Hari ini terpampang di dada-dada akhbar perdana tentang pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Yang melucukan Utusan Malaysia membawa tajuk ‘Hadiah Untuk Penjawat Awam’, apakah cadangan yang di bawa pada peringkat awal oleh JPA di bawah KSN yang memang cadangan tidak masuk akal apabila di mansuhkan ia merupakan hadiah atau kalau diteruskan ia merupakan bala mala petaka?
Bagaimana cadangan ini boleh terlepas pandang oleh KSU-KSU, KSN dan KP?sehingga DS Najib terpaksa masuk campur dan akhirnya atas desakkan CUEPECS ia dimansuhkan. Malah lebih katon (cartoon) lagi Anwar Ibrahim pula mencanangkan kepada rakyat kerana PKR lah cadangan ini dimansuhkan.
Hakikatnya Jabatan Perkhidmatan Awam dan KSN tidak perihatin dengan sensitiviti kakitangan di bawah sehingga menjejaskan kewibawaan DS Najib yang sedang terkial-kial membina kembali keyakinan rakyat kepada kepimpinanan beliau.
Baik apa juga perkiraan samaada sedar atau pura-pura tidak sedar dasar yang ingin diketengahkan seharusnya ‘people’s friendly’ atau ‘winnable policy’ kerana PRU13 ‘is around the corner'.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
8 months ago
Salam..Mummy..kita dapat tak naik gaji...hehehehehehe...
ReplyDeleteLepas PRU ni KSU dan KP sila makan pasir ye..aku syak depa ni orang pembangkang jugak yang keje kerajaan
ReplyDeleteletak jgn tak letak..he..he..he
ReplyDeleteTok Jib kena bersihkan semua parasit2 dan musuh2 dalam selimut ni. Perlu diingat orang Nuar masih ramai di dalam UMNO dan kabinet Tok Jib, begitu juga dengan orang Pak Lah. Tok Jib mesti berhati-hati ibarat menarik rambut dalam tepung. Berebut kuasa ni tak kenal siapa malahan apa yang berlaku di Kedah cukup dijadikan satu teladan. Dah dijanjikan syurga pun oleh Nik Ajis masih nak berebut kuasa juga. Anyway, I believe Tok Jib has the wisdom and the good thing is that he listens.
ReplyDeleteMummuy orang ramai kata kabinet cincai.
ReplyDeleteNasib baik SBPA batal.Kalau tidak hanyut BN PRU 13.
Ambe dok care..natang SBPA ke..SSM ke..SSB ke..sikek pun takdok kene mengene ngang ambe..hawe kite kerje nelayang..hok yang kene care harge minyok disel bakpe dekat nok same denge petrol? Nok kate bodho..sumue pegawa beso-beso belake..balik awal BN lagu nih!!
ReplyDelete