Saturday, February 6, 2010

Jual maklumat samalah seperti menjual negara

Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi mendedahkan satu lagi kes yang terbesar di dalam Angkatan Tentera Malaysia apabila di dapati ada pegawai-pegawai dalaman ATM yang menjual maklumat kepada kedutaan asing.

Mereka-mereka ini jika di medan peperangan digelar petualang, pembelot, talibarut, hanturaya atau apa juga gelaran seharusnya ditembak dahulu.

Sejarah telah membuktikan sesebuah empayar itu jatuh ke tangan musuh bukannya kerana musuh itu kuat tetapi berpunca dari pembelot-pembelot dalaman sendiri yang menjual maklumat kepada musuh. Mereka mudah disogokan samada menjanjikan jawatan, wang atau pun wanita.

Zahid Hamidi harus menelanjangkan identiti mereka ini, rangkaian-rangkaian mereka mesti dimusnahkan sehingga ke lubang cacing.

JIka maklumat ATM satu kementerian yang strategik telah dibolos apa lagi dengan kementerian-kementerian lain?

Apakah Najib semasa menjadi Menteri Pertahanan dahulu gagal menghidu pembelot-pembelot ini?

7 comments:

  1. salam mummy rok..
    bukan hendak memandai2..tapi sejak si bekas penyokong anwar ibrahim ni memegang port folio pertahanan negara,saya dah terduduk..spontan dalam fikiran saya..habis laaa..

    bukan nak pertahankan najib,tetapi apa yg si talam ni dedahkan bukan sepatutnya berlaku..walaupun sudah berlaku tetapi mendedahkan kepada dunia samalah seperti menunjukkan kelemahan pertahanan negara.

    si talam ni seperti sengaja wujudkan isu sekarang dimana bekas idolanya sedang menghadapi pertuduhan liwat di mahkamah.salah satu isu divert la..

    mintak maaf,saya masih ragu2 dengan si talam ni dan beberapa lagi menteri kabinet najib...hati2 la..

    ReplyDelete
  2. Pengkhianat negara tempatnya di Kamunting di bawah ISA.
    Hishamuddin lembik apa lagi?
    Nak beri amaran lagi ke?

    ReplyDelete
  3. komen saya senang je. dapatkan mereka yang sebenar berbuat demikian, penjara seumur hidup dan tidak boleh hubungi sesiapa termasuk saudara mara. kerana ia pembelot dan pemusnah negara. dia tidak waras, kerana anak cucu dia nanti nak tinggal kat mana bila negara tergadai.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Menteri sepatutnya memberitahu Rakyat tentang tangkapan yg dibuat terhadap mereka yg telah menjual maklumat kpd org asing. Org asing itu mesti juga didedahkan. Barulah Rakyat puas hati.

    Bila cerita tergantung macam ni, Rakyat hanya minta menteri berkenaan supaya letak jawatan kerana rasa bertanggung jawab.

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  5. mereka yg terlibat menjual maklumat ke pihak asing adalah penderhaka kepada Negara dan jika benar seperti yang dikatakan oleh Zahid Hamidi maka adalah merupakan tanggungjawab beliau utk mencari dan menghukum penghianat-penghianat kepada Nusa dan Bangsa ini.

    ReplyDelete
  6. Sarjan mana la pulak jadi kambing hitam kali ni... ala tau sangat dah akai zahid ni..saja buat gempaq nak aleh perhatian rakyat..

    cakap ja lebih ..tindakkan hampehhh.

    ingat na ..tindakkan pemimpin umno bn semua nya hampehhh.

    ReplyDelete
  7. IPOH, Feb 6 (Bernama) -- Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said on Saturday the issue of certain foreign embassies using members of the Malaysian armed forces to obtain secret information on the country was regarded as closed.

    As such, he said, there were no more statements on the issue, which he had revealed on Thursday.

    HARI KHAMIS RIUH RENDAH HARI SABTU KES TUTUP. APA PUNYA ZAHID HAMIDI?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.