Saturday, February 5, 2011

Duta kita tidak tidur di Mesir

(Utusanonline 5/2/2011) KOTA KINABALU 4 Feb. - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menafikan dakwaan sesetengah pihak menerusi internet bahawa kerajaan lambat bertindak memindahkan pelajar Malaysia dari Mesir yang kini dilanda kacau bilau. 

 Anifah merayu kepada pihak terbabit, khususnya blogger, supaya tidak mempolitik atau mensabotaj usaha murni kerajaan Malaysia untuk memindahkan atau membawa keluar lebih 11,000 rakyat negara ini dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi.

"Saya sangat kecewa dengan tuduhan ini apabila pada masa kerajaan kita di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menumpukan usaha memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat kita di Mesir, segolongan pihak tertentu pula mengambil kesempatan daripada keadaan ini demi kepentingan politik mereka. 


"Sekarang adalah masa bagi semua rakyat, tanpa mengira fahaman politik berganding tenaga memastikan kejayaan proses pemindahan dan bukannya mencari salah," katanya


Komen:
Yang sebenarnya bukan bloggers yang mempolitikkan dan mensabotaj usaha murni Kerajaan ini tetapi media yang mula-mula memanaskan isu ini ialah TV3 yang menyiarkan didalam bulletin utama mereka.

Mereka menyiarkan betapa susahnya untuk menghubungi Kedutaan kita di Mesir. Telefon di kedutaan tidak diangkat. Duta kita di Mesir mengeluarkan kenyaaan bahawa mereka kekurangan kakitangan hanya dengan 20 orang sahaja manakala keseluruhan pelajar Malaysia di Mesir seramai 11,000 orang.

Kenyataan-kenyataan sebegini cukup untuk merisaukan dan mencemaskan waris-waris malah kita rakyat yang melihat berita ini cukup untuk hilang sabar untuk memarahi duta supaya tidak tidur di Mesir.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman seharusnya mengkaji dan menyiasat peranan duta kita di Mesir di dalam isu ini dan perlu dipertimbangkan untuk ditukar.

7 comments:

  1. duta makan gaji buta...

    ReplyDelete
  2. Kan dah cakap sistem penyampaian kita baik di dalam negara mahupun di luar negara memang lembab bin sembab. Memang untuk memberi perkhidmatan oleh staf kerajaan kepada rakyat memang lembab kerana nanti kata Menteri bukan senang nak urus tau, pertama jauh dan kedua ada birokrasi yang tebal berlapis-lapis. Lihat dulu terjadi tsunami pada pantai kita, pertolongan datang dalam tempoh yang lama. Birokrasi kita walaupun selalu berdoa minta rahmat dari 'Allah' tetap tak tahu bertindak cepat dan tidak rumit mengikut slogan sedap yang nyaring berbunyi'rakyat didahulukan'. Common, banyak contoh lu boleh dengar dan baca melainkan lu malas membaca dan memang pekak. Ramai pelajar di Mesir yang lambat dapat biasiswa. Biokrasi kita memang kurang kompeten walaupun mereka dah dapat ISO berpuluh kali.
    Tapi kalu nak dera orang dari parti pembangkang tindakannya amat cepat, kalu tak percaya call Rais Yatim atau Ketua Polis.

    ReplyDelete
  3. Kenapa duta kena ditukar?...apa yang terjadi bukan di dalam kawalan kedutaan malaysia dia sana..

    Patutnya Kementerian Luar menghantar lebih bantuan pada kedutaan di sana...bayangkan mereka nak handle lebih 11,000 org dalam satu2 masa..macam mana nak jawab tepon kalau dah kakitangan pun tak cukup?

    Kita ni suka hentam tanpa usul periksa...mmg hakikat byk yg risau dan sgt tertekan dgn situasi di Mesir...jgn la dok "meratah hati yg dah sememangnya ciput" dengan dok mengata duta tak buat keje lak....

    "PEACE"

    ReplyDelete
  4. aahhh.., diam... sudah2 lah. ayuh, buat kerja...

    ReplyDelete
  5. Kedutaan berada dibawah kementerian luar.Kementerian Luar ada menteri nya.Kenapa nak salah pegawai kedutaan.Kuasa Menteri lah yang mengeluarkan arahan untok ambil tindakan.Selalunya pegawai kedutaan ikut arahan sahaja.Menteri jangan lepas tangan dalam hal ini.Sekian.

    ReplyDelete
  6. Makan gaji buta, tidor etc. takda yang elok. Semuanya tak elok belaka!

    Pelajar bukan budak sekolah rendah lagi, nak disuap sepanjang masa. Semuanya mengharapkan orang lain. Initiatif sendiri perlu digerakkan juga.

    ReplyDelete
  7. Ar Rayah News - Mesir, Seruan Khilafah Menuju Perubahan Hakiki

    http://ibnuyassir.blogspot.com/

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.