Tuesday, August 27, 2013

KUIN - KERAJAAN KEDAH CADANG SEDIAKAN KERTAS PUTIH

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah bersedia mempertimbang cadangan untuk menyediakan 'kertas putih' mengandungi penjelasan berhubung pelbagai isu yang melanda Kolej Universiti Insaniah (Kuin).
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, bagaimanapun pihaknya akan berbincang dengan Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
"Saya tidak berkeupayaan untuk menyatakannya, tapi saya lihat ia sebagai satu cadangan yang baik dan akan berbincang dengan Menteri Besar," katanya menjawab soalan tambahan dan cadangan daripada Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor) pada sidang dewan undangan negeri (DUN) di sini Selasa.
Phahrolrazi mencadangkan supaya kerajaan negeri mempertimbang menyediakan 'kertas putih' yang menjelaskan secara terperinci masalah sebenar yang masih dihadapi Kuin supaya ia dapat dijadikan pencerahan kepada semua pihak.
Sementara itu, Tajul Urus memberitahu dewan setiap keputusan yang diambil berkaitan pemindahan fakulti dari kampus Kuin di Kuala Ketil ke Mergong di sini, dan penyusunan semula struktur pentadbiran kolej universiti itu adalah mengikut peraturan serta prosedur yang sah.
Tajul Urus berkata tidak ada juga sebarang arahan oleh mana-mana pihak untuk memberhentikan beberapa tenaga pengajar dan kakitangan Kuin seperti yang didakwa selepas penyusunan semula struktur pentadbiran.
Beliau menjawab soalan Md Zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil) berhubung keputusan yang diambil untuk perkara-perkara berkenaan sama ada sah dan mengikut prosedur.
Tajul Urus berkata seperti mana kerajaan negeri terdahulu, pihaknya juga mempunyai hasrat sama iaitu ingin meletakkan Kuin sebagai universiti penuh dan tidak sesekali mengundur ke belakang dalam soal berkenaan.
Katanya, untuk merealisasikan hasrat itu, setiap proses melibatkan pengurusan dan pentadbiran Kuin dilakukan secara teratur dan strategik di samping mengambil kira kepentingan semua pihak.
Mengenai dakwaan kepadatan pelajar di kampus Mergong, beliau berkata perkara itu masih tidak dapat disahkannya kerana berdasarkan tinjauan pihaknya baru-baru ini proses pengajian berjalan lancar.
"Ketika meninjau ke kampus Mergong, saya dapati tidak berlaku 'limpahan pelajar' hingga ke luar kelas," katanya ketika menjawab mengenai dakwaan terdapat pelajar yang terpaksa duduk di luar kelas akibat bilik kuliah yang sempit.
- BERNAMA

4 comments:

  1. Shamsuir bin IsmailAugust 28, 2013 at 5:21 AM

    MR.
    Isu Kuin ini.Masa zaman Kerajaan Pas dia jadi modal poliiik UMNO.Kemudian bila zaman Kerajaan UMNO dia jadi modal politik Pas.

    Menarik juga politik Kedah.
    Sepaptutnya dua pihak parti Melayu ini duduk bincang agar Kuin tidak BUNGKUS angkara mainan politik BODOH pemimpin PAS/UMNO.

    Kerajaan UMNO Kedah wajib selamat dan terus masa depan KUIN>
    Pemimpin PAS perlu ikhlas dalam isu KUNI ini.

    Diharap KUIN jangan jadi modal politik lagi antara UMNO/PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Shamsuir Ismail,
      Saya setuju dengan pendapat tuan. Melayu berpolitik ibarat "menang jadi arang kalah jadi abu" tidak seperti kaum Cina yang berpoltik di mana dalam apahal juga semuanya mereka menang.
      Kita menghadapi cabaran isu-isu pendidikan oleh pendesak-pendesak seperti Dong Zong dan Jio Zong yang mendesak bukan-bukan menegakkan sekolah venerkular. Sebaliknya kita sesama kita berbahas dan berdebat tanpa sudah isu KUIN yang sepatutnya di tangani dengan mudah tidak terjejas pelajar dan integriti pengajian dan keilmuan.
      WASSALLAM.

      Delete
  2. MR,
    Kata UMNO kami berjaya tawan Kedah kerana isu KUIN, kata PAS pulak kami kalah kerana UMNO putar isu KUIN. Dalam PAS sendiri tak ngam dengan Ustaz Azizan depa hentam Ustaz Azizan guna kelemahan Ustaz Azizan dalam KUIN.
    UMNO nak kan "BN Menang Kedah Senang" guna maklumat dalaman yang dibongkar orang dalam PAS hentam KUIN bagai nak mampus melalui media kawalan UMNO.
    Habis terlungkup. Sekarang siapa yang mampus? Kita tunggu sejauh mana Kedah akan senang bila BN menang..
    Main politik bodo....

    ReplyDelete
  3. "Tajul Urus berkata tidak ada juga sebarang arahan oleh mana-mana pihak untuk memberhentikan beberapa tenaga pengajar dan kakitangan Kuin seperti yang didakwa selepas penyusunan semula struktur pentadbiran."

    Macam mana pula Ustaz Ghani Shamsuddin ? Yang lain2 kakitangan dan pensyarah di bawah Insaniah Holding memang tiada hitam putih berhenti ke apa2 ke, cuma gaji tak di beri dari Mei 2013. Apa erti nya ? Undang2 negeri mana yang mereka guna?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.