Berikut MR menyiarkan kembali tulisan saudara CN Al Afghani yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia 15/2/2011 menjawab tulisan Zulkifli Yahaya,kolumnis Harakah.
Tujuan MR siarkan tulisan ini ialah agar dapat dikongsi bersama warga internet atau netizen yang MR tahu ramai di kalangan netizen tidak membaca Utusan Malaysia.
Semoga ini dapat mengimbangi pemikiran kita dan tidak membuat perhitungan berat sebelah demi kepentingan Islam, Melayu dan rakyat amnya.
Cukuplah Islam diperalatkan dan dihodohkan oleh golongan-golongan ini.
SPRM siasat semula wang Memali
PERTAMANYA saya meminta maaf kepada Utusan Malaysia yang dicela kerana tulisan saya bertajuk Tabung Memali: Saya Fitnahkah? yang disiarkan pada 31 Januari lalu.
Tulisan kolumnis Harakah, Zulkifli Yahaya bertajuk ‘PDRM sahkan tiada penyelewengan Tabung Memali’, telah menuduh Utusan Malaysia dan RTM sebagai lalat dan langau yang menyelongkar setiap tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk yang boleh dijadikan isu.
Tulisannya yang disiarkan Harakah 7 hingga 12 Februari 2011, membuktikan dia tidak faham etika media. Apakah Utusan bersalah hingga diibaratkan seperti serangga yang jijik semata-mata menyiarkan tulisan saya?
Seharusnya saya yang patut dipersalahkan kerana menghantar tulisan itu kepada Utusan. Utusan sekadar melayan isu terutama menyentuh kepentingan umum seperti Tabung Memali.
Apakah selama ini, Utusan tidak pernah menyiarkan isu-isu rasuah, penyelewengan dan pecah amanah membabitkan pimpinan UMNO/BN?
Sekiranya Zulkifli membaca buku saya, Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali dan faham isi kandungannya, tentu ulasannya tidak melalut tak tentu pasal. Persoalan yang ditimbul oleh Zulkifli semuanya telah saya jelaskan dalam buku tersebut.
Seperti diakui Zulkifli, Tabung Memali diwujudkan Badan Perhubungan Pas i Kedah untuk tujuan kebajikan balu-balu, anak yatim dan mangsa Memali. Jelas di sini Pas Kedah adalah pihak pertama bertanggungjawab atas apa-apa penyelewengan yang berlaku.
Tetapi kenapa Pas Kedah tidak membuat siasatan atas laporan yang saya hantar kepada pihak AJK Disiplin Pas Pusat? Hingga memaksa saya membuat laporan polis pada 27 Julai 2000.
Tahukah Zulkifli apa berlaku setelah saya membuat laporan polis? Setiausaha Madrasah Memali ketika itu, Muhamad Yusuf Husin yang diamanahkan mengurus Tabung Memali, mengerahkan beberapa orang jawatankuasa kawasan membantunya siang malam menyiapkan penyata kewangan Tabung Memali.
Akhirnya penyata yang tidak lengkap diserahkan kepada pihak PDRM. Tetapi, kerana keputusan PDRM (kalau benar ada laporan) dalam isu laporan saya ini seolah-olah menyebelahi Pas, maka PDRM dipuji oleh Zulkifli sebagai unit paling profesional dari Bukit Aman. Andainya keputusan itu sebaliknya, PDRM tentunya akan dituduh tali barut kerajaan atau ejen BN/UMNO.
Kalau ada, saya cabar Zulkifli mendedahkan jawatankuasa penuh Tabung Memali dalam kolumnya akan datang. Saya berjanji, semua nama-nama itu akan diserahkan kepada SPRM. Saya yakin mereka boleh beri kerjasama yang baik dengan pegawai-pegawai SPRM dalam soal siasat kelak.
Selepas peristiwa Memali pada tahun 1986 satu ceramah besar-besaran untuk tabung itu telah diadakan di Kg. Kabu Sepuluh, Yan, Kedah. Saya juga hadir malam itu. Kesesakan lalu lintas malam itu memang luar biasa. Sehingga penceramah terakhir Hadi Awang selesai memberi ceramah, berpuluh kereta lagi belum sempat sampai ke tempat ceramah. Kutipan derma malam itu, lebih seratus ribu ringgit. Wang siling tidak sempat dikira kerana terlalu banyak.
Saya ingin bertanya, khususnya mangsa Memali, balu-balu dan anak yatim Memali juga hendak tahu, di mana wang itu? Siapa yang menyimpannya? Apakah kutipan ini ada dalam penyata seperti yang diserahkan pada PDRM?
Insya-Allah demi kebenaran, saya akan minta SPRM teliti semula isu ini, kerana saya belum puas hati dengan laporan saya tahun 2000 yang lalu. Kenapa tidak disiasat secara telus?
Itu baru kutipan satu malam ceramah. Apakah Pas ada rekod berapa siri kutipan derma yang mereka adakan mulai tahun 1986 ketika tabung itu ditubuhkan hingga tahun 2002 ketika tabung ditutup.
Saya harap Zulkifli jangan mudah menyebut isu Tabung Memali ini telah selesai, lapuk dan berkubur.
Jika saudara mengibaratkan Utusan sebagai lalat dan langau yang berkeliaran di tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk, sedarlah bahawa secara tidak langsung saudara mengakui dalam parti kesayangan saudara pun telah ada bahan busuk yang sedang dihidu oleh lalat dan langau.
Awas jangan tunggu sampai lalat hijau yang datang. Tolong bersihkan segera.
C.N Al-AFGHANI
Memali, Baling
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Pas jawap : Duit kami adalah duit kami, duit anda pun duit kami, anda sedekah anda dapat syurga, kami dapat enjoy lah pi mana-mana.
ReplyDeleteTabung mangsa Memali, siapa itu mangsa, adakah mangsanya hanya penduduk Kampung Memali, adakah mangsa itu ahli/penyokong PAS yang terlibat dengan insiden Memali, adakah ianya turut melibatkan anggota Polis yang mengalami kecederaan/kematian sebagai mangsa Memali yang berhak menerima faedah dari kutipan tabung itu....jangan kelirukan rakyat....Zulkifli sebenarnya spesis manusia tidak bergama dan tidak beretika...tidak bersyukur atas nikmat Allah...Apakat makhluk lalat atau spesis lalat ni makhluk hina di jadi Allah....Zulkifli kena pi mengaji lagi, sebab masa kecik-kecik masuk pasti dan SAR , dia tak pernuh jumpa ilmu berkaitan dengan biologi....dia ni jahil....lalat banyak jenis spesisnya...masing-masing ada fungsi dan peranan untuk melupuskan bahan buangan, bangkai, mayat. Ini memang ketepan Allah yang Zulkifli bodoh, jahil tidak berusaha mencari jawapannya.....melalui tabiat spesis lalat pakar-pakar forensik dapat mengetahui usia mayat/bangkai yang ditemui...jangan hina makhluk ini wahai zulkifli....anda yang bodoh..anda yang jijik...bukannya lalat......awas...nanti spesis lalat menghurung anda dan parti anda.....
ReplyDelete