Tuesday, February 1, 2011

Apa nak jadi dengan Parti Islam SeMalaysia ni?

Pekong yang terbaru di dalam PAS ialah pendedahan penyelewengan tabung Memali yang didedahkan oleh Zainon Ismail atau nama penanya C.N Al-Afghani di dalam buku karangan beliau yang bertajuk: “Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali”.

C.N Al-Afghani telah mendedahkan dengan berani dan terbuka berhubung dengan wujudnya penyelewengan dan penipuan berjuta ringgit milik berpuluh orang anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak Pas.

Akibatnya buku tersebut telah digam secara terhormat dan halus oleh kepimpinan PAS sehingga yang paling ketara ialah apabila buku tersebut dilarang daripada dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali, November tahun lalu.

Munurut Datuk Nakhaie Hj Ahmad, bekas Naib Presiden PAS yang juga berpengalaman selama 12 tahun di dalam PAS bahawa penyelewengan sebegini bukanlah perkara baru di dalam parti ini.

Menurut beliau lagi selepas berlakunya kejadian Memali pada November 1985, anak- anak Allahyarham Ibrahim Libya telah dipergunakan cukup-cukupnya sehingga diusung ke mana-mana sebagai alat simpati bagi tujuan mengutip derma.

Apa yang memilukan masyarakat ialah kutipan wang jutaan ringgit hasil dari darah, keringat dan airmata itu tidak sampai kepada keluarga Ibrahim Libya tetapi telah disonglap oleh pihak tertentu di dalam Parti Islam SeMalaysia.

Darah, keringat dan airmata keluarga Ibrahim Libya telah dijadikan modal oleh PAS untuk meraih wang sebagai habuan dan kepentingan konco-konco mereka yang berserban dan berjubah. Mereka gamak memperalatkan dan mempergunakan apa sahaja untuk berkuasa waima nama Islam sekali pun.

Serakahnya mereka ini belum lagi dihitung bagaimana mereka menguruskan perolehan dari sumbangan wang-wang tunai dan barang-baranag kemas yang mereka perolehi dari sumbangan semasa ceramah-ceramah umum mereka yang mereka tadah sambil disulam seli dengan laungan “Takbir!!!”.

Apabila mereka diberi kuasa oleh rakyat pula yang lebih mendukacitakan mereka langsung tidak menunaikan tanggung jawab mereka kepada rakyat yang memilih mereka. Janji-janji seperti dalam manifesto sebelum mereka menang hanya tinggal janji dan apabila rakyat persoalkan mereka bebagai-bagai dolak-dalik mereka memberi alasan seperti perlaksanaan hukum hudud.


Sejak mereka menerajui Kerajaan Kedah exco-exco dalam Kerajaan mereka langsung tidak “deliver”. Malah MB sendiri seperti “lost” dan mereka langsung tidak membawa apa-apa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat seperti slogan mereka “Kedah Sejahtera”.

Rakyat Kedah yang menyokong mereka atas nama Islam ternyata seperti ditipu. Sebagai contoh, mangsa mala petaka banjir di Kedah diabaikan. Maruah mereka telah dijual kepada Cina Singapura Lee Kuan Yew apabila Mursyidul Agung mereka Nik Aziz menyokong secara terang-terangan supaya penganut Islam di Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Pakatan mereka di dalam komplot yang dipanggil Pakatan Rakyat lebih memberi lemak kepada bukan Islam untuk menuntut perkara-perkara yang boleh melemahkan Islam sendiri seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Suara mereka di dalam komplot itu seperti anjing menyalak bukit dan langsung tidak diambil endah oleh rakan karib mereka DAP malah mereka lebih sebagai pak turut dan pak hangguk.

Salam siratulrahim yang dihulur UMNO dibalas dengan najis apabila mereka lebih rela memeluk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh serta menyindir Melayu dengan menunjukkan isyarat “thumbs up! “ tanda “bagus” kepada Lee Kuan Yew.

Apa nak jadi PAS ini? Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT membuka hati mereka untuk berdamai di dunia sebelum tiba alam kekal akhirat.

13 comments:

  1. Anwar memberi sokongan kepada pimpinan Islam Libral di Indonesia. Nik Aziz memberi "Tumbs up" kepada LKY yang meminta umat Islam di Singapura jangan berpegang terlalu tegoh kepada ajaran Islam. Islam kini tempias ke Indonesia dan Singapura. Mummy pun dah jadi tidak senang. Tahniah dan syabasy Mummy.

    ReplyDelete
  2. Jika benar siasatan C.N Al-Afghani itu, harus dihukum mereka yang terlibat tanpa sebarang syarat. Sama juga wang zakat yang pernah disunglap oleh mereka yang ada sokongan terhadap UMNO.Ingat semua orang boleh gelap mata terhadap wang lumayan baik orang dari PAS, UMNO, MIC, MCA dan malahan juga PKR. Jika mereka sudah digelap pertimbangnya terhadap wang ada yang sanggup dengan angkuh berkata 'itu urusan akan saya jawab dengan Tuhan kami'.
    Tapi brother kena bersikap adil bahawa orang UMNO dan kroninya juga banyak sudah sunglap wang yang lebih besar melalui projek pembinaan infrastruktur, pelabuhan, empangan dan pelbagai kegiatan korporat - kenapa tak bising atau buat ribut? Berbilion telah lesap dalam banyak skandal perniagaan dan tak kan brother tak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu atau cuma boleh ambil tahu apabila musuh politik kita saja yang melakukannya. Tak kan tak tahu atau berpura-pura skandal pembelian kapal selam, kereta kebal atau tak baca Laporan Audit Negara? Kejadian yang dilakukan oleh PAS jika dibandingkan dengan yang berlaku ke atas orang/elit/korporat/kroni UMNO/BN mungkin lebih besar jika kita nak berlaku adil.Sifat adil tiada pada brother kah?. Pokoknya siapa jua yang terlibat harus dihukum tetapi institusi penegak hukum kita pun dah dirasuah kepala otak mereka.

    ReplyDelete
  3. TERPANDANG AKU MUKA2 DAJJAL PADA MUKA2 MEREKA............

    ReplyDelete
  4. MR, berotak sikitlah kamu. LKY minta org melayu singapura jangan terlalu islam. LKY ni beragama apa? Mahadir kata: hukum hudud (eh, MR, kamu tau ke hudud tu apa?)jgn dilaksanakan nanti banyak org putus tgn, hudud tiada dlm quran,hudud zalimdn banyak lagi hinaannya terhdp hudud Allah. Mhadir ni beragama apa? CLJ,thumb up TGNA tu dah lama bukan selepas LKY kata begitu baru-baru ni. Memang kamu ahli umno suka kerja fitnah: dulu, kini dan selama-lamanya; kerja org umno memfitnah tetap dan tak berpencen

    ReplyDelete
  5. Hi anon diatas. Umno belajar fitnah daripada pemimpin PAS. Kememngan besar PAS/PR dlm PRU12 dulu kerana fitnah yg bertaburan diatas muka bumi ini.

    ReplyDelete
  6. anon 3.30 ni memang bahlul. tak kira kerajaan mana kena buat projek pembangunan untuk bagi kerja kat rakyat dan nak gerak ekonomi. nak buat projek kena ada orang yang nak buat. sapa nak buat. rakyat malaysia yang ada kepakaran. kena bagi kat depa buat. bukan soal kroni. pasai apa tak panggil kontraktor yang kerajaan pas suruh buat projek kroni kerajaan pas. maknanya pas pun amal kroni jugak. semak la sendiri berapa ramai kontraktor pemuja pas yang dapat kontrak kerajaan bn. jadi depa ni pun kroni kerajaan la walaupun siang malam kutuk orang yang bagi kerja kat depa. lu orang tok sah hipokrit la. siasatlah sapa pengamal kroni paling hebat di malaysia. bukan dok kat umno / bn. tapi dok jadi kepala hampa laaa ni.

    ReplyDelete
  7. Brader anon 3.30.masalah pas dia ngaku parti islam,pengamal islam tulin,sangat islam,dia jer islam di malaysia org lain jahiliah,tempat dia di syurga nik aziz dah jamin,pas parti Allah,dan banyak lgi benda termasuk pas juga adalah parti yg paling serakah dalam telan wang sehinga memperalat situasi mamali utk togok duit yg jelas semua tu bukan amalan islam,parti UMNO yg di lebal tak islan oleh pas pun tak sanggup gunakan cara secmacam itu untuk dapatkan duit.

    ReplyDelete
  8. Salam...

    Adalah lebih baik kita yg mengaku sebagai Islam.. rujuk kembali kepada Al-quran dan Sunnah... Dua tinggalan pusaka Nabi yg nescaya tidak akan sesat oleh mereka2 yg menghayati dan memperaktikkan... tanpa tinggal sepatah ayat pun...

    Saya yakin sekiranya umat Islam.. memperaktikkan setiap ayat2.. InsyaAllah.. tiada Islam Pas.. tiada Islam Umno... yg ada manusia yg berilmu dan beramal yg ikhlas...Wallahualam...

    ReplyDelete
  9. PDRM sahkan tiada penyelewengan Tabung Memali

    link: http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=11935

    ReplyDelete
  10. Sejak bila pimpinan/ahli Pas caya pd polis? C.N.AlAfghani dah cerita habis dlm bukunya tentang sikap polis tu. Sapa dia Yusuf Husin dgn polis. Selain pimpinan Pas, Bkt Aman juga antara pihak yg backup Yusuf Husin. Ni lah masalahnya. Pendedahan dlm buku tak baca, lepas tu buat komen macam2. Memang inilah perangai buruk org Pas. C.N AlAfghani juga cabar Zulkifli Yahya kolumnis Harakah yg dok bela Pas dan juga pihak polis supaya senaraikan ajk tabung memali. Kalau ajk tabung yg punggut berjuta duit org ramai tak ada, odit juga tak da, macamana Bkt Aman kata tak ada penyelewengan? Fikir sendiri la brot

    ReplyDelete
  11. nerakalah tempat orang suka menfitnah

    ReplyDelete
  12. entah lah...mengumpat,menfitnah,mencela,mengaibkankan orang dh jadi macam makanan ruji orang sekarang...muhasabah diri...

    ReplyDelete
  13. muhasabah diri...perbaiki diri sebelum mencari salah orang lain..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.