Ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) tidak perlu percaya sangat macam-macam ramalan atau analisis yang dibuat pelbagai pihak menjelang pilihanraya umum ke 13 akan datang. Sebaliknya, menumpukan usaha mencari pendekatan baru untuk memenangi semula hati rakyat dengan turun padang bagi mengetahui permasalahan orang ramai tanpa mengira fahaman politik yang berbeza.
Itu mesej Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyangkal analisis atau ramalan rambang bahawa BN mempunyai harapan 50-50 untuk menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang.
Sebelum ini, media banyak melaporkan berbagai-bagai analisis atau ramalan politik yang dibuat oleh NGO dan ahli akademik mengenai jangkaan terhadap pilihanraya akan datang. Sesetengahnya amat mengarut sehingga menjadi bahan ketawa orang ramai. Antaranya ramalan yang dibuat sebuah NGO semasa Pilihanraya Negeri Sarawak yang kononnya pembangkang akan menang besar di mana sehingga menumbangkan kerajaan BN.
Sebab itu kata Ahmad Zahid, tanggapan kononnya BN hanya berpeluang 50-50 untuk merampas negeri pembangkang hanya analisis politik yang dibuat secara rambang."Sama ada BN atau pembangkang semua hendak menang, bagi BN, kita harus memperkasakan usaha untuk meraih sokongan rakyat bukan setakat projek fizikal seperti memberi bantuan atau pembangunan yang masih dianggap tidak mencukupi," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 500 penerima di Dewan UMNO Bagan Datoh pada Ahad. Menurut Ahli Parlimen Bagan Datoh itu pemimpin BN di berbagai-bagai peringkat perlu mencontohi usaha gigih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi.
Sementara itu, BN Sarawak perlu mencapai kemenangan besar pada PRU13 untuk mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan BN dalam mencapai matlamat Wawasan 2020, kata ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof.
Jelasnya, BN negeri yang ditunjangi oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu diperkuat dan diperkukuh lagi agar Sarawak kekal menjadi kubu kuat kepada BN pada pilihan raya umum nanti.
"Dalam politik, angka (majoriti) itu penting, kalau angka kita besar maka kita lebih mudah untuk merancang pembangunan negara khasnya dalam masa kita mahu menuju Wawasan 2020," katanya ketika berucap pada majlis pemukiman jentera Pilihan Raya BN P194 Petra Jaya di Santubong, Ahad.
Bernama melaporkan, Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata pembangkang hari ini sedaya upaya mahu mengurangkan majoriti BN dalam kerajaan pusat dan mereka sanggup berjanji kosong kepada rakyat semata-mata mahu memerintah dan menumbangkan kerajaan BN.
Menurutnya BN Sarawak akan memastikan impian pembangkang itu hanya angan-angan kosong kerana kerajaan yang sedia ada hari ini telahpun membuktikan kemampuannya dalam merancang serta membangunkan negeri ini.
Sementara itu, Naib Presiden PBB Datuk Daud Abdul Rahman berkata beliau bersama-sama tiga lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Tupong, Semariang dan Satok dalam kawasan Parlimen Petra Jaya berharap Fadillah kekal menjadi calon BN untuk kerusi tersebut pada pilihan raya umum nanti.
Katanya Fadillah telah membuktikan kewibawaannya menjadi wakil rakyat dalam kawasan Petra Jaya sejak dua penggal lalu dan tidak timbul isu untuk mencari calon pengganti kepada beliau setakat masa ini walaupun keputusan muktamad ditentukan oleh pucuk pimpinan BN di peringkat negeri dan pusat.
"Apa yang penting sekarang ialah kita perlu mempersiapkan jentera pilihan raya kita dan cuba untuk menyelesaikan segera isu-isu yang berbangkit dan menambah apa yang masih diperlukan rakyat di kawasan," katanya yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ketika merasmikan majlis itu.-23/1/2012 (Sumber Agendadaily)
NOTA
Percaya atau tidak di Sarawak, Ketua Menterinya mesti melepaskan jawatan seperti signal yang telah diberi oleh rakyat dalam pilihanraya Sarawak tempoh hari.
Janji-janji DS Najib akan berlaku perubahan politik Sarawak masih belum ditunaikan.
WAIT AND SEE.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Tumbang atau tidak, selagi belum PRU jangan main agak-agak.
ReplyDelete