Saturday, November 30, 2013

KELEMAHAN JENTERA PENTADBIRAN MUKHRIZ. USTAZ AZIZAN TELAH LAMA DIKEBUMIKAN TETAPI NAMANYA MASIH DI LAMANWEB.

Nama Ustaz Azizan masih lagi dalam laman web GLC Kedah. Apa hal ni?
Mukhriz mungkin namanya besar sebab bapanya juga BESAR. Tetapi jentera-jentera di sekelilingnya nampak mandom, slow dan lembab.
Lihat pendedahan blogger Kedah Times (syburi-times.blogspot.com). 
Laman web yang tidak dikemaskini bukan satu perkara kecil. Ini bukan sekali ditegur tapi dah berkali-kali. MR sendiri pernah bisik hal ini. 
Ternyata ketuloi-ketuloi dalam GLC masih asyik dibuai lena mimpi yang tak sudah seperti tajuk lagu Shidi.
Apa jadi ni? "100 days gone brother Mukhriz but your WOW!!! factor is still haven't felt by the voters"

5 comments:

  1. Mummy oh mummy, dari dulu dok jarum pasal Mukhriz sampai lani pun dendam tak abih abih ka mami jarum hoi...

    ReplyDelete
  2. MR
    Pendapat puan kami setuju.Hari ini genap tuujuh bulan Mukriz menjadi MB, angkat sumpah pada 6 Mei 2013. Media Team Mukhriz gagal selepas menjadi pemerintah berikutan banyak-banyak laman-laman web Kerajaan negeri yang lapuk dan tridak dikemas kini. Segala alasan menyatakan baru ambil alih dan struktur jentera masih belum disusun merupakan alasan yang tidak bioleh diterima pakai.
    Ini contohnya:
    1. Laman web Kedah Agro Aquaculture masih tertera Nama Mahfuz Omar sebagai Pengerusi.
    2. Laman web Perbadanan MB Kedah masih tetera Ustaz Azizan sebagai lembaga penasihat.
    3. Laman web Permodalan Kedah Bhd masih tertera Ustaz Azizan sebagai ALP.
    Dan ada beberapa lagi yang masih tidak berubah.

    ReplyDelete
  3. Sebelum pilihanraya cyber trooper Muhkriz di kira antara yang paling hebat ketika itu. Youtube Mukhriz “Zainal Hijau Di Kedah” demonstrasi menentang pengambilan balak oleh Kerajaan PAS ketika itu telah naik dari 300 trafik kepada 100,000 lebih pengunjung ke YOUTUBE tersebut. Ini mengambarkan betapa hebatnya cybertrooper Mukhriz ketika itu.
    Sebaliknya selepas ,mengambil alih Kerajaan Kedah laman-laman web yang utama pun tidak di update dan seperti tidak diambil tahu langsung.
    Di mana mereka trooper dahulu yang banyak membantu beliau? Jangan sampai seperti kacang lupa kulit. Masa melapah sama-sama dilapah masa dihidang hanya golongan tertentu dilayan.

    ReplyDelete
  4. MR.
    Dengar cerita Mukhriz ini sejak jadi MB BERKIRA sangat.Liat dan tangkai jering.Larat ke nak telan AYAQ LIOK sahaja..
    Itulalh bila orang yg tak pernh susah.

    ReplyDelete
  5. Bila kita menerima amanah kerana Allah kita tak rasa gusar pun penilaian di mata manusia

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.