Sunday, July 12, 2009

DAP Kedah kembali bertaut dalam PKR setelah dihadiah pusat proses Babi

Bak Kut Teh
YAN, 11 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi jaminan bahawa rumah penyembelihan babi yang bakal dibuka di negeri ini akan berkonsep mesra alam. Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai tapak cadangan rumah penyembelihan babi di sebuah kawasan di Sungai Toh Pawang di Bedong, yang dicadangkan oleh Persatuan Peniaga dan Penyembelih Babi Kedah. "Salah satu syarat yang kita kenakan untuk tempat sembelih babi itu ialah zero discharge, jadi mereka kena kitar semula air kumbahan itu, tidak boleh buang (ke sungai)," katanya ketika ditemui pemberita di sini Sabtu ini.

KOMEN:
Sejak bila pula Babi disembelih? Sejauh mana Ustaz Azizan nak jamin ”zero discharge”? Air Babi yang dikitar semula nak dibuat mandi atau basuh baju?

Apabila dikatakan ”zero discharge” rakyat yang beragama Islam perlu tahu sedalam-dalamnya bagaimana tulang-tulang babi, kulit babi, kuku babi, bulu babi, gigi babi diuruskan selepas bangkai Babi dibuat sup ”Bak Kut Teh”.

Apakah Ustaz Azizan nak ”recycle” bahan buangan Babi atau Kerajaan PAS nak wujudkan industri hiliran berasaskan tulang Babi di Kampung Sungai Toh Pawang, Bedong.

Hakikatnya penduduk Sungai Toh Pawang menjadi mangsa kerana kampung mereka dijadikan hadiah pusat proses Babi oleh Kerajaan PAS Kedah kepada DAP Kedah untuk mereka bertaut kembali dalam PKR Kedah.

Friday, July 10, 2009

PPSMI - Yang bercakap tak serupa bikin

(Utusan Malaysia 9/7/2009)
KUALA LUMPUR 8 Julai - Langkah kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah satu keputusan yang amat tepat dan mampu memuaskan hati semua pihak di negara ini.

Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid berkata, sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan lakukan itu kerana ia mengambil kira kepentingan negara dan kemahuan majoriti rakyat.
Katanya, langkah itu memperlihatkan bahawa kedudukan dan martabat bahasa Melayu sudah dikembalikan ke tempatnya yang wajar.

AS I SEE IT :
Tokoh yang pandai bercakap menentang PPSMI pun manghantar anaknya Zeti Akhtar Aziz ke Assunta Girl School (Assunta Secondary School was named in memory of an Italian nun who answered to the name of Maria Assunta Pallota. The word 'Assunta' is of Italian origin. Its English equivalent is 'Assumption', a word which is associated with the Virgin Mary's Assumption into Heaven) mungkin kerana tidak percaya kepada Sekolah Melayu atau sekolah pondok.

Hakikatnya hari ini tokoh-tokoh yang telah berjaya menerajui kepimpinan Negara dan industri telah mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris. Anak-anak mereka juga di hantar ke sekolah Inggeris.

Mereka yang tidak boleh menguasai bahasa Inggeris akan diselubungi ”inferiority complex” malu untuk bercampur dengan mereka yang pandai berbahasa Inggeris.

Mereka malu untuk bercakap kerana takut tercakap ”broken English” dan takut ditertawakan. Mereka keliru yang mana satu ”present tense” dan yang mana satu ”past tense”.

Untuk perhatian bermula 9/7/2009 Blog Che Det sedang menjalankan Blog Poll untuk mencari suara rakyat samada menentang atau menyokong keputusan kerajaan PPSMI di dalam Bahasa Malaysia.

Tindakan Che Det ini dilihat telah terlewat. Dimana tindakan ini sepatutnya dibuat sebelum kerajaan membuat keputusan lagi.

Akhirnya yang menjadi mangsa "experiment" adalah anak-anak kita.

Wednesday, July 8, 2009

Syabas Dato’ Seri Ong Tee Kiat

Program Dialog RTM1 semalam 8/7/2009 telah menjemput Dato’ Seri Ong Tee Kiat, Menteri Pengangkutan untuk membicarakan isu penyelewengan Port Kelang Free Zone (PKFZ) yang sedang panas diperdebatkan oleh Lim Kit Siang.

Segala pertanyaan dan persoalan yang diajukan oleh pemanggil ternyata dijawab dengan penuh fakta dan maklumat ”at the fingger tips” dengan lancar sekali Berbahasa Melayu.

Apa juga persoalan dan isu yang telah dirungkai oleh Ong Tee Kiat tidak akan berkesudahan di situ kerana Lim Kit Siang akan terus menyerang mana-mana juga pemimpin Cina dalam BN secara berterusan untuk menghapus pengaruh masyarakat Cina terhadap pemimpin-pemimpin Cina yang UMNO ”friendly”.

Dalam masa yang sama agenda tersembunyi Lim Kit Siang ialah untuk memastikan projek PKFZ gagal kerana setiap kejayaan projek-projek yang melibatkan pelabuhan di negara ini akan menjejaskan perniagaan pelabuhan di Singapura.

Itulah tugas DAP bekerja untuk PAP selagi hayat dikandung badan.

Monday, July 6, 2009

Bintang RTM vs YOUTUBE

Sedang dunia hiburan masih bermurung dengan kematian Michael Jackson dalam masa yang sama seorang bintang Malaysia, kelahiran Sarawak sedang membuat “US Tour”. Bintang yang tidak ramai kita kenali lahir dari ledakan teknologi maklumat melalui Youtube dan kuasa internet.

Zee Avi bukan dilahirkan dari Bintang RTM atau ”Akademi yang hanya berfantasi” tetapi lahir melalui Youtube.
Berikut adalah latarbelakang Zee Avi yang dipetik dari Wikipedia :

Zee Avi (born Izyan Alirahman, also known as KokoKaina; b. 1986) is a Malaysian singer-songwriter, guitarist, and ukulele player. She was born in Miri, Sarawak, on the island of Borneo. She moved to Kuala Lumpur when she was 12. She studied fashion design at American InterContinental University in London.

Zee originally posted a video of her first song on YouTube because one of her friends had missed her first performance in Kuala Lumpur, so she created a video on YouTube for him to watch. He convinced Zee to leave the video up, and soon she received positive feedback, which inspired her to put more videos on YouTube.

After she was featured on YouTube, she was signed by Brushfire Records, which is partly owned by Jack Johnson. Her song "No Christmas For Me" is featured on Brushfire Records's 2008 Christmas album This Warm December: A Brushfire Holiday. Her single "Bitter Heart" was first to become available on the US iTunes store, and her full self-titled debut album was released on May 19, 2009. On the day of her album's release, YouTube featured her on the front page in Spotlight: Music Tuesday. She is currently (June - August 2009) touring the United States.

Her song "Monte" was featured in the second season finale of Private Practice.

Gelombang tanpa sempadan tidak mengenali Bintang RTM, RTM yang diperuntukkan jutaan ringgit hanya tahu berbelanja tanpa peduli pulangan dan hasil.

Sunday, July 5, 2009

Lim Guan Eng sekarang lu baru chai !

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala, di sini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata kerajaan negeri mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.

"Kita boleh ambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah, kita harap kerajaan pusat boleh beri bantuan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


AS I SEE IT :
Dahulu sebelum menjadi pemimpin dan menubuhkan Kerajaan, Lim Guan Eng merupakan salah seorang yang mengambil kesempatan menjuarai penunjuk perasaan dan menentang hebat Kerajaan BN dan UMNO dengan mengambil kesempatan menghangatkan isu-isu panas, sensasi dan perkauman seperti yang tercetus di Kampung Buah Pala.

Hari ini LGE angkat tangan dan ”surrender” tanda kalah malah terpaksa memohon pertolongan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Walaupun pada mulanya LGE cuba melarikan diri dengan harapan sekembalinya dari pelarian isu tersebut akan reda dengan sendirinya tetapi meleset apabila pejabatnya diserbu.

Sekarang lu baru chai bila jadi Ketua Menteri, lu baru tau langit tinggi atau rendah.

Saturday, July 4, 2009

Perhubungan Pulau Pinang dengan Singapura mula dijalin

(The Straits Time Spore 1/7/2009)

PENANG - WITH a view to attracting more Singaporean investors to Penang, the state government will soon set up a Penang investment and tourism office in the island republic.


This makes Penang the first state in Malaysia to set up an office overseas.

Chief Minister Lim Guan Eng described the office as a reflection of the growing economic ties between Penang and Singapore.

AS I SEE IT :
Bagi Lim Guan Eng a/l Lim Kit Siang perhubungan Pulau Pinang dengan Singapura lebih penting dari perhubungan dengan PKR Pulau Pinang. Politiking PKR bukan sahaja menyusahkan usaha perpaduan PAS - UMNO tetapi ternyata menyusahkan dalaman Pakatan Rakyat sendiri.

Pakatan yang kononnya untuk rakyat, hanyalah memakai nama "rakyat" untuk meraih undi dalam PRU12. Apabila rakyat betul-betul memberi amanah kepada mereka, mereka bertelagah sesama sendiri dan menyeleweng rakyat.

Kalaulah rakyat terkelabu mata memberi amanah kepada mereka memerintah negara ini akibatnya bala besar akan menimpa.

Friday, July 3, 2009

Perpecahan Pakatan Rakyat di Kedah angkara siapa?

KATA USTAZ AZIZAN : "Kalau mereka nak keluar, saya nak kata apa. Kalau (DAP) nak kata kurang (diberi) layanan pun, apakah layanan yang mereka maksudkan kerana setahu saya, kerajaan negeri telah beri layanan baik untuk semua," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

KATA ANWAR IBRAHIM : "Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

KATA THOMAS SU : “Kami bukan main-main “. Tindakan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang negeri ini adalah serius dan bukan diperbesar-besarkan media seperti yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut muktamad setelah kesemua ahli DAP negeri sebulat suara bersetuju untuk bertindak sedemikian.

KATA MURSYIDUL AM PAS NIK AZIZ : “Itu masalah negeri, saya tak tahu, terserahlah kepada Kedah,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.


KOMEN:
Ternyata benar kajian yang mendapati ada sejenis cacing di dalam Babi amat merbahaya jika termasuk di dalam usus manusia. Islam bukan sahaja melarang penganutnya memakan Babi atau Khinzir atau Bacon atau Pork atau Lard atau Pig atau Kerbau Pendek kerana najis besar, tetapi larangannya merangkumi jika terkena atau tersentuh pada bekasnya dan diwajibkan disamak.

* Cara Samak di tempat yang terkena najis mughallazah (seperti anjing dan babi) iaitu basuh satu kali dengan air yang bercampur tanah dan diikuti dengan membasuhnya sebanyak enam ( 6 ) kali basuh dengan air suci lagi menyucikan (air yang digunakan terus daripada paip).

Hari ini akibat dari najis Babi yang belum lagi dimakan, hanya melalui angin dan tempiasnya sahaja telah meretakan Pakatan Rakyat. Pakatan yang kononnya kuat untuk mentadbir 5 buah Kerajaan negeri telah mula menampakan keretakan yang amat sangat.

Mursyidul Am Pas Nik Aziz tidak boleh melepas tangan begitu sahaja kerana beliau hendaklah mengeluarkan fatwa mulut siapa yang perlu disamak kerana menyebabkan perpecahan pakatan ini. Takut-takut angin selsema ini berjangkit hingga ke Kelantan Darul Naim.

Wednesday, July 1, 2009

MB Kedah, Ustaz Azizan lebih layak bergelar Mursyidul Am PAS

(Berita Harian Online 1/7/2009)
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyerahkan kepada DAP Pusat untuk menentukan tindakan DAP negeri ini keluar daripada Pakatan Rakyat.
Katanya, beliau bersedia menerima keputusan itu jika DAP negeri ini mengatasi keputusan DAP Pusat.

Beliau berkata, DAP Kedah tidak sepatutnya memutar belitkan isu perobohan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, di sini dan mengaburi mata rakyat hanya untuk menutup kelemahan mereka sendiri.
"Saya tidak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan bagi kerjasama. Saya minta mereka cari tempat baru dulu tapi mereka bohong selepas sebulan tidak ada apa-apa sekarang mereka kata hendak keluar...keluarlah kalau DAP Kedah mengatasi DAP Pusat.

"Dulu masa kita bincang mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno mereka kacau sekarang kita sepakat dalam Pakatan Rakyat pun mereka kacau," katanya.

KOMEN:

Tindakan Ustaz Azizan ini nampaknya akan lebih menyukarkan UMNO dan BN untuk kembali berkuasa di Kedah.

Pusat penyembelihan Babi atau yang lebih tepat pusat cucuk Babi
(sejak bila Babi disembelih?) yang telah wujud selama 30 tahun di Kampung Berjaya Alor Setar telah berjaya dirobohkan sedangkan UMNO dan BN yang berkuasa sebelum ini pun gagal merobohkannya.

Ternyata Ustaz Azizan lebih layak bergelar Mursyidul Am PAS kalau dibandingkan dengan Mursyidul Am Nik Aziz kerana kealimannya tidak mahu bersekongkol dengan DAP yang hanya berjuang untuk ladang dan kandang Babi yang ternyata haram di sisi Islam.

Monday, June 29, 2009

Mursyidul Am menentang perpaduan dan mengundang perdebatan

Tidak ramai yang memakai “title” Mursyidul di dalam Negara ini. Sebelum ini hanya seorang ulama’ yang diberi gelaran Mursyid Di Raja iaitu Allahyarham Haji Abdul Rahman Merbok, tokoh ulama’ terkemuka di negeri Kedah DarulAman. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama’ yang alim, waraq dan berhemah yang tinggi di kalangan rakyat biasa negeri Kedah sehingga diiktiraf sampai ke dalam Istana di Raja Kedah.

Mungkin gelaran tersebut terlalu tinggi sehingga tidak ramai ulama’, ustaz, tok guru atau tok lebai yang berani memakai gelaran tersebut. Di dalam berita CNN, BBC dan The Star mereka menyebut Mursyidul sebagai ”the Spiritual leader”.

Walaubagaimanapun seminggu dua ini sebutan gelaran ini meniti-niti dibibir rakyat jelata saban hari. Baik di kalangan Melayu, Islam, bukan Islam dibandar, kampong, CNN, BBC, MIC, MCA,DAP dan media-media tempatan.

Ini berikutan Mursyidul Am PAS Nik Aziz dengan nada yang keras menghalau Naib Presidennya Ustaz Nasharudin Mat Isa kerana memandai mencetuskan idea Kerajaan perpaduan PAS-UMNO. Mursyidul Am menentang keras usaha perpaduan PAS – UMNO dalam lain perkataan menentang perdamaian.

Tiba-tiba hari ini politik negara digemparkan sekali lagi oleh Mursyidul Am kerana mencabar pula untuk berdebat dengan PM. Mursyidul Am dengan kealiman dan pengalamannya berusaha keras mengalih pandangan rakyat dari kelemahan dalaman partinya dengan membaling najis kepada UMNO pula.

Pelik dan hairan apabila Mursyidul Am lebih rela bersekongkol dengan DAP yang dashyat menentang negara Islam (rujuk Karpal : over my dead body) untuk menentang perpaduan Melayu Islam UMNO.

Persoalannya di manakah bersembunyinya Mursyidul Am UMNO? Atau “UMNO spiritual leader?”.

Friday, June 26, 2009

Pulau Pinang - Balik Pulau Bayan Lepas, Sana Terpelau sini Terlepas

Tiada anugerah untuk ahli DAP: Lim Guan Eng
(BeritaHarian 19/6/2009)

GEORGETOWN – Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan menganugerahkan darjah atau pingat kepada ahlinya yang aktif sempena ulang tahun Yang di-Pertuan Negeri Tun Abdul Rahman Abbas ke-71, bulan depan. Ini merupakan kali kedua kerajaan terbabit mengamalkan pendekatan itu sejak mereka mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pada tahun lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, DAP hanya mencadangkan kakitangan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain daripada individu yang berjasa kepada masyarakat.
“Bagaimanapun bagi ahli yang aktif dalam NGO atau pemimpin pertubuhan akan dipertimbangkan, ia bergantung kepada sumbanganya kepada masyarakat, bukan kerana politik.

“Ia telah diamalkan sejak tahun lalu, bukannya mengharapkan ganjaran darjah kebesaran dan pingat tetapi adalah khidmat kepada masyarakat,” katanya.

KOMEN:
Mungkin tidak terlewat untuk dikupas, diselami dan diselongkar kenyataan Lim Guan Eng berhubung perkara di atas. Sekali imbas ”at the surface level” kenyataan ini mengambarkan ketelusan dan murninya kepimpinan DAP di Pulau Pinang. Melayu akan mudah terjerat khasnya ”fence sitter” yang merupakan penentu kebangkitan kepimpinan Melayu di Pulau Pinang.

Yang sebenarnya mesej halus DAP ialah mereka tidak mengiktiraf Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu adalah boneka bagi mereka. Corak dan pendekatannya lebih berkiblatkan PAP dan Singapura yang jurang geopolitiknya tidak jauh dengan Pulau Pinang.

Mungkin kerana kesibukan berpolitik sesama sendiri dan cakar-menyakar sesama kawan Melayu Pulau Pinang tidak berkesempatan untuk bersatu dan bangun bersaing dengan Singapura. Atau untuk maju seperti Singapura, Pulau Pinang memerlukan adik PAP iaitu DAP?