Thursday, March 19, 2009

Apa jadi dengan penerima rasuah politik UMNO?

Lembaga Disiplin Umno seharusnya mengambil tindakan dengan membongkarkan keseluruhan siasatan mereka jika betul-betul ingin membersihkan UMNO dari amalan rasuah politik. Jika tidak mereka akan dituduh pilih kasih atau berkonspirasi politik dalam keputusan terhadap beberapa anggota Umno yang didapati bersalah di bawah etika parti.

Pengerusinya Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail sendiri telah mengakui melalui kenyataannya - "Saya ingin menjelaskan bahawa semua keputusan yang dibuat adalah berasaskan bukti-bukti yang terdapat pada kes-kes yang dibicarakan, keterangan-keterangan yang diperolehi dalam masa penyiasatan dan pendengaran, bukannya berdasarkan tuduhan-tuduhan melulu ataupun "hearsay"," . Tetapi mengapa tidak didedahkan bukti-bukti ini secara telanjang bulat?

Jika yang memberi telah dihukum, persoalannya hari ini apa jadi dengan mereka yang menerima rasuah tersebut? Jika yang menerima tidak dihukum maka terjadilah fitnah-memfitnah kepada calun-calun yang bersih oleh penerima-penerima ini kerana tidak puas hati apabila tuan mereka dihukum sebaliknya mengalih sasaran kepada calun-calun yang bersih.

Kuasa mengundi dalam pemilihan terletak kepada perwakilan. Tetapi sekarang sudah terbukti ada perwakilan yang menerima rasuah politik dan mereka pula bebas berkuasa untuk memilih siapa calun mereka dan sudah pasti mereka akan menghukum calun yang bersih kerana marah tuan mereka ditangkap.

Kesimpulannya serah sahaja kes-kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

17 comments:

  1. Kalau kat Tanah Besar China orang-orang seperti Datuk Mohd Ali Rustam dan seangkatan denganya dah lama kena hukum tembak mati. Kat Malaysia boleh buat rayuan pulak…macam mana le UMNO nak bebas rasuah.



    Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.

    ReplyDelete
  2. Salam Mummy,

    Ya, betul tu.. serahkan pada SPRM...

    Hmm macam-macam politik di Malaysia ni...

    Selamat..

    ReplyDelete
  3. Hi Mummy...,

    luks like hukuman on Ali Rustam is to save Muhyidin...

    I believe perwakilan shud know who will be their better choice to assist Najib....

    ReplyDelete
  4. As'kum Mummy,
    Saya terarik dengan kisah lagenda
    Tun Salleh Abas (from the book with K Das "May Day For Justice")

    “But far more important than any of these is that society as a whole believes passionately that every human being deserves to be treated justly..."
    ".. that when one human being is manifestly denied justice, then we are in real danger of being denied it.”
    “And justice cannot be done hastily. And justice cannot be done in the dark.”
    “It has to be done with due deliberation, in full view of the people in whose name it is done. For it is done for them.”
    Tetapi apa yang terdapat pada UMNO ialah kepura-puraan untuk mencari 'kambing hitam'.Dengan terkena(walaupun kelamkabut hukumannya)segelintir perasuah daripada ribuan kononnya UMNO telah serius dan tidak berkompromi dengan perasuah.Retorik namanya.Orang buta pun nampak.

    ReplyDelete
  5. Saya sokong pandangan mami.

    ReplyDelete
  6. Mummy Rokiah,

    Jawatankuasa lembaga displin UMNO dah putuskan. Terima aje lah. Datuk Seri Ali Rustam nampaknya lebih terbuka dan menerima hukumman, beliau akan buat rayuan. Dah begitu aturanya. Hormati lah keputusan tersebut.

    ReplyDelete
  7. duit tetiba masuk saving act..nk wat camana...

    ReplyDelete
  8. salam...
    tu yg pelik nye x silap aku la aduan nk dkt 1000 aduan tp yg kn x smp 50 orng selebih nye mne?hantu raya sorokkan kut..

    ReplyDelete
  9. MUMMY KATA, "Kesimpulannya serah sahaja kes-kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia."

    SAMPAI HATI MUMMY SURUH KES INI KE SPRM, KAN DIA TU ANAK HANTU PM PUJAAN MUMMY YANG TERLIBAT.

    KALAU REPORT SPRM KEMINGKINAN BESAR TAK DAPAT BERTANDING JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO, MACAM MANA NI MUMMY. BINGONG JUGA DI-BUAT-NYA MUMMY.

    LEBIH PARAH LAGI KALAU DIA MASUK PENJARA NANTI SIAPA PULA NAK KASI MAKAN ANAK ISTERI DIA MUMMY. FIKIR MUMMY, KESIAN SI-ANAK HANTU PM TU MUMMY.

    SAYA TAK TAU BENAR ATAU TIDAK
    LIM KIT SIANG KATA " YOU ARE THE MOST RICHES UNEMPLOYED PERSON IN MALAYSIA" BETUL KE TU MUMMY. KALAU BETUL TAK APA LAH DIA MASUK PENJARA PASAI DIA BANYAK DUIT JADI TAK ADA MASALAH UNTUK KELUARGA DIA.

    SILAP HARI BULAN JUMPA SI-ANWAR IBRAHIM KAT SANA.

    DAH BETUL LAH TU. MASIH INGAT SI-KHAIRY BEGITU GHAIRAH DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH PERGI KEPEJABAT IMEGRESEN MENGAMBIL KAN PASSPORT UNTUK ANWAR.

    DEAD END FOR YOU KHAIRY.

    VIVA LA'MOUR

    ReplyDelete
  10. sritribuana said...
    As'kum Mummy,
    Saya terarik dengan kisah lagenda
    Tun Salleh Abas (from the book with K Das "May Day For Justice")

    SALLEH ABBAS! " MONEY FOR JUSTICE JUDGE." WHAT A SHAME.

    MEMBERSIHKAN NAMA DENGAN BAYARAN TERIMA WANG EX-GRATIA.

    STRANGE IN THIS UMNO CASE THE LEARNED JUDGE IS SILENCE.

    I KNOW WHY. WANT TO KNOW THE REASON? BECAUSE HIS MOUTH IS FULL OF RM.

    ReplyDelete
  11. Asalamualaikum,
    Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Ini menandakan anda semua prihatin terhadap kemelut politik sekarang.
    Rasuah Politik @ Politik Wang.
    Apabila Anwar Ibrahim lawan Tun Ghafar Baba, ini lah titik mula bercambahnya kegiatan ini. Rujuk Pak Habib tulisannya untuk lebih lanjut.
    Munculnya KJ telah menyemarakkan lagi kegiatan ini. Perwakilan hanyut dek layuran RM. Kenapa jadi begini? Sebabnya perwakilan rata-rata dari awal lagi sudah mengharapkan RM. Itu sebab G2 dan G7 menjadi rebutan. Mereka-mereka ini pula sanggup mengeluarkan modal untuk menang jadi perwakilan. Ini berlaku di setiap peringkat.
    Kegiatan berbakti (politik bakti) bermusim di anggap cukup berjaya setakat ini. Hasilnya 95% berjaya. Itulah akibat apabila ahli-ahli di peringkat cawangan tidak punyai kedudukan ekonomi yang baik. Jika ahli-ahli UMNO berada dalam ekonomi yang baik, susahlah sikit calon-calon hendak membeli undi dan pencalonan.
    Antara sifat yang ada pada ahli UMNO ialah cepat lupa menyebabkan proses ini sentiasa berulang kali tiap 3 tahun. Tersalah pilih, orang ni tidak boleh pakai, cakap tidak serupa bikin antara ucapan- ucapan yang biasa kedengaran selepas pemilihan.
    Walaubagaimana pun, orang yang mengucapkan ini juga akan melakukan benda yang sama.

    Kes Ali Rustam, sesuatu yang tidak mengejutkan. Kalau di Merbok, broker besarnya orang tahu. Sebelum mesyuarat bhg Merbok, satu perjumpaan di Ipoh telah berlaku di mana orang berjawatan kanan dalam UMNO Bhg Merbok telah berjumpa dengan Ali Rustam. Faham-faham sajalah!!! Yang nyata, kes ini Dato Tajul tak terlibat (untuk kes ini sahaja). Maka nama Ali Rustam pun di cadangkan untuk Timb Presiden.

    Pada 2004 Pak Lah kata ada wakil dari Pusat untuk memantau kegiatan politik wang. Apa hasil?
    2008 pun dengar muzik yang sama. Tidak nampak ianya di laksanakan.
    Sepatutnya sebelum mesyuarat bhgn bermula. Segala yang berkaitan dengan politik wang di ambil tindakan. Tindakan hendaklah dari lapuran dan siasat sendiri. Jika tidak ia akan melarat ke bahagian kemudiannya ke pusat.

    UMNO PERLU REVOLUSI
    Apabila DS Najib memegang tampuk nanti, belaiu perlu menghapuskan Ketua-Ketua Bahagian yang mengamalkan politik wang. Walaupun mereka-mereka ini di pilih oleh perwakilan cawangan (setelah di beli).
    Politik bakti bermusim perlu di nilai dengan baik. Berbakti kerana sesuatu! Ahli UMNO tidak tahu menilai sebenarnya. Ahli UMNO yang nampak cerdik dan berpengetahuan tidak mendapat tempat di hati Ketua Cawangan.
    Perlembagaan UMNO untuk siapa?
    Dewasa ini perlembagaan UMNO hang untuk orang tertentu berdasarkan kepentingan tertentu bagi tujuan tertentu sahaja.
    ADUN Bota keluar parti dan kembali tak salah! Zahran Dato Paduka Abdullah dan pun membayar deposit untuk jadi calon, salah atau tidak? Ahli UMNO sebenarnya tidak ada hak ke atas dirinya dalam hal menjadi calon. Sepatutnya ahli UMNO kena faham.
    Calon Bebas.
    Rasionalnya, bila Arumugam menang atas kapasiti bebas ramai yang ingin mencuba.
    Antara kategori calon bebas yang dengar-dengar nak lawan.
    a. Kategori ahli UMNO.
    b. Kategori ///
    c. Kategori taukeh kuari (yang mana kuarinya di luluskan pada zaman UMNO)
    d. Kategori bekas MIC
    e. Kategori bekas PPP
    f. Kategori BN
    g. Kategori PKR

    Ramai yang perkatakan ada agenda sebaliknya.

    ReplyDelete
  12. Dari Jauh Aku MemerhatiMarch 22, 2009 at 12:05 AM

    Agenda Det Khalid.
    Apabila DS Najib jadi Presiden UMNO dan PM, Det Khalid akan panas. Kerusi Pengerusi Perhubungan Negeri kemungkinan bukan miliknya lagi. Antara usaha beliau untuk meyakinkan DS Najib ialah merampas tampuk MB Pas kepada MB BN.
    Beliau hendak membuktikan yang DS Najib silap letak calon di Bkt Selambau. Beliau lupa yang keputusan hari ini telah di tentukan di masa lalu. Iaitu kontak sosial. Orang Melayu dapat hak-hak keistimewaan. Bangsa-bangsa lain di benar bertanding dalam pilihanraya. Itu telah di persetujui dahulu lagi. Rujuklah sendiri sejarah. Kalau MIC tidak di beri peluang bertanding kawasan majoriti kaum India. Di mana kawasan majoriti India di Malaysia?
    Walaupun kerusi itu milik UMNO, apakah bila kembali kepada UMNO ianya menjadi satu pertukaran yang seimbang. Tukar tanpa penggantian. Sabarlah wahai ahli UMNO, PUR13 minta tukar barulah adil.
    Berbalik kepada agenda Det Khalid, beliau kini dalam proses hendak buktikan kepada DS Najib yang beliau masih relevan.
    Maka dengan itu beliau telah menjadi orang belakang kepada Zahran Calon Bebas N25. Ini orang tidak tahu. Mana mungkin, Zahran yang bekerja di bawah Yayasan Kemiskinan Kedah (YAKED) boleh bertanding BEBAS. Siapa Det Khalid di sisi YAKED?
    Beliau merancang untuk membeli 4/5 wakil rakyat PR, yang mana jika berjaya Kerajaan PAS akan tumbang. Jadi, Det Khalid dan Jamil@man adalah perancang utama.
    Maka dengan itu, mereka pun menaja calon Bebas. Kalau menang nanti senang nak minta BEBAS sokong BN.
    Kepada pengundi N25 khasnya ahli UMNO, jika anda sayangkan UMNO. Bantulah DS Najib.

    ReplyDelete
  13. nak cantas rasuah, cantas dari peringkat anak benih lagi... ni bila sebut pasai rasuah terus pandang yang tinggi-tinggi, yang rendang-rendang, yang besar-besar.

    kita dah bergelumang terlampau lama dengan rasuah. Dah jadi darah daging. Dari mencari rezeki halal, adakalanya bertukar menjadi haram disebabkan rasuah inilah... dan rasuah ini tak pula disedari sebab yang buat adalah kita. Contohnya, membenarkan diri kita menggunakan peralatan pejabat untuk kepentingan peribadi atau masuk posting di blog atau forum pada waktu bekerja.

    bila kena saman dengan polis, berapa kerat daripada kita yang takkan bersoal jawab sebaliknya terus meminta surat saman berbanding mereka yang ingin 'bertolak ansur'?

    berapa kerat daripada kita yang takkan menghulurkan sebarang imbuhan yang dirasakan sebagai hadiah atau penghargaan kepada anak-anak apabila mereka berjaya melakukan sesuatu atau menghulurkan wang dan barang-barang keinginannya untuk memujuk rajuknya?

    Jangan cerita bab orang lain rasuah kalau kita sendiri tak pernah sedar yang kitalah pembiak rasuah paling besar kat muka bumi Tanah Melayu nih!

    ReplyDelete
  14. Mereka yang merima rasuah sentiasa akan membela perasuah untuk mengahalalkan kelakuan rasuah mereka.Mereka juga sering menuding jari menyalahkan orang lain.

    ReplyDelete
  15. saya raa mummy pun ada gak makan2 duit rasuah ni... kalau tak..mesti tak berpetangai macam ni..hahah

    ReplyDelete
  16. BACA LAH DAN FAHAMKAN LAH, KEMUDIAN BUAT LAH TAFSIRAN DAN KEPUTUSAN ANDA PADA PAU 2009
    DAN PILIHAN RAYA UMUM 13 AKAN DATANG.

    Tun Dr. Mahathir: Melayu dalam cemas, perlu tolak rasuah & usaha keras untuk ubah nasib dalam cabaran globalisasi
    UCAPAN OLEH YABHG TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

    DI PERHIMPUNAN DAN SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA NEGARA
    DI KOMPLEKS SUKAN TNB, JALAN BANGSAR,
    KUALA LUMPUR
    PADA HARI AHAD, 22 MAC 2009

    1. Terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada penganjur perhimpunan ini kerana
    menjemput saya dan memberi peluang kepada saya untuk berucap kepada hadirin.

    2. Saya yakin ramai daripada kita yang hadir, terutamanya orang Melayu dan bumiputra
    lain, hadir kerana kita berasa kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang
    merbahaya, keadaan terancam.

    3. Kenapa tidak? Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak.

    4. Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang.

    5. Melayu mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan.

    6. Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain.

    7. Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu dasar Ekonomi Baru lagi.

    8. Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu.

    9. Kuasa politik dibolot oleh orang Melayu dan lain-lain.

    10. Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh
    mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka
    tanpa dituduh sebagai racist. Mereka harus terima sahaja semua tuduhan/tohmahan ini
    dan berdiam diri atau bersetuju sahaja. Mereka juga boleh tambah tokok kepada kecaman
    ini dan mereka ini akan dianggap liberal dan disanjung tinggi oleh orang lain.
    Sebenarnya orang Melayu sekarang berada dalam ketakutan, tidak mempunyai pemimpin
    yang sanggup pertahankan mereka. Sebaliknya pemimpin mereka mengerohkan lagi keadaan
    dengan memohon maaf walaupun kesalahan dilaku oleh orang lain.

    11. Demikianlah situasi yang mereka hadapi sehingga mereka berasa mereka bersalah,
    tergamam dan tak dapat berkata apa-apa.

    12. Keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk
    menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita
    boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai
    racist. British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu
    menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan
    dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada
    siapa dari kaum laim yang berhak membuat apa-apa perjanjian.

    13. Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh
    sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri
    orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina,
    negeri India – negeri orang India. Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu.
    Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan
    hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini
    tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman
    Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu
    sahaja.

    14. Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain
    tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti
    minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.

    15. Namun saya memberanikan diri untuk bercakap sedikit berkenaan orang Melayu di Malaysia
    walaupun akan dituduh sebagai racist. Saya beranikan diri kerana sesungguhnya orang
    Melayu berada dalam keadaan cemas, dilanda oleh bermacam-macam masalah dan ancaman.
    Jika orang Melayu tidak dibenar bercakap berkenaan masalah mereka, maka mereka
    mungkin jadi kaum yang terlucut hak (dispossessed) di negara mereka sendiri. Bahaya
    ini benar kerana kita sudah lihat tekanan dan kehinaan terhadap bangsa kita apabila
    mereka dijadikan bangsa minoriti di wilayah yang dahulu adalah sebahagian daripada
    negeri-negeri Melayu.

    16. Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan sahaja kerana orang lain tetapi
    kerana orang Melayu sendiri. Mereka suka membinasakan diri mereka.

    17. Mereka tidak mahu merebut peluang yang disedia bagi mereka. Tempat di universiti
    tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar,
    lebih berminat dengan melepak atau jadi Mat Rempit.

    18. Majoriti daripada rakyat Malaysia yang terlibat dengan dadah terdiri daripada orang
    Melayu, yang mendapat penyakit HIV Aids kebanyakan adalah Melayu, kes rogol dan
    jenayah lain juga ramai orang Melayu.

    19. Yang gagal dalam perniagaan juga Melayu, tidak bayar hutang Melayu, tak selesaikan
    kontrak juga Melayu.

    20. Gejala jualan AP pun melibatkan Melayu.

    21. Kita tak suka dengar semua ini. Kita malu. Tetapi jika tidak disuarakan masalah
    tidak akan hilang dengan sendirinya. Orang lain tahu juga. Lebih baik malu jika kita
    dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak
    melakukan yang salah lagi. Yang lain tak malu tak mengapa. Tak mungkin kita dapat
    sedarkan semua. Yang kena akan terus kena.

    22. Dasar Ekonomi Baru dibentuk supaya dalam jangkamasa 20 tahun kita akan dapat bahagian
    kita sebanyak 30%. Tetapi sekarang sudah hampir 40 tahun. 20% yang dikatakan kita
    dapat pun dapat kerana badan-badan yang mewakili Melayu, bukan orang Melayu sendiri.
    Kita hendak supaya DEB diteruskan. Apa gunanya jika kita tidak mahu guna peluang yang
    diwujudkan? Apakah kita mahu DEB kerana nak jual AP, kontrak, lesen dan sebagainya?
    Lebih baik DEB tidak diteruskan dan kita tidak dapat selewengkannya. Sekurang-
    kurangnya kita tak akan malu kerana pelbagai ejekan yang akan dibuat kepada kita.

    23. Kita bernasib baik kerana dalam bidang politk kita cekap, kita kuat, kita
    dapat menguasai Kerajaan selama 50 tahun. Walaupun Melayu berpecah kepada beberapa
    parti, bermusuh sesama sendiri, tetapi majoriti Melayu masih dapat kekalkan kuasa
    mereka. Mereka dihormati dan disegani.

    24. Tetapi itu pun sudah terlepas daripada genggaman kita. Sekarang kita tidak kuat
    lagi. Parti Melayu yang terkenal sudah kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12. Parti
    Melayu yang menangpun berada dalam ketakutan jika parti rakan mereka menolak mereka.
    Sekarang orang tidak lagi hormat kita. Apa sahaja yang dituntut orang lain, baik yang
    menang, baik yang kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap
    sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu.

    25. Sesungguhnya pemimpin kita yang perjuangkan kemerdekaan, yang menebus maruah kita
    sudah kita khianati. Mereka berjuang bermati-matian supaya kita hidup bahagia. Mereka
    korbankan apa sahaja yang ada pada mereka. Pemimpin Melayu hari ini, pengikut –
    pengikut mereka tidak tahu mengenang budi. Mereka khianati pejuang-pejuang dahulu
    dengan melupakan perjuangan asal kerana utamakan kepentingan diri sendiri. Biar bangsa
    hancur asalkan dapat kemenangan bagi diri sendiri, dapat jadi Menteri, Perdana
    Menteri, dapat kontrak, dapat duit.

    26. Kononnya nak jadi Perdana Menteri termuda. Bukan nak majukan bangsa dan negara, hanya
    jawatan tertinggi untuk diri sendiri seawal mungkin. Dengan apa cara sekalipun, halal
    atau haram, tak mengapa asalkan boleh jadi Perdana Menteri termuda.

    27. Jika kita sudah sanggup jual bangsa kita, kita jual untuk dapat duit sedikit, untuk
    jawatan kecil dan besar, untuk isi temolok kita, alamatnya apa? Yang dikejar tidak
    akan dapat, yang dikilik akan berciciran. Lepas itu kita tidak ada apa-apa yang boleh
    diraih lagi. Semuanya akan dikuasai orang. Pada masa itu kita jadi hamba sahaja, kita
    akan meminta-minta sepanjang masa.

    28. Ada pula yang dibawah bertanya, orang yang mereka sokong dapat jadi Perdana Menteri,
    Menteri, Menteri Besar – dapat kereta, dipanggil Yang Berhormat, elaun besar, terbang
    sana, terbang sini.

    29. Kita dapat apa? Duduk di takuk tu juga. Lebih baik kita ambil sedikit bagi diri kita,
    sementara ada peluang.

    30. Salahkah kalau kita terima duit sedikit? Mungkin kita tidak undi orang yang menyogok.
    Dia bukan tahu. Tetapi Tuhan tahu. Kamu membuat sesuatu yang haram. Kamu bukan sahaja
    jual bangsa. Kamu menolak agama kamu yang melarang, yang mengharamkan perbuatan kamu.
    Kamu berdosa.

    31. Tapi tak mengapa. Masih muda, tak akan mati lagi. Bila dekat nak mati pakai kopiah
    putih dan sembahyang kuat-kuat.

    32. Tetapi yang haram, haram juga. Kalau makan daging bibi haram, makan duit rasuah lebih
    haram, kerana ia akan binasakan bukan kita sahaja, tetapi kaum bangsa kita yang
    semuanya beragama Islam.

    33. Pengundi salah, samada undi penyogok atau tidak. Salah kerana sudah terima jenayah
    rasuah sebagai budaya kamu. Apabila rasuah dibudayakan, percayalah bangsa dan negara
    mungkin dijajah oleh penyogok secara langsung atau tidak langsung. Bangsa akan dihina
    oleh dunia, akan dipandang rendah, akan dipermainkan orang. Akhirnya yang makan suap,
    mereka sendiri akan jadi mangsa, mereka sendiri akan terpaksa hulur untuk mendapat apa
    yang sebenarnya hak mereka. Inilah nasib bangsa yang menjadikan rasuah sebagai budaya
    biasa.

    34. Sesungguhnya Melayu mudah lupa. Kita lupa betapa kita dijajah dahulu, kita terpaksa
    panggil tuan orang yang menjajah kita, orang yang menghina kita. Tak boleh cakap
    berkenaan ketuanan Melayu. Kamu jadi hamba dahulu, bukan Tuan, layak hanya untuk tanam
    padi, tangkap ikan, jadi kuli orang, bawa kereta orang, tukang masak orang.

    35. Selama 450 tahun kita dijajah, hidup sebagai hamba, dianggap tidak layak mentadbir
    negara sendiri, tidak layak merdeka.

    36. Kita terpaksa letak diri kita dibawah naungan negara-negara jiran yang lebih kuat.

    37. Tiap tahun kita usung bunga emas dan perak untuk dipersembahkan kepada negara penaung-
    penaung kita.



    38. Kadang-kadang Raja kita pun pergi bersama, untuk membukti kesetiaan diri dan negeri
    kepada negara penanung.

    39. Kata orang Kedah “Terkerempun-kerempun” apabila berhadapan dengan orang asing.
    Mungkin ramai yang tidak faham. Tanyalah orang Kedah. Itulah “body language” kita
    dahulu walaupun hari ini ada juga, tetapi pada Raja yang tak bertakhta.

    40. Saya biasa lihat seorang orang tua Melayu berbasikal di tendang jatuh oleh askar Siam
    semasa Kedah diberi kepada Siam oleh Jepun. Kesalahan orang tua ini ialah kerana tidak
    berhenti dan menghormati lagu kebangsaan Siam.

    41. Saya biasa lihat orang Melayu ditempeleng dan disuruh panjat pohon kelapa seperti
    kera oleh Jepun. Inilah nasib orang yang tidak merdeka, tidak memerintah negara
    sendiri. Boleh ditendang, boleh ditempeleng.

    42. Dan yang lihat diam sahaja, tak dapat buat apa-apa, termasuk saya. Dalam kehinaan ini
    muncul kesedaran dan semangat untuk menebus balik maruah bangsa. Dan bergabunglah
    orang Melayu untuk menangkis rancangan Malayan Union British, untuk mengekalkan
    perhambaan orang Melayu. Tidak siapa yang bertanya “apa yang saya akan dapat bagi diri
    saya” pada ketika itu. Yang kita tumpukan ialah untuk membebaskan bangsa dan negara
    daripada dijajah dan dihina. Kalau dalam proses ini kita terkorban, atau kita berada
    seperti biasa, itu tidak mengapa. Yang kita utamakan ialah maruah bangsa kita, tidak
    lagi akan ditendang, tidak lagi akan ditempeleng – tetapi akan dihormati oleh kawan
    dan lawan.

    43. Sekarang kita merdeka. Perjuangan pengasas negara telah berjaya. Kita tidak akan
    ditendang dan ditempeleng lagi. Kita bebas daripada kehinaan. Memang pun keadaan
    terhormat ini sudah menjadi perkara biasa bagi kita. Bagi ramai dari kita ia datang
    bergolek. Ia datang melayang. Ia tidak akan dipisah dari kita.

    44. Perjuangan orang dahulu adalah perkara lama, tidak perlu diingati. Yang jelas kita
    sudah merdeka, dapat pelajaran dan kaya sedikit. Soal tendang, tempeleng, itu cerita
    lama. Pepatah Melayu berkata sekali merdeka, selama-lamanya merdeka. Apa pun kita buat
    merdeka tetap merdeka. Sekarang ialah masa untuk kita “enjoy”. Kita kecap sepenuhnya
    nikmat yang ada pada kita.

    45. Apa dianya semangat ke-Melayuan? Apa relevannya? Bukankah kita sudah berjaya? Hendak
    semangat buat apa lagi? Masuk parti untuk apa? Perjuangan sudah selesai dengan jayanya.

    46. Tidak bermakna masuk parti jika tidak dapat sesuatu bagi diri sendiri. Kita sokong
    orang dapat jadi Yang Berhormat, jadi Menteri, dapat peluang raih duit kerajaan dan
    lain-lain. Kita tak bolehkah dapat sikit bagi diri kita?

    47. Tetapi benarkah kita akan merdeka selama-lamanya? Memang benar. Walaupun kita tidak
    buat apa-apa untuk mengekalkan kemerdekaan, bukankah sudah 50 tahun kita merdeka? Apa
    yang hendak dikhuatirkan? Lima puluh tahun, 100 tahun lagi pun kita akan merdeka walau
    apa pun kita lakukan. Takkanlah kerana kita ambil 100 Ringgit duit sogokan maka akan
    hilanglah kemerdekaan kita? Kita boleh sembahyang hajat dan terima 100 Ringgit lagi.
    Orang lain terima lebih daripada kita., katanya satu juta. Masih kita merdeka. Tidak
    benar kerana sedikit rasuah kemerdekaan akan hilang.

    48. Tetapi ingatlah penjajahan tidak selalu berbentuk penaklukan secara langsung.
    Penjajahan boleh berlaku walaupun kita miliki pemerintahan sendiri. Ia boleh berlaku
    apabila pemerintah kita yang dipilih dan diberi kuasa oleh kita sudah menjual diri
    mereka kepada orang lain, samada dari dalam negeri atau dari luar. Atau takut jiran
    marah.

    49. Pemerintah yang mengikut telunjuk orang lain bukan bebas lagi. Pemerintah yang menjadi
    pemerintah melalui rasuah akan benar diri mereka disogok kerana perlu mendapat
    kewangan yang cukup untuk membeli sokongan lagi supaya kedudukan mereka sebagai
    pemerintah akan kekal.

    50. Untuk mendapat sogokan yang cukup mereka akan sanggup ikut arahan penyogok. Dengan
    perkataan lain mereka akan jadi alat pada penyogok.

    51. Kepentingan penyogok tidak sama dengan kepentingan kita, atau kepentingan bangsa dan
    negara.

    52. Kita sudah lihat hanya kerana hendak kekal sebagai pemerintah, ada yang sanggup layan
    apa sahaja arahan, tuntutan, desakan oleh pihak yang menentukan jawatan bagi kita.
    Kalau pun apa yang dituntut merugikan orang Melayu, itu tidak mengapa asalkan kita
    dapat jawatan, walaupun sebagai “figurehead”, patung sahaja, tidak berkuasa pun.

    53. Jika kita terjemah keadaan ini kepada jawatan yang didapati kerana disogok apakah yang
    tidak sanggup kita buat? Jual bangsa, jual negara pun kita sanggup.

    54. Apabila kita sudah jual bangsa dan negara apakah kita merdeka lagi? Sudah tentu tidak.

    55. Justeru itu tidak benar kepercayaan kita bahawa sekali merdeka selama-lamanya merdeka.
    Pada permukaannya kita merdeka tetapi pada hakikatnya kita sudah kembali dijajah.
    Apabila kita kembali dijajah maka kita sudah khianati pejuang-pejuang kemerdekaan kita
    dahulu.

    56. Itulah kenyataan yang sebenar.

    57. Melayu mudah lupa. Kata seorang ahli falsafah; “Mereka yang lupa akan sejarah mereka
    akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”.

    58. Inilah hasil daripada mudah lupa. Kita lupa bahkan kita tidak suka diperingati akan
    sejarah kita. Apa kena-mengena peristiwa 50 tahun dahulu? Apa kena-mengena dengan kita
    akan kemiskinan Melayu, dengan kedaifan mereka dalam bidang ilmu dan profesyen di masa
    dahulu? Itu dahulu, ini sekarang. Sudah tentu sejarah penjajahan kita dahulu tidak ada
    kena mengena dengan keadaan kita sekarang. Tidak ada pelajaran yang akan kita dapati
    daripada sejarah 100, 500 tahun dahulu. Itu semua cerita dongeng.

    59. Apa yang kita lakukan sekarang, kita lakukan kerana kita sudah merdeka dan selamat.
    Buatlah apa pun kita tetap selamat, tetap merdeka.

    60. Jadi penagih dadah, jadi pelepak, jadi “Mat Rempit”, jadi penjenayah pun tak mengapa.

    61. Bukankah kita yang memilih dan membentuk Kerajaan? Kerajaan perlu bertanggungjawab
    terhadap kita. Jika kerana amalan buruk kita, sesuatu yang tidak baik menimpa kita,
    bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan pilihan kita untuk menyelamatkan kita?

    62. Jika kita diserang orang bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan yang kita pilih untuk
    menangkis serangan ini?

    63. Jika kerana Kerajaan yang kita pilih terdiri daripada orang yang sogok duit pada kita
    dan mereka pula disogok oleh orang lain dan mereka berasa lebih terikat kepada yang
    menyogok mereka dan kurang bertanggungjawab kepada kita kerana sokongan kita mereka
    dapati kerana kita terima sogokan, apakah yang dapat kita buat? Tak banyak. Hanya
    menerima sahaja.

    64. Akan menjadi lebih buruklah nasib kita sepanjang masa.

    65. Hakikat yang sebenar ialah sokongan kita, undi kita yang kita jual tidak lagi mengikat
    mereka yang kita pilih untuk jadi Kerajaan.

    66. Mereka akan anggap balasan kepada sokongan kita sudah pun dibuat melalui wang sogokan
    daripada mereka.

    67. Sesungguhnya nasib kita ada di tangan kita. Jika nasib ini tidak baik kitalah yang
    harus berusaha untuk memperbaikinya. Ingatlah, Tuhan telah berfirman yang Dia tidak
    akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubah
    nasibnya.

    68. Apakah kita sedang berusaha untuk memperbaiki nasib kita? Tidak ternampak satu pun
    usaha ke arah ini. Yang kita lihat ialah perbuatan merosakkan lagi keadaan nasib yang
    sudah buruk ini.

    69. Kita tahu yang kita lakukan bukan untuk memperbaiki keadaan. Tetapi kita lakukan juga
    untuk kepentingan semasa kita. Masa depan soal lain.

    70. Pejuang-pejuang kemerdekaan telah pilih demokrasi sebagai cara kita memerintah. Kenapa?

    71. Sebabnya ialah kerana mereka percaya majoriti daripada rakyat tentulah bijak dalam
    amalan mereka, tentulah tahu antara yang baik dengan yang buruk, tentulah bijak semasa
    membuat pilihan.

    72. Pengasas kemerdekaan percaya majorti akan tahu pilih apa yang baik bagi mereka. Sudah
    tentu mereka akan menolak orang yang hanya bergantung kepada sogokan untuk dipilih.

    73. Tetapi mereka tidak sangka pewaris mereka, sebilangan yang tidak kecil akan tolak
    kebaikan dan mengutamakan sogokan untuk menentukan siapa akan memerintah mereka.

    74. Pejuang kemerdekaan yang sedar betapa sukarnya bagi orang Melayu mendapat peluang dan
    bantuan dahulu dan dengan kerana itu Melayu tidak berjaya.

    75. Dengan kesedaran ini mereka merangka untuk mengadakan lebih banyak peluang dan
    sokongan kepada bangsa mereka supaya bangsa mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk
    sama rendah dengan kaum-kaum lain, bahkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka
    percaya semua peluang dan sokongan akan direbut oleh pewaris daripada bangsa mereka.


    76. Ya, mereka ini kebanyakan sudah tidak ada, sudah tinggal kita. Tetapi jika mereka ada
    apakah perasaan mereka? Tentulah mereka akan kecewa dan hampa amat sangat kerana
    segala-gala yang mereka ilhamkan sudah dipermainkan oleh pewaris mereka, tidak
    dihargai oleh pewaris mereka.

    77. Mereka melihat bagaimana peluang dan bantuan disalahgunakan atau ditolak dengan begitu
    sahaja. Sepatutnya dengan peluang belajar di semua peringkat bangsa mereka sudah jadi
    bangsa yang berilmu. Dengan peluang berniaga mereka sudah jadi kaya, atau sekurang-
    kurangnya tidak miskin.

    78. Tetapi tidak. Peluang bukan sahaja tidak direbut tetapi peluang digunakan secara yang
    boleh merosakkan bangsa. Mereka lepak, mereka jadi Mat Rempit, yang lakukan jenayah
    yang kadang-kadang menyebabkan kematian mangsa mereka.

    79. Diberi peluang berniaga, diberi modal, diberi latihan tetapi kerana ingin kaya cepat
    mereka memperdagangkan peluang, kontrak, lesen, permit dan sebagainya.

    80. Modal mereka guna untuk belanja bagi memenuhi nafsu, hutang mereka tidak dibayar.
    Kerana kelakuan beberapa daripada mereka, bangsa mereka dicap sebagai bangsa yang
    tidak beramanah, dan tidak boleh dilayan, tidak boleh diharap dengan duit ringgit.

    81. Dan banyaklah lagi perbuatan mereka yang tetap mengecewakan pejuang bangsa dahulu.

    82. Kata mereka, jangan buka pekong di dada.

    83. Malu kata mereka.

    84. Tetapi tidakkah lebih malu apabila mereka lakukan apa yang telah saya sebutkan. Tak
    buka pekong pun busuk juga. Biarlah pekong di dada dibuka supaya kerana bau terlalu
    busuk kita akan cuba melepaskan diri daripadanya. Jika tidak ia akan menjadi lebih
    busuk di dalam dan akan bunuh kita.

    85. Semua yang disebut ini menjadi pengkhianatan kepada pejuang bangsa dahulu. Kerosakan
    kerana ini lambat laun akan merosakkan masa depan kita.

    86. Tetapi yang terdahsyat diantara amalan buruk kita ialah rasuah, terutama rasuah
    politik. Politiklah yang dapat memberi kuasa walaupun pada yang lemah dan miskin.
    Politik kita sewaktu perjuangan untuk kemerdekaan berjaya memberi kekuatan kepada
    Melayu sehingga mereka yang daif ini dapat mengalahkan kuasa besar dunia. Hanya dengan
    bersatu dan bertindak bersama, hanya dengan pendirian yang tegas kelemahan dapat
    diatasi dan kejayaan dicapai. Sesungguhnya kuasa politik kuasa ajaib.

    87. Selagi ada kuasa ini kepada kita, percayalah kita akan dapat pulih segala-galanya,
    kita akan dapat mengatasi kelemahan kita, kita akan dapat tentukan masa depan kita.

    88. Tidakkah kita lihat bagaimana daripada bangsa yang dijajah dan dihina, kuasa politik
    sudah mengubah nasib kita demikian sehingga kita dianggap sebagai contoh kepada bangsa-
    bangsa lain di dunia.

    89. Bandingkan negara kita 50 tahun dahulu di waktu kita mencapai kemerdekaan dan negara
    kita sekarang. Negara dagang yang ke-17 terbesar di dunia. Kemiskinan dikurangkan
    daripada 70 peratus kepada lima peratus. Bandar sebesar bandar di negara maju, penuh
    dengan pencakar langit. Bekalan air, api dan kenderaan yang terkini.

    90. Pendapatan per kapita yang 20 kali lebih tinggi dari 50 tahun dahulu dan lain-lain.

    91. Semua ini adalah hasil kuasa politik semata-mata. Kerana kuasa politik, negara
    berbilang kaum, ugama, budaya dan bahasa dapat distabilkan. Dan sesungguhnya kita
    sudah dapat berdiri hampir sama tinggi dengan kaum-kaum lain dan bangsa-bangsa lain.

    92. Tetapi sekarang kita lakukan perbuatan untuk menghakis dan menghapus kuasa politik
    kita.

    93. Kerana wang yang sedikit, kerana 100-200 Ringgit kita jual kuasa politik, kita serah
    nasib kita kepada perasuah, perasuah yang akan jual bangsa dan negara.

    94. Apakah akan jadi kepada kita apabila kuasa politik terlucut daripada kita? Apakah kita
    akan terus merdeka? Saya fikir tidak.

    Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

    95. Perhimpunan Melayu hari ini memang menjadi hak bagi kita kerana kita menghadapi
    masalah-masalah yang besar-besar, bukan satu tetapi banyak masalah.

    96. Kita semua berasa cemas. Di mana-mana sahaja orang Melayu sedang berhimpun untuk
    membincang masalah mereka, kecemasan yang mereka rasai.

    97. Jika pada hari ini kita dapat menyedarkan akan musibah yang sedang dan akan timpa
    keatas kita, jika kesedaran ini akan menyebabkan kita bertindak keras terhadap mereka
    diantara kita yang mencetuskan masalah ini, jika kita dapat bandingkan gejala rasuah
    yang menjadi ancaman terhadap kita yang terbesar sekali, maka ralatlah perhimpunan
    ini, berjayalah perhimpunan ini.

    98. Saya tak salahkan orang lain. Saya salahkan kita sendiri. Tak mungkin orang lain
    menguasai kita jika kita tegas dan tidak membenarkan mereka.

    99. Maju mundurnya bangsa kita terpulanglah kepada kita. Ingatlah Tuhan tidak akan ubah
    nasib kita melainkan kita berusaha mengubah nasib kita sendiri.

    100. Oleh itu berusahalah mengubah nasib diri sendiri setelah kita berhimpun di sini untuk
    membincang masalah yang kita hadapi. Saya percaya perbincangan kita akan membuahkan
    pemikiran dan tindakan yang boleh menyelamatkan kita.



    Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.



    Terima kasih.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.