Friday, January 3, 2014

JK ROWLING DAN ZAM MAIDIN

Di Paris, Cafe Les Deux Magots merupakan cafe terkenal tempat lepak beberapa penulis terkemuka seperti Sartre, Simone de Beauvoir, Hemingway, Camus dan Picasso. Di sini mereka memburu dan membina ilham untuk menghasilkan karya–karya agung. Dan terdapat beberapa lagi Cafe terkenal lihat 15 most famous cafes in the literary world.
Birthplace Of Harry Potter
Pada tahun 1995 JK Rowling menghabiskan novel pertamanya Harry Potter and The Philosopher Stone di dalam Café adik ipar nya Nicolson di Ediburgh. Dengan secawan kopi beliau akan duduk berjam-jam memanaskan kerusi di dalam café tersebut bersama taipwritter lamanya sehingga beliau berjaya menyiapkan novel tersebut. 
Setelah ditolak oleh 12 penerbit akhirnya pada tahun 1997 novelnya diterima untuk terbitan oleh Bloomsbury dan telah mendapat sambutan di luar dugaan sehingga kini beliau bergelar jutawan. 
Ceritanya di sini selain dari pejabat hawa dingin- Café, Kedai Kopi, Nasi Kandar dan Restoran merupakan tempat lepak utama penulis-penulis mendapat ilham untuk menghasilkan masterpiece karya mereka. 
Suasana Dalaman Zam Newsroom Cafe
Yang terkini di samping mengisi ruang persaraan, Tokoh Wartawan Negara 2006, Zam Maidin telah membuka cafénya sendiri. Café yang diberi nama Zam Newsroom Café kini dibuka di ayer@8, Presint 8 ditepi Tasik Putrajaya. 
Hiasan dalamannya adalah manifestasi kesinambungan cinta lama beliau terhadap newsroom Utusan yang telah menyekolahkan beliau. 
Zam cuba mengembalikan nostalgia ruang dan suasana bilik editor Utusan dihiasi dengan visual-visual hitam puteh mengimbau kembali kenangan ketika beliau masih muda dan nakal. 
The Loaf oleh usahawan Tun M dan Suzuki
Yang sebenarnya Tun M telah mendahulu Zam dengan mengisi ruang persaraannya dengan membuka kedai roti The Loaf. Bermula di Langkawi kini The Loaf makin galak dan rancak dengan membuka cawangan-cawangan selain di Langkawi Telaga Harbour Park, Empire Shopping Gallery Subang Jaya, IOI Boulevard Puchong, Bangsar Village 2, Tokyo Street in Pavilion Kuala Lumpur, The Mines, Great Eastern Mall, Paradigm Mall Kelana Jaya dan satu lagi di Pantai Cenang, Langkawi. 
Semoga di destinasi Zam Newsroom Cafe ini  beliau akan menghasilkan banyak lagi karya kontemporari sezaman untuk cucu dan cicit beliau.

3 comments:

  1. ZAM adalah sosok yang memegang falsafah 'Ketuanan Melayu' yang penuh fantasi bahawa kononnya bangsa Melayu itu merupakan kepimpinan yang diwahyukan untuk keselamatan negara Malaysia pada hal disebalik topeng itu membiakkan falsafah kroni UMNO untuk menjarah kekayaan negara. Maka jika ada penulis yang mendapat ilham di Zam Newsroom Cafe itu akan menjana cerita sekitar orang Melayu dah nak kena makan oleh orang bukan Melayu, agama suci Islam yang dianuti orang Melayu majoriti sedang dinoda, digugat dan nama Allah harus dipertahankan daripada diambil oeh kaum bukan Islam khasnya orang Kristian dan orang Melayu dari keturunana Mamak harus diberi peranan untuk memeimpin orang Melayu di Malaysia. Cerita-cerita ini akan dijana secara kreatif/bersastera tetapi amat melemaskan dan pegagangan akidah 'Ketuanan Melayu' yang tiada asas fakta dan hakikat yang pejal akan dipropaganda walaupun sebahagian orang Melayu yang cerdik dah tak boleh menerimanya.Buat malu aje dan menjadi bahan lelucon kerana piawainya jauh sekali dengan apa yang telah dihasilkan oleh Cafe Les Deux Magots.

    ReplyDelete
  2. Bro,
    It is very interesting concept indeed. I think Zam try to improvise the mamak concept and he is running out of mamakboxs. What do you think?.
    Anyway let us see and how long he can stand..

    ReplyDelete
  3. Perompak negara sebenar ialah pemimpin bangsat pr 3 abdul dan kroni2nya.
    Tahniah zam semoga tulisan2 anda terus mampu menjana kebangkitan dan kesinambungan bangsa melayu dan agama Islam

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.