Friday, July 24, 2009

Peruntukan PPRT gagal jika Ketua-Ketua UMNO Bahagian memperalatkannya untuk pengaruh politik

CYBERJAYA, 23 Julai (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menubuhkan pasukan khas atau "Flying Squad" bagi memantau pelaksanaan projek perumahan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di negara ini.
Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pasukan khas tersebut diberi tanggungjawab memastikan projek perumahan itu berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan bagi memenuhi keperluan masyarakat. "Kita nak melihat dari segi keberkesanan bukannya dari segi kelemahan mana-mana pihak (dalam menjayakan projek ini)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan dengan ahli exco luar bandar (Mexclub), di sini, Khamis.
Mohd Shafie berkata pasukan khas itu akan mengkoordinasi agensi peringkat negeri bagi mencapai matlamat tersebut termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Felcra). -- BERNAMA


AS I SEE IT: Bercakap isu PPRT ini bukan satu perkara yang baru. Isu ini tidak akan selesai selagi pemimpin yang dilantik rakyat dan pemimpin JKKP mengamalkan sikap tamak, haloba dan menyeleweng.

Selagi projek-projek PPRT ini diperlalatkan oleh Ketua-ketua UMNO Bahagian, Ketua-Ketua UMNO Cawangan, penyelia-penyelia Kemas untuk mencari pengaruh politik mereka selagi itulah isu PPRT ini tidak akan selesai.

Ketua-Ketua UMNO Bahagian akan berpakat dengan Ketua-Ketua UMNO Cawangan yang pro mereka sahaja untuk menyalurkan bantuan PPRT seperti saudara-mara mereka, kroni-kroni yang menyokong mereka sahaja.
Rakyat-rakyat yang betul-betul daif dan layak diabaikan kerana tidak menyokong mereka.

Shafie Afdal mesti berani dan tegas supaya peruntukan PPRT tidak disalurkan atau diuruskan melalui Ketua-Ketua UMNO Bahagian khasnya negeri-negri yang diperintah pembangkang, walaupun kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan terjejas.

Jangan percaya kepada sumber-sumber data PPRT dari Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan cawangan atau penyelia-penyelia Kemas yang aktif dalam politik.

14 comments:

  1. A'kum Mummy..saya bukan arif sangat tentang PPRT ni tetapi tahulah sikit-sikit yang menjadi isunya.Saya berdepan juga dengan beberapa masalah yang Mummy sebutkan di atas. Untuk pengetahuan Mummy, peranan JKKP dan Bahagian UMNO khususnya di Merbok pada masa ini langsung 'OUT'. Mummy cuba pi tanya sat kat penduduk kampung di tepi-tepi sungai di Merbok.Apakah yang telah diberikan oleh PAS kepada mereka. Banyak Mummy ..Sekarang rumah pulak depa dah ready nak buat untuk org-org susah. Perbaik sikit sebanyak dan bersihkan tanah-tanah yang terbiar dijadikan padang-padang bola.
    Mummy, baru-baru ini dalam sehari sahaja anak-anak muda menyertai parti PAS seramai 12-20 orang.

    Masalah turut sama berlaku kerana masalah birokrasi di dalam jabatan kerajaan di samping peranan agensi yang tak ubah seperti hidup segan mati tak mahu.Memang tepat langkah Datuk Shafie Afdal. Kedua-dua belah pihak baik pegawai-pegawai Awam dan juga JKKP&Ketua Bahagian kena dipantau secara selari.

    ReplyDelete
  2. Benar sekali,

    pihak JKKK dan ketua UMNO bahagian perlu datang dari orang yang ikhlas. Jangan pula hak PPRT menjadi hak mereka dan keluarga mereka yang menyalahgunakan kuasa. Jika ini dapat dilaksanakan insyaallah sokongan kepada UMNO akan meningkat.

    ReplyDelete
  3. teringat satu kes PPRT 10 tahun dulu..siapa mau rumah PPRT kena bayaq $3000.00 kepada Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian...

    ReplyDelete
  4. Sykum Mummy..

    Koi setuju sangat dengan pandangan Mummy...Sesetengah daripada mereka memang lebih menjaga kepentingan peribadi berbanding dengan parti...

    Depa tak fikir bahawa satu undi menentukan kemenangan.Kalu satu ketua keluaga pi kat pembangkang, bukan satu undi dibawanya...mungkin dua, tiga..dan mungkin 10...kalu ni lah penyakitnya..habislah kita..

    Tapi bukan semua kot...Hanya yang masih tak sedar diri.....

    Harap mereka akan sedarlah...Tahniah Mummy..

    ReplyDelete
  5. Mummy,
    Di daerah kami JKKK kami pangil jawatankuasa keluarga,kawan dan kroni. Semua bantuan yang dikendalikan oleh JKKK pasti menuntungkan keluarga, kawan dan kroni masing-masing.Tok Iman kampong tegur salah seorang anggota JKKK atas perbuatan yang tak adil itu, Tok Iman diboikotnya. Tok Iman pun main jarum pada pilihanraya umum lepas, hampir tiga suku penyokong UMNO kampong kami boikot BN, mereka sokong pas. Pas menang BN kalah. Itu satu kampong, dalam satu bahagian Umno ada berapa buah kampong, fikir-fikirlah, jika ketua bahagian umno tak sedar juga, jangan mimpi BN akan dapat kuasia kembali Kedah pada PU ke-13 nanti.
    Sebenarnya ketua bahagian Umno dan JKKK yang merosakkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan BN.

    ReplyDelete
  6. data?depa ada data ka?ada kemas yg buat betui,tp sampaikah ke atas?
    umno ni ada data ka?cari pun dak!
    yg ada senarai pengundi dgn ahli umno bhgn masing2 saja.ampeh!

    ReplyDelete
  7. nampaknya mummy semakin cemburu dgn UMNO..Jgnla mcm tu mummy..anak mummy banyak yg kaya raya sebab UMNO..suami mummy senang lenang pun pasai UMNO..takkan le kerana geram kat Tajul,geram kat Manboleh,Geram kat Dr.Ismail mummy lepaskan segala-galanya tanpa menyedari banyak fitnah yg mummy taburi..mummy bercakap dan menjatuhkan hukuman seolah-olah tak ada satu pun yg UMNO buat..jgn la mcm tu sekalipun mummy nak naik..jgn la dok pijak kepala org..jgn duk tutup rezeki org..mummy tau dak..PAS kat Merbok ni pun hampas juga..depa bagi projek atau bantuan pun kat suku sakat depa juga..takkan mummy tak nampak..mummy oh mummy..mummy jgn la jadi mcm anwar..cukuplah Msia ni ada anwar sorang..sebagai contoh,baru2 ni kat semeling..bila ada beberapa rumah bumbung diterbangkan angin..hanya bumbung org yg dianggap pro PAS saja yg depa bantu..nasib baik ada Tajul..tu pun Tajul bagi kat semua walaupun sorang tu piau PAS ..kat bukit selambau..sebuah rumah org UMNO terbakar..org PAS kata padan muka..Tajul mai tolong..alhamdullilah..jadi Mummy nak mcm mana lagi..takkan semua nak pi report kat mummy..sapa mummy? alahai mummy..mummy ni jgn jadi gunting dalam lipatan..kalaupun bukan api dalam sekam

    ReplyDelete
  8. Ah Leong Tg DawaiJuly 25, 2009 at 4:01 PM

    X-SUmuda,
    Hang ni dah termakan duit Tajul kot? Hang tau duit Tajul tu mai mana?kalau bukan dari Syarikat Singapura yang dia jadi barua.
    Mula Tajul pakai hang untuk sokong dia, besok bila dia dah dapat apa dia mau dia nanti tinggal hang masa tu baru hang tau sapa Tajul.
    Hang nak tau hang tanya Daim perangai Tajul.
    Kalau jumpa ular dengan Tajul hang katok Tajul dulu.
    Tok Det tolong dia dia kutok Tok Det la ni.
    AJK Bahagian pun dah bergaduh sesama depa dah.
    Hang ingat Tajul tolong bumbong kena ribut duit dia ka? Tajul ni pandai perkuda orang.
    Dia dok lobi nak jadi Setiausaha Politik Mahyudin Yassin tak dapat.

    ReplyDelete
  9. X-SUmuda,aku rasa hang nilah yang akan pelingkopkan umno.sebab apa aku bagitau camtu..sebab hang x dpt terima bila org kritik kat umno.aku percaya apa yang mummy kata ada kebenaranya dan aku juga percaya bukan semua yang kritik umno tu benci umno tapi klu perangai ahli umno macam hang ni kaki penjilat dan bodek saja tau alamat tak lama lagi umno akan dikapankanlah...
    lagi satu aku nak bagitau kat hang mangkok hayon, hang kena tau juga kemenangan pakatan rakyat dalan pru 12 bukan kerana depa kuat mana pun tapi kerana org umno sendiri yang dah meluat dengan orang macam hang yang dok kepong keliling wakil2 rakyat depa..
    aku rasa sampai skg pun hang tak sedaq lagi pasai apa BN kalah teruk dalan PRU12.
    Aku nak bagitau hang wahai samdol, kalu hang nak teruskan juga perangai hang tu silakan..pasni aku pasti hang dengan politik bodek hang nanti tersungkok akhirnya...

    ReplyDelete
  10. Kalau ketua dah jadi barua,yang jadi baruax ketua toksah dok kiralah berapa banyak yang dok ada,Tambahan pula nak dapat projek buat rumah PPRT yang dikelolakan oleh SPMB,nak dapat buat.Kena sokongan daripada Ketua Bahagian dulu baru dapat,jika dah dapat sudah tentu depa nie atoq bukan sebiji,dah tentu lepas depa,depa lagi yang dapat,siapa yang terlibat dengan kerja macam nie dah tentu faham sangat apa yang berlaku.Memang UMNO dok tolong kontraktor Melayu,tetapi melayu yang macamana?setakat jadi ahli sahaja tapi pandai hemoi....jilat dan sebagainya jangan harap mereka nie..akan tolong nak bagi peluang merasa.....Porah....tuih....

    ReplyDelete
  11. aku tak kira.aku kira sapa sokong umno boleh bantu.hampa yang tak sokong umno,mampuih pi.kalah menang lain kira.kalau bagi kat puak2 pas ni sampai mampuih pun depa tak sokong umno.kalau bagi tak sokong,kalau tak bagi pun tak sokong.lebih baik tak bagi.mampuih pi depa.menang kalah bukan kerana depa.

    ReplyDelete
  12. Hang dok kira siapa sokong UMNO boleh dibantu?,macamana pulak? yang dok pangkah BN dari dulu lagi tapi sampai sekarang nie tak dibantu,sampai ada yang dah ramai kena cari sampah untuk nak hidup?depa bantu bukan xbantu tetapi bagi beras,gula,kain batik 5tahun sekali saja,tu..pun belambak yang xdapat?.Yang dok kerja kontrak dari dulu jadi chap-kang sampai la...nie pun chap-kang jugak.Pasai tu lah ramai yang dok ditamanx kat area pekan ramai yang jadi 'PIANG.....G'

    ReplyDelete
  13. nampaknya ahleong dah banyak makan nasi kangkang anwar atau nasi kangkang nik aziz..cina tak sedaq diri ni kita lempaq masuk kandang babi baru dia tahu..tak gitu MUMMY?

    ReplyDelete
  14. bukan hanya bagi rumah, bagi depa pprt ini pendidikan, ajar depa rajin kerja, anak2 depa tu (jika orang ,muda) bagi pelajaran

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.