Wednesday, June 10, 2009

Zahid - bodek naik asap. Isteri lancar buku suami

(Utusan Malaysia 10/6/2009)

Tiga sifat terpuji Najib

KUALA LUMPUR 9 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai seorang yang begitu penyabar, pendengar yang baik dan pembuat keputusan yang tepat.
Demikian penilaian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terhadap Perdana Menteri sejak beliau berkhidmat dengannya pada tahun 1987.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku berjudul Najib Perdana Menteri Keenam oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Auditorium, Wisma Pertahanan di sini hari ini.

KOMEN:
Sifat-sifat ”terpuji” ini hanya patut diberi kepada Rasullullah SAW sahaja. Utusan sepatutnya memakai tajuk ”sifat-sifat Najib yang harus dipuji”.

Apapun adalah terlalu awal untuk Zahid membodek Najib kerana biarlah Najib buktikan kerja-kerja beliau dahulu sebagai PM. Pujian-pujian awal bukannya akan menaikan Najib tetapi ini adalah pembunuh nombor satu politik Najib.

Menyingkap sejarah, Zahid semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO juga kerap mengamalkan bodek serta mencium tangan gulai Anwar Ibrahim, Timb Presiden UMNO ketika itu.

Rakyat sudah mual dengan pujian-pujian untuk pemimpin. Amalan dan ”lakonan” mencium tangan pemimpin di hadapan rakyat juga harus dihentikan. Rakyat ingin melihat realiti dan hasil yang dilakukan oleh pemimpin.

Aura Najib sekembalinya lawatan nostalgia dari Negara China akan terhakis kelak dengan kerja-kerja bodek murahan ini.

8 comments:

  1. salam mummy, bodek kan dah jadi amalan terutama dalam industri politik...so what the big deal?
    KJ pon dah salam cium tangan najib...hahaha

    ReplyDelete
  2. Mummy,,,

    tu lar dok kata dah,,infact najib sendiri pon tak mau dah kelaku kelaku mcm nie,,tp nak buat mcmmana dahjadi culture UMNO mcm
    nie,,puak puak nie sendiri yg tak mau berubah dan tak mau tunjuk perubahan,,maseh dok amal kelaku burok yang dah lasam tu,,depa ingat kita rakyat ni seronok kot dok dengar dan dok tengok kelaku2mcm tu,,,tak tau lah sampai bila puak puak UMNO nie nak sedaq,,kita maseh tak yakin lagi nak mula sokong depa balek pon kalu maseh dok berperangai mcm nie

    ReplyDelete
  3. Mummy,,
    dulu saya penah kata bab hal zahid nie tp tak tau dlm blog mana,,lupa dah,,nampak sgt perangai dan perubahan dia sejak dlm rancangan YV9 HUJAH dulu lg,,,puak2 nie maseh dok amal lg kelaku kelaku burok mcm tu,,depa ingat rakyat seronok kotdok tgk dan dok dengaq benda benda mcm tu,,..ntah larr puak2 UMNO ooiii,,kita maseh belom yakenlg nak sokong depa balek punn kalu dok berperangai mcm ni lg

    ReplyDelete
  4. Tabiat membodek timbul kerana mempertahankan jawatan. Orang yang suka membodek, biasanya tidak berpendirian.

    ReplyDelete
  5. ya mcm org duk bodek pak syed dulu gak.haha

    ReplyDelete
  6. Darah pengampu dan bodek telah sebati dalam jiwa penguasa umno hingga ke ahli akar umbi...sapa naik dia di jilat ..sapa yang turun di ludah bagai kucing kurap..ingat apa umno buat pada DSAI..apa DR M buat pada Pak lah..apa pak lah kata pada Dr m..apa kata tengku pada DR M..dan apa kata Dr m pada tengku...ludah dan jilat adalah budaya umno dulu kini dan selamanya...rais jambatn terbakar tentu tersenyum jika baca komen aku ni..jgn lupa pesanan ikhlas DR m...ta ta..

    ReplyDelete
  7. Saudara mummy,

    Zahid sebenarnya hanya mengamalkan budaya, perangai dan perilaku majoriti ahli UMNO yang mummy sendiri kadangkala tanpa disedari begitu tok tok..

    Zahid dapat undi tertinggi sebagai naib presiden UMNO, jelas dan begitu terang, itulah sifat dan imej UMNO.

    Keperibadian, ketintelektualan, intergriti Lee Kuan Yew yang ramai Melayu amat benci tu, sebenarnya amat jauh jauh bezanya dari kepimpinan UMNO terutama macam Zahid.

    Sedarlah kalau kita benci dan tidak boleh menerima imej baik orang lain hanya kerana emosi dan penilaian racist kita, sebenarnya kita lari dari isu sebenar ia itu..leadership!

    ReplyDelete
  8. Anti Komunis JadianJune 11, 2009 at 8:23 PM

    Semasa Ketua Pemuda dahulu Zahid Hamidi pernah meminta maaf kepada Lee Kuan Yew.Tidak ada dlm sejarah kemimpinan negara ini yang minta maaf pada LKY
    Apanak herannnn..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.