mengancam maruah islam hari ini dan masa depan"

    ReplyDelete
  4. Aslkm,slm ziarah,nice blog.Erm,nak tahu info yang unik x ? jom ke blog saye ni di http://tolongsenyap.blogspot.com ,n jgn lupe linkkn blog ni jgak,ok bye

    ReplyDelete
  5. Dr M elok tarbiah dan ajar anak sundri mengucap ..tak payah nak sebok2 dengan perkim..

    san miquel syarikat arak pilipina sapa yang punya share ? kini dah bebas jual di malaysia ..

    apa erti nya kekayaan ..kalau bangsa sundri jadi pemusnah agama dan bangsa.
    arak adalah bapa segala kejahatan..pikir la melayu oiiii.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.