Monday, February 11, 2013

APAKAH 'QUALIFICATION' SESEORANG MENTERI?

Visual ini hanya hiasan sahaja
Sistem demokrasi berpelembagaan menetapkan setiap lima tahun sekali perlu diadakan pilihanraya di mana rakyat akan memilih siapa wakil mereka. Calun-calun akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti-parti yang ingin bertanding melalui proses pilihanraya untuk mewakili kawasan-kawasan yang telah ditetapkan samada kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. 
Seringkali calun-calun dipilih di kalangan ketua parti di kawasan tersebut khasnya bahagian yang berkenaan. Jika ketua parti itu bekas seorang guru sekolah maka jika ditakdirkan beliau menang dalam pilihanraya tersebut kawasan tersebut akan diwakili oleh seorang bekas guru sekolah begitulah sebaliknya. 
Jika bekas guru sekolah tersebut menang menjadi wakil rakyat Parlimen kawasan tersebut dan beliau juga mempunyai ‘cable’ yang kuat dengan Presiden parti yang juga merupakan Perdana Menteri maka bintang nya cerah untuk dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. 
Jika nasibnya baik dilantik menjadi Timbalan Menteri, katakan Timbalan Menteri Dalam Negeri maka Kementerian Dalam Negeri akan dipimpin oleh seorang bekas guru sekolah bekerja di samping Menteri yang dilantik. 
Jika Timbalan Menteri ini lupa daratan menjadi ‘merak buih’ dan semua agensi di bawah Kementeriannya nak dicampur khasnya Polis Di Raja Malaysia maka Ketua Polis Negara akan menjadi pening. 
Yang lebih menggerikan jika ‘king pin’ yang ditangkap diarahnya supaya dilepaskan kerana ingin popular sebagai ahli politik.
Akibatnya hari ini penjenayah curi laptop, pecah rumah, curi besi, curi cable, ragut, bunuh dan rogol berleluasa dilakukan khasnya yang bersangkutan dengan penagih dadah. 
Penagih dadah hari ini cukup ganas, mereka hilang kewarasan dan peri kemanusiaan sanggup membunuh dengan kejam di bawah pengaruh dadah. 
Hampir setiap minggu ada berita penangkapan bungkus-bungkus dadah yang bernilai jutaan ringgit. Bukan setakat di sempadan, lapangan terbang malah terdapat makmal-makmal dadah di kondo mewah di tengah-tengah ibukota.
Rakyat ditenteramkan dengan statistik kadar jenayah yang sudah menurun. Betulkah? Jika betul, kita tidak sepatutnya takut dan bimbang keluar malam di Putrajaya untuk keluarkan wang di mesin ATM. Minggu lepas isteri rakan diekori sebaik keluar dari mengeluarkan wang di mesin ATM di Putrajaya. Putrajaya, kota aman damai tidak berpagar. Takut? Ngeri?.

6 comments:

  1. Hai MR dah mula melalut.Hina cikgu sekolah pula.Awat cikgu sekolah tak layak jadi pemimpin ke atau Menteri,EXCO dll lagi.

    Koperat saja yg layak.Do.PTD.pegawai saja ke yg layak.

    Kalau sindir sapa sapa pun janganlah kaitkan jawatan guru sekolah secara menghina.

    Barangkali MR lupa diri .Guru layak disekolah,jaga masjid,AJK surau.AJK taman.Pengerusi kenduri arwah.Guru sekolah pun ada nilai dan maruah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kita tak bermaksud menghina sesiapa. Sesiapa juga yang dekat dengan rakyat dan dapat bekerja bersama profesional dan tidak angkuh, ego dan hidung tinggi dikira layak menjadi Exco, Menteri dan Ketua kumpulan.

      Delete
  2. Kah kah kah.Yang balun bini orang pun ada.Awat tak sebut.Guru sekolah yg kenaSorry kasak sikit...

    ReplyDelete
  3. Pemimpin tak perlu kelayakan di atas kertas. Full stop.

    ReplyDelete
  4. Majoriti anggota kabinet Singapura ada ijazah master ke atas dari universiti terkemuka di dunia. PTD Malaysia pun tidak sesuai kerana mereka tidak mahir bekerja, inikan pula guru sekolah biasa.

    ReplyDelete
  5. MR jujur n xberniat hina guru pun. Cuma, apa yg berlaku sebelum ini sememangnya berlaku sedemikian esp. yg menghadapi kejutan budaya. Kena pulak kurang background ugama. Maklum sajalah...... dulu hanya level dihormati kanak-kanak sekolah rendah tetiba menjadi bos eksekutif kerajaan.........

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.