Monday, December 23, 2013

AWAS SURAT PALSU DS ROSMAH BERLEGAR DI LAMAN BLOG.

MR mendapat respon dari blogger yang juga merupakan Tokoh Wartawan Negara Datuk Kadir Jasin bahawa surat yang kononnya jawapan DS Rosmah (klik) dan sedang berlegar-legar di laman blog sebenarnya adalah palsu semata-mata. 
Pendedahan ini dibuat hasil sisatan blogger DAKJ dan didedahkan melalui komen blogger Kadir Jasin dalam blog ini seperti di bawah: 
mummyrokiah, 
1. Sila maklum. Seorang anggota Communication Advisory Group, Pejabat PM beritahu saya surat yang mummy petik itu palsu. 
 2. Dalam SMSnya kepada saya, penasihat itu berkata: "FYI Checked..letter not true!!". Maksudnya surat itu tidak "genuine". 
3. Saya jawab kepada penasihat itu: "Should take action for impersonation." 
4. Jadi tak timbullah soal saya jadi orang terawal terima pisang. Kalau ada yang nak beri, saya terima. Tak penting pisang elok atau dah layu. Kalau elok manusia makan. Kalau tak elok saya bari burung dan tupai makan. 
5. Boleh kata tiap masa saya bagi pisang kepada burung liar dan tupai keliling rumah. Lama-lama jinak dan kenal saya. 
Alhamdulillah. 
Terima kasih. 
MR ingin mengucapkan terima kasih kepada blogger Kadir Jasin. Itulah kelebihannya blogger yang ada kawat (ada kontek) secara langsung dengan pejabat PM. 
Apa pun bercakap tentang kenduri pisang ini MR rasa tidak ada siapa yang dapat lawan dengan sikap pemurah *mamakpreneur (usahawan mamak yang mula-mula datang ke Malaya dan mengusahakan kedai runcit, nasi kandar, jual kain, money changer dan jual roti benggali sehingga sanggup meninggalkan anak isteri mereka di India dan hanya balik setahun sekali setelah memperolehi laba dari perniagaan) yang cukup rajin bersedekah pisang setiap subuh di tangga dan beranda masjid. 
Mereka ini kini menjadi jutawan yang hebat dan gagah melalui rantaian kedai-kedai Nasi Kandar yang besar tanpa bantuan GLC atau gran kerajaan.
Berhubung dengan surat palsu tersebut diharap kepada mana-mana blogger yang menyimpan surat tersebut sila cucuh api dan buat penafian berhubung kepalsuannya.

No comments:

Post a Comment

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.