Baru-baru ini semasa majlis perasmian Pemukiman Hala Tuju Jakim Sabah, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz telah menegur pendakwah dan pegawai Jakim yang terlalu tebal dengan imej “pegawai” sehingga tidak turun padang mencari “kerja”.
Mereka terasa begitu hebat dengan kot, tali leher, berkerusi empuk di dalam pejabat berhawa dingin sehingga sukar menerima teguran serta pandangan pihak lain dan tidak terbuka minda mereka.
Menurut beliau lagi dengan sikap mereka “hanya kita sahaja yang hebat” telah menembokkan mereka dari menerima pandangan pihak lain yang lebih bernas terbukti dengan penyelidikan dan saintifik kebenarannya.
MR ingin angkat tabik kepada KP Jakim, Datuk Wan yang berani dan telus mendedahkan perkara ini demi kebaikan masyarakat Islam negara ini.
MR kira pegawai-pegawai yang sebegini sebenarnya tidak “competent” dan lemah daya saing jika dibandingkan dengan pendakwah agama lain. Mereka gagal berhujah secara ilmiah dan saintifik malah seringkali mengelak diri mereka dari bertembong dengan soal-soal permasaalahan masyarakat khasnya fomula semasa dan saingan baru.
Apabila mereka lemah, mereka pun membina tembok yang tinggi agar masyarakat tidak tahu yang mereka itu sebenarnya tidak tahu.
Peranan mereka langsung tidak dirasai oleh masyarakat Islam agar boleh dijadikan tempat rujukan yang sah dan berintegriti.
Maka tidak hairanlah rongga-rongga kosong ini diisi oleh mubaligh-mubaligh agama lain dan “ulamak-ulamak “politik yang bertopengkan Islam untuk kepentingan politik mereka sehingga masyarakat menjadi pening dan binau.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Bagi pegawai2 berkot dan bertali leher tu, Islam ialah bercakap, bercakap dan bercakap. Yg pasti mereka sendiri tak tahu apa yg dicakapkan.
ReplyDeleteMereka hanya pandai salahkan orang lain. Harapkan mereka menolong jangan harap kerana bagi mereka Islam itu bercakap dan bercakap itu dan ini. Tiba masa untuk praktikkan apa yg mereka katakan, mereka akan larikan diri. Whats a shame!
anak kg said.......
ReplyDeletetahniah dato wan,sekiranya dato
wan berhati mulia mcm ini sentiasa ingat ke bawah dan turun padang maka amat sesuai lah dato wan jadi calun BN pada pru13 nanti untuk parlimen BALING, ini bukan apa yg dok ada dah tu masitah ibrahim tak turun padang pun walaupun diangkat jadi timbalan menteri, dulu pun dia cakap kena turun padang tapi hari ini.......indah cakap saja,
inilah dilemma org agama,