Sunday, March 29, 2009

Chain Morad, ketua jentera kempen Kementerian Penerangan PRK Bkt Selambau

"Saya orang kampung. Lahir di Kg. Singkir (orang Kedah sebut Kg. Singkiaq), Kedah. Masa sekolah dulu rajin gak masuk pertandingan syarahan. Pasal tu lah agaknya sesuai sangat dok kerja jadi Pegawai Penerangan. Masa sekolah, aktif gak dengan sukan. Main bola, badminton dan paling terer main hoki, sampai jadi wakil MSSK (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kedah). La... ni saya tengah dok blajaq-blajaq training kat diving range, nak try main golf la pulak....Bukan apa pun, nak buat persediaan bila pencen nanti sekurang-kurangnya ada gak exercise dok hayun kayu golf sambil jalan 5 kilo sehari." Abdullah Morad, KP Penerangan Malaysia

KOMEN:
Chain ooii..kalau hang dok mai nak kempen di Bkt Selambau pakai jentera Kerajaan hang jaga-jaga sikit dengan puak UMNO Merbok tu. Jangan dok pakai sangat maklumat depa. Semuanya temberang bahagi dua.

Kalau hang penin hang pi hayun golf kat Cinta Sayang dan hang pi hisap curut dengan pemimpin UMNO yang baru menang MT. Lepas tu hang buat lapuran bagi kat Pak Menteri hang kata semua bagus dan beres.

Kalau tengok blog hang Mummy nak komen sikit jangan la bubuh gambar dok selok poket kerana depa dah tau hang dok main golf.

29 comments:

  1. Zahazan Abdullah 39 Bekas AJK Pemuda Merbok telah menarik diri drp bertanding DUN Bkt Selambau

    ReplyDelete
  2. Awatnya si Zahazan tu pi tarik diri, Mummy? Takdak maklumat ka? Sapa yang bayaq dia suruh dia tarik diri? Banyak kut no?

    Maka makin betui la, politik memang satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Walaupun dunia perniagaan tulen tengah merudum, sapa-sapa yang berniaga dalam politik, tentu dapat pulangan yang lebih banyak daripada berniaga secara konvensional.

    ReplyDelete
  3. dengak ceqita Samy Vellu beli Zahazan

    ReplyDelete
  4. Syed Osman kot pujuk dia tarik diri.......

    ReplyDelete
  5. Chain Morad, jaga-jagalah dengan akai UMNO Bahagian Merbok. Dengan depa ni, dengar boleh percaya jngn.

    ReplyDelete
  6. Yang Perlu Chain Morad tahu:-

    1. Amalan kona duit adalah amalan biasa bagi barisan kepimpinan Merbok.

    2. Ketua Cawangan Rusa Div, Jasni namanya kalau tak salah telah membakar bendera Malaysia, Kedah, UMNO dan BN (boleh rujuk SB IPD Sg Petani). Marah sebab Dato Tajul tidak menunaikan permintaan beliau iaitu dapur gas dan kipas angin.

    3. Berjaga-jagalah dengan Ketua-Ketua Daerah Mengundi, semua cekap2 kona. Khasnya duit pengundi luar.

    4. Pagi tadi pun jadi kalut, duit minyak tak bagi lagi.

    5. Saiful Azizi melalui Mustafa Pen.S/U telah merasuah RM150 seorg untuk menang Ketua Pemuda di dalam toilet Laguna Club. Pemimpin yang menggunakan rasuah sudah tentu mengamalkan rasuah dalam kepimpinannya.

    6. AJK Bahagian tidak semua memberi kerjasama sewaktu penamaan calon.

    7. Awas dengan manusia bernama Halim dan Jan dari Semeling.

    8. Pemuda Merbok tenggelam, kurang turut serta. Masalahnya tidak kesemua ketua-ketua Pemuda cawangan di maklum. Yang mereka suka sahaja mereka beritahu.

    9. Bayaran duit minyak program di Bukit Selambau belum selesai lagi.

    10. Perwakilan Pemuda Merbok ke Perhimpunan Pemuda UMNO adalah sebahagian dari 304 yang mengundi Ketua Pemuda Malaysia yang di dapati bersalah kes rasuah.

    11. UMNO Merbok belum bersedia menghadapi pilihanraya kecil ini.

    12. Mi Despath- antara yang bercakap lain buat lain.

    13. Check and countercheck every single of feedback from BARISAN KEPIMPINAN UMNO MERBOK DI SETIAP PERINGKAT.

    14. Please ensure!!! Apa yang spatutnya sampai, sampai.


    15. PUR12, Rosli Ahmad Ketua Penerangan Pemuda telah songlap duit baju. Take care !

    ReplyDelete
  7. Pak Tuan pujuk Zahazan tarik diri??? Betui ka Badrul???

    Ada teori bunyi begini;

    Dia di antara orang menyuntik semangat untuk Zahazan bertanding.
    a. Di majlis perkahwinan anak Dato Tajul, dia berkata itu hak Zahazan untuk bertanding. I kalau ada duit pun I bertanding kalau I nak.
    Soalan.
    Sebagai orang yang cukup lama dalam politik beliau tidak patut explain macam tu. Ianya lebih memberi dorongan.

    b. Pada majlis jamuan makan JP Kedah bersama dengan Tuanku Sultan Kedah. Dia yang mewar-warkan yang anak Dato Lah Pendi ni nak jadi calon Bebas. Dato Rokiah pun ada sama dalam majlis itu.

    c. Apabila Zahazan tarik diri, jangan terkejut yang dia boleh cakap dia yang nasihat Zahazan tarik diri.

    d. Setiap jawapan beliau itu hanya sesuai untuk keadaan itu sahaja walaupun suatu pekara yang sama pada hari yang berlainan. Yang penting credit is belong to him.

    Nasib baik la tahun ni duit dia tak hilang dekat Grand Central Hotel. Sapa percaya duit dia hilang????? Tanya Din JJ!!
    Din JJ pun tak nampak tadi, awat hang tak mai atau aku rabun.

    Berubahlah UMNO Merbok!!

    ReplyDelete
  8. Mummy oh Mummy !

    Saya dah bagi tau kat mummy hati hati sikit dengan budak Zahran ni,check, recheck,crosscheck,doublecheck and verify all the info about him,nah tengok apa dah jadi ? tak malu ka mummy ?

    ReplyDelete
  9. marilah ghamai-ghamai kita sokong calon lambang telefon..mej (R) Anuar Hamid demi kelangsungan suara orang melayu di dun bkt selambau.

    bukanlah nak main sentimen perkauman, tapi tengok bila org depa pegang kuasa kat dun bkt selambau...nasib org melayu tak terbela pun...tambah masa sekarang nihh..dok naik kepala ja puak2 hindraf tu.

    ReplyDelete
  10. Mai...mai...

    Saya setuju benar dengan Anak sg lalang, bantu Mjer anuar..orang yang macam ni patot kita tolong..

    Berani untuk berubah!!!!

    Best Of luck to u Mjer..

    ReplyDelete
  11. Hati-hati Chain di Merbok ni ramai kaki putar alam takut hang kena kelentong dengan depa.Hang pun jarang nampak di sini pun.

    ReplyDelete
  12. ooo..lepas selasai pnamaan calon, ada nampak sorang muka nak mcm zahran, depa 4 org makan kat oldtown(bestnya)..depa mai dgn perdana lambang JP

    ReplyDelete
  13. Salam Mummy,

    Satu ketika kerusi N 25 kosong dan terdapat ura-ura BN akan meletakkan calun keturunan India di Dun tersebut dan begitu juga dgn pkr dan UMNO tidak mendapat peluang untuk meletakkan calunnya dimana kawasan tersebut pd asalnya kawasan UMNO maka Sdr Zahran telah menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calun Bebas di Dun N25. Oleh kerana beliau antara orang yang terawal menyatakan niatnya maka banyak promo dijalankan dlm blog mummy.

    Namun apabila terdapat ramai calun Melayu yang masuk bertanding maka lebih baik beliau mengundur diri bagi membuka peluang kepada calun Melayu Bebas lain.

    Tuduhan terhadap saudara Zahran yang mangatakan yang beliau sudah dibeli atau dinasihati untuk menarik diri adalah tidak benar.Memang terdapat cubaan utk memujuk beliau supaya menarik diri. Namun beliau tetap bertekad untuk bertanding dengan menjadi calun Melayu yang pertama membayar deposit kepada SPR.

    Tiada siapa yang membeli mahupun membayar nya agar menarik diri. Jgn ada pulak spekulasi yang lain pulak.

    ReplyDelete
  14. anuar adalah bekas serpihan UMNO merbok ketika dulu.Nampaknya kali misi balas dendam la,Mungkin juga Tajul sedang atur strategi untuk pujuk anuar jgn bertanding.Ini melibatkan wang tajul yg byk.Adakah calon org melayu yg bertanding ini adalah org serpihan UMNO dulu atau kini???Adakah juga mummy rokiah ini serpihan dari UMNO juga????sesiapa yg sudi ingin menceritakan hal ini,tolong ceritakan....

    ReplyDelete
  15. Mummy....
    1. Siapa dalam banyak-banyak calon bebas melayu yang bayar duit deposit SPR dulu kalau bukan Zahran?

    2. Lepas tu, siapa yang tak faham Bahasa Melayu dok masuk jugak nak bertanding? Kalau atas dasar untuk satukan undi melayu, Zahran dah masuk, awat yang lain kalut nak masuk jugak?

    3. Tu lah dia nya... zahran ni gentleman mummy.... dia masuk sebab nak wakili Melayu ISlam di Bkt Selambau, tapi bila ramai sangatlah pulak yang masuk, dia tarik la diri, buat apa dia nak tebiang jugak bila melayu lain dah masuk?? Dah masing-masing dok ketegarg jugak tak mau mengalah, Zahran yang muda ni mengalah lah... tak caya tanya Mejar...

    4. dan Zahran tau, MENGALAH bukan bererti KALAH.... betoi dak mummy?

    5. Mummy sokong Zahran tu, kena dah... Dia ada prinsip berjuang mummy oii... ukan macam yang setengah setengah tu.. tapi as usual lah mummy... yang muda dan tak dak duit macam Zahran ni.. Pemuda Merbok tak pandang.....

    6. Yang dok kata dia dapat duit tu, depa memang tak boleh pikiarg sebab lain dah daripada duit sebab depa kerja memang untuk duit!! Jadi depa tak sangka kata ada orang lan yang kerja kerana Allah Taala!!!

    Kita pakat-pakat doa lah mummy untuk masa depan Zahran.. Semoga dia terus berkhidmat untuk Bkt Selambau dan mummy akan ada lagi banyak gambar-gambar dia untuk di pamerkan bila tiba PRU13 nanti....

    -pemerhati setia-

    ReplyDelete
  16. Salam Mummy,

    Saya orang Kuala Ketil tapi kheja kat KL.

    Saya nak tau sapa orang kuat PKR kat Kuala Ketil.

    Tolong tunjuk jalan, saya nak berkenalan.

    Tak salah kot nooo.

    Capt Ramli Disa
    ramli@zenith.com.my

    ReplyDelete
  17. Rakan bloggers,
    Maklumat kata Husaini Yaakob ,calun bebas tu adalah calun planted Tajul dan Tok Det.Husaini dan Kemelong Holding telah merobohkan kuari di kaki gunung Jerai kat Singkiaq.JKKK situ Harun Belau setiausaha Bahagian UMNO Merbok.
    Lu pikir aaa sendiri....

    ReplyDelete
  18. Mami,Depa ingat PRK Bukit Selambau diadakan sekadar suka-suka saja karana saya lihat seramai 15 orang calon yang akan bertanding.PRK ini diadakan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.Nanti kalau bebas menang berkidmat sekejab berhenti pula.Ini merupakan pembaziran dan buang masa sahaja . Yang rugi rakyat juga.Fikir-fikirlan.

    ReplyDelete
  19. Mat Selamat/MabuhayMarch 30, 2009 at 2:16 PM

    Chain Chian Gula Batu

    ReplyDelete
  20. aik mummy mana p calun yg hang dok promote tu, tarik diri? la ni hang promote askar pencen tu pulak? dengaq habaq dia pun nak tarik diri jugak... tak pa mummy ada banyak lagi calun bebas...

    ReplyDelete
  21. calon bebas proksi Tajul dan Tok Det yg kemarok fulusssssss

    ReplyDelete
  22. umno merbok takleh pakai ka..?

    ReplyDelete
  23. terima kasih mami kiah yg sudi masuk dlm blog saya.insyaAllah saya akan sampai di Bukit Selambau pada 3hb petang.saya sangat2 teringin nak jumpa mami kiah dan bolehlah kita bincang dari hati ke hati mengenai masalah UMNO Merbuk. Sebenaqnya saya belom lagi main golf cuma dok tengok dalam tv ja, golf channel.xdak masa lagi la kak kiah.
    saya kesian kat UMNO wlaupun parti komponen yang bertanding,tapi UMNO yang kerja teruk.

    ReplyDelete
  24. Mummy,
    Pak Lah Murad, bukan calang-calang orang. Dia dah faham sangat sepak terajang UMNO Merbuk dan juga Sungai Petani. Zam dan Mahathir Khir sumber insprasi Jabatan Penerangan.
    UMNO adalah kuda kayu, setiap pilihanraya kecil atau umum dia saja kerja kuat untuk pastikan calon MCA, MIC, PPP, Gerakan, menang.



    Budak JPPM

    ReplyDelete
  25. Chain Morad,
    Hang dok kesian buat apa kat UMNO. Sapa juga calun, UMNO kena sokong sebab yang kena jaga adalah pemimpin yang di atas. Yang di atas tu Melayu. Bila dia naik diatas dia bukan lagi memimpin Melayu.Dia kena pimpin Malaysia yang terdiri dari Siam,India, Cina, Bengali, Dayak, Iban, Senoi, Khadazan termasuklah Aceh, Minang, Jawa, Bangladesh dan semua la kata sampai bengali karpet.
    Tapi yang barua-barua di bawah ni dok marah bila depa naik, depa lupa daratan. Depa mula pandu kereta jutaan ringgit, rumah macam istana, hisap curut RM280 sebatang, bini depa pakai loket sampai naik bekaih leheg.
    Depa lupa dulu depa pun macam kita juga Chain oooii..dok gagau ikan semilai dalam aloq bedang. Berak dalam aloq sampai ikan temekong naik cemuih dok tengok pungkoq depa. Bila ada kuasa depa lupa sapa yang dok bawak naik depa.
    Punca-punca ni yang rakyat di bawah pangkah ikut dan..saja.
    Chain, hang jangan dok jolok tak ketahuan di sini. Hang tu KP kena ikut arahan boss. Sat lagi yang boleh naik jadi KSN depa black list hang ..naya.
    Mummy tau hang tu pakar propaganda dan psywar.Tapi pakar pun kena jaga-jaga sat lagi jumpa buku ngan ruaih takut hang tergolek.

    ReplyDelete
  26. itu dulu, kini semua dah berubah, estet getah sawah padi dah jadi taman perumahan, taman perindustrian,kompleks komersial, taraf sekarang kelas menengah, kemiskinan dah dikurangkan, cuma TAMAK cinta dunia telah melanda semua kaum tidak ada lagi istilah QANAAH dalam hidup MUSLIM dan NON-MUSLIM kerana terpedaya dengan pembaratan KOPORAT kini barat pun tercari-cari sistem untuk ganti sistem KAPITALIS puak sosialis barat pula nak tunjul sistem mereka yg telah terbukti gagal - hanya ISLAM sistem yang sempurna contoh QANAAH saja semua termanggu

    ReplyDelete
  27. Hi Mummy,

    Ooii Mummy Rokiah..pasai apa kamu nak cari pasai dengan orang kita yang berjaya dalam kerjayanya. Saya dan seluruh warga Kg.Singkiaq,Kedah merasa bangga atas kejayaan sdr. Abdullah Morad .Kami syok dengar Abd.Morad kini jadi Ketua Pengarah jabatan kerajaan persekutan malah bergelaran Dato’.Syabas Dato’ Abdullah Morad!.Beliau mai Bukit Selambau nak kasi terang hal-hal yang di butar belitkan oleh puak –puak tertentu yang mencoba memancing undi dalam pilihanraya. Jabatan Penerangan adalah satu Jabatan kerajaan berusia lebih dari 63 tahun dan profesional dalam menjalankan kerja-kerja dok kait dengan menyampai dan mengumpul maklumat bagi kepentinagn rakyat. Mummy Rokiah harus faham betui sumbangan ,peranan dan tanggungjawap jabatan penerangan dalam membina negara ini sebelum dok komen tak tentu pasai ong Kg.Singkiaq.

    ReplyDelete
  28. Macam mana Mami kalau kita cadang Chain Morad dicalunkan sebagai wakil rakyat Tanjung Dawai pada pilihanraya yang akan datang?
    Nak harap UMNO Merbok dan hancur dan lingkup depa jual kepada Singapura macam Mami buktikan itu.
    Jadi kita letak Chain macam mana?Mohon Mumy sokong cadangan ini.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.