Tuesday, March 31, 2009

UMNO Merbok main wayang,Tajul Urus pengarah filem

Berkesempatan berada pada hari penamaan calun di Bukit Selambau nampaknya UMNO Merbok tidak bersungguh-sungguh bekerja dan membuat persediaan dari segi mengumpul jenterakerja pilihanraya mereka.

Beberapa kumpulan UMNO Bahagian Merbok sendiri tersasar dari laluan perjalanan ke tempat penamaan calun dan terpisah dari kumpulan mereka. Mereka seolah-olah bercempera, terpinga-pinga dan terkebil-kebil apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak perlu dilakukan. Apa sudah terjadi? ”This is the tips of the iceberg”.

Penyokong pembangkang berada awal dilokasi dengan anggaran 9,000 -10,000 orang, manakala penyokong BN hanya lebih kurang 3,000 – 4,000 orang sahaja. Ini pun terdiri dari mereka yang datang dari luar kawasan.

Jika dihitung penyokong BN yang datang dari dalam kawasan mengundi khasnya di dalam Parlimen Merbok ini bermakna ianya tidak sampai pun 800-1000 orang.

Jika data asas ini diambil perkiraan nampaknya ada kedinginan dari segi sokongan dan pengurusan gerakkerja BN Parlimen Merbok khasnya UMNO Merbok di dalam usaha memenangi calun BN di dalam PRK Bukit Selambau.

Perkara ini bukannya mustahil apabila diimbau kembali sejarah perangai UMNO Merbok di dalam setiap kali pilihanraya. Ianya seperti sudah lumrah kelakuan tidak senonoh mereka. Kerja-kerja sabotaj, protes dingin, poster calun BN dibuang ke dalam sungai dan poster ditampal dengan kepala calun ke bawah dilakukan apabila pucuk pimpinan atasan BN tidak meletak calun yang mereka lobi.

Seperkara lagi bukan perkara yang aneh kerja-kerja ini dilakukan oleh pemimpin yang sama yang sekarang telah berjaya mengetuai UMNO Bahagian Merbok. Malah menurut beberapa tokoh pemimpin vateran Merbok yang ditemui, inilah "branding" Tajul Urus Mat Zain kata mereka. Kata mereka "biasa......laaaaa".

Di sekitar tahun 1983-84 dahulu di awal kemasukan Tun Daim Zainudin ke bahagian Merbok perkara yang sama berlaku. Ketika itu Tajul Urus merupakan ketua pemuda UMNO bahagian. Beliau bersekongkol dengan mentornya allahyarham Dato’ Zainal Abidin Johari yang merupakan ketua UMNO Bahagian Merbok ketika itu.

Apabila Tun Mahathir membawa masuk Tun Daim bermula sebagai Senator ke Bahagian Merbok Tun Daim ditentang habis-habisan sehingga ada dewan yang sepatutnya Tun Daim bertemu pengundi ditutup mentah-mentah. Pejabat UMNO Bahagian dikunci dan jentera UMNO Bahagian dilumpuhkan sehingga Daim membawa jentera beliau sendiri dari Kuala Lumpur dan membuka bilik operasi pilihanrayanya sendiri kerana hilang kepercayaan dan keyakinan kepada jentera pilihanraya UMNO Merbok.

Begitu juga semasa kemasukan Datuk Zainudin Maidin pada pilihanraya 2004. Pemimpin yang sama pernah bertegang urat di dalam pejabat UMNO Bahagian Merbok, menentang kemasukan Datuk Zainudin Maidin ke kawasan Merbok. Kepimpinan MCA dan MIC diracuni supaya jangan menyokong Datuk Zainudin Maidin sebagai calun Parlimen Merbok.

Semasa pilihanraya 2004 apabila beliau dilantik sebagai Wakil Calun kepada Datuk Azmi Hamid, calun BN di DUN Tanjung Dawai beliau langsung tidak membantu Datuk Azmi Hamid sepanjang tempoh kempen pilihanraya tersebut. Menurut sumber beliau lebih menumpukan berkempen kepada rakan beliau Datuk Mahadzir Khalid di Pedu dan akan hanya sibuk apabila melibatkan peruntukan pilihanraya yang turun dari atas.

Hari ini kelaku yang sama dibuat oleh pemimpin yang sama. Muhyiddin Yassin pemimpin yang bertanggung jawab mengetuai jentera BN di dalam PRK ini seharusnya bijak meneliti watak-watak serta pelakon-pelakon di dalam UMNO Merbok ini.

Perhatian yang serius harus diberi jika BN ingin beroleh kejayaan di dalam PRK Bukit Selambau demi mengembalikan maruah UMNO dan BN di bawah kepimpinan baru Najib dan Muhyiddin.

26 comments:

  1. pelik pulak, kenapa geng pakatan ditulis sebagai pembangkang...bukan kah di Kedah tu, mereka kerajaan?

    ReplyDelete
  2. kerajaan negeri yang tidak sehaluan dgn kerajaan "persekutuan" istilah Per-Sekutu-an = Per-Pakat-an, tanggapan PAKAT tu sebenarnya tidak ori pun cam tajul arus tak pakat dgn BN pusat

    ReplyDelete
  3. bukan saja tak pakat dgn BN pusat dgn BN negeri pun tak pakat Tok Det

    ReplyDelete
  4. jgn dik sembang BN ada dari luar laa...pas pun same je..yang datang pun dari terengganu dan kelantan...harap depa tu je yang ramai..

    ReplyDelete
  5. Penyokong PR pun ramai daripada luar kawasan..saya berada di bukit selambau pada hari penamaan calon dan penyokong BN serta PR lebih kurang sama ramainya.disebabkan BN berarak daripada petronas sg lalang yg dianggap jauh oleh sesetengah peyokong,depa ambik keputusan park kat area kilang dan area esso then jalan ikut shorcut rentas semak samun ke kawasan penyokong BN..penyokong PR senang sebab mereka masuk dari jalan besar,jadi bolehlah org anggap penyokong mereka ramai..jadi jangan buat salah tanggapan no Mummy..

    ReplyDelete
  6. ramai tak sepakat buat apa
    sikit tapi boleh yakinkan PENGUNDI tu lebih penting
    Mac 2008 majoriti lebih 2000
    kini bagaimana?

    ReplyDelete
  7. saya harap mummy selidik dulu sebelum bercakap. Nampak sangan blog ini bukan untuk bagi freedom orang bercakap tapi tempat untuk mummy kutuk Tajul. Apa salah Tajul pada mummy? Apa2 pun yg paling jelas PR pun dah porak peranda..

    ReplyDelete
  8. Harap2 pengundi pilih mejar Anuar yang cukup sederhana tetapi banyak jasa dan dalam masa yg sama cukup tegas dengan pendiriannya...bukan macam zaharan yg mummy sendiripun tak berapa kenai!

    Dah terlanjur tlg kempen kat calon yg tarik diri psl takut soru miss, lebih baik mummy tlg kempen sama kat calon yg guna label talipon, iaitu calon nombor 14, Mej(B) Anuar Abd Hamid.

    Pengundi Bkt Selambau mesti pilih mej AAH!!! Hrp Mummy sudi linkkan blog undimejar dlm blog mummy sehingga hari pengundian.

    Saya rasa mummy tak rugi apa-apa tlg mej AAH.

    *ahlulumnojerai*
    HIDUP MELAYU!!!

    ReplyDelete
  9. Mummy,

    Dato' Tajul tu memang dah termaklum dgn branding 'sabotaj' sesama UMNO supaya bila kena gempak.....banyaklah duit masuuuuk! Biasa laaaaaa Mummy.

    Yg herannya macamana Mummy tau semua ni? Mummy ni orang mana? Ini rahsia besaq tau! Takut2 Det Khalid melenting, ada SB terkam Mummy nanti. Mummy kena standby tau, gang ni amat terkenal pelahap dan sangat suka dgn pompuan cantik cute soild macam Mummy.

    ReplyDelete
  10. betullah mummy
    si zahran ni tiba tiba sahaja tarik diri kenapa jadi begitu.saya rasa tentu ada sesuatu yang tak kena.saya rasa dia calon yang tepat tetapi kenapa tarik diri.personalitinya menarik anak kepada Pak Lah Speker memang hebat.atau adakah ada tekanan dari mana mana Pihak....?? tentunya Ya bukan sebab sebelum ini bang boom kabom...dia nak bertanding,si Bad dok heret dia pi merata rata tiba tiba tak bertanding.kalau nak kata takut sebab calon Beba ramai yang bayar deposit tak takut ker...15 oroang bertanding kalau dibahagi dengan jumlah pengundi semua boleh hilang diposit...depa tak takut pun.dan yang jelas saya rasa zahran dah dapat habuan yang sangat baik sangat selesa untuknya dari pihak tertentu.tahniahlah zahran ur re the best aktor.inilah pemimpin yang kita kehendahi dimasa hadapan.lepas ni kalau zahran nak bertanding mana mana jawatan dalam UMNO kita sokong sebab dia dah bagi contoh yang TERBAIK sebagai peminpin.jom kita pakat pakat jadi mcm Zahran.rasa nak lari lari rasa nak tunggu tungu.dapat duit cabuttttt.....

    ReplyDelete
  11. Surat terbuka buat Parti memerintah:

    Jelaskan kepada AHLI UMNO akar umbi,pemuda pemuda kampong yang dikelilingi pengaruh PAS Putera dan Puteri UMNO sendiri,bagaimana nak menangani sinonimnya Dato Sri Najib dengan Altantuya wargas monggolia.sebut saja Najib teringat Monggolia,

    Pak Lah dengan Kebodohannya Memerintah Negara,menteri menteri yang tumpang sekaki bersaing dengan peniaga peniaga untuk mendapatkan tender.Dato Najib keluarkan Budget Menteri semua telah pasang angan angan jadi kaya.
    KJ si buaya yang memang tanpa bergaya Ketua Pemuda meminta berinya peluang untuk bekerja.memang benar KJ boleh bekerja tetapi,yang bekerja untuknya ialah sibodoh sibodoh dibawah sedangkan beliau sedang enak diatas dan bila turun kebawah bertemu pemuda dia akan berlagak bodoh juga…

    Berbalik pada Persidangan….hebat…dengan perwakilan isu berbagai bagai sekarang terdengar Guru guru akan dibuka penyertaan mereka kepada politik.kemudian hari ini tapisan kedua dalam akhbar berita hartian menyatakan Guru guru tidak boleh berpolitik pula…kenyataan ini amat bodoh yang dikeluarkan

    Cadangan untuk membenarkan guru Kumpulan A bergiat aktif dalam politik tidak sesuai dilaksanakan kerana ia dikhuatiri boleh memecahbelahkan warga pendidik di sekolah, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

    Apakah Tan Sri Ismail Adam tak tahu ker dalam sekolah hamper 95% adalah pembangkang dan sentiasa berbicara tentang kerakusan pemimpin UMNO.kalau tak diberi ruang pun mereka akan bercakap juga disekolah.hmmm kenapalah bodoh sangat Tan Sri Ismail Adam ni berfikir.

    Sekarang ini kita ingin lihat bagaimana Najib dan KJ mentadbir kita tunggu sahaaja apakah UMNO akan semakin lambat atau semakin cepat terkubur kalau suara akar umbi tak di dengari.

    ReplyDelete
  12. bila terbaca"Yg herannya macamana Mummy tau semua ni? Mummy ni orang mana? Ini rahsia besaq tau! Takut2 Det Khalid melenting, ada SB terkam Mummy nanti. Mummy kena standby tau, gang ni amat terkenal pelahap dan sangat suka dgn pompuan cantik cute soild macam Mummy"
    nana tanjung pernah bekekrja dengan jabatan X file boleh membongkar isu siapa Mummyrokiah yang sebenarnya.tangkap sorang ahli umno merbok picit hidung dia dia akan bagitau siapa mummyrokiah...Nak tau ker sapa.Apa komen mummyrokiah.he..he..mummyrokiah telah melakukan satu kesilapan yang boleh mengheret dia mendapat tekanan dari Tajukl yang dok cari sapa yang tau semua dalam kain dia ni...hanturayakah mummy ni atau driver diakah atau isteri diakah atau orang yang hari hari dok bercakap dengan diakah..atau musuh seselimut.

    ReplyDelete
  13. N25 BKT SELAMBAU
    CALON MELAYU 6 INDIA 8 CINA 1 =15 DIBAHAGI DENGAN 50%PENGUNDI MELAYU 29% PENGUNDI INDIA DAN 19% CINA.
    ANTARA MELAYU CINA DAN INDIA KITA TENGOK NANTI SIAPA PANDAI MAIN WAYANG.
    CALON YANG BERNAMA Tan Hock Huat SANGAT BERPONSI UNTUK JADI WAKIL RAKYAT BKT SELAMBAU.

    apa yang UMNO dan BN harusa ingat ialah masyarakat akan buat satu lagi undi protes kepada KJ disini.Calon BN tak boleh menang kalau berhadapan akar umbi KJ hanya bolelh memperbodohkan perwakilan sahaja.AKAR UMBI tidak.SAYA DOK TUNGGU JUGAS BILA SAIPOL NAK TURUN BELANJA DUT KJ DI MAKHBOL

    ReplyDelete
  14. Siapakah Master Mind dalam kes zahran ini.tentulah Pak Tuan Syed Osman.dengar cerita dalam mesyuarat PERKASA Pak Tuan Syed Osman mewar warkan si Zahran ini akan bertanding.Apa sebenarnya keuntungan Pak Syed Osman ni dapat dari Zahran.Fulus berapa banyak...? saya salah seorang PA pada seseorang boleh memberitahu
    Pak Tuan Syed Osman sebagai pengarah bilik gerakan memang hebat..bila sudah ada gegaran ketakutan dari parti pemerintah tentang kekuatan zahran maka Pak Tuan akan dilihat sebagai HERO ATAU REMOTE membuat arahan kepada Zahran.tak kala itu maka ada orang samy atau dari Dato Det atau dato Najib sendiri akan menghubungi perantara zahran ini dengan 'ayat tolonglah bantui kami"maka pak tuan Syed dengan selamba akan berkata dont worry Sir i can handle zahran.tapi sir tak kan tolong saja kot maka pak tuan Syed akan berpenglipurlara.Sir akan kata ok dont worry,sikit saja tu....bila dah dapat maka poket pun penuhhhhhhhh...nak tahu bagaimana baca teori penulis lain dibawah.Memang hebat kau ni Pak Tuan Syed Osman.dia memang Peniaga yang Bijak.

    teori dibawah oleh penilis adalah benar

    Dia di antara orang menyuntik semangat untuk Zahazan bertanding.
    a. Di majlis perkahwinan anak Dato Tajul, dia berkata itu hak Zahazan untuk bertanding. I kalau ada duit pun I bertanding kalau I nak.
    Soalan.
    Sebagai orang yang cukup lama dalam politik beliau tidak patut explain macam tu. Ianya lebih memberi dorongan.

    b. Pada majlis jamuan makan JP Kedah bersama dengan Tuanku Sultan Kedah. Dia yang mewar-warkan yang anak Dato Lah Pendi ni nak jadi calon Bebas. Dato Rokiah pun ada sama dalam majlis itu.

    c. Apabila Zahazan tarik diri, jangan terkejut yang dia boleh cakap dia yang nasihat Zahazan tarik diri.

    d. Setiap jawapan beliau itu hanya sesuai untuk keadaan itu sahaja walaupun suatu pekara yang sama pada hari yang berlainan. Yang penting credit is belong to him.

    Nasib baik la tahun ni duit dia tak hilang dekat Grand Central Hotel. Sapa percaya duit dia hilang????? Tanya Din JJ!!
    Din JJ pun tak nampak tadi, awat hang tak mai atau aku rabun.

    ReplyDelete
  15. hai... nak lingkup lagi la tu...!

    ReplyDelete
  16. Cuba-cuba dengar lagu dari Scorpion; "What U give U gets back"

    ReplyDelete
  17. mummy nie lagi best...

    saya dapat info yg makcik-makcik kakak-kakak pakcik-pakcik yg mai naik bas masa perarakan calon BN tempohari cuma dapat RM10 sorang betoi kaa...

    cuba mummy siasat tengok sapa yg handle pasai edar duit waktu tuuu... dalam akaun dia ada dalam 70k kalau dia bagi RM10 sorg sah dia makan banyak...

    kalau 5bj bas x 40penumpang = baru 200org

    200org x rm10=rm2000...

    OOooooo banyak tuu dia telan...

    ReplyDelete
  18. Kuiz Minggu ini

    Siapakah G2 pemuda MERBOK yang belot akar umbi nya yang terang2 mengundi KJ hingga gambar nya melompat-lompat di siar dalam TV ?

    jawapannya : klik sini

    http://maksubee.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. Hishammudin misti diuji sebagai naib president Umno di Merbuk
    rakyat ingin melihat Hisham menghunus keris sebagai pahlawan terbilang...orang saperti Tajul ini senang diurus kalau Umno ada Political Will...

    ReplyDelete
  20. UMNO Merbok tidoq di pejabat saja...yang sibuk UMNO Bahagian lain.
    Betoi la Mummy depa main wayang.Minta SB SIASAT AJK WANITA UMNO BAHAGIAN ANOM ISHAK DAN SUAMINYA TUSOF DOK SOKONG MEJA ANNUAR BUKANYA CALUN BN.
    PECAT KEAHLIAN UMNO MEREKA!!

    ReplyDelete
  21. Kalau BN gagal di Bukit Selambau sebab-musababnya adalah kerana UMNO Merbok sabotaj. Duit yang diamanahkan kepada mereka tidak diagihkan kepada jentera pilihanraya. Mereka songlap duit ini kerana mereka tahu bahawa duit pilihanraya tidak akan diauditkan.

    ReplyDelete
  22. kalau bn kalah di b.selambau, maknanya org dah meluat dgn omeno la ngok.. yg tu pun tak tau..

    ReplyDelete
  23. Aku tetap undi BN di Merbok kali ni. Dulu betoi aku tak berapa pekenan kat depa tu. Aku marah. Tapi la ni bila Tun M dah balik masuk UMNO, Pak Lah dah pi diganti ngan Najib, baru aku rasa syok balik. Mesti sokong BN punya. Hang kata calon bebas baguih. Podaaahh ! Yang pakai telfon tu lah pelesit besaq. Amboi dia boleh kata dia nak masuk balik UMNO lepas dia menang. Kalau boleh menang. UMNO jangan terima dia balik. Mananboleh terima penderhaka mcm dia.Dia manusia karut. Sama Yusop laki Dang Anum. Baik pilih bebas Chandra. Poster kuning dia lebih hebat. Ni orang bekas askar pun nak tolak dia, tu dok merapu sana sini lagi.Dah tak laku , sedar diri la.

    ReplyDelete
  24. akaq umbi aloq staqApril 6, 2009 at 5:07 PM

    dengaq kata tajul urus kawan najib? main golf sekali. betoi ka mummy?

    ReplyDelete
  25. Akum..
    Jgn suka memburuk-buruk org &
    jgn suka membuka aib org, nanti tuhan akn membuka aib kita..
    Ingat kita org Islam, Melayu..
    Jaga agama & bangsa..

    ReplyDelete
  26. Kenapa kita harus mewujudkan blog yang menampakkan kepincangan dalam diri kita sendiri(UMNO)? Inilah yang dinamakan duri dalam daging. Janganlah kita terlalu asyik dan leka menjatuhkan sesama kita(orang melayu),sedangkan orang lain sedang menantikan kejatuhan kita. tanpa disedari mummy adalah media kepads musuh untuk menjatuhkan orang kita sendiri... Kemana hilangnya jati diri mummy?Lu pikirla sendiri...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.