Friday, July 3, 2009

Perpecahan Pakatan Rakyat di Kedah angkara siapa?

KATA USTAZ AZIZAN : "Kalau mereka nak keluar, saya nak kata apa. Kalau (DAP) nak kata kurang (diberi) layanan pun, apakah layanan yang mereka maksudkan kerana setahu saya, kerajaan negeri telah beri layanan baik untuk semua," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

KATA ANWAR IBRAHIM : "Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

KATA THOMAS SU : “Kami bukan main-main “. Tindakan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang negeri ini adalah serius dan bukan diperbesar-besarkan media seperti yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut muktamad setelah kesemua ahli DAP negeri sebulat suara bersetuju untuk bertindak sedemikian.

KATA MURSYIDUL AM PAS NIK AZIZ : “Itu masalah negeri, saya tak tahu, terserahlah kepada Kedah,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.


KOMEN:
Ternyata benar kajian yang mendapati ada sejenis cacing di dalam Babi amat merbahaya jika termasuk di dalam usus manusia. Islam bukan sahaja melarang penganutnya memakan Babi atau Khinzir atau Bacon atau Pork atau Lard atau Pig atau Kerbau Pendek kerana najis besar, tetapi larangannya merangkumi jika terkena atau tersentuh pada bekasnya dan diwajibkan disamak.

* Cara Samak di tempat yang terkena najis mughallazah (seperti anjing dan babi) iaitu basuh satu kali dengan air yang bercampur tanah dan diikuti dengan membasuhnya sebanyak enam ( 6 ) kali basuh dengan air suci lagi menyucikan (air yang digunakan terus daripada paip).

Hari ini akibat dari najis Babi yang belum lagi dimakan, hanya melalui angin dan tempiasnya sahaja telah meretakan Pakatan Rakyat. Pakatan yang kononnya kuat untuk mentadbir 5 buah Kerajaan negeri telah mula menampakan keretakan yang amat sangat.

Mursyidul Am Pas Nik Aziz tidak boleh melepas tangan begitu sahaja kerana beliau hendaklah mengeluarkan fatwa mulut siapa yang perlu disamak kerana menyebabkan perpecahan pakatan ini. Takut-takut angin selsema ini berjangkit hingga ke Kelantan Darul Naim.

11 comments:

  1. samak lah mulut mummy rocky,,, hahahahahahahahaha,,,,,,,

    ReplyDelete
  2. PAS sudah buat satu kesalahan besar terhadap DAP khasnya kaum cina. Sepatutnya PAS kena berbincang dengan DAP terlebih dahulu sebelum bertindak dengan perkara yang ada kaitan kaum cina.

    Tindakan PAS membiarkan rumah potong babi itu dirobohkan sepatutnya tidak berlaku. PAS sepatutnya tahu membalas budi kerana kaum cina lah yang banyak menolong PAS. YB MB PAS sudah lepas tangan dan berdaleh memberi alasan yang tidak logik langsung.

    PAS jangan anggap sudah kuat berkuasa dan boleh buat apa yang dia suka sesuka hati nya. PAS kena ingat, kekuatan PAS cuma bergantung kepada kaum cina dan india sahaja. Jika PAS gagal menurut kehendak kami, kami akan berhenti menyokong PAS.

    ReplyDelete
  3. Pok Oncu ni pernah makan babi kot macam marah saja

    ReplyDelete
  4. Tamparan hebat buat pok nik dan nizar sebab Ustaz Azizan berjaya menyelamatkan Maruah PAS daripada terus menjadi boneka Dogs And Pigs serta Pakatan Khianat Rakyat.

    Nizar dan poknik tak perlu disaran minta maaf atau keluar PAS, memadai mereka 'samak'.

    ReplyDelete
  5. dino_yp@yahoo.comJuly 3, 2009 at 3:09 PM

    Ni semua salah UMNO!
    UMNO lah yang telah memecah belahkan pakatan rakyat di Kedah!

    ReplyDelete
  6. salam mummy!

    sesuatu yang menarik, bila ada isu yg terkena pada BN, PR ni akan sepakat menghentam. sebab nama pun pakatan.

    tapi bila terkena bantang hidung, semua berchempeqa, masing2 nak lepas diri, kata org lain yg salah. macam sembelih ayam la, time nak proses semua tak mau sebab busuk, tapi bila time nak makan semua sua tangan.

    DSAI ni bagus mengatoq pakatan tapi bila dah pakat elok2, dia tak gheti jaga bagi elok.

    Moral of story mummy, puak-puak ni tak boleh nak diharap kalau depa memerintah persekutuan. so mau kah kita memperjudikan masa depan kita kepada benda yang masih belum pasti, dan pasti tidak lebih baik dengan apa yang ada sekarang ni.

    Allah Maha Kaya, DIA dah tunjuk petanda, cuma kita saja perlu fikirin.

    tq,
    www.wakilrakyatblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. oh mummy oh,

    macam mana nak samak.. sekarang ni dah tukaq kpd H1N1
    daging H1N1, kandang H1N1, sawan H1N1, demam H1N1, sate H1N1...H1N1 hutan...
    nasib baik tok menteri penerangan bertegas dengan ...., kalau tidak anak cucu kita tak kenal pulak..macam mana...he..he..

    ReplyDelete
  8. perpecahan pakatan rakyat di kedah angkara masing2(pas,dap,pkr) mabuk nak tunjuk kuasa dalam pakatan. takde kena mengena dgn org lain. mamy jgn nak buat fitnah buta.

    itulah akibat 'bersekedudukan haram' tanpa nikah. takde sefahaman... cuma nak cari syok aje.

    bersekedudukan memang sedap. seronok. seronok buat dosa kering. he he he he...

    ReplyDelete
  9. aku tunggu fatwa nik aziz nak samak mulut dia sendiri.
    sebab mulut kawe kito yg anggap dio tuk guru pas tu patutnyo doh lamo doh keno samok. samok dengan batu kerikil sekali. biar molek terus.

    ReplyDelete
  10. Salah Mummy..

    Bebuihpun mulut NoWar to tak akan boleh dipercaya lagi. Salah satu sifat orang munafik ialah berkata bohong dan menyedari bahawa itu satu pembohongan. Terang-terang Thomas Su buat menyuarat dan mecapai resolusi keluar Pakatan, Anwar sebiji kata tak keluar pakatan.

    Allhuwallam.

    ReplyDelete
  11. KHAS UNTUK MUMMY ROKIAH
    NYAK NI ANAK JATI KG RUAT TEMPAT DAERAH YAN PARLIMEN JERAI DAHULU,
    YANG MENANG KAWASAN TU PARLIMEN PAS LAH. PADA 05 JULAI WAKTU SUBOH KAMPUNG KAMI DILANDA RIBUT, MEMANG ITU KEHENDAH ALLAH,HABIS RUMAH2 DI KAMPONG KAMI YANG BUMBONGNYA DI BAWA ANGIN RIBUT , CUBA TENGOK RUMAH2 DI SEKITAR KAWASAN DEWAN KG RUAT BUMBUNG KEBABYAKANNYA TERCABUT DIBAWA ANGIN RIBUT,TAPI YANG PALING SEDIHNYA TIADA SIAPA PUN, ATAU WAKIL RAAYAT KA AHLI PARLIMEN KA LANGSUNG TAK AMBIL TAU ATAU DEPA SEBOK DI KELANTAN TU TENGOKLAH KG KAMI SAMA JANGAN DOK SEBOK PASAI YANG LAIN ,SAMPAI JKK UMNO KA PAS KA SAMPAI TAK AMBIL TAU LANGSONG ITU PUN JANGAN LAMBAT LEPA NAK JADI JKK MASING2, MAMI TOLONG LAH HABAK SAT KAT DEPA PASAI KENA RIBUT BUATAN ALLAH NI SAMA , JANGAN DOK RIBUT2 KAT PENAMAAN CALUN DI KELANTAN TU SAJA , MASA NAK CARI PENGUNDI KAMI SURUH JILAT PUNGKUT PUN TAK PAAA, SALAM UNTUK MAMY ROKIAH TOLONG SAMPAI KAN PADA YANG BERKAITAN, WASSALLAM.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.