Thursday, June 25, 2009

Hapuskan kuasa "warlord" di dalam UMNO

(Utusan Online 25/6/2009)
KUALA LUMPUR 24 Jun - Perubahan sama ada pemilihan pucuk pimpinan UMNO dibuat oleh 2.3 juta ahlinya atau di tangan 10,000 ahli peringkat bahagian akan ditentukan melalui maklum balas yang sedang dikumpul oleh sebuah jawatankuasa teknikal.

Jawatankuasa teknikal yang ditubuh di bawah Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan itu kini sedang berusaha mendapatkan pandangan dan maklum balas ahli.

KOMEN:
Apa juga pindaan perlembagaan UMNO yang bakal dibuat perkara yang terpenting ialah menghapuskan kuasa-kuasa ”warlord” peringkat UMNO Bahagian iaitu mereka yang terdiri dari Ketua Bahagian, Timbalan ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian.

Mereka angkuh kerana secara automatik mereka menjadi Perwakilan Bahagian yang mewakili keseluruhan ahli-ahli UMNO di dalam sesuatu bahagian itu.

Apabila mereka secara automatik menjadi perwakilan mereka merasakan diri mereka besar, mereka meletak harga yang mahal kepada sesiapa juga yang ingin bertanding diperingkat Majlis Kerja Tertinggi. Mereka tahu mereka akan disembah oleh calun-calun AMKT untuk mendapatkan undi dari mereka.

Menyedari ada imbuhan dari jawatan itu mereka akan berlumba-lumba bertanding mengejar kuasa di dalam pertandingan bahagian sehingga memporak-perandakan cawangan-cawangan yang tidak menyokong mereka.

Suara-suara akar umbi ahli-ahli di bawah yang tidak menyokong mereka akan dicantas di peringkat bahagian dan lazimnya suara-suara akar umbi tidak sampai kepada pucuk pimpinan tertinggi kerana ditapis dan bijak berlakon dengan bermain wayang.

Apabila mereka berkuasa selepas pertandingan diperingkat bahagian mereka mula berlumba-lumba mengejar projek, saham, permit, AP dan jawatan kadangkala mengambil pendekatan agresif dengan mengugut pemimpin-pemimpin tertinggi MKT yang bertaraf Menteri dan Timbalan Menteri.

Kelazimannya mereka menjadi ”power brocker” atau barua tauke-tauke besar yang menerajui BSKL malah ada juga yang menjadi barua syarikat dari Singapura.

Mereka menagih persen dari tauke-tauke kononnya untuk menjaga ketua-ketua cawangan dan politik di dalam bahagian mereka.

Oleh kerana kesibukan mencari kepentingan peribadi ahli-ahli di akar umbi yang rata-rata setia kepada parti telah terabai dan hanya menjadi alat mereka. Apabila berkuasa mereka langsung lupa kepada ahli-ahli di bawah.

Aktiviti-aktiviti masyarakat tidak dijalankan. Ketua-ketua cawangan yang lazimnya menjadi sumber rujuk rakyat bawahan tidak mendapat ”support” dari mereka sehingga hilang kredibiliti sebagai ketua-ketua cawangan dan masa inilah pembangkang mengambil peluang.

Yang mengeciwakan lagi apabila berlaku pilihanraya jika nama mereka tidak dicalunkan mereka mula memboikot dan menyusahkan jentera pilihanraya BN. Istilahnya ”kalau kepala tak dapat biar telinga aku pulas”

Kesimpulannya ”warlord-warlord” ini menyondol pemimpin atasan, menindas ahli bahawan dan berkuasa memboikot pilihanraya. Untuk itu satu kaedah perlu diambil untuk menghapuskan kuasa-kuasa mereka ini. UMNO akan SELAMAT dan SIHAT WAL'AFIAT.

11 comments:

  1. setuju sangat dengan komen ini...minta lalauan copy paste sebahagian

    http://1-malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Berkatalah yg benar walaupun pahit. yg kena tegur terimalah dengan hati terbuka teguran yg betul dan boleh membawa kebaikan walau pun telinga rasa panas dan "hangat hati" kata gelong gajah. kalau UMNO nak terus diterima dan berjaya.

    ReplyDelete
  3. Mangsa Ketua BahagianJune 25, 2009 at 8:45 PM

    Mummy,
    Tepat sekali. Minta Mummy siasat dengar kata warlord ini banyak belanja selepas pilihanraya. Kan Mummy kata depa buat rombongan pi Indonesia selepas kalah di bukit selambau...
    Sapa kepala dia?

    ReplyDelete
  4. SALAM MUMMY, KALAU NAK UBAH UMNO, KITA KENA BAGI AKAR UMBI PILIH SEMUANYA, BUKAN BAHAGIAN LAGI! WARLORD2 INI MESTI DIHAPUSKAN, MAKIN LAMA MAKIN MENGGILA MEREKA INI!

    KUASA PATUT DI BERI KEPADA AKAR UMBI, DENGAN CARA INI JUGA KITA DAPAT TARIK RAMAI ORANG UNTUK MASUK UMNO DAN PILIH PEMIMPIN YANG MEREKA SUKA, OF COURSE, KITA KENA ADA GUIDELINE LA..

    NANTI MANA2 TOM, DICK AND HARRY NAK JADI PRESIDEN PULAK KAN MUMMY!

    MARI KITA KEMPEN AKAN HAL INI SELEPAS SAHAJA PERBICARAAN ANWAR AL YUM YUMMYRU

    ReplyDelete
  5. kalaulah perkara ini dilaksanakan bermula dari zaman mummy dulu kan molek...
    tp tu la..bila kita di puncak kuasa atas dgn cara kemenangan@lantikan,kita rasa tak perlu perubahan sebegini.
    bila kita tersungkur hampir tersembam barulah kita nk tgk akaq2 yg bagi kaki kita sangkut tak bole berjalan.

    ReplyDelete
  6. Ishh aku tak nampak jalan kot mana umno nak berubah..yang di atas lantik anak beranak ,sepupu sepapat , bini, menantu , biras bisan, anak menakan , segala waris ada jawatan penting dok dalam kabinet dapor , GLC , syarikat besaq kecil semua sapu..

    yang bawah2 pun ni apa lagi..depa pun nak juga jaga jawatan selagi boleh bercakap dan boleh berjalan..orang tak suka lain cerita..jawatan tetap kena pertahankan ..jawatan itu kuasa..kuasa boleh menjana RM ,harta , wanita , dan kuasa boleh menjana kuasa..mcm fomula kira kira (ilmu hisab) zaman gelong belajaq dulu..punca kuasa Dua..

    Pak depa dulu PM lani anak dia pun nak jadi PM jugak..paling cikai pun jadi menteri ,pengerusi GLC , .pepatah melayu dok kata kuah tumpah kat nasi..apa nak buat..pak aku dulu petani..la ni aku pun petani la jugak..paling megah pun DR, pensyarah ,pengurus, cikgu cikgi ,peon..evolusi nya amat lambat..patut la 50 tahun merdeka rakyat masih ada yang merempat , dasar pengurusan negara selalu berubah rubah..mana rakyat nak percaya..

    yang peng ..panas telinga dan hangat hati sat ja..lepaih mesyorat bahagian depa bawa pi rombongan naik bas free ..balik terus sejukkkkk...

    ReplyDelete
  7. setuju sangat-sangatlah dengan tulisan Mummy...kumpulan G6 ini Mummy betul-betul mengalahkan Warlords sebenarnya. lebih hebat dari warlords. Tahniah!

    ReplyDelete
  8. Salam bloggers,
    Ramai sahabat di kalangan professional ingin mendekati UMNO tetapi apabila proses permohonan menjadi ahli UMNO "dipayahkan" @ "dibuat begitu sukar" oleh kepimpinan bahagian, mereka keciwa dan berubah kepada PKR.
    Mereka menyekat kerana takut kepimpinan mereka dicabar kelak.
    Sebab itu ramai dikalangan professional lebih mesra PKR.

    ReplyDelete
  9. Apa cakap Mami. hang tengok contoh kamijawatankuasa dalam bahagian Merbok.Langsung tidak ada kualiti dan tidak ada apa satu aktiviti yang depa buat.
    Semua dok hayun teloq termasuk ketua bahagian.
    Depa tak ada kebolehan dan kepimpanan untuk menganjurkan aktiviti yang berjiwa rakyat.
    Merbok sunyi dan hancusssssss.
    Maaf Mami nak lepas geram sikit kerana lama lawat blog Mami chombiiii.

    ReplyDelete
  10. Hasan Kona,
    Turun padang bagi mereka ialah makan kenduri dan ziarah jenazah. Yang lain mana depa reti. Makan kenduri pula kereta kena park dekat dengan khemah kenduri. Nak bagi orang tau depa tu mai.

    Kalau tahun lepas waktu-waktu begini, kerap masuk kampung. Sampai rumput pun mati kena lanyak. Sebab nak menang !!!!

    Apakah ini pemimpin yang kita kehendaki? Inilah punca dari pemilihan yang di buat semata-mata kerana duit. Hulur duit lebih dapat UNDI !

    Tahniah kepada Man Boleh dan Dr Ismail dari Universiti Malaysia Perlis @ UNIMAPs kerana yang telah berjaya membuktikan teori 'bagi lebih dapat undi banyak'.

    ReplyDelete
  11. mummy dah sah tak dak teloq, dah tak berani dah duk tapih apa pula. cakap tak serupa bikin.... tuih.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.