Semenjak PAS menguasai beberapa Kerajaan negeri selepas PRU12 yang lepas seperti Perak, Selangor dan Kedah kemelut dalaman PAS yang paling ketara ialah apabila berlaku pemecatan Hasan Ali di Selangor atas desakan pakatan DAP dan Anwar Ibrahim.
Kini bahang yang terbaru ialah Negeri Kedah, dipermukaan dilihat seperti tidak ada apa-apa tetapi di bawah atau ’under current’nya hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa Ustaz Azizan, MB Kedah tidak dapat tidur nyenyak kerana tekanan-tekanan halus beberapa exco beliau sendiri hasil ‘grand design’ PAS pusat.
Kewibawaan Ustaz Azizan mengemudi Kerajaan Kedah dikira cukup cermat dan berhemah sehingga begitu sukar BN dan UMNO selaku pembangkang untuk menghentam beliau di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. BN dan UMNO seperti dikerat lidah mereka tidak berfakta untuk membelasah Ustaz Azizan dan semua serangan dijawab secara lembut dan pedas.
Sebaliknya apabila pembangkang begitu lemah di Kedah partinya sendiri menikam beliau dari belakang apabila 4 exco memboikot untuk dilantik sebagai exco.
Persoalannya apakah dengan pergolakan dahsyat ini PAS akan hilang pengaruhnya dan ‘milage’ politik akan beralih kepada BN dan UMNO? Percaturan secara cetek pemerhati politik akan melihat segala pergolakan ini banyak menguntungkan BN dan UMNO di dalam usaha untuk menawan kembali negeri Kedah.
Realitinya ini tidak berlaku kerana pergolakan di dalam UMNO sendiri masih tidak berkesudahan. Kepimpinan di dalamUMNO Kedah sendiri tidak berubah dan masih berada di dalam takuk lama. Rakyat Kedah tidak melihat satu keazaman yang kuat oleh Najib untuk mengubah UMNO Kedah. Perlantikan rakan seperjuangannya Ahmad Bashah Abu Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri sudah cukup membawa imej UMNO Kedah sukar berubah. Rata-rata pengundi di atas pagar mengeluh “balik-balik tak ada muka lain muka-muka yang sudah basi itu juga ditayang berulang kali”.
Mendesak pengundi supaya jangan mengundi individu sebaliknya memilih parti atau Lambang, Logo atau Warna bukan lah desakan yang bijak di dalam kancah politik semasa (lihat Zam di Merbok). Pengundi tidak boleh menjadi hippokrate lagi dengan mengundi calun yang mereka tahu korup, sombong, ego dan mengamalkan ‘penindasan’ kepada rakyat yang tidak menyokong mereka. Calun yang berpura-pura baik, bersih dan maksum di sebalik lambang parti harus disingkir dan tidak diberi tempat kerana pengundi akan sengsara selama lima tahun atau satu penggal.
Saranan Najib ‘winable candidate’ perlu diperhalusi dengan jelas dan mengapa Najib tidak menyebut ‘winable party’? Ini kerana Najib sendiri sedar partinya begitu lemah. Beliau mewarisi parti yang amat lemah dari Pak Lah seperti kata-kata Che Det dalam perjumpaan tertutup Perkasa bahawa “Najib terpaksa melayan semua kehendak , to please everybody kerana Najib mewarisi Kerajaan Pak Lah yang amat lemah”.
Semalam Utusan Malaysia, tulisan Zaini Hasan (lihat CUIT, Zaini Hasan) mendedahkan satu lagi bentuk penindasan yang terancang oleh Jabatan Perkhidmatan Awam apabila skim baru SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam) cuba diperkenalkan yang lebih memperkayakan golongan birokrat atasan Gred Utama/ Khas C dengan cadangan kenaikan mereka sehingga 87% manakala golongan kakitangan bawahan hanya 7%.
Tindakan ini melemahkan lagi Kerajaan Najib dan secara langsung UMNO dan BN begitu mudah diperkotak-katikan oleh Pegawai-Pegawai atasan Kerajaan. Nasib baiklah adanya KUASA KETIGA seperti Cuepecs yang tampil menyuarakan isu ini dan menyelamatkan pengundi-pengundi di kalangan kakitangan bawahan. Jika skim ini terlepas dan Najib tunduk dengan skim yang tidak bertamadun ini maka BN dan UMNO akan kecundang ke dalam jurang tadahan Anwar Ibrahim.
Konklusinya sudah ada KUASA-KUASA KETIGA yang tidak kelihatan seperti CUEPECS, BLOGGERS, PERKASA, JATI, FACEBOOK dan lain-lain cuma mereka ini tidak kelihatan secara langsung.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Ada yang saya setuju dengan mami sedikit sebanyak BN dapat juga milage tapi Bn ni loy kata org Kedah atau makngot.
ReplyDeleteBetoi tak?
ana pun setuju juga.kalau lawan lemah umno pun lemah.
ReplyDeleteumno kedah masih kemereh orang kedah kata.
orang bukan nak undi kerana bashah.orang undi nak tengok sapa calon dulu
kalau umno dok macam la ni.maaflah.
pemimpin umno kedah banyak muka basi.
MB Azizan patut letak jawatan dan bubar kerajaan negeri sahaja. Dari berkuasa menanggong dosa lebih baik serah pada orang yang lebih layak.
ReplyDeletemohon pautkan blog medantempurkedah.blogspot.com ke blog tuan
ReplyDelete