Monday, March 2, 2009

Pak Lah cermat menguruskan ekonomi negara

Tidak beberapa hari lagi Dato’ Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia yang kelima akan “pergi meninggalkan kita” dalam erti kata lain akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri iaitu jawatan tertinggi di dalam Kerajaan Malaysia kepada Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Walaupun pemergiannya di dalam suasana perasaan yang bercampur-campur, yang suka dan yang duka tetapi sedar atau tidak Pak Lah telah berjaya menguruskan ekonomi negara ini dengan cermat.

Di dalam Mingguan Malaysia semalam (1.3.2009) wawancara khas dengan negarawan ulung Tun Daim Zainudin mantan Menteri kewangan dan seorang arkitek ekonomi negara yang telah berjasa membawa keluar kemelut ekonomi 1997-1998 mengakui krisis hari ini lebih buruk dari 1997-1998.

Hari ini sistem kewangan negara amat mantap dengan rezab antarabangsa kekal tinggi iaitu AS$91 billion (RM316.8 billion), nisbah pinjaman tidak berbayar @ non performing loan yang rendah disekitar 2.2% dan nisbah kecukupan modal bank yang tinggi melebihi 13% berbanding paras minimum 8%.

Tun Daim mengakui Malaysia telah meraih faedah daripada kekukuhan sektor kewangannya di dalam krisis semasa ekonomi dunia apabila pada peringkat awal Malaysia terselamat daripada kemelut sektor kewangan kecuali berlakunya kejatuhan harga pasaran saham yang teruk.

Tindakan membentang budget mini kearah mengelakkan berlakunya kehilangan pekerjaan dan untuk membantu sektor perniagaan dengan melanjutkan kredit dikira sebagai satu langkah yang bijak. Tun Daim mencadangkan ianya perlu disegerakan perlaksanaannya supaya sektor perniagaan mendapat modal untuk meneruskan operasi mereka.

Tun Daim tidak menafikan salah satu lagi sektor strategik di dalam menghadapi kemelut ini ialah dengan menambahbaikan keupayaan teknologi dan teknologi kecekapan penggunaan tenaga serta meperkemaskan komunikasi kepada rakyat tentang perancangan dan tindakan kerajaan. Komunikasi kepada rakyat penting untuk memperolehi keyakinan rakyat bahawa Kerajaan adalah efisien dan bertindak dengan cepat.

Ternyata dengan kadar tabungan yang tinggi di bawah kepimpinan jimat cermat Pak Lah, Malaysia telah terselamat dari dibelasah 1st round TKO(Total Knock Out) dari krisis ekonomi global dan masih boleh bertahan serta mengatur strategi dengan bijak.

Selamat Tinggal Pak Lah. Jasamu akan dikenang.

22 comments:

  1. semoga lepas paklah bersara,beliau akan tetap dihormati sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada negara.. dan berharap tidak akan menerima nasib yang sama seperti Tun Dr Mahathir. Harapan , najib akan membuka lembaran baru kepada negara bangsa agar terus gemilang.

    ReplyDelete
  2. Saya sedikit sebak juga mengenangkan pemergian pak lah. Kelembutan dan keihlasan beliau telah ambil kesempatan mereka yang mencari kepentingan.
    Semoga Pak Lah akan terus dikenang.

    ReplyDelete
  3. Memang pak lah cermat. Tak ada fdi, tak spending, tak ada growth.

    Daim ni puji ada sebab. Dialah orang belakang scomi.

    ReplyDelete
  4. Betoi ka dia di belakang scomi? Hangpa mana tau????
    Dan betoi ka dia juga sponsor ali ketam punya kempen????

    ReplyDelete
  5. kerana Pak Lah memiliki sifat yang terpuji yakni tidak boros, tidak pemarah, lemah lembutnya sesuai sebagai seorang pemimpin, hormat pada orang,dan tak membazir tak tentu hala. Saya rasalah 5 tahun lagi rakyat dah tahu dan ada setengahnya menyesal kerana beranggapan buruk kepada Pak Lah.
    Terlalu jauh akhlak mulianya berbanding Mahathir.

    ReplyDelete
  6. kerana Pak Lah memiliki sifat yang terpuji yakni tidak boros, tidak pemarah, lemah lembutnya sesuai sebagai seorang pemimpin, hormat pada orang,dan tak membazir tak tentu hala. Saya rasalah 5 tahun lagi rakyat dah tahu dan ada setengahnya menyesal kerana beranggapan buruk kepada Pak Lah.
    Terlalu jauh akhlak mulianya berbanding Mahathir.

    ReplyDelete
  7. tapi bagi aku Pak Lah? entahlah.

    ReplyDelete
  8. rakyat nak paklah UMNO aja tak nak

    ReplyDelete
  9. Daim lah yang di belakang kepada semua para kapitalis yang di depan lah. Termasuk Tun lah yang dok kira wang dengan Daim di belakang Pak Lah.

    Sebab itu lah Pak Lah lelah. Mo Looi Mo Politik lah.

    Bukan fitnah lah, realiti lah...tak percaya kaji lah.

    ReplyDelete
  10. Selamat bersara Pak Lah.Jasamu tetap dikenang buat selama-lamanya.Pak juga boleh diistiharkan sebagai negarawan.

    ReplyDelete
  11. Pak lah memang mengamalkan pembelanjaan jimat cermat dlm pemerintahannya .. kalau kita lihat mana projek besar2 selain dr 2nd png bridge dan projek landasan berkembar Gamuda-MMC .. projek monorel dibatalkan di PP ..

    sy setuju dgn bunga raya selepas beberapa tahun ini ,rakyat akan kenang jasa Pak lah kerana menyelamatkan ekonomi negara dari lebih teruk kerana kesan ekonomi global .

    Hidup Pak Lah !!

    jasamu akan dikenang ..

    ReplyDelete
  12. 1. Cermat yang tidak mendatangkan faedah
    2. Duit perlu dibelanjakan untuk menjana ekonomi.
    3. Tanpa janaan duit, tiada ekonomi dijanakan.
    4. Tiada apa dapat dibanggakan dengan penjimatan

    ReplyDelete
  13. jangan paklah pakai taktik mahathir masa gawat 98 sudah le hehehehe

    kempunan najib nanti...dup dup dup

    ReplyDelete
  14. Anom 2/3/09..
    Memang tidak ada growth dan foreign direct investment.
    Tak ada projek mega-mega, maha-maha, world class dan world book records.Dan Pak Lah tak perlu pun projek-projek ini kerana Tun dah "set so high" buat apa nak lawan projek mega Tun?Tapi hasil jimat cermat terbukti ada hasilnya kpd rakyat.
    Rakyat tak tanggung hutang,pengangguran terkawal.

    ReplyDelete
  15. ... dan keri yang berkuasa.. kalau sapa yg handle projek2 gomen tau la betapa menekannya keri n geng utk ambik tender2 besag.. paklah la pemimpin malaysia paling lemah.. kecuali kalau najib jadi paling lemah nanti.. apa2 pun pak lah paling hampeh antara 5 PM..

    ReplyDelete
  16. Masaalahnya paklah terlalu tunduk kepada tekanan... Lembik.

    ReplyDelete
  17. Undang-Undang Malaysia sape buat?
    da buat undang - undang sape langaq?
    2-2 pun UMNO gak.. hahahhaa
    klu takut ombak jgn berumah tepi pantai...
    klu takut kalah jangan mintak polis n fru tutup dewan...

    teloq letak mana? letak bg Bijan simpan?

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/127-500-pembohongan-umno-betul-ke.html

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/peristiwa-perak-3-mac-bahagian-1-3.html

    ReplyDelete
  18. PAK LAH.......EEMMMM.......
    SIAPA PUN DIA,APA PUN DIA...BOLEH GAK JADIK PM....HAMPA JADI APA... BARU SEQUPA

    ReplyDelete
  19. kehidupan adakalanya kena byk bersyukur....aku hormat PM sbb dia org melayu.....lain2 serah kat tuhan lah

    ReplyDelete
  20. Pak Lah mmg baik..tp sayangnya beliau "dirosakkan" oleh orang2 sekelilingnya..

    ReplyDelete
  21. Paklah bukan jimat, dia memang tak tau apa benda pun..

    Bila tak tau, dia tak buat apa apa..

    hampa ni buta perut, dengaq Daim pemohong

    ReplyDelete
  22. Pak lah pergi ekrana ramaid alam UMNO tak dapat projek macam zaman mahathir.
    Ramai tak suka bercakap soal pertanian kerana nampak kotor dan kuno.
    Tapi kita semau sedar dengan kekurangan makanan kita kini menjadi peminta sedekah. bergantung kepada import makanan. dan kita juga bergantung kepada buruh asing untuk semua sektor ekonomi.
    Adakah pertanian kita juga akan terus menguncup dan terus mengimport beras dan sumber makanan yang lain?
    Apa yang berlaku sekarang tidak boleh berubah dengan adanya Najib.
    Apa juga usaha Pak Lah untuk menaikkan semula sektor pertanian akan mati dan generasi akan datang akan merasai azabnya nanti.
    jangan terkejut jika 10 tahun akan datang, Malaysia dikuasai oleh buruh asing dan negara ini seolah-olah pejabat PBB.
    Akhirnya ekonomi Malaysia yang kini terlalu bergantung kepada minyak akan menjadi seperti cerita Pak Kadok.
    Sebelum terlewat kita perlukan hala tuju ekonomi kita yang menaikkan pertanian sebagai tunjang ekonomi dan menukar dari pengimport makanan kepada pengeksport makanan pula.
    masa masih ada sebelum semua terkubur.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.