Wednesday, March 18, 2009

PRK Bukit Selambau - Pertemuan dua calun Bebas dan BN

Calun Bebas Zahran Dato' Paduka Abdullah nampaknya akan berentap sakan dengan calun BN Dato' Ganeson Subramaniam. Walaubangaimanapun masih kelihatan semangat muhibbah.


KOMEN:
Ini adalah perjuangan. Gambar dan wayang ada di mana-mana. Politik macam-macam boleh jadi. Kehendak UMNO dan kehendak rakyat adalah berlainan.

Manusia merancang tuhan yang menentukan.


(sumber gambar www.semut-gatai.blogspot.com)

23 comments:

  1. Salam mummy,
    1. Nampaknya ada anak jati yang berani tampil untuk memperjuangkan nasib bangsa sendiri walaupun diketepikan oleh orang-orang atasannya.

    2. Biasaklah tu, kan mummy kan? Orang-orang di atas tu memang jarang nak percaya pada kebolehan orang bawahan, apa lagi kalau orang bawah tu asyik tak dapat sebarang tempat seperti yang diiktiraf oleh orang atasan.

    3. Tapi bagi orang-orang di akar umbi, mereka lebih kenal mana intan mana kaca. Orang-orang atas mana mau dengar cakap akar umbi. Akar umbi dianggap tak pandai macam orang atasan..

    4. Tapi masa akan menentukan...
    Pada Saudara Zahran.. teruskan langkah yang telah diatur, masuk gelanggang dengan iltizam dan keyakinan bahawa rezeki di tangan Tuhan. Walau apa yang terjadi, terus berbakti pada yang memerlukan. Hanya harap pada Allah untuk beri balasan.

    -pemerhati setia-

    ReplyDelete
  2. mereka masih lagi belum faham atau memang belum serik dgn kekalahan teruk PRU12 yg lalu. Kepentingan rakyat setempat adalah lebih penting dr menjaga pemimpin parti tertentu.

    ReplyDelete
  3. kalau dilihat pada gambar gambar padablog ini memang Sdr Zahran ada tokoh menjadi wakil kepada rakyat.turun padang berpeluh sama sama kalau ada pic dari seluruh vukit selambau tentang aktiviti kebajikan zahran minta tolong mummy siarkan bagi membuktikan pada umum Zahran berketerampilan pemimpin berjiwa rakyat..saya suka zahran ni kerana dia mempunyai ciri ciri kepimpinan.tu pic dengan Ganeson cepat sungguh mereka berkenalan.

    ReplyDelete
  4. Warkah buat Sdr Zahran, Ente dah bertekad. nak bela nasib bangsa. teruskanlah. tapi bukan dgn duit ringgit! tapi messej buat yang diatas! Seandainya anda di jemput olih Ds Najib sekalipon. Katakan ini suara kerdil ahli2 umno yg turut sama berjuang dlm parti. teriakan kami tak akan sampai keatas untuk meluahkan hasrat orang2 melayu yg tak banyak simpanan duit. Yg tak pandai melobi, tapi sanggup mati jika maruah bangsa melayu atau Raja2 mereka d persendakan! Beritahu mereka bahwa dengan cara ini saja kami yg kerdil dapat menyuarakan apa yg terbuku d hati kami. Ayoh sdr Zahran! maju jgn kelabu mata dengan sogokan, atau menggadai maruah anda dengan pujuk rayu(RM). Pak Cak serta kawan2 yg lain sentiasa di belakang mu InsyaAllah!

    ReplyDelete
  5. Zahram maju terus maju kebelakang sekadar nak tengok apa yang tinggal ,Insyaallah ,

    ReplyDelete
  6. mummy, zahran ni ahli UMNO ker? kalau ahli xkena pecat ke tanding bebas mcm brahim ali gedebe?

    ReplyDelete
  7. calon bebas zaharan Abdullah melarikan wang poster RM 300 pada Pilihanraya Umum lalu Tuan/ Puan boleh rujuk Hj Kamarudin Ketua Umno Cawangan Laguna Merbok sekarang.Bohong Dato'Zam selaku Ahli parlimen puluhan ribu ringgit kononya untuk program belia sila rujuk En. Hashim drebar kepada En. Mazlan Mahmud Setiausaha Politik Kepada Dato' Zam.

    ReplyDelete
  8. Yang Pak Cak said dok merapu suruh si Zahran yang memang terkenal dengan sifat hipokrit sbg. AJK pemuda merbok penggal lepas yang sanggup bersekongkol dengan si karim ali menyeleweng duit pemuda merbok sepanjang penggal lepas' hutang Kelab Cinta Sayang untuk mesyuarat tahunan pemuda , hutang Harvard Hotel sampai Guru Besar Sekolah Kuala Sin disaman oleh pihak Hotel. Orang macam ni nak bela kepala bapak apa kepada orang melayu dan raja-raja melayu.Zaharan guna kedudukan sebagai Pengurus Yayasan Kemiskinan Kedah untuk kepentingan dia saja, saya sendiri pun sebagai orang yg pernah bertugas sebagai urusetia di yaked amat meluat dgn sikap hipokrit beliau.

    ReplyDelete
  9. Sunan Gunung RayaMarch 18, 2009 at 7:36 PM

    Salam Mummy,

    1. Untuk menceritakan keburukan seseorang memang cukup seronok. Kalau keburukan tidak ada maka keburukan akan dicari2 dan direka2 untuk kepuasan hati. Jangan jadikan ia satu budaya dengan mereka-reka keburukan lalu disebarkan. Itulah kelemahan bangsa kita yang tidak senang untuk melihat kesenangan orang lain. Mereka ini lebih suka kalau kita dijajah sekali lagi oleh bangsa asing.

    2. Apabila bangsa kita diambang perpecahan, kita saling salah menyalah antara satu sama lain. Dimanakah jati diri bangsa kita yang mana Islam adalah pegangan agamanya? Dimanakah semangat pemuafakatan yang mana telah menjadi teras budayanya? Kita harus belajar dari kehancuran bangsa dan negara lain yang saban hari dapat kita saksikan di merata dunia.

    3. Apakah sudah menjadi budaya baru bagi kita apabila pemimpin baru muncul kita perburukan dan pemimpin yang lama berkhidmat dengan cemerlang dan bila bersara kita hinakan? Alangkah sedih dan tragisnya bangsa kita sekiranya ini yang berlaku.

    4. Namun demikian percayalah kalau ianya permata, jatuh kelumpur ia tetap permata. Dipungut dan digilap ia tetap akan bersinar kembali. Begitulah dgn Sdr Zahran, walau dicemuh, diugut, dihina namun jika semangat kepimpinan itu ada ia tetap akan berjaya. Biar masa yang akan tentukan...... Dan masa itu adalah sekarang dalam PRK N25.

    ReplyDelete
  10. Rakan bloggers,
    Tolong hangpa semua jangan dok bangkit perkara-perkara yang menghina rakan-rakan hangpa semua.
    Mummy mohon hangpa tapis sikit dan saling hormat-menghormati sesama kawan.Komen-komen bernas dialu-alukan.
    Walaupun Mummy mengamalkan dasar terbuka untuk bersuara tolong jaga tatasusila bangsa Melayu yang penuh budi bahasa dan sopan santun.
    Jika hangpa semua ketegaq juga akan Mummy tongsampahkan komen hangpa.
    Jaga nooooo....last warning.

    ReplyDelete
  11. Amboi bukan main lagi mummy defend Zaharan. Ada apa2 ke nih ? Bagi yg belum kenai dia pls rujuk kat kawan2 dia yg terlibat waktu kempen ketua pemuda dulu. Makaseh

    ReplyDelete
  12. Aku ingat klu nak cereta pasai duit pilihanraya ni banyak yang kita buleh cereta.

    Banyak jugak nama yang akan keluaq, tak kira la ketua bahagian ka, ketua cawangan ka, katua pemuda ka, ajk pemuda ka, tambah-tambah yang dok jaga duit pemuda masa pilihanraya.

    Sapa jaga duit gerakgempur pemuda? Ada pemuda masa PRU12 dulu upah kedai Zan buat vest sampai RM42 ribu, dengaq kata setengah pi ke dia.

    Ada jugak yang jaga duit poster pula bagi duit tak pernah cukup, cawangan tu dapat RM300, cawangan B dapat RM900, yang lain-lain tu jenuh tulih la, tapi cereta dia yang lesap tu becambah !

    Saya ingat tuan-tuan rujuk balik tulisan "dok peghati dari luaq", dia bagi fakta yang benar dan sahih.

    Dengaq ada juga Ketua Cawangan kebaih duit RM3000 patut guna duit tu bayaq pembekal tapi balaih kat dia. Cuba selidik tengok pasti berjumpa jawapannya.

    Saya malaih nak sebut nama kerana tak elok memburukkan orang, malulah sikit, sapa pun klu buat silap tak payahlah dok bangkit bangkit nama dia, seronok ka kita klu orang dok kata kat kita?

    Klu seronok saya rasa orang tu ada masalah.

    ReplyDelete
  13. Mummy...
    Nampak gayanya ada orang sudah mau cantaih zahran ni mummy..

    Dia bimbang kot?

    Saya baca blog Zahran, tak gaduh nak mengata kat orang pun, tak dak caci-caci pun, padahai semua orang yang tahu amat maklum tentang belemoihnya tangan AJK Umno merbok sekarang, dan jentera UMNO terutama masa PRU12 dulu.

    Jadi pada saya, satu andaian dapat di buta. ADA ORANG TAKUT BAYANG-BAYANG.......HAHAHAHAHHAHAHHAHAHHAAAAAA

    ReplyDelete
  14. Hai nak bimbang pasai pa? Kalau setakat menang satu DUN sorang-sorang boleh bawa perubahanka? Sapa nak wat reja? Cakap sapa pun boleh, pelaksanaan belum tentu lagi. Harap tak jadikan politik medan untuk cari sumber pendapatan, kesian kat pengikut yang terkena tu.

    Ketua Pemuda pun nak tanding, Ketua Cawangan pun nak lawan, AJK bhg pun dia nak sapu hari ni Bebas pun dia teringin.. hisss nampak sangat la kegilaan tu bang..

    ps Bukan sumua blogger kat sini nak bertanding Bebas.

    Harap sedar.

    ReplyDelete
  15. Cuba mummy tengok dan perati sendiri. Apabila tiba masa perwakilan atau pernamaan, golongan mana yang sibuk bersongkok sana, bersongkok sini. Konon2nya, Melayu tu duduk kat songkok kot.

    Habis saja perwakilan, songkok pun terbang ntah kemana. Sama jugak ngan pilihanraya kecil ni. Untuk tidak mengaibkan mana2 pihak, bagilah peluang untuk calon dan bakal calon untuk "promote" diri sendiri. Dalam pada itu, saya merasakan pengundi haris diberi penerangan tentang calon2 kerana kalau tersilap, padahnya ke mereka yang mengundi calon yang tidak layak.

    Sekirnaya ada mana2 bakal calon yang "termakan" uit tu baiklah buat penilaian sendiri. Dan sekiranya benar saperti apa yang diperhebohkan orang, baiklah mengundur diri dengan cara baik. Calon yang bergelomang ngan duit "tak sah" tak patut diberi undi dan tak layak menang.

    Apa2pun, Tuhan juga yang maha Mengetahui...

    ReplyDelete
  16. mana ketua pu3 kami??hilang p mana.nmpak jugak di blk gerakan negeri,tp biasalah duk keliling dek 5 orang punahsihat yg cengih tak bertempat.dulu kami ni la pangkah hangpa bolela jugak masuk g7.la ni bukan main belagak no..tgk pun tak mau sembang,buat mcm tak kenai.bukan nak mintk belanja mkn pun..dan kami tak buat keja di peti undi nanti baru padan muka cengih hangpa!

    ReplyDelete
  17. pu3merbok,
    Da krisis dalaman ke?hangpa ni tak habis-habis dok gadohhh. Baru nak bertunas dan pandai gaduh sana gaduh sini Hangpa jangan jadi puak UMNO yg kayu dah cabuk tu nanti hangpa pun bungkuihhhhh..

    ReplyDelete
  18. pakat pi mampuih la senang

    ReplyDelete
  19. romli karim la pulak

    ReplyDelete
  20. romli karim sakan la ni kat merbok

    ReplyDelete
  21. Zahran tu anak kepada Dato Abdullah bekas Speaker Kedah dulu ka??Org kg panggil Pak Lah Fendi(Kg Ruat)

    ReplyDelete
  22. betoi lah tu anak kampong Ruat cucu tolong tok harun nyak kenai bukan dia tu tapi tok nenek dia pun kenai makan sepinggan lagi.

    ReplyDelete
  23. ORANG rUAT PANGGIL PAK DIA TU BUKAN NYA LAH PANDI TAPI ORANG RUAT PANGGIL (LAH PAK)

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.