Jawatankuasa Disiplin UMNO akan mengambil tindakan disiplin lebih awal ke atas mana-mana pemimpin dan ahli yang cuba mensabotaj parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 berlangsung.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah proaktif itu bertujuan membendung anasir tidak sihat yang sering kali menjadi duri dalam daging kepada parti sebelum ini.
Nampaknya pemimpin yang terdekat yang bakal diambil tindakan ialah pemimpin secondhand Kadir Sheikh Fadzil yang sedang menembak UMNO dan BN seolah-oleh parti tidak pernah berjasa pada beliau. Siapa Kadir semua orang tahu, membina istana jutaan ringgit di tengah-tengah kampong yang di kelilingi rakyat-rakyat marhaen. Memakai rantai dan rambut palsu seperti jutawaan India dari Madras, merasmikan petandingan ratu cantik putih gebu Chinatown.
Seharusnya selepas menyedut segala kekayaan semasa berada di dalam Kerajaan beliau insaf dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Jaawatankuasa ini sebenarnya sepatutnya telah lama mengambil tindakan ke atas pembelot-pembelot semasa PRU12 yang lepas tetapi mereka-mereka ini yang masih berkuasa sehngga hari ini malah ada yang diberi jawatan kerana kroni rakan baik kepimpinan tertinggi parti.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Salam MR
ReplyDeleteSaya rasa DSN tak perlu berbuat begitu.
Malah saya rasa DSN patut berdebat dengan DSAI dan tunjuk kepada rakyat Malaysia kualiti DSN sebagai PM Malaysia.
Kita tak perlu dituduh gentar dan bimbang kalah berdebat dengan pemimpin pembangkang.
Penting sangat2 untuk rakyat sendiri menilai PM kita sebelum PRU 13.Kita nak menang!
Undi adalah sulit.
Tangkap yang itu entah2 yang dalam kabinet sendiri pun ada yang berpaling tadah.
Musang berbulu ayam bukan lah sekor.Mesti ramai..
Jadi undi dari rakyat sangat2 penting.
BN must win and DSN mesti tunjuk keberanian dia dalam soal ini.
Saya syorkan DSN terima debat dengan gagah dan jangan gentar langsung..baca banyak2 selawat.
Ini bukan soal buang masa.
Rakyat nak kepuasan tengok PM dan pemimpin pembangkang berdebat..bukan pasal tape2 lucah tapi pasal ekonomi negara dan masadepan generasi kita.
Saya sokong DSN lanyak DSAI dengan mengadakan debat yang tidak pernah diadakan antara 2 pemimpin yang ternama ini.
*debat Tok..jangan dituduh penakut dan bacul..take the bull by its horns*
DSN tak akan debat dgn DSAI sbb PM akan kalah debat... PM lebih berminat polisi keuntungan jangka panjang,bukan keuntungan jangka pendek yg penuh dgn krisis politik dan ekonomi.Bagi PR dia pilih dua,dia tak pilih satu sbb lebh adil utk keuntungan jangka pendek dan jangka panjang...utk keuntungan jangka panjang nie,hanya sesuai bgi sebuah company utk sekelompok rakyat sahaja,dan ia bersifat membazir di sebabkan kos operasi yg tinggi.Atas sbb kenaikan harga minyak yg tinggi di pasaran tempatan, ia memberi kesan menyeluruh pada rakyat, dgn kenaikan harga barang dan petrol serta melembabkan aktiviti ekonomi rakyat pada keseluruhannya.
ReplyDeleteMR.dalam umno sendiri pun banyak parasit.Yang pegang jawatan pun ada.Yg pegang jawatan dalam kerajaan pun ada.Najib mungkin tak tahu.
ReplyDeleteSalam MR.
ReplyDeleteSemua ini adalah pertanda UMNO sedang sakit dan tenat.
2.Inilah bahana amalan politik wang yg berjalan secara terangan dan senyap-senyap.
3.Rupanya kuman ini sudah lama bertapak dalam tubuh UMNO itu sendiri.
4.Aku yakin UMNO tidak berupaya ambil tindakan disiplin terhadap TS Kadir ini.Kerana dibelaknag dia ada lagi penembak berani mati untuk tembak UMNO.
5.Kumpulan penembak ini rela di pecat untuk menjadi hero pula.Mereka juga ada sejuta rahsia .
6.Jangan terlalu marah pada TS Kadir ini,Mungkin ada kebenaran apa yg dia tak puas hati.Bukan soal kepentingan diri.Agaknya soal perjalanan parti UMNO itu sendiri yg amat pincang sama dari dala atau dari luar.
7.UMNO banyak bercakap fasal disiplin tetapi tindakan ambil sambil lewa.Sebab itu ahli pun tak ambil heran.Sebenarnya dalam UMNO berlungguk kaki pelingkup umno yang bertopengkang perjuangan.
Sama-sama lah kita saksikan sejauh mana UMNO berani.tegas adil dan saksama dalam menegkan undang-undang UMNO sendiri.
Tindaka disipilin dalam UMNO.
ReplyDeletePAS dgn UMNO dia punya perangai lebih kurang sama sahaja.
Gebang saja .Hampa tengoklah.Mohong saja.
Geng pembelot ini kalau nak saisat kena angkut dgn keretapi untuk bicara depa.Ramai sangat.terutama masa PRU 12 yg lalu.Sekarang depa ni sedang berada disinggah sana UMNO dan hero pula.
Salam. Betul tu. Masih ramai yang jadi pengkhianat di dalam UMNO dulu dibiarkan berleluasa di dalam UMNO. Malahan ramai yang menjadi penyokong Anwar Ibrahim pun memegang banyak jawatan penting di dalam UMNO. Mereka inilah yang menikam UMNO dari dalam.
ReplyDelete