Wira anak lelaki Daim Zinudin |
Beliau menyatakan pada majlis Tun Daim Bersama BN Lembah Pantai malam tadi yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Mungkin Daim tidak mengikuti perkembangan dan initiative berterusan PM DS Najib yang bukan setakat mendekati malah bercampur bersama mereka melalui Facebook, Twitter, menonton perlawanan bolasepak dan banyak lagi program bersama anak-anak muda.
Najib amat menyedari hampir 40 peratus pengundi berdaftar negara ini dikategorikan sebagai golongan muda yang memainkan peranan penting dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk menentukan kemenangan seseorang calun.
Daim seharusnya sedar hakikatnya hari ini perjuangan anak muda telah didahului kejuaraannya oleh PKR dan DAP seperti isu AUKU dan PTPTN. Berapa ramai pemimjam PTPTN di kalangan anak muda yang kantoi dengan tekanan muflis dan ‘underpaid’ walaupun bekerja siang malam kerana pekerjaan yang mereka perolehi bukan melalui ijazah yang mereka dapat tetapi melalui sijil SPM dan STP.
Pinjaman PTPTN yang mereka pinjam untuk mendapatkan ijazah tidak mendatangkan pulangan atau ‘Return On Investment’ yang setimpal untuk mereka mampu membayar pinjaman mereka.
Isu-isu yang sebegini telah dijuarai oleh Anwar Ibrahim walaupun mereka tahu Anwar Ibrahim bergelumang dengan najis sex tetapi itu semua menjadi ‘priority’ yang terakhir kerana ‘priority’ utama mereka ialah ‘survival’ untuk hidup dan makan minum hari ini.
Tindakan-tindakan tegas kepada peminjam PTPTN di lihat di antara dasar-dasar Kerajaan Najib yang .memberii tekanan kepada golongan muda yang masih terumbang-ambing mencari sesuap nasi manakala di sebelah pihak lagi seperti Pemuda UMNO, Puteri UMNO dan anak-anak pembesar negara bergentayangan dengan kemewahan dan elitis.
"....memberii tekanan kepada golongan muda yang masih terumbang-ambing mencari sesuap nasi manakala di sebelah pihak lagi seperti Pemuda UMNO, Puteri UMNO dan anak-anak pembesar negara bergentayangan dengan kemewahan dan elitis."
ReplyDeleteAnak muda manakah yg akan memimpin Malaysia nanti.. Sekiranya anak2 pemimpin UMNO dan anak2 kroni yg memimpin, maka keadaan sekarang akan berterusan.. Kerana yg dah biasa hidup senang tak pernah merasai kesusahan mencari rezeki..