Saturday, September 14, 2013

BLOGGER ZAM MAIDIN KECUT PERUT BILA LIM KIT SIANG NAK SAMAN.

Mutakhir ini blogosfera menjadi panas digemparkan dengan kes saman-menyaman. Blogger tidak lagi kebal. “You talk big I saman you!!”, “You open your mouth I saman you!” 
Yang terkini suasana dikalutkan dengan berita Lim Kit Siang akan menyaman blogger Zamkata @ Zam Maidin susulan dari posting Zam pada 3 September 2013 “Patutlah Tanda Putera Haram dan Jijik Di sisi Lim Kit Siang dan Anaknya”.
Zam baru sahaja selesai apabila terpaksa meminta maaf kepada AirAsia berikutan dengan sebuah postingnya yang memberikan implikasi seolah seolah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan Air Asia X. 
Kini Zam dideritai dengan satu lagi tekanan oleh LKS pula. Kecut perut dengan kenyataan LKS itu cepat-cepat Zam merayu agar beliau tidak disaman kerana beliau bukannya seorang kaya, korporat atau saudagar. 
Zam merintih dengan hanya hidup makan-pakai di atas kemuliaan sebagai wartawan bebas dengan bantuan wang persaraan dan penulisan. 
Menyaman Zam untuk mendapat wang jutaan ringgit mungkin satu kesilapan kepada Lim Kit Siang. Kerana harta yang ada pada Zam hanyalah kain pelikat dan baju singlet pagoda sahaja. Jika bernilai sedikit pun mungkin spender Mark & Spencer bersaiz 'M' kecil sedikit dari saiz spender 'XL' Mustafa Ali. 
Walaubagaimanpun jika disaman juga Zam bercadang untuk mendapatkan khidmat guaman Karpal Singh secara percuma. Mungkin kes ini kelak akan menjadi sejarah atau ‘landmark law case’ dalam buku rujukan perundangan di mana ‘Lim Kit Siang versus Karpal Singh’. 
Menurut ramalan pemerhati, Zam tidak akan menang di mahkamah walaupun katanya ada bukti-bukti di dalam simpanannya. Ini kerana bukti-bukti simpanan Zam itu hanyalah keratan-keratan akhbar Utusan yang tidak boleh dijadikan bahan bukti yang kukuh kerana semuanya adalah tulisan Zam sendiri ketika beliau menjadi wartawan Utusan.
Inilah akibatnya Tokoh Wartawan Negara menjadi bloggers. Dulu mungkin "Awang Selamat" tetapi hari ini apabila menjadi blogger 'Awang' sudah tidak 'Selamat' lagi.

4 comments:

  1. Penulis atau blogger UMNO memang ramai yang bangan, alias jika nak kondem atau memfitnah terhadap sesorang itu mereka ikut syok sendiri atau sedap mulut kononnya yang kena fitnah itu tak berani nak buat apa-apa lagipun mereka mungkin berfikir mereka akan dibela oleh ketuanya atau mereka rasa mereka bagaikan kebal kecuali apabila si kena fitnah itu tarik mereka ke mahkamah barulah mereka rasa macam nak kencing dalam seluar dan tiada kuasa 'divine' turun membela mereka. Prestasi Zam jika dicabar begitu teruk sekali misalnya ditemuramah oleh Aljazeera suatu ketika dulu dia kelihatan amat bebal dan memalukan rakyat Malaysia kerana tampak tiada ketrampilan seorang yang cerdik walaupun sebagai Tokoh Wartawan Negara. Kini kena saman nanti yang tidak memihaknya akan kata pepat " Padan Muka Mu". Mana integriti kamu sang wartawan UMNO?

    ReplyDelete
  2. Apasal mummy perangai ini macam ? Nana tak layan semalam ka ?

    ReplyDelete
  3. Deyyy tangacheekkk. . Bukan Nana tadak layan semalam. . Nana salah parking bikin mummy tak bley jalan. . Blakang sana ada sikit sakit sajaa laaa

    ReplyDelete
  4. Mami oiii saman menyaman biasa laaa..diut banyak hulur la pada Kit Siang sikit dan bayar la Karpal sikit. Semua kalau nak saman kerajaan depa pakai lawyer Karpal Singh pasti menang kalau laywer lain nanti kalah.
    Karpal cekap putar belit. Sebab itu Zainudin Maidin nak pakai Karpal..tst laaa.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.