Sunday, February 24, 2013

PERJUANGAN YANG PAS TAK MAMPU LAKUKAN

Kisah halangan percintaan hari ini sudah melangkaui norma-norma percintaan zaman dahulu. Ia tidak lagi berkisar kepada halangan percintaan kaya dan miskin, lawyer, doctor atau pemain muzik hatta ‘tinggal emak tinggal saudara demi cinta ku harungi jua’. 
Hari ini kisah percintaan melebihi pengorbanan perawan gadis apabila yang mabuk cinta sanggup berkorban nyawa dilambung ombak badai lautan untuk ke Lombok atau ke Afrika Selatan. Kisah-kisah percintaan Laila-Majnun, Romeo-Juliet, Kassim Selamat, Bobby dikira sudah lapuk dan ditelan zaman. (Demi-kekasih-Munirah-sanggup-terjun-laut)
Dahulu, jika ingin melihat seorang Awang Hitam ia hanya dapat disaksikan dalam paparan di kaca-kaca cerita TV dan wayang seperti cerita Kunte Kinte tetapi hari ini Awang Hitam boleh didapati di mana-mana sahaja, di kampong dan ladang sawit. Ironinya ada yang terpikat cinta Awang Hitam. Sanggup menjadi keldai dadah akibat tergoda dengan ayat-ayat ‘power’ Awang Hitam. 
Usah dirisau sangat dengan insiden-insiden ini kerana terdapat badan politik yang akan sentiasa kehadapan untuk menyelamatkan mereka serta memperjuangan nasib mereka yang terperangakap di dalam jerat percintaan ini. Jika cinta itu buta mungkin politik tidak buta. Malah perjuangan ini mendatangkan ‘milage’ politik yang lumayan apabila dipaparkan dengan besar dalam media-media utama dengan tercongoknya tokoh-tokoh utama untuk mendapat tempat dalam senarai ‘winnable candidate’ dalam PRU13 yang akan datang.
Mungkin zaman beredar perjuangan politik juga berubah, tidak lagi memperjuangkan kemiskinan rakyat, pencabulan Dong Zong dalam pendidikan nasional, hak-hak Bumiputera dalam Dasar Ekonomi Baru, penerapan nilai-nilai Islam dan hak-hak Melayu yang sedang berada di pintu pajak gadai kaum lain. Tidak hairanlah jika sejarah perjuangan Kemerdekaan pun dianggap sudah lapuk. 
Mungkin mereka tidak berupaya memikir krisis-krisis politik berat yang memerlukan kajian dan ilmu yang mendalam membuat sesetengah politikus diperingkat bahagian (yang konon bakal wakil rakyat) hari ini lebih banyak bergelumang dengan perkara-perkara remeh-temeh ‘touch and go’. Janji penyokong tegar angkat ibu jari dan bertepuk sorak dalam majlis mereka sudah ‘happy’. 
Teruskan  membela isu yang menyentuh jiwa rakyat di mana Kerajaan PAS pun tak mampu lakukan tetapi hakikatnya politikus parti yang memerintah juga harus membawa agenda yang lebih besar dan tidak di’over shadow’ oleh aktiviti sampingan yang remeh.

2 comments:

  1. Assalam. apabila anak dara lari atau dilarikan pendatang, kenapa PAS dipersalahkan. PAS tak ada kuasa menentukan pihak berkuasa berkaitan ambil tindakan. Ilmu dan didikan agama yang dapat menjadi panduan rakyat tak diendahkan dilaksana dengan syumul Dan berkesan. UMNO/ BN yang berkuasa perlu bertnggungjawab

    ReplyDelete
  2. MR.setuju perjuangan Pas macam buih sabun atas air.
    Kosong macam tin susu yang masam.Hilang arah tuju.
    Parti Pas macamlah kueh pulut udang yang tak ada udang pun dalamnya.Yang ada cuma inti kelapa dan pulut.Nak harap pada Pas tak ada lah.
    Pas dah jadi parti artis semalaysia.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.