Saturday, February 19, 2011

Cadangan Mukhriz hanya menjadi hidangan 'Musang Berbulu Ayam'

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menyarankan Ketua UMNO Bahagian membuat rombakan barisan kepimpinan peringkat masing-masing sekiranya pendekatan lain tidak berjaya menyelesaikan masalah dalaman parti.

Mukhriz nampaknya sudah mula menghidu lebih kurang 9 Bahagian UMNO dalam negeri Kedah yang sedang bau hapak dan pekung.

Walaubagaimanapun ada bahagian yang bau hapak dan pekung ini bukan kerana barisan kepimpinannya tetapi berpunca daripada Ketua Bahagiannya sendiri seperti di Merbok, Bagan Padang Serai dan Sungai Petani.

Mengambil contoh dalam Bahagian Merbok boleh dikatakan 98% barisan jawatankuasanya ternyata lemah dan tidak berprestasi dan majoriti mereka adalah yang dilantik oleh Ketua Bahagian sendiri. Maklmat ini MR perolehi dari akar umbi sendiri semasa ronda-ronda Kedah baru-baru ini.

Hakikatnya cadangan Mukhriz ini bukanlah sesuatu tindakan yang mudah untuk dilaksanakan seperti mentadbir sesebuah syarikat atau sesebuah kementerian, memandangkan amalan-amalan hipokrasi, depan cakap lain belakang cakap lain sudah menjadi budaya darah daging mereka-mereka ini.

Teori politik ini diterima pakai mereka hanya kerana untuk mengepung kuasa atau kata orang Kedah semua ketua nak ‘pondoi’. Akibatnya kuasa dan habuan hanya berlegar-beregar di kalangan kroni-kroni yang pro mereka sahaja. Maka lahirlah pak hangguk, ‘yes boss,ok boss, alright boss’ tak ubah seperti kerbau dicucuk hidung tak berani panggung kepala dan menyerondol tanpa wawasan.

Amalan ini juga melahirkan hantu-hantu dan bayang-bayang yang menakutkan mereka sendiri. Mereka takut dengan bebayang  musuh-musuh politik mereka yang terdiri dari ahli-ahli dalam UMNO sendiri.

Musuh-musuh politik mereka yang melawan mereka dalam pemilihan UMNO dahulu kekal menjadi musuh sehingga diratahnya mentah-mentah malah bangkainya juga dilahap dengan serakah kerana bimbang musuh-musuh ini akan bangun meraih pengaruh dan kelak akan menentang mereka dalam pemilihan UMNO yang akan datang.

Apa pun Mukhriz seharusnya berhati-hati mengeluarkan kenyataan supaya keiwibawaan politiknya di Kedah tidak diratah sehingga menjadi kupang dan tembaga oleh musang-musang berbulu ayam.

18 comments:

  1. MR.Dikedah tak ada Bagan Serai.Yang ada Padang Serai.

    ReplyDelete
  2. Melayu lunas,
    Terima kasih nooo..

    ReplyDelete
  3. Pasai apa padang serai...kot ketua bahagian dia dah belumuih punkoq dah kot kena tibai dengan member baik punya...kalu lagi ni sapa yang layak nak jadi calon PRU ke-13 nanti. Lawan punya lawan dalam pemilihan tiba-tiba sendiri bikin punkoq berbuih. kah..kah..kah...kah...apa la punya nasib dengan umno Bhg Pdg Serai. Malia nampak macam intai, skoding kat Raman Ketua Bhg...kot-kot kalau ada peluang nak pujuk big bos supaya dapat masuk kilang kitar semula...bagai mana dengan wati cot bai...bagaimana dengan Bakri...bagaimana dengan Zuber kongkang...bagaimana dengan beri besaq, bagaimana dengan asri...depa-depa ni semua dok teringin nak jadi calon pilihanraya...apakah semua depa-depa ni dari kalangan calon "winable".....atau hanya hampeh...hampeh....

    ReplyDelete
  4. BUKAN TAKAT BAHAGIAN SAJA, CAWANGAN PUN KENA TUKAQ JUGA. GHAMAI YANG NAMPAK MUKA WAKTU PEMILIHAN SAJA, LEPAIH TU HILANG SAMPAI KENDURI-KENDARA, KEMATIAN DAN RAYA PUN TAK NAMPAK MUKA, SIBUK BUAT DUIT DENGAN KRONI.BILA ADA PERJUMPAAN DENGAN MASYARAKAT HILANG TAK NAMPAK MUKA.TAPI BILA GENG DEPA BUAT APA-APA, DIALAH YANG MENYIBUK, ADA MASA PULA PI SITU.MESYUARAT LAST MINIT NAK BUAT BAGHU BAGITAU, TU PUN MELALUI SMS.

    DARI PEMUDA BUNGA RAYA MERBOK

    ReplyDelete
  5. MR,
    UMNO Kedah dah dijngkitan sakit kaanser tahap 4, tunggu nak mati saja. Kepiminan bahagian la ni tengah memperkukuh barisan masing-masing untuk menantukan mereka dipilih pada PU nanti, Ramai yang mereka tak suku, mereka cantas, yg sokong mereka, dijaga baik-baik. Rata-rata akar umbi cakap susah nak tegur, susah nak bersuara, susah nak beri pandangan. Silap-silap hari kena pulau. Yang anihnya raamai daripada adalah Jeneral yang tidak ada askar.


    Ahli Umno Jati

    ReplyDelete
  6. Lihat kawasan Merbuk, dulunya diketuai oleh orang kuat dan berpengaruh Daim Zainuddin dan selepas itu jika tak salah Zainuddin Maidin. Tak nampak pembangunan yang ketara atau yang boleh dibangga pun. Jadi apa yang Ketua Bahagian UMNO buat? anti depa jawap kami dah beri projek tapi terhenti di tengah jalan kerana kerenah birokrasi sementara Ketua Bahagian dah dapat habuan mereka. Pergilah jenguk Merbuk jika ke Tanjung Dawai nak membeli ikan bilis/ikan masin atau ikan kering oppolo. Kawasan tenang tapi mana dia pembangunan? Datuk Mukhriz selalu turun ke kawasan ini, beliau terlalu sibuk nak menggembangkan usahawan Melayu di peringkat nasional dan juga bercita-cita lebih tinggi dari itu.
    Pemimpin UMNO kalu tak diberi habuan yang memadai tidak akan bergerak. Nasib penduduk Melayu Merbuk boleh tidur tapi jangan bangkit cukup.

    ReplyDelete
  7. Mukhriz.dia nak keluar hujah tak kena tempat.Semuanya berpunca dari ketua bahagian.Kalau kepala busuk maka ekornya pun turut busuk.Kalau ketua bahagian jalan dasar demokrasi songsang salah siapa.Mereka rakus kuasa.amalan kroni nampak sangat.Mereka bukan buat bagi umno kuat.Mereka buat supaya mereka yg kuat.Ketua bahagian yang ada hari ini tak sama langsung dengan pemimpin dahulu yang selalu di hormati dan disanjungi oleh kawan dan lawan.Mukhriz kena studi dulu sebelum menghukum dalam pentas politik hari ini.Kalau dah ramai dibawah kata tak betol sedangkan ketua itu satu sahaja.Maka nilailah sendiri.Ketua bahagian pula dia lebih suka orang ampu bodek walaupun dia buat tak betul.Akhirnya tinggal ketua yang tanpa pengikut.UMNO juga yang rugi.Kesian pada Dato Bashah tak berpeluang jadi MB Kedah Pru 13 nanti.Angkara siapa?derstio

    ReplyDelete
  8. Macamna UMNO Bahagian Pokok Sena nak rombak kepimpinan bahagian kalau yang no 1 di bahagian yang menjadi masaalah. Pokok Sena pasti ranap kalau UMNO Malaysia tak buat perubahan. Timbalan nak masuk kawasan bagi hadiah futsal pun ketua tak bagi masuk kawasan dia.

    ReplyDelete
  9. Wau dahsat nya Padang Serai.

    ReplyDelete
  10. CERITA MUDAH MUKHRIZ PI TURUN PADANG TENGOK SENDIRI, KALAU RASA TERUK REJECTLA SETENGAH GANTI BARU..TAKPA KALAU DEPA NAK BOIKOT PRU13, LEPAS NI KITA KUAT...KALAH DULU PUN PASAI DEPA DOK POLITIKING LA....

    BUATLAH DATO JANGAN TAKUT....TAK KEMATU DAH YANG DOK ADA TU...GANTI2 LA

    ReplyDelete
  11. Nampaknya KEDAH dato Mukriz kena buat "TOTAL REFORM"...Masaalah di KEDAH hari ini adalah KETUA2 bahagian yg ada hanya bekerja utk menguatkan diri sendiri,,,,,,tak pernah nak fikir soal MELAYu dan masa depan,,,,,CONTOH TERBAIK,,,,,,MEREKA TUKANG ANGGOK dan BODEK masa PAKLAH jadi PM dulu,,,,,,"LEPAS TU PAKLAH suroh sabotaj TUN M,,,mereka mengkhianati Pemimpin kedah sendiri,,,kerana mengikut dan anggok2,,,,JENIS PEMIMPIN INI MESTI DISINGKIRKAN,,,MEREKALAH BARAH SEBENAR UMNO KEDAH HARI INI,,,,,,,,,,"REGIM DET KHALID MESTI BERUNDUR",,,,,,,,,,,

    ReplyDelete
  12. Oooiii... MR, hang ingat senang ka, main tukaq-tukaq macam tuu... Tukaq buah goli bolih laaa... hang tak suka yang ni hang lempaq, tak suka yang tu hang lempaq.

    Dalam kepimpinan Bahgian UMNO bukan macam tuuu...!!!!

    Yang Dato' Mokhriz cadang tuuu.. bukannya buat pertukaran pemegang jawatan dalam parti di Bahgian, tetapi rombakan untuk menyusun dalam pentadbiran yang agak lembab.

    Lembab dan bermasaalah dalam pentadbiran Bahgian memang berlaku di beberapa Bahgian. Kekadang menjadi masaalah kapada Ketua Bahgian nak buat teguran. Ditegur nanti, ada pulak kerja sabotaj akan berlaku.

    Apa pun sebarang tindakan tegas oleh Ketua Bahgian, kenalah berhati-hati, macam tarik benang dalam tepung. Benang tak putus, tepung tak tumpah.

    Secara rambangnya, pandangan Datuk Mukhriz itu mungkin ada ketepatannya bagi sesetengah Bahgian. Tak elok juga disebut yang mana satu Bahgiannya. Yang elok, jika ada Bahgian yang terasa saperti Pegawainya kurang berfungsi dan banyak nak ambil kesempatan, elok lah diberi perhatian akan teguran Dato' Mukhriz yang juga Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Kedah. Jika Pegawai-Pegawai Bahgian berfungsi sebagai yang dikehendaki Perlembagaan UMNO teruskanlah. Jika tidak nanti PRU13 nanti akan berkecamok dan kalan pilihanraya.

    Sekarang masa masih ada. Ketegasan secara deplomasi oleh Ketua-Ketua Bahgian amatlah disanjung tinggi.

    ReplyDelete
  13. Penghuni Tmn AngsanaFebruary 20, 2011 at 7:38 AM

    Di Padang Serai selain ketua bahagian .Yang jadi punca masaalah ialah S/U bahagian.Kepoi projek saja yg dia tahu.Kemudian kerja pancung sana sini.Ketua bahagian dgn Su 2x5 je.Timba;lan dgn ego dan sombongnya,Naib ketua cerita dia tak dok basah elok lagi sama dgn cerita ketua dia.Masaalah dari atas bukan dari bawah.

    ReplyDelete
  14. DI KEDAH NI...NAK WAYAT KAT HUMA, KHASNYA DI BALING .. TAK DAK DEH AHLI UMNO YANG DOK ADA PEKERJA UMNO.
    KALO AHLI DEMA WUAT KEJA FREE UTUK PATI UMNO, TAPI KALO PEKERJA UMNO, TAK BEGHI DUIT MAPOH KEJA TAK BUAT.PILIHAN RAYA NI HUMA JENOH SEDIA DUIT UNTUK DEMA. CON: TEBANG BULUH RM 5.00, TANGGUNG BULUH BAWA KELIK RM4.00, IKAT BENDERA DI BULUH RM1.OO, PENAIK ATAU PACAK BULUH RM10.00. TUUU BAGHU SEBATANG..KALO SERUMPUN..MAPOH JENUH BAYA DEH.

    ReplyDelete
  15. DI KEDAH NI...NAK WAYAT KAT HUMA, KHASNYA DI BALING .. TAK DAK DEH AHLI UMNO YANG DOK ADA PEKERJA UMNO.
    KALO AHLI DEMA WUAT KEJA FREE UTUK PATI UMNO, TAPI KALO PEKERJA UMNO, TAK BEGHI DUIT MAPOH KEJA TAK BUAT.PILIHAN RAYA NI HUMA JENOH SEDIA DUIT UNTUK DEMA. CON: TEBANG BULUH RM 5.00, TANGGUNG BULUH BAWA KELIK RM4.00, IKAT BENDERA DI BULUH RM1.OO, PENAIK ATAU PACAK BULUH RM10.00. TUUU BAGHU SEBATANG..KALO SERUMPUN..MAPOH JENUH BAYA DEH.

    ReplyDelete
  16. Teruk betui puak2 Umno ni..Dok pakat kata kat hang aku..Yang dok kata kat orang pun,bukan dia sedar bahawa dia pun lebih cabuk dan tak betui serupa tu lah..hati tu busuk dan dok merekam dan hasat dengki tak tentu pasai..Kalau macam ni lah punya yang dok ada..Umno lengkop lagi dalam PRU 13 nanti..Baru lah pakat mampoih belaka...Puak2 ni keluar dari Umno lebih baik dari dok dalam Umno..Main politik tak sehebat mana pun..cuma akai jahat saja yang lebih..Umno dok jadi celaru,kerana ada puak2 macam ni..

    ReplyDelete
  17. Di Merbok yang Tajul dok lingkop berpunca kerana penasihat punah ranah dari Razak Raman.
    Jolok projek sana, jolok projek sini tapi tak kaya juga.
    Mungkin kena derma banyak kepada kebajikan dari dok berfoya-foya.

    Maaf kalu terkasar sikit nooo...nak cakap macam ni bukan boleh dalam mesyuarat bahagian takut kena gam dan dipecat oleh diktator.

    ReplyDelete
  18. MR..kah kah kah kah kah.mampuih kalau macam ni punya oerangai umno.Lingkup umno.Tak ada tok bomoh ke yg boleh berubat penyakit ini.Ketua naik tocang.Pengikut tunggang langgang.Parti UMNO kian dok gancang.kah kah kah kah kah kah.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.