Thursday, February 28, 2013

BERSEDIALAH UNTUK PILIHANRAYA MEDIA SOSIAL.

Semasa melancarkan Minggu Media Sosial 2013, PM DS Najib menyatakan pilihanraya kali ini adalah ‘pilhanraya media sosial’. Walaupun bukan menjadi faktor utama tetapi ia semakin hari semakin membiak sebagai alat propaganda yang berkesan di kalangan pengundi baru. Khasnya mereka yang ingin mengimbangi sumber maklumat komunikasi yang di kawal oleh parti mana juga yang memerintah.
Di kalangan politikus yang berada di dalam zon selesa mereka tidak sangat ambil pusing hal ini memadai dengan ada iPhone, iPad, laptop, akaun Facebook, Tweeter dsbnya. Mereka lebih asyik memuat turunkan posting-posting makanan yang mereka makan, gambar-gambar posing bersama keluarga dan kerja-kerja sosial mereka.
Tidak kurang juga di kalangan politikus vateran yang tidak berapa sensitif dengan perkembangan media sosial. Mereka masih merasakan cara dahulu adalah yang terbaik seperti menayangkan kembali filem-filem hitamputih lama di layar kain putih tengah padang konon ingin mengembalikan apresiasi rakyat tentang sejarah keagungan dahulu. 
Malah tidak kecil juga masih terdapat politikus yang masih lagi rabun dengan peranan media sosial untuk mengaut pengaruh politik khasnya kepada parti. Mereka ini boleh diibaratkan seperti peribahasa Melayu ‘ibarat tikus tengok besi’. Dan sesetengah politikus yang tidak mahu dilihat seperti ‘katak di bawah tempurung’ mereka akan mengupah anak-anak muda yang bijak untuk mengendalikan akaun-akuan media sosial mereka. Ini adalah lebih baik daripada menjadi ‘tikus perbaiki labu’. 
Kesedaran tentang peranan penting media sosial dalam pilihanraya boleh dikatakan bermula dalam pilihanraya AS dengan kemenangan Barrack Obama. Dan baru-baru ini pertandingan di antara Barrack Obama dan Mitt Romney jelas membuktikan penggunaan media sosial yang cukup aggresif oleh Barack Obama.
PM, DS Najib mungkin dapat menjejaki peri pentingnya peranan media sosial dalam PRU13 yang akan datang tetapi sambutannya oleh kepimpinan di beberapa negeri khasnya negeri yang BN kalah seperti Kedah, aktiviti ini sungguh mandom, lemah dan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan BN Selangor yang bersungguh-sungguh memenafaatkan aktiviti media sosial mereka. 
Hakikatnya mereka masih dibuai bayang-bayang masa silam ada ketika terbawa-bawa oleh resah mimpi kalah yang tak sudah (meminjam tajuk lagu Ibnor Riza, Mimpi Yang tak Sudah)

Biro Penerangan perhubungan UMNO negeri hampir lumpuh dan seperti tidak wujud. Cuma ketika mula-mula kekalahan PRU12 dahulu masing-masing ‘exited’, kalut dan kelam kabut dengan media sosial tetapi semakin lama semakin sejuk seperti taik ayam yang hilang kehangatan. 
Hari ini masing-masing sedang menunggu siapa calunnya barulah mereka akan bergerak. Pada ketika itu mungkin masa sudah terlewat seharusnya mereka sedar bahawa peperangan poster sewaktu kempen pilihanraya yang akan datang akan diganyang lumat oleh peperangan siber yang lebih sengit tanpa sempadan dan batasan. 
Pencerobohan laman web Jabatan Penerangan yang mengeluarkan kenyataan ‘Najib meletak jawatan’ adalah setapak perjalanan beribu batu pengodam-pengodam atau ‘hackers’ dalam PRU13 yang akan datang.

2 comments:

  1. Mami hang lupa nak buboh lirik lagu mimpi yg tak sudah.
    Biar kami catatkan di sini untuk tafsiran mereka yang dibuai Mimpi Yg Tak Sudah:
    Apa makna impian
    Datang dan pergi
    Membawa hati
    Menyusuri kembali
    Jalan-jalan sepi

    Kau kah di situ
    Yang menantiku
    Atau jelmaan
    Dalam kenangan
    Yang bernama pengalaman

    ( korus )
    Siapakah di antara kita
    Dengan rela menjadi pendusta
    Siapakah dulu membina harapan
    Dan siapa yang memusnahkan impian
    Tanpa sebab dan alasan
    Kau lahirkan perasaan
    Bagai taufan tiba-tiba datang
    Dan menghilang

    Kau bayang-bayang
    Masa nan silam
    Ada ketika terbawa-bawa
    Oleh resah mimpi yang tak sudah

    ReplyDelete
  2. MR.
    Sebenarnya Najib pun tahu keadaan sebenarnya.
    Tapi apa nak buat,
    Pemimpin UMNO disekelilingnya sekarang,
    Yang dulunya membodek Pak Lah;
    Dan Tun Det,
    Mereka hanya mampu meletakkan Najib,
    Sebagai Presiden UMNO sahaja.
    Mereka tak upaya memastikan Najib,
    Untuk kekal gagah di Sri Perdana dan Putrajaya,

    Mereka semua untuk makluman Najib,
    Umpama tumpang cari makan,
    Dalam pentas dunia,

    Najib jangan percaya pada semua ini.
    Mereka akan lari tinggal Najib,
    Jika Najib kecundang nanti.

    Adakah Najib sudah belajar ini semua.
    Bersedialah wahai Najib,
    Akan kehebatan mereka dibawah,
    Yang sudah hilang bisa,

    Mereka semua sudahj ibarat ular lidi,
    Kerdil dan tanpa bisa.

    Bahaya menanti Najib.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.