Wednesday, March 7, 2012

Ustaz Azizan lebih memahami Orang Kedah

Apabila Pas Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau semua keputusan yang dibuat kerajaan negeri Kedah ini memperlihatkan bukan parti itu tidak yakin kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tetapi ia juga satu tamparan kepada pengundi-pengundi PAS di Kedah.

Mana mungkin MB mereka telah dibonekakan oleh segelintir pemimpin atasan yang tunduk dengan parasit yang sedang menjalar ke dalam organ-organ parti.

Ustaz Azizan tidak ubah seperti boneka sahaja apabila beliau tidak lagi berkuasa untuk membuat keputusan. Ustaz Azizan dilihat pasif yang kononnya terlalu ’UMNO friendly’ dan tidak seiringan dengan PAS pusat.

Hakikat yang sebenarnya ialah Ustaz Azizan lebih memahami ‘feeling’ dan sentimen orang Kedah. Apabila beliau menang pilihanraya dan dilantik menjadi MB beliau pernah menyatakan bahawa beliau bukan setakat menjadi MB kepada orang-orang PAS tetapi beliau menjadi pemimpin kepada semua orang-orang Kedah.

Beliau tidak mengamalkan pendekatan ‘talibanism’ seperti PAS Terengganu memeritah Terengganu dahulu dengan menutup semua kelas-kelas tadika Kemas dan membuat onar projek-projek BN. Memang peringkat awal pemimpin-pemimpin BN yang kalah pun amat takut dengan PAS, takut lubang-lubang mereka bocor dan pecah, projek-projek mereka ditahan, fail-fail di Wisma Negeri dibongkar, dewan-dewan UMNO diruntuh atau ditutup dan berbagai-bagai ketakutan lagi.

Tetapi itu semua tidak berlaku malah Ustaz Azizan mengambil pendekatan yang berhemah, lembut dan Islamik mengikut acuannya yang tersendiri dan cara orang Kedah (bising di luar tapi lembut di dalam).

Pesoalannya mengapa hari ini Ustaz Azizan masih tidak mahu melepaskan jawatan beliau walaupun kuasa telah ditarik oleh PAS pusat?

1 comment:

  1. Awok ni mami kiah ke mami jual ayang..awok dok tahu setarang hal orang Pah bakpe nok care dok tentu pasa? Awok jage jer la UMNO hok yang doh leh-leh nok mati tuh..dok sedor diri..bakpe yang kate Pah peretoh Ganu ikut care Talibang? Ni jenih dok takut dose..Islam tu bukang lembek macang Islam Hadhari..dia keras dalam perkare-pekare pokok tapi lembut dalam perkare cabang..dok tahu..singgoh-singgoh la mesejid ke surau ke..ngaji retek.n takdok la hidop jadi merabang lagho..ke guane Cik Kiah??

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.