Akibat tekanan kerana penglibatan suaminya Tan Sri Zarinah Anwar, dilaporkan akan melepaskan jawatan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada bulan hadapan.
Suaminya, Azizan Rahman yang merupakan pengerusi E & O, telah membeli saham E & O beberapa hari sebelum pengumuman pembelian oleh Sime Darby dilihat sebagai aktiviti ‘insider trading’.
Dalam perkembangan yang sama juga Shahrizat Jalil sedang bergelumang dengan isu NFC kerana penglibatan suaminya, Datuk Mohammad Salleh Ismail sebagai Pengerusi NFCorp.
Inilah akibatnya apabila suami-suami mereka ini memegang 'remote control' dan bukan sedikit kes-kes yang sebegini khasnya dalam GLC-GLC sekarang.
Kata Sharizat di Beruas, Perak pada 5/2/2012 baru-baru ini bahawa 1.3 juta wanita UMNO adalah di belakang beliau dan akan terus menyokong beliau.
Sejauh mana kebenaran kenyataan Shahrizat yang menyatakan 1.3 juta wanita menyokong beliau harus disiasat kesasihannya supaya wanita-wanita ini tidak dilembukan dan dicucuk hidung mereka oleh Shahrizat.
Apa pun di dalam menghadapi PRU13 yang dikira seperti telur di hujung tanduk kepada UMNO dan BN Shahrizat harus akur dengan seruan mentornya Rafidah Aziz supaya beliau melepaskan semua jawatan dalam Kerajaan dan parti.
Jika tidak jenuhlah wanita-wanita UMNO akan berhadapan dengan lembu-lembu PKR, PAS dan DAP yang lebih ganas dan sukar dikawal hendaknya apabila melihat kain-kain merah wanita UMNO.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Saya sokong post mummy..
ReplyDeletesya masih ramai kawan di kalangan WANITA UMNGOK ni ,, memang mereka masih menyokong Sharizat sebagai Ketua Wanita LEMBU,,, kerana sememang nya wanita umngok hari ini dah jadi LEMBU ,, tak boleh membeza kan yg terbaek dan yg TIDAK BAIK,,termasuk lah kakak kandung sya sendiri ,,, dan juga isteri sya sendirisedih sedih melayu mudah di tipu oleh org org yg darah nya bukan melayu ,, maaf sya bukan rasis tapi ini lah realiti nya. tq kerana pamer kan komen sya ini. kalau tak pamer pun tak apa ,, kerana tuan blog ni dah baca hahahhahahhahahah
ReplyDeleteAssalamualaikum MR,
ReplyDeleteSesungguhnya apa yg dicabar oleh RAfidah jugalah sebenarnya yang cuba dibawa perwakilan dalam perhimpunan di PWTC baru-baru ini. Ia bukanlah sesuatu yang baru tetapi anehnya Kak Ijat melenting dengan mendakwa itu ini dan mempersoalkan ketidajujuran org UMNO sendiri. Jadi, apakah saya yakin 40% perwakilan UMNO yg sependapat dgn Rafidah boleh dikatakan tidak jujr kepada parti?. Jika ini YA, maka nescaya UMNO akan tumbang ditangan orang sendiri sekali lagi dalam PRU. Apakah semua ini tidak terfikir boleh berlaku oleh Kak Ijat?.
Seperkara lagi sebagaimana kata MR, wanita UMNO dan wanita Pembangkang dari segu gerak kerja dan tidakannya jauh berbeza. Mereka turun dengan semangat tetapi UMNO turun dengan hierarki jawatan parti...mereka turun dengan kumpulan kecil, wanita UMNO turun dengan gerombolan....mereka turun dengan kereta kecil, wanita UMNo turun dengan Honda Accord....sesungguhnya beranikah wanita UMNO berubah!!
kak ijat lupa tolak sorang yang tak sokong, kak pidah. dia kata biar dia jawab dgn Allah. masa tu kat padang massyar. mulut dah kena tutup. nak jawab macam mana. orang ramai pun dah tak mau dengar dah isu lembu.
ReplyDeletecakap bebetul jgn dok syok aje. orang keliling dok angkat pasal kak ijat ketua dan berwang. kalu betul-betul ikhlas dan ada prinsip, kak ijat akan utamakan parti dan kerajaan, pasal orang kaitkan isu ini dengan parti dan kerajaan.
kalu tak berkait tak apa. tapi setiap kali isu berbunyi, suami sapa ni ? ooo....ketua wanita. sapa ? menteri ...... patut la... kerajaan ....... umno, kroni ....
cuba lihat, mana ada cerita pasal nfc. yang banyaknya gomen dan parti. kita ahli biasa tak mampu nak defend parti bila isu ni timbul. pihak lawan asyik bikin hati panas je.
Kak Jat, semoga hidayah dari Baitullah dapat menginsafkan Kak Jat BAHAWASANYA bukan semua 1.3 juta wanita akan memangkah Kak Jat (itu pun sekiranya dicalonkan olah Tok Jib). Mereka ada kawasan masing-masing unless Kak Jat nak bertanding dikesemua kawasan. Kaum laki-laki dan wanita di Parlimen yang di tandingi itulah yang akan menentukan nasib Kak Jat samada memilih seseorang calon atau menolak seseorang calon. Itu HAK mereka untuk memilih seorang yang bukan saja bersih malah mesti kelihatan bersih.
ReplyDeleteSdr SDRA di MUMMY Rokiah
ReplyDeleteIzin kan saya masuk posting
Masih lagi Menteri Menteri juga Presiden UMNO tidak faham ker ?
1.NFC telah di laporkan dalam Laporan Auditor General.
2.NFC melibat kan duit pembayar cukai, duit dari rakyat.
Prinsip nya duit rakyat mesti di beri perhatian perinci -"public scrutiny" dan "accountability".
Kalau tak, baik PAC dicampak ke laut aje,undang undang Negara buang ke sungai,tolak semua instutusi kawalan saperti BN SC Auditor Parlimen dllll.
3.Menteri adalah ada ahli Executive seterusnya "public figure".
4.Ketua Wanita adalah "public figure".
5.Persepsi rakyat adalah "public figure" dan Exco tak bolih berkencimpung dengan biznes melalui suami,anak lelaki dan perempuan, dan sama ada prinsip "insider trading " peraturan SEkurities Komision dan "Companies Act 1967" di cabuli.
sama ada pendirian parti atau sendiri punya itu isu "morality". No hal.
6.Semua Orang politik bolih tukar moral.No hal.
Presiden Umno AKA 1M Bapak vernakular ah jib gor Mr kool gajet Jen Y , ada kah sebenar takut kalah atau 100 % yakin BN sapu bersih pada PRU 13?
7.Maka Neveille Chamberlain kita jadi UNCTAD,bukan United Nations......,tetapi "Under No Circusmtances Take Any Decision".
8.Mujor kalu Pekan undi masuk kan Najib, Najib menjawat ketua pembangkang parlimen PRU13,sbb persepsi rakyat semakin perihatin,walau pun 3.4 juta ahli UMNO buat deerrk aje.....,UMNO ta mau menang kan?
9.Najib ,sekali lagi saya cakap,carpe diem... last bus
terima kasih pada mentor2 saya anaconda HHalem dinGTurtle Azmi APA SatD.
arjuna waspada
changkat lobak.
SUKA AYAT, WANITA UMNO JANGAN JADI LEMBU DICUCUK HIDUNG.....HA...HA...HA
ReplyDeleteLEMBU NFC KE?
Saya quote : Jika tidak jenuhlah wanita-wanita UMNO akan berhadapan dengan lembu-lembu PKR, PAS dan DAP yang lebih ganas dan sukar dikawal hendaknya apabila melihat kain-kain merah wanita UMNO.
ReplyDeleteSaya orang PAS and definitely not a Lembu..jaga sikit bahasa Puan.
Salam para bloggers,
ReplyDeletePolitik Najib almost 'perfect' tetapi realitynya digerodak dengan 'element'dan sentimen pengaruh suami dan isteri dalam kuasa Kerajaan.
'Remote Control' suami dan isteri di belakang tabir amat tidak sihat dan bakal mengundang mala petaka dalam politik Najib di dalam menghadapi PRU yang akan datang.
Najib sendiri diremote kontrolkan oleh isteri sehingga hari ini tidak habis-habis dengan isu kemewahan yang melampau.
Sehinggakan satu risalah psywar menjawab tohmahan pembangkang tentang Rosmah terpaksa diterbitkan dengan belanja RM...
Jangan sampai rakyat 'brandingkan' Kerajaan Najib Kerajaan Laki Bini.
eloklah rakyat bawahan kena tipu lagi.
ReplyDeletemereka diatas makan isi yg montel
rakyat bawahan makan kuah dan tulang sahaja..
itu lah adil yg perjuangkan ala teori LEMBU.
bukan semua 1.3 juta tu dilembukan.ramai yg ada otak waras.
kak ijat ni dgq kata baru balik mekah smpi 3x..dok cakap juah jugak, katanya wanita UMNO 1.3 juta di belakangnya...tp kalu pk pun memang betoi...dh dia ketua yg len pengikut(imam & Makmum)...tp nk habaq mai kt kak ijat adakah 1.3 juta wanita UMNO totally/solid sokong kak ijat..lapisan atas mungkin la kot...cuba mai tanya hat lapisan bawah kerak bumi ni...
ReplyDeletesatu lg kak ijat zaman la ni zaman moden..takat dokument berkaitan kes NFC bebila pun leh dpt pasai dgr kata yg dok bocor dokumen pun org dalam gak..jadi nk elak pun susah..cuma kalu tamau elak dimalukan dgn lebih teruk dan jaga maruah UMNO supaya tak terbalik lam PRU ni kak jat kena korban la skit..tak pa, paih UMNO menang blk adjust la masuk kot pintu blakang plak...bkn susah pun..dgq kata kak ijah baik ngn Kak Mah..mesti dia tlg adjust selagi abg Jib masih di tampok kosa..