Hari ini ada lagi paluan media mendesakan agar Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah menyegerakan persaraan mereka.
Mamak Musa Sheikh Fadzir, Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang juga tidak ketinggalan tumpang sekaki mendesak KSN dan KP JPA meletak jawatan dengan terhormat ekoran ekoran kontroversi Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga mencemarkan reputasi PM.
Isu ini jika diselami dengan mendalam yang sebenarnya ia merupakan pertembungan di antara dua kuasa ia itu kuasa politik @ kuasa rakyat dan kuasa pentadbir @ birokrat.
Golongan-golongan birokrat ini seperti KSN, KSU, TKSU, SU Kerajaan Negeri dan KP semuanya merupakan pentadbir yang cukup berkuasa di Kementerian. Kalau Menteri tidak berapa cerdik atau kurang smart (bukan semua Menteri cerdik) senang mereka kelentong dengan terma-terma dan peraturan pentadbiran sehingga Menteri menjadi takut untuk membuat keputusan dan akur bulat-bulat dengan cadangan mereka. Khasnya peraturan perolehan dan projek Kerajaan yang melibatkan billionan ringgit.
Terdapat sekelompok mereka ini yang tidak langsung menghormati menteri, malah kata mereka ‘menteri comes menteri goes’dan sesiapa juga menteri mereka masih lagi berkuasa. Menteri adalah politikus yang dipilih rakyat dan bila-bila masa boleh kalah dalam pilihanraya jadi apa mereka nak hairan?.
Jika mereka pandai membodek kontrak mereka akan disambung lagi dan kalau boleh mereka ingin berkuasa selagi ada matahari dan bulan. Jika kontrak mereka habis mereka akan diletak menjadi CEO, Pengerusi atau Ahli lembaga Pengarah mana-mana GLC Kerajaan dan mereka boleh lagi menghabis umur bonus bergentanyangan dengan kuasa dalam GLC pulak.
Hakikatnya as at today tidak ada desakkan yang boleh mengoyahkan mereka, baik dari Ibrahim Ali, PERKASA atau Mamak Musa Sheikh Fadzir kerana DS Najib tidak berani mengambil keputusan ini memandangkan pilihanraya is around the corner (kata Tok Nujum Daim Zainudin pertengahan tahun ini, 26 Mei - 10 June) dan kuasa mereka cukup kuat jika dibandingkan dengan kuasa politik yang semakin rapuh kerana perpecahan.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Memang betul... mereka adalah golongan elit PTD. Mereka akan menjaga kepentingan mereka dan golongan PTD. Mereka cukup bijak merancang... boleh mempengaruhi menteri yg tidak tahu atau faham hal2 pentadbiran.
ReplyDeleteBetul, menteri semua BODOH macam lembu Kak Izat ( NFC )Mereka bukan tahu apa, kerja cuma sign apa yang disediakan.Menteri paling BODOH dalam dunia.
ReplyDeletemalangnya KSN tidak menyukai PTD sejak dari dahulu lagi. tidak menyukai JPA kerana merasa dirinya dianiayai kerana lambat naik pangkat semasa di MITI dulu. hakikatnya bukan semua PTD seperti KSN Sidek itu
ReplyDeletementeri yg BODOH dan PTD yg rakus semua nya melayu. Kata Nak tolong melayu...guana ni?
ReplyDeleteCakap tak serupa bikin
Kalau Menteri tidak berapa cerdik atau kurang smart (bukan semua Menteri cerdik) senang mereka kelentong dengan terma-terma dan peraturan pentadbiran sehingga Menteri menjadi takut untuk membuat keputusan dan akur bulat-bulat dengan cadangan mereka. Khasnya peraturan perolehan dan projek Kerajaan yang melibatkan billionan ringgit ------ CHECK YOUR FACT PLIZ, SELALU BERLAKU DI PERINGKAT CENTRAL AGENCY ADALAH MENTERI YANG BERKUASA....DAH ADVICE PROPERLY BUAT JUGAK IKUT HATI DIA, LANGGAR PERATURAN. DAH TAK JADIK MENTERI, KENA AUDIT ORANG GOMEN JUGAK KENA. LAIN KALI SEBELUM CAKAP OR TULIS APA APA MAKE SURE YOUR FACT IS RIGHT!
ReplyDelete