SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegur sikap pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) berhubung pemberian 'laporan tipu' kepadanya semata-mata mahu menjaga hati tanpa bersandarkan kepada realiti sebenar.
Malah tegas beliau, penganjuran program 'syok sendiri' juga turut menyumbang kepada kekalahan BN di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
"Jangan buat program syok sendiri sahaja. Bila buat program Juara Rakyat, tulis dalam laporan bahawa ia telah berjaya apabila dihadiri oleh 300 dalam sesuatu kawasan.
"Tapi siapa 300 orang itu? Saya sudah 35 tahun dalam politik, saya dah tahu (taktik). Saya tahu apa yang anda semua buat dan anda pun tahu apa yang saya tahu (tipu laporan).
"Saya tak pakai laporan macam ini. Himpunkan 300 orang lepas itu kata kita dah berjaya. Tak mungkin...itu menipu diri sendiri," katanya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Sabtu.
Sebaliknya menurut beliau, adalah sesuatu yang berbaloi sekiranya sesuatu program itu dihadiri oleh kelompok sasaran tertentu khususnya yang tidak menyokong BN sebelum ini.
"Kalau yang kita kumpulkan itu bukan Ketua Cawangan dan penyokong tegar BN, kumpulan 300 itu adalah yang dulunya tentang kita...ia memang berbaloi buat perhimpunan," katanya.
Tegas Najib yang juga Pengerusi BN Selangor, laporan tepat terutamanya mengenai tahap sokongan rakyat di sesuatu kawasan tertentu adalah sangat penting bagi memastikan langkah susulan dapat diambil.
Jelasnya, matlamat BN untuk merampas kembali Selangor pada PRU akan datang adalah bergantung kepada sikap jujur dan berpijak kepada realiti.
"Kita kena ada bacaan politik yang tepat, jangan tipu diri sendiri, jangan tipu pemimpin di atas...jangan. Kalau bagi laporan, kelabu jangan kata putih dan hitam jangan kata kelabu.
"Kita mesti beri laporan yang betul dan pastikan keberkesanan program dan sandarkan kepada reaksi daripada kawasan, kena ada penilaian yang tepat.
"Zaman yang kita main laporan (tipu) macam dulu tak boleh pakai lagi...tak boleh. Ini zaman di mana kita mesti buat sesuatu tindakan yang tepat dan kena buat penilaian yang tepat, jujur dalam menyampaikan laporan," katanya.
MR NOTES
Nampaknya DS Najib dah mula bercakap. Ponggong pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang kerap bermain wayang sudah mula digasak.
MR no comment. Sama-sama kita tunggu PRU13 yang akan datang samaada akan berlaku sobotaj atau cantas mencantas sesama rakan dalam UMNO/BN kerana tidak dipilih sebagai calun.
Zaman Ketua Bahagian UMNO menjadi seperti Maharaja Cina Dinasti Ming sudah menjadi purba.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
saya dah penat dengan penipuan ketua bahagian umnoi ni...ingatkan dah kalah diselangor akan berubah..tapi masih dok tang tu gak...honestly kami penduduk puchong indah dah bosan dengan satim ..semua janji palsunya dari dulu samapaia sekarang..kami juga yang kena tipu..janji nak bagi itu nbak bagi ini..tapi habuk pun tarak...saya dengar orang puchong indah 1/ 2 takkan undi satim kali ini..dengar cerita dia janji nak bagi rm5000 duit kemah bagi deposit rm2000 masyarakat tu dah beli kemah guna duit sendiri dulu..tunggu yang rm3000 tu dah masuk 2 tahun masih satim tak bayar..memang dasar pembohong...dulu ada ggp blog..la ni dah senyap .,.tak tau apa jadi..dengar cerita mereka akan bergerak dengan PAS..kita tunggu jer lah...
ReplyDeleteAku cadangkan Ketua Bahagian tak boleh lebih dua penggal Kecuali PM
ReplyDeleteKalau Najib nak tahu UMNO sebenar, panggil ketua ketua cawangan buat dialog !!!
Mami: apa yg dato najib kata tu memang betul.Cumanya mereka ini orang Kedah kata BEBAN,Telinga Pekak Badak.Kata lah apa pun masih dok macam tu lah sampai bila pun.
ReplyDeleteUmpamanya majlis jamuan raya di suatu bahagian di Padang Serai.Saya lihat dari dekat muka yang sama pun.Pakat-pakat syok sendiri sampai makan tak cukup.
Malamnya ada lagi jaumuan rumha AJK bahagian.Saya beranikan diri pergi walau tak dijemputa.Muka yang sama juga berada disitu.
Dicawangan pun serupa juga muka yang sama juga berada disitu.Sampai bila lah nak berubah.Tak ada idea yang baik.
Itulah umno sekarang...hebat dalam kelambu sendiri sahaja.
kerja lapuran pembohong ni dah lama berlaku, lapuran bahagian juga pembohong, laporan jasa juga pembohong, laporan kemas lagi pembohong, lapuran SB? laporan intellegent? depa ni tak taulah pembohong juga kah atau sebaliknya, kadang2 ada pegawai2 yg buat laporan juga boleh dibeli org2 tertentu,
ReplyDeleteMAKA laporan yg sampai pada Presiden & Timbalan Presiden adalah laporan HAPRAK untuk golongan pembodek ketua bahagian saja, alamatnya di kedah saja tiada langsung pemimpin umno yang boleh disegani jika kita bandingkan suatu masa dahulu dgn adanya sanusi junid, hamid othman, raja ariffin, osman abdul,kadir sheikh fadzir,tun daim, tun mahathir,afiffudin omar,proffesor mahathir khir,
sekarang ni HAPRAK punya pemimpin dikedah pilihan detkalid