Semasa ke Langkawi baru-baru ini MR tertarik dengan salah satu produk unik pelancongan Langkawi di Kilim yang terkenal di kalangan pelancong luar iaitu “Eagle Feeding”.
Jika dulu di London terkenal dengan burung-burung merpati di Trafalgar Square dan tidak dapat tidak kita pasti akan ke Trafalgar Square mengambil gambar sambil memberi makan kekacang kepada burung-burung merpati di situ.
Kini Langkawi pun apa kurangnya dengan tarikan unik burung-burung helang merah dan hitam-putih yang akan turun menyambar apabila ditabur makanan oleh pemandu bot kami.
Pembangunan Langkawi memang pesat dan masih ada 98 buah pulau lagi jika perlu dibangunkan mengikut kesesuaian flora dan fauna pulau-pulau tersebut.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Tak ada salahnya mengembangkan produk pelancongan di Langkawi atau di mana saja di atas bumi Malaysia, persoalannya adakah kejayaan yang bakal dicapai nanti pergi ke masyarakat Langkawi sendiri atau pergi kepada uasahawan besar saja. Kita sibuk dengan mantar pelancongan, mahu semua warga dunia tahu akan keunikan negara seperti adanya burung helang siput berkawan-kawan menjamu makanan yang diprogramkan oleh manusia, tak ada salahnya. namun 'the bottom line' adakah hasil pelancongan itu tetap dikecapi oleh segelintir elit atau majoriti rakyat?
ReplyDeleteDi Mesir terkenal sungguh dengan tugu atau piramid Firaunnya tapi para pekerja bawahan yang membantu industri pelancongan itu dapat US2.00 sehari mengikut laporan Aljazeera yang UMNO tak suka itu.Tapi pada kaca media dan risalah pelancongan Mesir industri pelancongan begitu gah bagi Mesir tapi tidak pada rakyat jelata. Maka jangan perkara yang sama jadi pada Malaysia, negara terkenal, industri pelancongannya segar bugar tapi rakyat dirundung kemiskinan, tak mampu beli rumah atau menikmati taraf hidup yang baik dari segi pendidikan, kesihatan, perparitan, pengangkutan dan banyak lagi.
Menara Petronas berdiri sergam menggamit pelancong luar tapi rakyat biasa dapat gigit jari saja kerana tiada apa yang diperolehi daripadanya melainkan dapat melihat dan pasti tak mampu memberi barangan di sana kerana harga2nya sangat menggila.
:). kepada Anonymous yg komen tu.. baik ke langkawi dulu & tahu siapa yg kebanyakan handle boat ke eagle feeding ground kat Kilim.
ReplyDeleteUtk pengetahuan semua tempat burung helang di Kilim menjadi salah satu tempat tarikan di Langkawi.
Perkhitmatan boat disitu dikelolakan oleh penduduk kampung Kilim..
jadi x usah risau..
Ya.. hasil pelancongan dikecapi oleh penduduk langkawi & juga swasta.. pergilah & rasai lah..
http://langkawi-updates.blogspot.com/