Bos kepada Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz ,CEO Maybank Investment , Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank telah menjernihkan suasana apabila memaklumkan bahawa Tengku Zafrul sudah menghantar surat permohonan maaf kepada Pengerusi Felda berhubung kenyataan beliau bahawa pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.
Jelas Wahid, kehadiran Tengku Zafrul ke forum berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili organisasi tersebut.
Ternyata tindakan ini tepat kerana masing-masing Tunku Zafrul dan bosnya telah sedar diri bahawa perlantikan dan kedudukan hebat mereka hari ini pun adalah atas dasar kestabilan politik negara ini.
“This is a lesson to be learned” kata seorang bekas Menteri yang terjumpa MR.
“Sesiapa juga yang memegang jawatan-jawatan penting baik dalam Kerajaan atau dalam GLC mereka sentiasa terdedah kepada tohmahan, fitnah, rasuah dan penyelewengan. Silap percaturan, silap perhitungan dan silap kenyataan mereka akan kantoi” katanya lagi.
Konklusinya “cakap siang pandang- pandang, cakap malam dengar- dengar”.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
MR.Tok nek aku kata.Manusia ni kalau perutnya kenyang atau buncit dia akan cakap pandai dan selalu nampak lekeh orang lain.Itulah bahayanya manusia yg perutnya terbuncit dan terkenyang.
ReplyDeleteSALAM UNTUK SEMUA. SEHARUSNYA KITA WAJIB BERSYUKUR ATAS KURNIAAN ALLAH. KEJAYAAN YANG KITA KECAPI ADALAH MERUPAKAN KURNIAAN DAN UJIAN ALLAH SAMADA KITA AKAN TERUS BERSYUKUR ATAU AKAN JADI BESAR KEPALA SEOLAH-OLAH KEJAYAAN KITA ADALAH USAHA KITA SEMATA-MATA.KEPADA TUNKU ZAFRUL ...SEDARLAH BAHAWA ANDA ADALAH MAKHLUK KERDIL DISISI ALLAH SAMA SAJE DENGAN DATUK ISA. DATUK ISA TELAH DIUJI DENGAN UJIAN BESAR SEMASA JADI PEMIMPIN DAN KAMU MASIH BELUM DIUJI SEPENUHNYA. INGAT...
ReplyDeleteYang peng suka jenguk blog ni,dah lama Yang peng ikuti banyak isu.mula2 Yang peng fikir MR berjiwa besar dlm perjuangan membentuk pemikiran mesyarakat negara kita yg dah mula mengikuti perkembangan politik tanah air dengan sedar.tapi mutahir ini MR mudah melatah dalam membalas coment pambaca setia blog ini dengan agak lenting sehinga pada peringkat tak nak papar coment Yang peng. Itu adalah hak MR tapi beza pendangan tak semestinya bermusuhan dan membenci Yang Peng ikuti blog ini sebab hormat dan suka pada isi dan penulisnya walaupun tak kenal secara luaran.Tersinggung adat manusia, apa pun Yang Peng mohon maaf andai ada komen yg melukakan ini adalah coment yg terakhir dari Yang Peng dan blog ini akan Yang Peng padamkan untuk di kunjungi.terima kasih.
ReplyDeletebuang saja siapa yg buat pandai & tak dengar ckp.
ReplyDeleteramai lagi yg boleh ganti.
Begitlah pemikiran orang Melayu kita, boleh tukar-tukar. Kalau orang tak bising semua projek kebaikan yang diberi adalah kerana jasa baik murni kepimpinan UMNO, orang lain tak boleh buat sepertinya. Jika ditegur akan disusuli cara mula-mula diplomasi, tak jalan ugut dan akhirnya si pengadu mesti terima depa adalah makhluk kecil di sisi Allah. Dah terbukti meskipun bukan melalui mahkamah Isa tetap telah tercalit dengan amalan rasuah. Kenapa masih mahu terimanya melainkan budaya kita( mahupun yang Islam atau sebaliknya) sudah boleh terima yang rasuah itu perkara enteng. Lihat orang 'Islam' di negara Arab sana sudah tak boleh terima pemimpin korap atau rasuah, kita asyik mempertahankan sebaliknya kerana kita mungkin ada kepentingan atau mempunyai budaya dan nilai songsang. Kini negara kita sarat dengan pemimpin yang telah dikorapkan termasuk di beberapa jabatan strategik.
ReplyDeleteSalam blogger Yang Peng San,
ReplyDeleteMR bukan tak mahu siarkan posting tuan,tetapi entah bagaimana posting tuan diletak di bawah SPAM.
MR pun pening. Harap maaf.
Bukan hasrat MR nak blackout sesiapa. Hanya kesilapan technikal,maklum laaaa...otak dah tua..kena konsult anak MR baru mereka buat correction.
Ta Ta Ti Ti Tu TU