Blog chedet hentam Najib lagi dengan posting terkini "Menegur" .
Bercakap isu menegur pemimpin ini sesungguhnya ia juga tidak terkecuali teguran kepada MB Kedah, Mukhriz.
Ada siber trooper yang memberitahu kepada Mukhriz bahawa blog MR telah memburuk-burukkan pemerintahannya.
Sehingga menurut rakan, blog ini telah dihentam di hadapan Mukhriz dalam ucapan perasmian satu mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri Kedah.
Akibat dari beberapa teguran itu blog ini telah diugut, dimaki, dihamun dan disumpah oleh segelintir siber trooper sekeliling MB.
Siber trooper yang dibayar itu telah menghina dengan kata-kata yang kesat mungkin kerana tidak suka mendengar MB di tegur.
Mereka seharusnya berhujah di dalam fakta berbahasa yang sopan bukan dengan bahasa yang kotor dan makian yang lucah kerana mereka membawa imej pejabat Mukhriz.
Mungkin dari latar belakang mereka yang berbagai mereka terbawa-bawa dengan gaya bahasa yang kotor. Mereka kelihatan terlalu negatif konon untuk tunjuk hero dalam "circle" koridor Mukhriz.
Dan kini sudah terdedah di kalangan mereka mula berkelahi semasa sendiri kerana masing-masing berebut-rebut untuk menambat hati Mukhriz.
MR suka memetik kata-kata bapa Mukhriz Chedet, “Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya”.
Akibat pembinaan lapisan tembok besar yang dibina suara-suara akar umbi sudah tidak sampai kepada Mukhriz maka ramai yang mengambil pendekatan meluahkan kekeciwaan melalui media sosial untuk menegur.
Sekali lagi izinkan saya pinjam cerita dongeng dari blog CheDet juga tentang raja bogel:
"Al kisah - cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.
Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.” Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel".
Beberapa janji oleh MB kepada beberapa pertubuhan janji tinggal janji. Janji untuk mengadakan perjumpaan berkala dan terlibat dalam makmal transformasi pembangunan negeri hanya tinggal janji.
Orang-orang sekeliling MB menapis apa yang patut MB dengar dan dengar yang suka hati sahaja. Mereka yang bertungkus lumus membantu kemenangan MB dan yang kuat menyokong dahulu tidak diberi layanan yang saksama.
Yang tidak hemoi dan tebal muka mencium tangan MB telah direjam dan dilanyak ketokohan mereka. “Kera di hutan disusukan anak di rumah kelaparan”.
MR juga berprinsip seperti Che Det “Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negeri saya”.
Dalam article Tun M - Menegur, saya bersetuju ISA tak sepatutnya dihapuskan. Kalau Singapore dan USA pun mempunyai undang2 ala ISA mereka sendiri mengapa tidak Malaysia? Ianya amat berguna untuk tindakan pencegahan. Bila berlaku rusuhan baru nak bertindak sudah tidak bermakna lagi. Negara sudah hancur, ekonomi jatuh merudum. DAP berjaya menghasut dan menyemai kebencian kepada orang Melayu sebab tu 97% orang cina menyokong mereka. ISA boleh digunakan untuk menangkap penghasut2 ini sebelum tragedi 13 Mei berulang. Seperti RPK kata jika anda mengikuti laman2 sosial sekarang ini ketegangannya lebih hebat dari sebelum tragedi 13 Mei yang lalu. Cina maki Melayu, Melayu maki Cina. India maki Melayu. Melayu maki India dan sebagainya. Bersedialah orang2 Melayu untuk berperang demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.
ReplyDeleteNamun begitu, saya tetap menyokong BRIM walaupun saya tidak layak menerimanya. Mengapa kita perlu merasa rugi untuk membantu orang susah/miskin. Allah akan membantu Kerajaan yang mengambil berat tentang rakyatnya yang miskin ataupun dalam kesusahan. Walapun Kerajaan telah membelanjakan melebihi RM7 Billion pada tahun 2014 tetapi pertubuhan ekonomi telah melebihi jangkaan, tidak merosot. Apapun alasannya kita
wajib percaya akan keberkatan dari Allah yang telah dijanjikannnya.
Selepas GST dilaksanakan sudah pasti pendapatan Kerajaan akan meningkat. Maka lebih banyaknya projek boleh dilaksanakan Kerajaan seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, Pelabuhan yang akan dipindahkan ke Kedah kerana Terowong Lim Guan Eng yang menghalang kapal besar berlabuh, Lebuhraya Utara Selatan Kedua dan sebagainya. Tun cuma perlu bersabar.
Ramai sgt punaisihat yg menasihatinya.
ReplyDeleteAirport Kulim.Kah kah kah kah.Cerita ulang tayang.
ReplyDeleteSudah 4 MB dok canang.Sekejap sana sekejap Kulim.
he he he he he he he he
Biar betoi.
Anon 10:59, Penyokong BRIM, GST he he cari makan. Memalukan
ReplyDeleteBlogwalking...
ReplyDeleteA good leader listens to critics, especially from someone older, more experienced and learned.
ReplyDelete"If the criticism is wrong, put hom right; but if his criticism is right, put yourself right. That shall be the attitude of a positive leader!
Mcm mn larr law che det da tade..lg trok la marhaen ni diganyang.adei..,aqu gaji seribu pn tade.na kna bela mak ayah ak xkisah sgt.blnja aq pn kdg2 tu xmkn shari.sjak gst nie terok sgt na blnja.mmg kna bajet gle2.na sronok cm org laen tade la na mrasa.sedih jgk tp tima ksih la ataz kesengsaraan nie
ReplyDelete