Di dalam Sinar Harian 13/2/2011 Exco dedah hutan sekitar Langkawi makin 'cerah' Exco Pelancongan Kedah, YB Manikumar mendedahkan hutan di Langkawi semakin cerah dan botak akibat pencerobohan haram tanpa kawalan pihak berkuasa. Jika kejadian ini tidak dikawal maka tidak mustahil Langkawi akan mengalami kemusnahan flora dan fauna yang amat teruk.
Beliau juga mendedahkan lokasi-lokasi yang dikenal pasti ialah Sungai Itam (bedekatan air terjun Durian Perangin), Telaga Habor Park, Gunung Mat Cincang, Pantai Kok dan kawasan Kompleks Kraf. Beliau menyalahkan kelemahan pentadbian pulau itu.
Susulan dari pendedahan itu Sinar Harian hari ini 14/2/2011 ADUN gesa pantau hutan menyiarkan pula kenyataan YB ADUN Kuah, Datuk Ir Nawawi Hj Ahmad menyarankan Kerajaan Negeri Kedah menambahkan kakitangan untuk memantau pemabalakan haram di kawasan tersebut.
“Dalam hal ini, saya sependapat dengan Manikumar, iaitu supaya semua pihak membendung aktiviti penebangan hutan bagi memelihara khazanah di Pulau Langkawi agar status sebagai pulau pelancongan terkemuka di dunia tidak terjejas.
“Pokok-pokok dalam hutan di Langkawi bertindak sebagai tirai yang mampu menggamit kedatangan pelancong untuk menghayati keindahan di pulau ini,” kata Nawawi.
Kata Adun Air Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid pula keadaan yang berlaku di Pulau Langkawi sebenarnya sudah diketahui umum namun kesedaran mengenai pentingnya hutan tropika dan bakau tidak diberikan tumpuan.
“Sebatang pokok yang usianya mencecah 100 hingga 200 tahun, ditebang hanya dalam masa lima minit dan kini keadaan semakin teruk dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan hutan perlu dipupuk.
“Dalam hal ini, bukan hanya Kerajaan Negeri malah Kerajaan Persekutuan juga perlu memainkan peranan dengan melihat dari segi dimensi baru, sebagai contoh pemberian insentif oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri supaya hasil hutan tidak ditebang,” katanya yang menyifatkan kesedaran mengenai kepentingan hutan bakau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat, kini semakin meningkat.
Inilah yang dikatakan haru-biru, keliru, ghumbu dan celaru wakil-wakil rakyat UMNO yang dilantik rakyat khasnya di Kedah. ADUN Kuah, Nawawi dan ADUN Air Hangat, Mohd Rawi seharusnya perihatin di dalam isu ini dan mestilah melawat kawasan berjuang untuk rakyat dalam pulau yang mereka diami itu dan tidak seharusnya menunggu sehingga YB Manikumar, Exco Pelancongan dari PKR membangkitkan perkara ini.
Merekalah yang seharusnya menjadi hero dan membangkitkan isu ini di dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri tetapi situasi sudah terbalik. Mereka pula yang menjawab bagi pihak Kerajaan Negeri. Nampak sangat mereka ini cakap sahaja pandai tetapi kerja tak buat.
Apa yang menariknya lagi YB Air Hangat, Mohd Rawi pula mengesa Kerajaan Persekutuan memberi insentif kepada Kerajaan negeri supaya hasil hutan tidak ditebang. Mungkin Mohd Rawi simpati dengan kerajaan negeri yang makin hari makin pokai kerana wang bakal habis.
Mereka ternyata bukannnya menjadi pembangkang di Kedah tetapi menjadi penyokong pula.Inilah yang dikatakan wakil rakyat celaru, haru-biru, ghumbu dan keliru kerana tidak ada pengalaman menjadi pembangkang.
Pandai Manikumar memasang perangkap.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Tuan,
ReplyDeleteMemang sepatutnya dari awal lagi mereka Adun-Adun ini jalankan tugas. Sikap seperti ini memalukan pentadbiran DS Najib.
Anon 4.08pm, korang ni betul tak guna lah. Hoiiii... itu bukan kerja ADUN-ADUN tuuu... bahlol.
ReplyDeleteADUN-ADUN nak pi dok tengok puak2 jahat tu dok rongkah hutan tu ka? Apa lah hang ni? Itu kerja Penguatkuasa dari Jabatan Perhutanaaan. Depa ni lah kena pantau dan Kerajaan Negeri kena sensitiv kejadian-kejadian melingkupkan hutan dan memusnah pokok2.
Heiiii... dulu masa BN perintah kemusnahan saperti ini tak pernah berlaku. Kawasan hutan dijaga dengan elok. Itu jam Dr Mahathir arahkan Kerajaan Negeri ujud satu akta peliharaan pokok2 di Langkawi.
Kerajaan BN patuuuuhh.. Satu poko pun dak ditebang wajib dapatkan kebenaran.
Aku pernah buat projek di Langkawi. Aku terpaksa tunggu kebenaran selama sabulan untuk menebang sebatang pokok diatas tapak projek. Satelah dapat baru ditebang dan projek diteruskan.
Inniiii... Exco Kerajaan PR/PAS tahu nak tegur saja, Langkawi botak lah konon. Hang arahkanlah Jabatan pantau atau siasat. Ini tudak.
Yang hang pulak tuding jari kapada ADUN-ADUN disana. Pasai apaaa....????. Hang ni pun bodoh lah. Atau hang ni sokong PKR PAS DAP koooott??
Riak si adun2 pr terhadap semua kebobrokan yg mereka buat hanyalah retorik,wayang dan topeng semata..Adun2 bn juga rasanya mengimbangi silat tari silambam pr dengan nada yg lunak dan bijiksana menepati aspirasi mendahulukan rakyat tanpa mengira di bumi mana mereka memijak waima negeri yg bukan bn perintah. Tak salah adun2 bn meminta pusat bantu kedah tentunya rakyat akan menilai kesunguhan pusat dlm mendahulukan kepentingan mereka pr jelas dah gagal jadi nak harap siapa lgi.
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteMarah nampak siberangan,
ADUN kalau dia peka dengan kawasan setempat tentu dah buat lapuran dan tegor masa persidangan Dewan Undangahn Negeri. Ni biar sampai botak dan orang lain pula yang datang tegor. Dedah dalam surat khabar pun boleh aktiviti mereka tu. Baru ada tindakan.
Marah betui siberangan tu. Betul sgt kata org, kalu seseorang tu tengah marah, apa yg keluar dari mulut & kepala hotaknya menyerlahkan lagi kebodohannya.
ReplyDeleteKalo Rawi & Nawi tegur dari awal lagi, dah tentu tak merasa nak pakai gelaran YB sbb yg dok teroka tanah tu adalah adik-beradik & puak-puak depa jugak.
YB Manikumar bercakap mengenai aspek pelancongan Langkawi agar ianya akan terus memberi sumbangan ekonomi pada penduduk pulau tu.
Tapi kalau ADUNx2 tu buat tak kesah pasal kemusnahan kehijauan yg boleh menjejaskan pelancongan dan pendapatan Langkawi, ADUN kepala hotak apa.
Bukan soal tuding jari, kalu pemimpin tidak boleh ditegur, apa jenis pemimpin tu? Oh ya, aku lupa, pemimpin umno ni lebih Islam dari Islam dan lebih tuhan dari Allah.