Friday, March 16, 2012

Ferry Langkawi dan Pengurus Pelancongan LADA yang tidak mesra rakyat.

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada wartawan akhbar rakyat Sinar Harian saudara Onn Pa yang telah mengutarakan isu perkhidmatan feri ke Langkawi yang masih berada di takuk lama di dalam Sinar Harian bertarikh 12/3/2012.

Beliau mengutarakan isu-isu jadual perkhidmatan feri yang sentiasa tidak tepat dan lewat setiapkali musim cuti sekolah. Suasana tempat menunggu atau dewan menunggu di Jetty Kuala Perlis dan Kuala Kedah langsung tidak selesa untuk penumpang.

Isu ini seolah-olah tidak ada tindakan oleh pihak yang berkuasa mungkin khasnya Lembaga Pembangunan Langkawi atau LADA yang seharusnya sensistif kepada keseluruhan pembangunan Pulau Langkawi. Jutaan peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan seharusnya dapat menyelesaikan masaalah-masaalah rakyat bawahan khasnya pembangunan infrastruktur yang merupakan asas kepada kesejahteraan rakyat.

LADA seharusnya lebih ‘rakyat friendly’, insiden terbaru yang rakan MR alami awal tahun ini ialah kerenah pengurus pelancong LADA yang sombong dan tidak langsung mesra rakyat semasa beliau memohon untuk mendapatkan Blue Print pembangunan Langkawi dari Pengurus tersebut.

‘Blue Print’ pembangunan Langkawi yang telah dilancar oleh DS Najib seharusnya disebar dan dimaklum kepada rakyat tetapi diperap oleh pengurus ini seperti pengkasam di dalam tempayan.

Jika beginilah sikap pegawai yang berkhidmat ianya amat megeciwakan dan slogan Najib ‘RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’ merupakan kata-kata kosong hanya sedap didengar dan menjadi mimpi indah slogan pilihanraya.

Dengar kata Datuk Farid Rizwan Pegawai Khas Media PM close to Rosmah Mansor dah buka ofis di Langkawi, aiming for high profile project. Must be millions!!

5 comments:

  1. Pihak LADA sepatutnya memberikan satu takrifan berat kepada penjawat jawatan di sana. Jgnlah diharap penyokong pembangkang akan berkhidmat bermati-matian untuk Negara. Sepatutnya golongan pembangkang yg masala bekerja nih diberentikan saja. kerajaan mengeluarkan berbilion ringgit utk membayar gaji kpd puak yg tak pernah bersyukur dalam idop.

    ReplyDelete
  2. mana office Rosmah i nak minta kerja la... tolong bagi contact dan add... thx ...

    ReplyDelete
  3. Wahh..sejak bila Dating Rosmah terlibat dengan LADA? Bukankah Tun M yang atur Jawa untuk menjaga LADA?

    ReplyDelete
  4. Bekerjalah dengan jujur & amanah..... kerana Allah telah mengamanahkan kepada manusia memimpin di bumi ciptaanNya nanti akan disoalNya di akhirat kelak. Semua tahu tapi buat2 tak tahu.

    ReplyDelete
  5. Kroni2 Di pejabat pengurusan masih berlaku....contoh paling kecil,kedai2 d dataran Lang....semua staff Lada yg dpt.........pihak pengurusan sendiri tak bertanggungjawab

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.