Thursday, February 18, 2010

Pulau Pinang gincah air FREE dari Kedah

Lim Guan Eng mengaku bahawa rakyat Pulau Pinang suka membazir air yang sangat teruk atau dalam perkataan orang utara SUKA GINCAH AIR dengan purata sebanyak 285 liter sehari bagi setiap penduduk.

Pembazirzn yang tinggi ini mengalahkan Johor yang merekodkan penggunaan air dengan purata sebanyak 207 liter sehari bagi setiap penduduk, Selangor (234 liter), Kedah (236 liter), Negeri Sembilan (239 liter) dan Melaka (268 liter). Manakala piawaian penggunaan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu ialah 165 liter sehari bagi setiap pengguna.

Kononnya fakta bodoh Lim Guan Eng bahawa penggunaan air yang banyak oleh penduduk Pulau Pinang berkemungkinan disebabkan negeri itu mengenakan tarif air paling rendah berbanding negeri lain iaitu pada kadar 31 sen bagi satu meter padu.

Lim Guan Eng yang buta sejarah terlupa bahawa air Pulau Pinang banyak dibekalkan oleh Kedah dengan bayaran honararium hanya ciput sebanyak RM10,000 setahun bersamaan RM830 sebulan yang diberikan kepada kerajaan Kedah. Jumlah ini terlalu kecil kalau dibandingkan dengan bungalow mewah Lim Guan Eng.

Kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Ustaz Azizan seharusnya mengkaji kembali perjanjian pembayaran itu. Perjanjian semasa penjajahan British ketika Pulau Pinang dan Seberang Perai diambil daripada Kedah itu ternyata sudah lapuk.

Semasa perjanjian itu dibuat British bersetuju membayar dalam bentuk wang perak sebanyak $10,000 mata wang Sepanyol setahun, tetapi pembayaran hanya sekadar dibuat $10,000 setahun dalam bentuk mata wang Negeri-Negeri Selat yang nilaiannya lebih rendah.

Inilah masanya Ustaz Azizan kena tuntut supaya Pulau Pinang kaji semula bayaran itu demi untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Kedah seperti slogan yang dilaung-laungkan Ustaz Azizan “KEDAH SEJAHTERA”.

Dalam masa yang sama supaya Lim Guan Eng tidak bercakap besar dan mendabik dada kononnya tariff air Pulau Pinang paling rendah dan supaya rakyat DAP Pulau Pinang tidak keterlaluan bergincah air percuma dari Kedah.

4 comments:

  1. Guan Eng tidak mendabik dada kata tarif air PP yang terendah di Malaysia. Inilah realitinya oleh kerana faktor ilmu alam yang memihak kpd PPinang. Negeri yang kecil dan sumber air yang berdekatan, serta kos infrastruktur menjadikan ekonomi berskala yang menjuruskan tarif air yang rendah. Fokus mesejnya ialah menyeru penduduk PPinang berjimat menggunakan air, meski pun tarifnya rendah. Namun kita harus ingat, penggunaan yang tinggi juga disebabkan oleh pertumbuhan industri yang begitu pesat di PPinang; menyebabkan jumlah air yang digunakan begitu tinggi. Ini menjana pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup di Pulau Pinang. Seruan untuk Ustaz Azizan menaikkan "sewa' Pulau Pinang, orang waras semua tahu ini ialah peninggalan sejarah akibat kekurangan cerdik Sultan Kedah dahulu kala dan angkara British. Ini bukanlah isu yang perlu dipolitikkan. Tambah lagi kerajaan Federal masih belum menyelesaikan tuntutan royalti petroleum di Kelantan. jika itu sesuatu yang boleh diselesaikan Kerajaan Pusat dengan mudah, mungkin Mami patut mengulas isu ini dari membangkitkan sejarah lapuk Kedah emnyewakan Pulau Pinang.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. -krajaan malaysia juga ptut mngkaji perjanjian ir dgn singapura yg amat tidak mnguntungkan negara..cmner?..ade prasan x?..beli air pahang, jual kt selangor, beli air kedah jual kt pinang, beli kt selangor jual kt perak, pokoknye rakyat malaysia gak ug untung..tp jual pd singapura?..sape yg untung?..fkir2 kan la..

    ReplyDelete
  3. air murah tu dari zaman BN lagi, kenapa tak nak sebut.

    ReplyDelete
  4. 2 la mami..rumah kata p kuboq kata mari2...penang ambik hat kedah ja,x pa la dalam satu negara,ni air dr phg slgr,jhr semua p sua kt singapore pe kes plak mami oii..dah la mummy..wat la amal ibadat..x yah dok blogging2 nie

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.