Penilaian tentang parti PAS dan Islam dari sudut pelakon penulis lirik Bob Lokman dan dari pandangan bekas jaguh bina badan negara Malik Noor sungguh menarik untuk dinilai pandangan mereka.
Bob Lokman yang baru menganut PAS merasa sangat lega dan menganggap dirinya sudah diterima untuk bekerja oleh Allah.
Kata Bob dalam blognya “Pagi tadi bila ada kawan-kawan yang bertanya mengapa aku sertai Pas, aku tahu bahawa aku sudah diterima untuk bekerja oleh Allah.
“Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yang fasiq,” katanya katanya dalam entry terbaru blognya Bob Lokman
Beliau juga akan menjadikan Pas sebagai wadah perjuangan untuk mempopularkan Allah kepada mereka yang belum mengenali kekuasaan Nya. Menurut Bob kerana ramai yang belum mengenali Islam sebenar dalam negara ini sebab itu Malaysia tidak diperintah oleh Ulama’.
Manakala pandangan bekas jaguh bina badan Malik Noor pulak agak rasional apabila beliau menyeru supaya jangan menilai agama itu berdasarkan parti, bukan parti yang membawa kita mengenal Islam, yang utama ialah cara dan amalan agama yang kita praktikan.
Bob Lokman ternyata memenuhi kehendak slogan PAS selama ini iaitu “masuk PAS masuk Islam”. Mungkin selama ini Bob terlalu melalut dengan shahwat dunia sehingga beliau hilang pedoman dan panduan sehinggalah beliau sedar hanya PAS sahajalah yang Islam.
Malah akibat kesesatan yang teruk baru kini beliau sedar bahawa Allah SWT selama ini tidak popular dan hanya PAS sahaja yang mampu mempolularkan Allah SWT.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Assalam
ReplyDeleteBaru masuk PAS dah kata orang lain fasiq. Maaf cakap dia masuk PAS bukan kerana Islam tapi nak jadi wakil rakyat PAS. Tak caya kita tunggu dan lihat.
Mummy,
ReplyDeleteBob Lokman kena sedar yang dia menyertai sebuah parti politik bukan badan atau pertubuhan Islam. Bob dah salah, jika hendak berjuang untuk Islam bukan menyertai PAS. Jika berjuang Islam kerana parti PAS bukan kerana Allah perjuangan itu tidak diterima oleh Allah. Setiap niat bukan kerana Allah adalah sesat.
kalau dah artis tu...Allah pun dia boleh kategorikan popular ya.... bukankah kita ni dari sejak kecil lagi dah kenal dengan Allah swt...bob tak kenal2 lagi ke?
ReplyDeletebob lokman terlalu singkat pemikiran tentang cara mengenal Allah. kita mengenal Allah melalui sifat 20 bukan dengan cara masuk parti PAS. masuk UMNO lagi baik sebab PAS hipokrit tapi UMNO lebih konsisten mengembangkan syiar Islam selari dengan sumber yang ada.
ReplyDeleteTeringat pula Mike Tayson yg dikatakan memeluk Islam demi memperbaiki peribadinya..BERUBAHKAH PERIBADI Tayson?
ReplyDeleteBoleh dikira kurang tepat yang Bob masuk PAS kerana shahwat dunia telah menyesatkannya. Ramai ahli PAS dan takkan mereka yang masuk kerana sebab yang serupa. Beliau mencari sesuatu nilai politik dan rohaniah yang sesuai baginya dan mungkin PAS adalah terbaik untuknya memandangkan parti UMNO mungkin terlalu korap dan tiada lagi apa-apa nilai dalamnya kecuali untuk mencari kesenangan dan kemewahan tetapi tidak juga mendapat kepuasan.
ReplyDeleteKenapa pula nak popularkan Allah? Allah tak perlu apa pun dari ciptaannya melainkan realisasikan keadilan, hidup bersaudara, jangan rosakkan alam sekitar dan jangan buat maksiat yakni kemungkaran dan kebatilan, penindasan di atas bumi ini.
Salam blogger Yan Peng San,
ReplyDeleteMR bukan tidak mahu siar komen Yang Peng San tetapi entah bagaimana komen Yang Peng San telah diletak di bawah SPAM.
Mungkin Yang Peng San post komen kepada telalu banyak bloggers.
Please correct your system on your side.
Maaf.
Dah sesat terus sesat.
ReplyDeleteSecara am, ini gejala ramai orang yang semasa dia senang, dialah manusia yang paling jahat dalam dunia. Menghancurkan orang2 lain dalam dunia artis dan kini bila dah senang maka dia akan fikir jalanyang paling senang untuk dia masuk ke syurga. Menjadi ustaz dalam parti PAS dengan hanya se tinta dakwat. Kini lembu PAS akan panggil dia Ustaz.
Dia nak kembali ke Islam tapi dia dah sesat ke Isle, satu Ugama Baru di Malayisa.
Rasanya Allah belum popular lagi?
ReplyDeleteKalau orang masuk (bukan "menganut", seperti yang Mami sindirkan, itu Mami katakan menyesatkan, kalau masuk UMNO, mami puji rasional. Toksah jadi ular bebrbelit mami...sesiapa pun ada kebebasan nak masul apa parti yang dia suka. Susah sangat kah mami nak faham dan terima masuk kepala mami? relaks lah... kita sepatutnya matang dan boleh terima perbezaan.
ReplyDelete"sri hartamas"
..... utk mempopularkan Allah kpd mereka yg belum mengenali kekuasaan-Nya.... Apa maksud frasa itu ana tidak, ana ni tak sekolah tinggi mcm penganut baru Pas ni. Nampaknya selari benar dengan slogan Pas MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
ReplyDeletePas nak tunjuk dia dekat dengan Islam. Betulkah Pas tu dekat dgn Islam???????????????????????????
..Ustaq Bob Lokman nak tolong "popularkan" Allah dgn menyertai PAS ???..oooohhh!!! dia ingat Allah ni artis mcm dia ke..nampaknya dia dah bertambah celaru..kalau dia selama ini hanyut dalam dunia hiburan hingga tidak kenal Allah, jangan fikir artis atau orang lain juga macam dia tidak kenal Allah,jangan fikir hanya juak PAS sahaja yang kenal Allah, jangan fikir semua juak PAS pasti masuk syurga..nampaknya dia fikir hanya dengan menjadi ahli PAS akan mendapat syufaat pemimpin PAS supaya 'dosa' dia akan hapussss..Bob Bob Bob apa dah kona dgn kau ni...
ReplyDeleteCucu Pak Pandir
PEMBANGUNAN ISLAM SETELAH 54 TAHUN UMNO MEMERINTAH ADALAH BANYAK MASJID, SEKOLAH AGAMA, BANK KEWANGAN ISLAM. TAHNIAH.
ReplyDeleteTAPI DALAM MASA SAMA, JUGA DIBENARKAN LEBIH BANYAK DISKO, PUSAT JUDI, PUB2, INTERNET TANPA TAPISAN DLL JENIS HIBURAN YG MELEKAKAN.
MELIHAT GEJALA SOSIAL REMAJA (BAKAL PEMIMPIN KITA) YG MAKIN PARAH SKRG... XDPT BYG LAGI 20 TAHUN
Kalau masuk umno dipuji dan disanjung kalau masuk PAS dihina dan dikeji,
ReplyDeleteMana rasionalnya wahai saudara-saudari seugama. Adakah kita berhak menentukan hala tuju seseorang itu?
Beri lah hamba Allah yang bernama Bob Lokman peluang untuk memperbaiki hidupnya kalau dirasa dengan menyertai PAS beliau boleh berjaya dalam dunia akhirat.
Siapa lah kita nak memaksa seseorang itu mengikuti telujuk kita.?
masuk pas ke... dap ke... mca ke.....umno ke.... bukan masuk islam..tapi masuk politik, jangan bro semua jadi kelabu...kah...kah...khhhhhhh
ReplyDelete..saudara Irwan..Bob Marley,
ReplyDelete..tiada siapa persenda atau pertikai Bob Lokman jadi ahli PAS atau ahli apa2 parti pun, itu hak dia. Tetapi bila dia tiba2 telah insaf dan terkejut dari lamunan kerana lalai dalam dunia hiburan, dia terus memperlekehkan orang lain yang masih tidak jadi ahli PAS sepertinya..seolah2 masuk PAS tu macam masuk Islam..dosa2 lama terus gugur macam orang kafir baru masuk Islam..
..adakah ini satu lagi contoh kelasik bagaimana orang yang telah lama Islam, lahir dalam Islam tapi baru merasai atau sedar dia orang Islam setelah jadi ahli PAS..adakah rukun Islam itu ada 6 perkara iaitu yang ke 6 ialah mesti jadi ahli PAS ???
..sesiapa yg bertanggungjawab mencelarukan fikiran Bob Lokman dan ramai lagi orang Islam, jawablah diakhirat..tapi mereka telah tahu mereka adalah ahli syurga, jadi tak perlu jawap apa2..
Ust Jahil Tukil
alidahmahmod...
ReplyDeletekalau dah kenal Allah..pakailah hijab..bukankah azab allah itu amat berat bagi mereka yang tak mahu menutup auratnya??
sekadar pandangan
bagi yg tidak memahami islam dgn sebaiknya, mereka akan membahagikn urusan dunia dgn ibadat.. begitu juga dlm urusan politik, seolah2 politik tidak ada dlm islam.. memang org barat memanggil pengurusan duniawi ini sbg politik, tetapi dlm islam, pengurusan seluruh aspek kehidupan, trmasuk politik, kita mnyebut sbg siyasah.. boleh rujuk kitab fiqh siyasah dan buku agama dan politik yg dikarang oleh yusuf al qaradhawi.. maka urusan memilih parti yg membawa islam juga adalah penting.. ia juga dikira sbg ibadah dan akan disoal di akhirat kelak, pemimpin mana yg anda pilih.. maka saudara bob lokman tidak lari dari jalan ibadah yg membawa ke syurga.. kita kena faham konsep kerja sbg ibadah dan saudara bob lokman saya lihat beliau jelas ttg perkara trsebut.. bagaimana pula dgn anda yg komen beliau?
ReplyDeletePAS tu ugama ka Bob...?
ReplyDeleteMR.biarlah dia joint parti apa pun .Bukan salah besar dan salah dari segi undang-undang negara,Sah parti PAS itu sama dengan UMNO juga.Parti PAS dengan UMNO ini sama sahaja.Pakat cari kuasa politik nak jadi kerajaan.Ibarat PAS itu macam kedai Nasi Kandar.UMNO pula macam kedai Nasi Lemak.Sama-sama berniaga cari untong.Siapa yang pandai jual produk nya dengan baik servis dengan baik disitulah ada daya tarikan.Cerita Bob Lokman hanayalah episod tambah ahli atau pelanggan untok masuk kedai mereka.Joint Parti PAS ini nampak lah Lebai sikit tak banyak pun.Kalau joint UMNO nampak macam cari projek dan kemewahan,Pada hal serupa sahaja.Iaitu kuasa.Tak perlu berpolimik panjang-panjang.Dalam PAS ramai yg tak solat.Dalam umno pun ramai tak solat.Dalam PAS pun ramai kaki pompuan.Dalam UMNO pun ramai kaki pompuan.Selamat berjuang.
ReplyDeleteSESUNGGUHNYA AGAMA ITU ADALAH APA2 SAHAJA YG BERSANGKUTPAUT DGN KELAKUAN ATAU PERBUATAN YG DLAKSANAKAN OLEH ANGGOTA BADAN KITA YG MANA DKAWAL OLEH 5 HUKUM... IAITU WAJIB, HARAM, SUNAT, HARUS DAN MAKRUH...JD FIKIR2KAN LAH...PARTI MANA YG MELAKSANAKAN ISLAM, MENENTANG HUKUM ISLAM? TIMBANG2KANLAH...
ReplyDeleteSalam mummy,
ReplyDeleteSekurang2nya Bob telah berubah kearah kebaikan
Dia patut dapat lebih media coverage daripada program2 yang melalaikan seperti AF,Mentor..
Hanya kerana PAS sebuah parti politik dia dipandang sumbang
Lagipun Bob bukannya tak sekolah ataupun hilang akal nak join UMNO
Sejak bila UMNO memperjuangkan Islam?
Bijan Hamsor
Salam Mummy,
ReplyDeleteNampak sangat orang kita ni rata-rata tak tau apa dia cakap dan apa dia buat. Antara agama dengan politik kita kena tau beza. Memang betui..politik tu ada dalam agama tapi janganlah kerana politik kita pelecehkan agama. Takdak sapa boleh persoalkan iman seseorang tapi ia boleh diukoq menerusi kata-kata dan tindakannya. Kalu UMNO pejuangkan Islam tak ikut cara PAS, takkan sebab itu UMNO jadi kapiaq. Adakah kerana tak laksanakan Islam sepenuhnya menjadikan UMNO hipokrit. Hangpa dah lupa keadaan di negara kita lagu mana? Kalu sabit nak wujudkan negara Islam sepenuhnya ikut cara PAS..tapi setakat tahan 5 tahun saja nak buat apa? Brapa ramai orang Islam kat Malaysia ni yang betui-betui educated dan menghayati Islam sepenuhnya? Hak yang ramai..bila pakai jubah..pakai janggut sikit..dah rasa sama tarap dengan ulamak. Cek pikiaq lagu ni la..negara kita ni amalkan demokrasi..kalu pemimpin kita menyeleweng (syarat kena ada bukti la) kita jangan pangkah depa..tukaq orang lain yang lebih amanah. Parti politik manapun takdak hal janji boleh jaga rakyat dan negara. Kita taksub kat pemimpin tara manapun kalau Allah nak bagi dia jatuh..jatuh gak. Kita ni pelakon saja..jangan la over-acting ya Bob!
PAS parti becelaru,penuh dgn pembohongan,tipu mangsa memali,cakap tak serupa bikin, kfirkan org islam umno,tolong buat fatwa rasmi tentang para pejuang mati shahid memali-tgu apa lagi wahai zizan....
ReplyDeleteumno lagi la brcelaru wey.. mahathir salahkn polis dlm isu memali, org pas yg kafirkn umno tu lak dh masuk umno, tnya la si nakhai'e tu.. majlis fatwa pula buat fatwa ttg isu memali secara jarak jauh, x brtnya pun penduduk kt situ, n x buat tinjauan pn kt memali.. memg trbaik la mjlis fatwa kbgsaan.. mjlis fatwa kedah sndiri mnyatakan diorg syahid brdasarkn pandangan2 ulama muktabar, tp majlis fatwa kbgsaan lak trlebih kasyaf, bole tau dr jarak jauh.. hebat.. bab hudud, umno tak nk pikir pun n x pernah nk 'bikin' pun.. kondem org pandai tp habuk pun tarak.. pembohongan kt rakyat.. x pyh cakap la.. bnyak sngat dah.. umno ni x payah susah nk pikir mudahkn rakyat.. diorg dlm masalah,poket kosong, naikkn harga barang, senang.. turunkan harga? x boleh, negara bole bankrup la, harga minyak dunia naik la, seribu satu alasan bole cipta.. solusinya xdak.. bila org bagi pandangan n solusi, kondem mcm bijak sngat..
ReplyDeletesalam cgu non, tabung memali dah kosong ke? isinya ke mana? kesian mangsa2 memali yang kesemua itu saudara saudara kita sekampung belaka,
ReplyDeletesaya minta cgu non dptkan draf hudud dari kelantan dan bagi pd MB azizan dan minta dia bentangkan hudud di kedah,itulah perjuangan asal kta semua
Anom 12.17am 23.211
ReplyDeleteBob nak join parti PAS itu masalah dia. Tapi PAS telah memperalatkan Islam untuk kepentingan parti. Maruah Islam terlah diperlekehkan oleh PAS dengan membiarkan kafir DAP mempermainkan islam dalam ceramah mereka. PAS parti hipokrik, bercakap hendak laksanakan Islam dalam pemerintahan tapi bila dapat kuasa lain pula jadinya. Janji nak tubuh negara Islam, tapi bertanding hanya 60 kerusi, itulah pembohong dan hipokrik. Rosak Islam kerana PAS.
PAS DGN UMNO SAMA SAJA 99.9% MELAYU.PKR ADA CAMPUR MCM2 BANGSA.TAPI UMNO & PAS AGAK SPESIAL.YG SATU TULISAN JAWI, YG SATU LAGI TULISAN RUMI. YG SATU LAGI KETAYAP BASI, YG SATU LAGI SONGKOK TINGGI.YG SATU TU PAKAI MERCEDES LAMA 200D, YG SATU LAGI TU MERCEDES BARU 240D.BILA ADA WAKIL RAKYAT MATI..BARU PAKAT NAK MARI..TOLONG SANA TOLONG SINI.KALAU TAK ADA WAKIL RAKYAT, SAPA PUN TAK SUDI.PI PEJABAT SELALU BERKUNCI.PAS PUN SAMA, UMNO PUN SAMA..PAKAT DOK PEMBOHONG KAMI.
ReplyDeleteALBALINGI WAL KEDAHI.
alaa Bob Lokman.. baru sehari dua masuk pas dah pandai ngata tu ngata ni...cermin lah diri ketika jadik artis dulu2...baik ke tak baik..jgn lah nak punah ranahkan ugama islam dgn kata-kata yg tak baik dan jgn pula bangga jika keturunan mu bob dari tokoh ugama yg terkenal dulu2, aku juga oghe klate dan dapat didikan ugama secukupnya tetapi aku masih takut utk nak mengata sesama islam apa lagi nak perlekehkan sesama manusia..cerminkan ilmu didada dulu bob, perbetulkan diri sendiri dan kaum keluarga mu dulu baru lah perbetulkan kesalahan org lain..kalau betul nak syiarkan islam tak payah masuk pas pun boleh juga cuba huraikan mana hukum ,nas atau hadis yg mengatakan masuk pas itu satu jaminan ke syurga.. pemimpin PAS beli kereta omputeh juga, shopping kat kb mall gak...
ReplyDeleteSESUNGGUHNYA JALAN YANG BOB PILIH ADALAH JALAN YANG PENUH SEMAK DAN SAMUN.....JALAN YANG SUDAH LAMA DILUPAKAN ORANG YANG BERAKAL WARAS SERTA BERILMU....PAS SEMAKIN TERPINGGIR DAN GOLONGAN YANG DIBERI HIDAYAH OLEH ALLAH S.W.T SEMAKIN BESAR JUMLAH NYA MENINGGALKAN PERJUANGAN YANG AMAT SIA-SIA INI.....SABAN HARI SEMAKIN RAMAI YANG MENJAUHI PAS..PAS AKAN MALAP SINAR BULAN NYA..TETAPI AMAT MALANG DI SAAT INSAN LAIN DIBERI HIDAYAH TETAPI APA YANG BERLAKU PADA SAUDARA BOB LOKMAN ADALAH SEBALIKNYA....UNTUK MENCARI ISLAM DSAUDARA BOB TAK MEMERLUKAN PAS...DI DALAM PAS TIADA KEINDAHAN ISLAM NYA....DI DALAM PAS PENUH KEJAHATAN,KEBONGKAKAN.RIAK,TAKBUR,SOMBONG SERTA SEJUTA AMALAN YANG BETENTANGAN DENGAN NURANI INSAN BERILMU.....BANYAK LAGI CARA UNTUK MENINGKATKAN KETAQWAAN PADA ALLAH.....DAN BUKAN NYA ADA DALAM JEMAAH PAS...SAUDARA BOB SEUMPAMA KELUAR DARI MULUT HARIMAU DAN MASUK SEMULA KE MULUT BUAYA....BOB BELUM MENGENALI PAS SECARA MENDALAM SEANDAI BOB KENAL PAS PASTI BOB MENINGGALKAN PERJUANGAN PAS SEJAUH MANA YANG MUNGKIN...KERANA TAKUT TERPALIT DOSA-DOSA FITNAH DAN FATWA-FATWA SONGSANG YANG MENJADI AMALAN DAN PEGANGAN SELURUH PENGANUT AGAMA PAS....KETAHUILAH BOB....PAS PERNAH MENGKAFIRKAN UMNO......PAS PERNAH MENFATWAKAN DARAH ORANG UMNO HALAL UNTUK DIJIHADKAN.....PAS PERNAH FATWAKAN SEMBELIHAN ORANG UMNO HARAM DIM AKAN......PERKAHWINAN TIDAK SAH JIKA DIWALIKAN ORANG UMNO.....HAJI HADI PERNAH MENFATWAKAN HARAM SEMBAHYANG DI MESJID-MESJID ORANG UMNO......NIK AZIZ PERNAH MENFATWAKAN ORANG UMNO ADALAH KAFIR SERTA JAHILIYAH......PAS PERNAH MENGHALALKAN SEMBAHYANG DUA IMAM.......SERTA SEJUTA BENDA KARUT MARUT ADA DALAM PAS...MUNGKIN BOB TIDAK TAHU SEMUA INI...SEBAB SIBUK DAN GLAMOR....UNTUK KEPASTIAN CUBA TANYAKAN ORANG YANG TIDAK DUSTA SERTA DIPERCAYAI......SUDAH TERANG LAGI BERSULUH KEJAHATAN DAN KESESATAN YANG DI BAWA PAS....UNTUK MAKLUMAN SEMUA AKU NI ORANG KELATE DAN DILAHIRKAN DI TANAH MERAH....AKU TERAMAT KENAL DENGAN ONAR DAN KERENAH PAS SEMENJAK AKU KECIL LAGI......DAN SEMUA INI ADALAH BENAR DAN AKU BERANI BERSUMPAH KERANA ALLAH....AKU PERNAH BACA FATWA HAJI HADI YANG DIKELUARKAN OLEH PAS...YANG MENJADI ANUTAN DAN PEGANGAN KAUM PAS SAHINGGA KIAMAT.....KEPADA SAUDARA BOB SEMUA ITU TERPULANG LAH KEPADA ANDA UNTUK BERFIKIR.....TETAPI JANGAN JADIKAN PAS LESEN UNTUK MENYESATKAN ORANG LAIN......USAH DITAMBAH LAGI DOSA-DOSA YANG SEDIA ADA........
ReplyDelete(Aninymous February 22, 2011 4:57 PM) Kah..kah..kah.. Hang buat aku gelak saja la..orang laih dah jaga, hang dok mimpi lagi..orang lain dah mula berfikir hang dok hanyut lagi..hahaha.. Kalau dah karat tu karat juga la.. hihihi..adoi..!
ReplyDeletekalau allah berkehendak sesiapa pun bolih mendapat hidayah kita ini siapa nak menentu seseorang berastagafarlah walahaulawalaquataillahialihilazim
ReplyDeletesaya rasa,semua salah paham la.. saya sokong bob sebab nk berubah, cuma pasal pas 2 buatkn smua org salah paham kn.. sbb ramai golongan pas adalah ustaz2, imam2, ni bukan soal politik,tapi siapa yang kita nk ikut,yg btol o yg salah..
ReplyDelete