Friday, June 26, 2009

AP Source: Michael Jackson dies in LA hospital- Al Fatihah

LOS ANGELES – Michael Jackson, the sensationally gifted "King of Pop" who emerged from childhood superstardom to become the entertainment world's most influential singer and dancer before his life and career deteriorated in a freakish series of scandals, died Thursday, a person with knowledge of the situation told The Associated Press. He was 50.

KOMEN:
Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

Wajah baru blog Mummyrokiah.

Sejajar dengan gelombang perubahan sociopolitik wargadunia di mana kuasa rakyat telah mula membawa perubahan warna yang kadangkala sukar diramal maka blog Mummyrokiah juga mengambil pendekatan untuk mengubah sedikit wajahnya.

Perubahan warna kuasa dunia, Amerika Syarikat yang berubah dari puteh kepada hitam menjadi ilham visual latar belakang blog Mummyrokiah.

Visual yang lama berada di dalam simpanan ini diambil disekitar tahun 1983/84 di Kelang, Selangor. Mummyrokiah yang baru sahaja ”graduate” berada di belakang orang ramai di dalam visual tersebut.

Yang menarik untuk perhatian ialah slogan "Suara Rakyat Suara Keramat". Semasa ini Che Det sedang berucap untuk meraih keyakinan rakyat Selangor kepadanya.

Thursday, June 25, 2009

Hapuskan kuasa "warlord" di dalam UMNO

(Utusan Online 25/6/2009)
KUALA LUMPUR 24 Jun - Perubahan sama ada pemilihan pucuk pimpinan UMNO dibuat oleh 2.3 juta ahlinya atau di tangan 10,000 ahli peringkat bahagian akan ditentukan melalui maklum balas yang sedang dikumpul oleh sebuah jawatankuasa teknikal.

Jawatankuasa teknikal yang ditubuh di bawah Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan itu kini sedang berusaha mendapatkan pandangan dan maklum balas ahli.

KOMEN:
Apa juga pindaan perlembagaan UMNO yang bakal dibuat perkara yang terpenting ialah menghapuskan kuasa-kuasa ”warlord” peringkat UMNO Bahagian iaitu mereka yang terdiri dari Ketua Bahagian, Timbalan ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian.

Mereka angkuh kerana secara automatik mereka menjadi Perwakilan Bahagian yang mewakili keseluruhan ahli-ahli UMNO di dalam sesuatu bahagian itu.

Apabila mereka secara automatik menjadi perwakilan mereka merasakan diri mereka besar, mereka meletak harga yang mahal kepada sesiapa juga yang ingin bertanding diperingkat Majlis Kerja Tertinggi. Mereka tahu mereka akan disembah oleh calun-calun AMKT untuk mendapatkan undi dari mereka.

Menyedari ada imbuhan dari jawatan itu mereka akan berlumba-lumba bertanding mengejar kuasa di dalam pertandingan bahagian sehingga memporak-perandakan cawangan-cawangan yang tidak menyokong mereka.

Suara-suara akar umbi ahli-ahli di bawah yang tidak menyokong mereka akan dicantas di peringkat bahagian dan lazimnya suara-suara akar umbi tidak sampai kepada pucuk pimpinan tertinggi kerana ditapis dan bijak berlakon dengan bermain wayang.

Apabila mereka berkuasa selepas pertandingan diperingkat bahagian mereka mula berlumba-lumba mengejar projek, saham, permit, AP dan jawatan kadangkala mengambil pendekatan agresif dengan mengugut pemimpin-pemimpin tertinggi MKT yang bertaraf Menteri dan Timbalan Menteri.

Kelazimannya mereka menjadi ”power brocker” atau barua tauke-tauke besar yang menerajui BSKL malah ada juga yang menjadi barua syarikat dari Singapura.

Mereka menagih persen dari tauke-tauke kononnya untuk menjaga ketua-ketua cawangan dan politik di dalam bahagian mereka.

Oleh kerana kesibukan mencari kepentingan peribadi ahli-ahli di akar umbi yang rata-rata setia kepada parti telah terabai dan hanya menjadi alat mereka. Apabila berkuasa mereka langsung lupa kepada ahli-ahli di bawah.

Aktiviti-aktiviti masyarakat tidak dijalankan. Ketua-ketua cawangan yang lazimnya menjadi sumber rujuk rakyat bawahan tidak mendapat ”support” dari mereka sehingga hilang kredibiliti sebagai ketua-ketua cawangan dan masa inilah pembangkang mengambil peluang.

Yang mengeciwakan lagi apabila berlaku pilihanraya jika nama mereka tidak dicalunkan mereka mula memboikot dan menyusahkan jentera pilihanraya BN. Istilahnya ”kalau kepala tak dapat biar telinga aku pulas”

Kesimpulannya ”warlord-warlord” ini menyondol pemimpin atasan, menindas ahli bahawan dan berkuasa memboikot pilihanraya. Untuk itu satu kaedah perlu diambil untuk menghapuskan kuasa-kuasa mereka ini. UMNO akan SELAMAT dan SIHAT WAL'AFIAT.

Monday, June 22, 2009

Awat Nor Mohamed Yakop dok capoi mulut sangat?

Kenyataan Kuan Yew disangkal
PULAU PINANG 21 Jun - Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan negeri ini dari arus pembangunan negara, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Sambil menyangkal dakwaan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang menyifatkan pembangunan infrastruktur Pulau Pinang masih di peringkat rendah berbanding Negeri Sembilan dan Perak, beliau berkata, ia adalah sesuatu yang tidak benar.

KOMEN:
Awat yang Nor Mohamed Yakcop dok pi “react” kenyataan bodoh LKY ni? Sat lagi hang masuk perangkap LKY kot. Memang ini yang LKY mahu supaya selepas lawatannya akan ada latah-melatah di antara pemimpin Malaysia amnya dan pemimpin Melayu khasnya. (@ mamak amnya oppppppp...sorry)

Kita tidak perlu nasihat dan teguran LKY. We know how to manage our beloved country and what we have done to this country. LKY mai seminggu dok komplen sana-sini.

Awas Nor Mohamed Yakcop, tau la hang pun mai dari Penang tapi apanamaaaaaaa…hang jangan dok capoi mulut sangat dok pi layan pemimpin purba LKY tu.

Nana ooo nana... hang jangan dok buat siru....dok pi kalut bukan ka...depa nanti dok pi gelak kat hang. Hang ingat Kuan Yew to besaq sangat ka? Mummy dah naik meloya tengok muka dia hang tau...Hang pi buat kerja hang sudahhh..tunggu hang pencen kita buka money changer lagi baguih...

Saturday, June 20, 2009

Lubuk wang jagaan Che Det cuba diusik

Mahathir tidak pasti pelantikan pengerusi baru Petronas
IPOH 20 Jun — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui ada mendengar cerita bahawa jawatan Pengerusi Petronas yang kini disandang Tan Sri Hassan Merican akan diganti oleh individu lain namun menegaskan beliau tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita berkenaan. ...

KOMEN: Apa cerita pulak ni? Depa tak ingat ka selagi Che Det ada sesiapa pun jangan sentuh dan usik Petronas. Petronas yang merupakan lubuk wang negara jangan sesiapa dok pi kacau kerana Che Det masih Penasihat Petronas. Terutamanya Rosmah.

Jika Lee Kuan Yew lebih suka menjadi Menteri Mentor Singapura selepas pencen Che Det lebih suka menjadi penjaga Petronas. Siapa yang cerdik?

Mahathir kalut awal

(Utusan Malaysia 20/6/2009)
Dr. M: Kerajaan perpaduan tidak baik
KUALA LUMPUR 19 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan penubuhan kerajaan perpaduan yang terdiri daripada UMNO dan Pas iaitu 100 peratus pemimpin bumiputera tidak baik untuk negara.

Bekas Perdana Menteri berkata, Malaysia tidak sesuai untuk penubuhan kerajaan 100 peratus pemimpin bumiputera kerana selama ini UMNO sentiasa berkongsi kuasa dengan rakan-rakan iaitu MCA dan MIC serta parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

KOMEN:
Che Det awat hang dok latah awai sangat? Depa baru dok cakap-cakap, risik-risik, bisik-bisik, mengorat-mengorat.

Mai la kita tengok dulu kelaku depa. Apanamaaaaa...depa nak buat macam mana? Apanamaaaaaaaaa.......depa nak susun macam mana? Apanamaaaaaaaaa….depa nak atoq macam mana?.

Jangan kita dok kalut melentin tak ketahauan hala. Sat lagi budak-budak kanyaq ni kata kita nyanyuk dan dok suruh kita pi dengaq baca kitab di mesjid kita nak marah kat depa.

La ni, mai kita suluh pelan-pelan, kita perhati sengap-sengap. Bila tak kena saja dengan cara kita, baru kita bantai depa dan kita tutuh depa rapat-rapat.

Jumlah pesakit mental meningkat

(Utusan Malaysia 20/6/2009)
KUALA LUMPUR 19 Jun - Jumlah pesakit mental di negara ini terus meningkat apabila sebanyak 400,227 kes dicatatkan tahun lalu berbanding 346,196 kes tahun sebelumnya.


KOMEN
Itu pesakit mental yang didaftar. Pesakit-pesakit mental yang tidak berdaftar mungkin lebih tinggi dari itu.

Pesakit-pesakit mental yang tidak berdaftar tergolong dari mereka yang terlibat dengan penderaan pembantu rumah, berpekik terlolong dalam Parlimen, bersidang di bawah pokok, mereka yang berketayap, lebai, berserban dan berwajah Tok Guru tapi menentang perpaduan serta perdamaian dan mereka yang naik nafsu shahwat kerana melihat lelaki comel.

Mereka-mereka ini lebih bahaya dari pesakit-pesakit mental yang berkeliaran di bandar-bandar mencari sisa-sisa makanan terbuang kerana mereka ini mempunyai pengikut-pengikutnya yang mentalnya lebih sakit dari mereka.

Mungkin istilah yang tepat ialah "mental block".

Tuesday, June 16, 2009

Kajian yang perlu dikaji

Utusan Malaysia 16.6.2009
YAN 15 Jun - Lapan puluh peratus daripada 10,000 responden kaji selidik berkumpulan Jabatan Penerangan Malaysia tidak mahu Chin Peng dibenarkan pulang mahupun diberi kerakyatan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Abdullah Morad berkata, kaji selidik itu dilakukan di kalangan pelbagai kaum di seluruh negara setelah timbul cadangan pihak tertentu yang bersetuju membenarkan Chin Peng pulang atas aspek kemanusiaan.

KOMEN:
Sejauh mana “reliable” kajian ini perlu dikaji kembali. Jabatan Penerangan yang lebih dikenali sebagai jabatan propaganda Kerajaan dan Melayu semestinya ”bias”. Dari selepas Merdeka sehingga kini, inilah kerja Jabatan Penerangan langsung tidak berubah.

Adalah dicadangkan Jabatan Penerangan menjalankan kaji-selidik berapa peratus rakyat negara ini yang mengenali Chin Peng. Berapa peratus pulak yang mengenali Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan Abdullah CD.

Kajian yang mudah dan terdekat cuba tanya anak kita "siapa dia Komunis?".

Sunday, June 14, 2009

Singapore Army has awarded a $100m contract for the advanced combat man system (ACMS)

The Singapore Army has awarded a $100m contract to ST Engineering for the advanced combat man system (ACMS). ACMS is a third-generation networked warrior system with advanced C4I (command, control, communications, computers and intelligence) and network features. ACMS technology integrates the soldier's capabilities as part of a network-centric force. The system can improve the situational awareness of the soldier, increasing mobility, command and control thereby enhancing combating capabilities. The project is expected to be complete by 2012. [copyright Army Technology.com]

KOMEN:
Kelangkapan canggih peperangan seperti ini jika diberi kepada Chin Peng dan PKM mereka akan menjadi "seperti tikus melihat besi". Kita sibuk berpolitik.

Singapore is to provide the hardware and Chin Peng will be providing the software.

Kita di mana?