Akibat keceluparan Zainal Aznam dan Tunku Zafrul hari ini telah membuka ruang kepada wakil DAPLim Lip Eng (DAP-Segambut) di dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini untuk mempersoalkan DS Najib berhubung berlakunya kepincangan dalam pasaran saham yang disebabkan pelantikan pengerusi baru Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam jawapannya berkata, adalah tidak berasas dan tidak relevan perlantikan Tan Sri Mohd Isa sebagai Pengerusi Felda menjejaskan pasaran saham dan ia tidak ada kaitan dengan jatuh naik pasaran saham. Malah pada masa ini, tidak ada anak-anak syarikat Felda yang tersenarai dalam pasaran saham.
Hakikatnya pentadbiran DS Najib hari ini sedang menghadapi petualang-petualang dalaman yang lebih merbahaya daripada berhadapan dengan pembangkang sendiri. Mereka ini lah yang sebenarnya telah menyelinap keluar segala maklumat sulit GLC untuk dibelasah oleh Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Lim Kit Siang.
Selagi anasir-anasir yang tidak setia ini tidak dibasuh dan disental dengan “Clorox” selagi itu pentadbiran DS Najib tidak lancar.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Kan Isa Abdul Samad dah punyai rekod rasuah kenapa masih nak ambil dia mengetuai FELDA? Beliau main duit besar dalam satu pertandingan nak menjadi pemimpin tinggi UMNO satu ketika dulu, apakah kita dah lupa atau kegiatan itu boleh diterima dengan wajarnya? Mungkin boleh diwajarkan kerana beliau pun menang dalam PRK kecil di Port Dickson. Apa dah jadi dengan nilai masyarakat kita? Masyarakat Port Dickson boleh tersengeh menerima beliau sebagai ahli DUN kerana duit? Jahanam negaraa jika semua pemimpin adalah orang perasuah besar!
ReplyDeleteMusuh Mahathir juga ramai dalaman.. Ini juga bahaya! Prioriti no 1 kena cuci, tak lama lagi bekas Anwar bertaubat sertai arus. Sudahnya tak nampak lagi siapa realiti musuh.
ReplyDeleteazienmat
Yeah..betul tu...orang2 mcm Zainal Aznam dan Tenku May bank tu bolehlah bekerja dgn Kerajaan Selangor & Penang..jadi penasihat saham mereka kalau tak setuju dgn Najib.Sorang lagi ialah Prof. Ariff yng bermesyuarat sulit dengan Anwar dalam kes Saiful. Dia ni memang tak sedar dek untung..merangka strategi dengan si Gay tua tu untuk balun Najib dan kerajaan..hah! apa lagi...tak reti2 nak hapuskan virus trojan ni secepat mungkin...orang mcm ni toksah lah kerajaan nak berlembut..mereka ni gunting dlm lipatan! depan makan duit kerajaan, belakang balun kerajaan..dan jangan lupa CEO Maybank..dia ni 2 x 5 bersubahat pertahankan virus dlm institusi kerajaan..kasi hapus depa semua ni...
ReplyDeletekita perlukan orang macam ibrahim ali,ezam mohd nor,ummi hafilda, dalam umno...mereka yang sudah terbukti kesetiaan pada pucuk pimpinan kita agar umno terus maju ke depan ... hidup umno !!!
ReplyDeletedepa makan duit KERAjaan depa balun KERAjaan?depan makan duit rakyat ke kerajaan?melayu2 makin melantun2 bodohnya..sedarla diri sikit
ReplyDeletepenganggur said.......
ReplyDeletesebenarnya melayu ni kena ajar betul2,bukan gheti bersyukur,malah segala peluang diberikan kerajaan dgn jawatan besar2 pun tak pernah kenal budi,buang saja jawatan nya,apa ditunggu lagi,banyak lagi ahli umno lain yang berkebolehan boleh pegang jawatan tu, banyak profesional umno kini sedang menganggur, antaranya sahabat saya di Merbok dan Baling mereka ini profesion jurutera dan banyak lagi melayu yang wibawa untuk diberi gaji lumayan dan pangkat di tempat itu dan lain2 tempat, satu reformasi pelantikan jawatan dan pangkat mestilah dibuat segera.......
setia walaupun dlm perkara yang salah.cakap berdegar2 itu-ini.perkara asas seperti amanah,tanggungjawab, menegakkan kebenaran pun hang tak boleh pikir.
ReplyDeleteItu lah silap pok jib ..pi lantik Isa ..dah tahu isa ada rekod tak baik
ReplyDeletepi lantik jugak. kan dah jadi isu.
Kita kena dengar juga pendapat orang orang macam Zainal Aznam ni. Jangan lah ikut pendapat politik saja. Ada kebenaran juga dalam banyak keadaan apa yang dikatakan oleh macam dia ni.
ReplyDeleteAda terlalu ramai pengarah GLC dinegara yang nak baca balance sheet pun tak tau. Kalau hendak membalas budi orang politik pun tengok tengok lah juga latar belakang, ilmu dan pengalaman mereka.
Janganlah sampai generasi anak muda kita ketawa dengan perilaku dan tindakan kita yang hanya memberi justifikasi politik dan kuasa politik semata mata.