Sunday, March 3, 2013

PENGALAMAN DATUK MOKHZANI. MAAF BUKAN MOKHZANI MAHATHIR.

Posting kali ini ialah petikan pengalaman Datuk Mokhzani Ismail, Pengarah Muzik RTM yang MR petik dari Facebook beliau Pianist DM yang dikira sungguh menarik untuk dikongsi bersama.
Kepada Datuk Mokhzani, pengalaman disebalik tabir yang ramai masyarakat tidak tahu ini mungkin sesuai untuk dibukukan anekdot-anekdot menjadi 'bestseller'.
Jadi musician banyak cerita2 menarik.Ada juga yang tak menarik dan tengok org2 besar mabuk dan meniarap atas lantai yang tu tak bolehlah buka pekung. Itu hal peribadi mereka. 
Cuma yang paling seronok tahun 1997, saya dapat peluang bermain private show DS Anwar Ibrahim, Sultan Brunei,TS Halim Saad di rumah Tun Daim Zainuddin. Masa tu guest artis was late Broery Marantika. 
Saya kena perform main piano di bawah rumah Tun, ada grand piano masa depa makan. Pas mereka naik ke atas barulah saya dgn band. Yang paling best masa part DS Anwar Ibrahim tgh menari lagu dangdut saya biasalah boh kopi dangdut.

Masa berlalu apabila TS Zainuddin Maidin jadi Menteri penerangan dia arahkan video Anwar Ibrahim menari dikeluarkan semula. 
Tahun 2007, apabila TS Zam ditunjukkan video tu diapun terkejut dan tergelak video tu ada muka saya gak tgh main piano. Bila saya jumpa dia saya kata biasalah Tok tak kira DAP ke, PKR ke PAS ke dia bayar kita gilah main lagipun time tu tahun 1997, masa DSAI jadi Timbalan Perdana Menteri lagi. 
Apapun TS Zam nak juga tayangkan video part Anwar menari biasalah menari 2 minit diulang-ulang dan edit-edit jadilah dekat 10 minit...
Cuma setiap kali saya tengok video Anwar menari setiap kali lah mengimbau kenangan lama...Kombo RTM dgn Pak Yus (angklung Indonesia)

Friday, March 1, 2013

BELAJARLAH PERISTIWA LAHAD DATU


Oleh Ibrahim Yahaya
KUALA LUMPUR : Terlebih dulu, ucapan Al-fatihah kepada perwira yang terkorban di Lahad Datu hari ini. Semoga roh pejuang ini ditempatkan bersama roh orang soleh dan salam takziah kepada keluarga pejuang yang sudah pasti merasai kehilangan orang tersayang. 
Peristiwa Lahad Datu ini sudah pasti akan membuka mata dan minda kita mengenai betapa mudahnya negara ini diceroboh oleh orang luar. Ini kerana sebagai sebuah semenanjung amat sukar untuk kita menjaga setiap inci pesisir pantai kita tambahan pula negara ini sudah menjadi 'gula' yang menarik banyak 'semut' ke sini termasuk kedatangan orang Myanmar ke Pulau Langkawi. 
Jika kita menempatkan semua perwira negara menjaga pesisir pantai negara, ia tidak juga akan menyelesaikan masalah ini tambahan pula ada tempat yang terlalu dekat sehinggakan kita tidak dapat membezakan antara orang kita dengan penceroboh. Antara tempat itu ialah Golok dan Lahad Datu. Selain itu, kegiatan dalang tempatan yang membawa masuk PATI turut menyumbang kepada kebanjiran orang luar di negara ini. Apatah lagi jika ada pemimpin tertentu yang dikatakan oleh media Filipina terbabit dalam kejadian di Lahad Datu. Penduduk Sulu dikatakan sering berulang-alik ke Lahad Datu sama ada untuk mendapatkan bekalan atau bertemu dengan sanak-saudara mereka di sini. 
Sudah tentulah sebelum ini perjalanan mereka tidaklah sukar sangat kerana sifat mereka yang tidak menunjukkan sebarang reaksi yang boleh mengganggu keselamatan negara. Apatah lagi yang datang ialah orang tua, wanita dan kanak-kanak. 
Sebelum sebarang penjelasan diberikan oleh kerajaan bagaimana kumpulan penceroboh itu boleh masuk ke negara ini, sudah tentulah 'suasana' yang disebut di atas tadi, pasti tidak terlintas oleh mana-mana pihak ada golongan yang akan berani membuat 'kacau' seperti yang berlaku pada 12 Februari lalu. Ia mungkin didorong atau terdorong. Apabila penceroboh itu 'sudah berada' di negara ini dengan jumlah yang ramai iaitu dikatakan 180 orang termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua, persoalannya ialah apakah strategi yang terbaik untuk menyelesaikan isu pencerobohan ini? Sudah tentu pihak keselamatan memikirkan kaedah berperang bukanlah satu strategi yang baik, walaupun ada pihak yang mungkin mahu ia berlaku, sebalik memikirkan pendekatan perundingan yang boleh mendatangkan keadaan 'tepung tidak berselerak selepas rambut ditarik.' 
Tidak hairanlah selama lebih dua minggu usaha untuk berunding dan terus mengepung dilaksanakan berbanding tindakan menyerang penceroboh itu yang mahu mengaku bahawa Sabah adalah tanah mereka sedangkan mereka tahu bahawa itu tidak mungkin berlaku pada masa sekarang.
Akhirnya, hari ini pada 1 Mac penceroboh dikatakan mengambil sikap menyerang pejuang negara sehingga menyebabkan tiga terbunuh (sehingga berita ini ditulis) dan 12 orang penceroboh terbunuh seperti yang dilaporkan oleh media elektronik malam ini. Sudah sampai masanya untuk memastikan urusan kemasukan ke negara ini diperketatkan tidak kira yang mahu masuk itu orang tua, kanak-kanak atau wanita. 
Asalkan mereka bukan rakyat negara ini harus dihantar pulang atau ditangkap untuk ditempatkan di pusat tahanan. Penulis yang pernah mencari kapal muhibah (yang membawa penduduk Sabah dan Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya) dikatakan tenggelam di perairan Johor pernah ditahan oleh Kastam Indonesia kerana termasuk sedikit ke kawasan mereka. Setelah diminta naik ke kapal dan penulis menjelaskan perkara itu, kami (bersama jurugambar Ridzuan) dilepaskan. Itu baru masuk sedikit ke perairan Indonesia sudah ditahan dan sudah tentulah jika ada yang sudah berada di pantai kita dan tidak mempunyai surat yang sah, perlu ditahan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Semoga kerajaan dapat menyelesaikan isu di Lahad Datu seterusnya dan bukan saja rakyat negara ini sedang memerhati malah seluruh dunia pasti mahu menunggu berakhirnya peristiwa bersejarah yang turut diulas oleh ahli politik setengah masak yang mengatakan ia dilakukan oleh parti tertentu dan ada juga pemimpin pembangkang yang suka menyemaikan perasaan benci kepada kerajaan menyatakan kejadian polis terbunuh tidak patut berlaku.

KOMEN
Terlintas ingatan MR semasa pertemuan dengan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan yang menyatakan beliau pernah bertegas untuk mengekalkan unit Polis Marin di bawah PDRM.
Beliau dengan nada keciwa melihat peranan Polis Marin telah dikecilkan dan ternyata telah banyak berlaku penyeludupan. 
Kini peranan Polis Marin telah dipertanggung jawabkan di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)yang telah menjadi telalu besar sehingga hilang fokus untuk membuat rondaan persisiran pantai mengawal keselamatan negara dari diceroboh.


Thursday, February 28, 2013

BERSEDIALAH UNTUK PILIHANRAYA MEDIA SOSIAL.

Semasa melancarkan Minggu Media Sosial 2013, PM DS Najib menyatakan pilihanraya kali ini adalah ‘pilhanraya media sosial’. Walaupun bukan menjadi faktor utama tetapi ia semakin hari semakin membiak sebagai alat propaganda yang berkesan di kalangan pengundi baru. Khasnya mereka yang ingin mengimbangi sumber maklumat komunikasi yang di kawal oleh parti mana juga yang memerintah.
Di kalangan politikus yang berada di dalam zon selesa mereka tidak sangat ambil pusing hal ini memadai dengan ada iPhone, iPad, laptop, akaun Facebook, Tweeter dsbnya. Mereka lebih asyik memuat turunkan posting-posting makanan yang mereka makan, gambar-gambar posing bersama keluarga dan kerja-kerja sosial mereka.
Tidak kurang juga di kalangan politikus vateran yang tidak berapa sensitif dengan perkembangan media sosial. Mereka masih merasakan cara dahulu adalah yang terbaik seperti menayangkan kembali filem-filem hitamputih lama di layar kain putih tengah padang konon ingin mengembalikan apresiasi rakyat tentang sejarah keagungan dahulu. 
Malah tidak kecil juga masih terdapat politikus yang masih lagi rabun dengan peranan media sosial untuk mengaut pengaruh politik khasnya kepada parti. Mereka ini boleh diibaratkan seperti peribahasa Melayu ‘ibarat tikus tengok besi’. Dan sesetengah politikus yang tidak mahu dilihat seperti ‘katak di bawah tempurung’ mereka akan mengupah anak-anak muda yang bijak untuk mengendalikan akaun-akuan media sosial mereka. Ini adalah lebih baik daripada menjadi ‘tikus perbaiki labu’. 
Kesedaran tentang peranan penting media sosial dalam pilihanraya boleh dikatakan bermula dalam pilihanraya AS dengan kemenangan Barrack Obama. Dan baru-baru ini pertandingan di antara Barrack Obama dan Mitt Romney jelas membuktikan penggunaan media sosial yang cukup aggresif oleh Barack Obama.
PM, DS Najib mungkin dapat menjejaki peri pentingnya peranan media sosial dalam PRU13 yang akan datang tetapi sambutannya oleh kepimpinan di beberapa negeri khasnya negeri yang BN kalah seperti Kedah, aktiviti ini sungguh mandom, lemah dan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan BN Selangor yang bersungguh-sungguh memenafaatkan aktiviti media sosial mereka. 
Hakikatnya mereka masih dibuai bayang-bayang masa silam ada ketika terbawa-bawa oleh resah mimpi kalah yang tak sudah (meminjam tajuk lagu Ibnor Riza, Mimpi Yang tak Sudah). 

Biro Penerangan perhubungan UMNO negeri hampir lumpuh dan seperti tidak wujud. Cuma ketika mula-mula kekalahan PRU12 dahulu masing-masing ‘exited’, kalut dan kelam kabut dengan media sosial tetapi semakin lama semakin sejuk seperti taik ayam yang hilang kehangatan. 
Hari ini masing-masing sedang menunggu siapa calunnya barulah mereka akan bergerak. Pada ketika itu mungkin masa sudah terlewat seharusnya mereka sedar bahawa peperangan poster sewaktu kempen pilihanraya yang akan datang akan diganyang lumat oleh peperangan siber yang lebih sengit tanpa sempadan dan batasan. 
Pencerobohan laman web Jabatan Penerangan yang mengeluarkan kenyataan ‘Najib meletak jawatan’ adalah setapak perjalanan beribu batu pengodam-pengodam atau ‘hackers’ dalam PRU13 yang akan datang.

Wednesday, February 27, 2013

CYBER TERROR: WHY WE SHOULD ACT NOW - Ramon Ram

The coming General Election will be Malaysia's first "social media election", said Datuk Seri Najib Tun Razak. The Prime Minister said that this was because politicians were already using social media networks to engage with the people online. (The Star Online)
THE advent of an information age and resurgence of terrorism across the globe has world leaders reshuffling counter-terrorism efforts to match recent threats of “Cyber-terrorism”. 
Unfortunately, not much is being done in Malaysia despite recent events which have revealed the coun­­­try’s cyber security vulnerability. Take for instance the incident early this year where unknown hacker(s) altered the contents of the Information Department’s official website. 
This was not the only incident. Two other incidents were reported in 2011, one where a notorious hacker group (Anonymous) took credit for hacking 50 government websites in response to the Govern­ment’s efforts to block major online file sharing entity (Pirate Bay) and an open source whistleblower website (Wikileaks), and the other was when a group of unknown hackers (believed to be angered fans) defaced the Malaysian Football Association (FAM) website to show their discontent over the hike in ticket prices. 
There was minimal response from the national cyber security agencies in these events and there was no reported apprehension nor were there reports of ongoing investigations. As these were not catastrophic attacks per se, it is naïve to think that such attacks will not evolve over time. Such attacks hold specific appeal on a cost benefit analysis and weighs towards maximum amplification of catastrophic damage compared with classical attempts to cause chaos.
With the continuous evolution and sophistication of cyber weaponry, it is worrying to see the future of this country darkened by continuous threats of such incidents. The National Cyber Security Policy which was reformed in 2006 after a study by the Science, Technology and Innovation Ministry has been cited as the primary defence against cyber threats in the country. 
Even though policy drivers have taken action in enforcing the provisions of each separate thrust, it is still not fulfilling its primary objective, which is to protect Malaysia’s cyber environment from current and imminent threats. According to MyCERT which is a cyber-response and research centre established by Cyber Security Malay-sia, the number of cyber incidents are continuously rising every year. 
The threats are now at an alarming level as significant growth has been observed in both volume and sophistication of cyber attacks, with Distributed Denial of Service (DDoS) and system intrusions appearing more rampant than ever. This, along with recent implication of terrorist activity concerning Malaysians on national soil and foreign constituencies, will only increase the country’s exposure to such threats. 
If matters are to be let loose by authorities at this pivotal moment, continuous reliance on interconnected networks may even lead to the prospect of devastating hybrid attacks which include the combination of both cyber and physical attacks that amplifies damage. ( The Star Online)

Sunday, February 24, 2013

PAS BIDAS PERKASA PAMIR GADIS SEKSI DALAM DEMO MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH.

Kejayaan PERKASA Kedah mengumpul sebegitu ramai anak-anak muda mempertahankan kalimah Allah di Alor Setar ternyata dicemburui oleh PAS. PAS hanya melihat dari sudut negatif perhimpunan tersebut.

Realitinya kadangkala anak muda yang dikatakan seksi itu lebih sensitif mempertahankan kalimah Allah tuhan mereka dari sesetengah artis PAS yang sudah tidak seksi dengan hanya menjadi pak turut Pak Lebai masam.

Berikut disiarkan tulisan wartawan Harakah Daily Rizal Tahir 24 Feb 2013:

GADIS SEKSI DEMO : PERKASA MEMALUKAN UMAT ISLAM.
KOTA BHARU: Demontrasi mempertahankan kalimah Allah, sebaliknya antara yang hadir gadis-gadis berpakaian seksi, tidak bertudung dan berbagai gaya dipertontonkan. 
Itulah yang mungkin dapat dilakukan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Alor Setar semalam bagi membela agama Islam, apabila gadis yang hadir ada berpakaian seksi dan berlagak macam model. 
Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Hafiz Musa berkata, program yang bercampur gaul lelaki dan perempuan yang berpakaian tidak senonoh anjuran Perkasa semalam cukup memalukan umat Islam. 
“Berhimpun untuk menegakkan agama Allah atau kalimah Allah, tetapi apa yang berlaku dan dapat kita saksikan begitu menyolok mata sekali. “Kalaupun tidak ikhlas untuk tujuan itu, jangan gunakan gadis yang berpakaian sebegitu. Jika tidak masyarakat akan mempersendakannya,” katanya di sini. 
Semalam perhimpunan Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali di Alor Setar bagi mempertahankan kalimah Allah memperlihatkan aksi yang tidak senonoh dengan kehadiran gadis-gadis berpakaian seksi. Mohd Hafiz berkata, perbuatan seperti itu bukan untuk memartabatkan agama Islam sebaliknya memperlihatkan kepada umum perbuatan yang menyalahi hukum syarak. 
“Namun kerana terlalu gopoh dalam meraih simpati politik Perkasa sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapat populariti secara murahan. “Tindakan mereka itu tanpa disedari telah mempersendakan hukum Allah. Dalam kita ghairah berpolitik, janganlah sampai ia memerangkap diri sendiri,” katanya.

PERJUANGAN YANG PAS TAK MAMPU LAKUKAN

Kisah halangan percintaan hari ini sudah melangkaui norma-norma percintaan zaman dahulu. Ia tidak lagi berkisar kepada halangan percintaan kaya dan miskin, lawyer, doctor atau pemain muzik hatta ‘tinggal emak tinggal saudara demi cinta ku harungi jua’. 
Hari ini kisah percintaan melebihi pengorbanan perawan gadis apabila yang mabuk cinta sanggup berkorban nyawa dilambung ombak badai lautan untuk ke Lombok atau ke Afrika Selatan. Kisah-kisah percintaan Laila-Majnun, Romeo-Juliet, Kassim Selamat, Bobby dikira sudah lapuk dan ditelan zaman. (Demi-kekasih-Munirah-sanggup-terjun-laut)
Dahulu, jika ingin melihat seorang Awang Hitam ia hanya dapat disaksikan dalam paparan di kaca-kaca cerita TV dan wayang seperti cerita Kunte Kinte tetapi hari ini Awang Hitam boleh didapati di mana-mana sahaja, di kampong dan ladang sawit. Ironinya ada yang terpikat cinta Awang Hitam. Sanggup menjadi keldai dadah akibat tergoda dengan ayat-ayat ‘power’ Awang Hitam. 
Usah dirisau sangat dengan insiden-insiden ini kerana terdapat badan politik yang akan sentiasa kehadapan untuk menyelamatkan mereka serta memperjuangan nasib mereka yang terperangakap di dalam jerat percintaan ini. Jika cinta itu buta mungkin politik tidak buta. Malah perjuangan ini mendatangkan ‘milage’ politik yang lumayan apabila dipaparkan dengan besar dalam media-media utama dengan tercongoknya tokoh-tokoh utama untuk mendapat tempat dalam senarai ‘winnable candidate’ dalam PRU13 yang akan datang.
Mungkin zaman beredar perjuangan politik juga berubah, tidak lagi memperjuangkan kemiskinan rakyat, pencabulan Dong Zong dalam pendidikan nasional, hak-hak Bumiputera dalam Dasar Ekonomi Baru, penerapan nilai-nilai Islam dan hak-hak Melayu yang sedang berada di pintu pajak gadai kaum lain. Tidak hairanlah jika sejarah perjuangan Kemerdekaan pun dianggap sudah lapuk. 
Mungkin mereka tidak berupaya memikir krisis-krisis politik berat yang memerlukan kajian dan ilmu yang mendalam membuat sesetengah politikus diperingkat bahagian (yang konon bakal wakil rakyat) hari ini lebih banyak bergelumang dengan perkara-perkara remeh-temeh ‘touch and go’. Janji penyokong tegar angkat ibu jari dan bertepuk sorak dalam majlis mereka sudah ‘happy’. 
Teruskan  membela isu yang menyentuh jiwa rakyat di mana Kerajaan PAS pun tak mampu lakukan tetapi hakikatnya politikus parti yang memerintah juga harus membawa agenda yang lebih besar dan tidak di’over shadow’ oleh aktiviti sampingan yang remeh.

Thursday, February 21, 2013

LU DAH "CHIAK BEY LEOW" SEKARANG BARU 'LU CHAI...'

Menurut lapuran Channel News Asia, Dong Zong keciwa dengan DS Najib semasa kehadiran Najib di majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang lepas kerana DS Najib tidak mengumumkan apa-apa atau membawa apa-apa gula-gula kepada persatuan itu. 
"We expected that he would announce something, but he didn't, so we were all very disappointed," said a member of Dong Zong.(CNA) 
Apa yang lebih menarik ialah sebaik DS Najib berangkat balik, Anwar Ibrahim pula sampai dan ini amat nyata Dong Zong ingin melaga-lagakan pemimpin Melayu untuk kepentingan mereka. 
Mungkin mereka merasakan ini lah masanya nak ajar Melayu apabila mereka bertokak sesama sendiri. 
Menurut Timbalan Pengerusi Dong Zong, Chow Siew Hon, "Dahulu, Dong Zong telah didiskriminasikan sebagai anti kerajaan, pro-komunis dan kumpulan pelampau hari ini lawatan Perdana Menteri itu telah tebukti kenyataan tersebut tidak betul dan ini adalah satu perkembangan yang baik. Terdapat banyak isu mengenai pendidikan kaum Cina yang lebih 58 tahun yang lalu. Adalah mustahil ia dapat diselesaikan semua isu-isu ini dengan sekali lawatan Perdana Menteri ke rumah terbuka tahun Baru Cina kami. " 
Apa pun di dalam mengejar undi kaum Cina jangan sampai kita diperbodohkan. Jangan sampai kita melutut dan diperlembukan. Jika mereka berjanji untuk menyokong BN janganlah diharapkan sangat, dengar boleh percaya jangan.
MR tertarik dengan pendapat seorang rakan yang sedang berkhidmat dengan sebuah empire Cina yang besar dipunyai oleh tokoh korporat yang tersenarai di antara lima teratas terkaya di Malaysia di dalam Malaysian Business.
Katanya koporat-koporat Cina di atas langsung tidak menyokong kerajaan BN yang telah membawa kekayaan kepada mereka. Kekayaan mereka hari ini “chiak bey liow” atau makan tak habis. Anak-anak mereka sedang menghabiskan dan berjoli katak dengan harta-harta yang mereka kumpul. 
Jika Datuk Seri Najib Tun Razak melakar sejarah menjadi Perdana Menteri pertama menghadiri aktiviti anjuran Dong Zong sejak 59 tahun penubuhan persatuan itu biar mereka tunggu lagi 59 tahun lagi jika dalam PRU13 yang akan datang ini mereka tidak memberi undi kepada BN. 
Baru ‘lu chai…’

Monday, February 18, 2013

BAGAIMANA SEBUAH AGENSI STRATEGIK NEGARA SENANG DICEROBOH?

Sedar atau tidak pada pagi 18 Februari 2013 salah satu sistem jabatan strategik negara telah digodam. Sistem Jabatan Penerangan yang merupakan salah satu jabatan gerak saraf kerajaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah digodam dengan mengeluarkan kenyataan ‘Perdana Menteri dengan resminya meletak jawatan’.
Insiden ini tidak harus dipandang kecil dan remeh. Semua pihak harus bertanggung jawab dan tidak hanya sekadar mengeluarkan kenyataan penafian tetapi lebih utama ialah usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap jabatan ini.
Rakyat ingin melihat apakah tindakan ‘damaging control’ yang telah dibuat. Siasatan terperinci harus dilakukan sehingga ke urat saraf yang halus supaya ianya tidak menjadi bahan tertawa golongan muda yang cerdik siber. 
Pencabulan sistem ini jelas menampakkan kelemahan Jabatan Penerangan yang masih mengamalkan sistem primitif dan mudah diceroboh. Pemikiran-pemikiran yang lapuk tidak mahu berubah dan belajar perkara-perkara baru harus dikuburkan. Ia langsung tidak selari dengan hasrat PM yang mengambil pendekatan ‘Blue Ocean Strategy’. 
Untuk makluman saya siarkan sedikit sedutan tulisan terbaru wakil Kongres AS, Michigan 8th District Mike Rogers, Pengerusi Jawatankuasa Rumah Perisikan AS yang bertajuk : “Kegagalan Amerika kepada China di dalam peperangan siber” America Is Losing The Cyber War vs China
“Hari ini, maklumat peribadi anda termasuk kerajaan dan industri kita terdedah kepada beratus-ratus ribu cubaan pengodam. Dan di dalam diam kita sedang berhadapan dengan perang siber di Amerika dan ternyata kita tewas. 
Setiap pagi di Negara China, beribu-ribu jurutera komputer yang terlatih bergerak dengan satu misi untuk mencuri harta intelek Amerika untuk digunakan sebagai persediaan persaingan dengan AS dalam pasaran antarabangsa.
Bagaimana sebuah syarikat Michigan mampu berkembang maju jika kerja keras anda dapat dicuri dengan satu klik sahaja?
Hari ini anda tidak perlu pandang jauh untuk mencari laporan akhbar mengenai firma lain, seperti Google dan New York Times, di mana rangkaian mereka telah mampu ditembusi oleh pengintipan siber Negara Cina dan telah kehilangan maklumat berharga.” 
Kita harus sedar jika AS dan Cina sendiri sedang curiga dan bersiap sedia menghadapi peperangan siber apatah lagi negara kecil seperti Malaysia ini. 
Hakikatnya, insiden yang terjadi di Jabatan Penerangan ini jelas membuktikan maklumat dalaman senang dibolos malah kejadian ini amat memalukan dan ternyata menjejas integriti jabatan tersebut.
Ketua Setiasaha, Datuk Kamarudin Siaraf harus bertanggung jawab di atas kejadian ini jika penjelasannya sekadar melepas batuk ditangga beliau harus digantikan dengan KSU yang baru yang lebih dinamik tidak berborak kosong.

Sunday, February 17, 2013

TULISAN ZULKIFLEE BAKAR DALAM UTUSAN TELAH MENCETUS POLIMIK POLITIK DI NEGERI KEDAH.

Zulkiflee Bakar
Suasana bening persoalan siapa calun-calunnya di dalamPRU13 di Kedah nanti seperti dikejutkan dengan kejatuhan seketul meteor dari angkasa raya. Berikutan tulisan Zulkiflee Bakar dalam Mingguan Malaysia hari ini di bawah tajuk 'Semangat-nak-tukaq-dah-di-Kedah' telah mencetuskan polemik politik yang panas di negeri Kedah.

Masing-masing yang nama mereka disebut Zulkiflee telah mula berjalan mengepak tangan seperti Koboi lakunan P.Ramlee dalam filem Labu Labi. 
Masing-masing sudah mula geli dan mengatur strategi, maklumlah nak jadi YB. Dalam masa yang sama mereka yang namanya tidak disebut oleh Zul telah juga mula melenting, baran dan meroyan. 
Mereka mula bersiap-siaga mengasah parang, lembing dan golok untuk mencantas calun-calun ini bagi membuktikan individu tersebut tidak layak, ada skandal dan tidak amanah. Suasana sebegini bukannya baru. 
Apa yang lebih menarik lagi ialah terdapat usaha-usaha kedukunan di kalangan mereka yang rasa layak. Ketika itu rumput-rumput di halaman rumah bomoh, dukun dan pawang hampir mati kerana tak putus kalimah didatangi bakal-bakal calun untuk bertenung nasib mereka. 
Mohon ditilik sama ada nama mereka naik atau tidak dalam PRU 13 yang akan datang. Disamping itu memohon pelaris supaya apabila bersalaman dengan Presiden parti, Presiden akan melihat wajah mereka yang manis teringat-ingat untuk meletak nama mereka sebagai calun. 
Maka si pawang pun akan jampilah dengan serapah ringkas “Pooo kiri, pooooo kanan, taik babi besar lengan”. Apabila ditenung di dalam mangkuk air pawang mengesahkan nama mereka naik baru lah senang hati mereka. Bayaran yang dibuat selalunya berserta dengan minyak sepalit untuk dipalit semasa bertemu Presiden parti.
Mereka yakin minyak sepalit akan bekerja keras apabila berhadapan Presiden parti dengan wajah yang tersengih, tersipu-sipu dan terhegeh-hegeh. Makan pun dah tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah. 
Mereka terlupa terus bahawa Allah SWT yang maha berkuasa dan bijaksana yang lebih mengetahui untuk menentukan siapa yang layak siapa yang tidak untuk mewakili rakyat. Buatlah apa pun jika Allah tidak restu rezeki yang di dalam rengkung pun akan terpelancut keluar tanpa diduga.
Di Merbok Zulkiflee mempertaruhkan calun kitar semula Tajul Urus Mat Zain sebagai calun Parlimen yang rata-rata dilihat merupakan Ketua Bahagian UMNO yang bermasaalah, angin, bebal, baran dan tidak disukai ramai.
Ramai pemerhati di kalangan pengundi muda dan atas pagar meramalkan jika calun ini dicalunkan kembali, Parlimen Merbok akan mengulangi episod duka 2008. Ini kerana taburan pengundi yang ramai di daerah mengundi Taman Ria Jaya, Taman Ria dan perbandaran yang berhampiran sukar menerima beliau kerana masih terluka dengan isu-isu intergriti lama yang masih belum diubati. 
Konklusinya, terantuk sudah terngadah sudah jangan pisang berbuah lagi.

HADI AWANG BUTA DAN TULI -PAS DALAM PAKATAN RAKYAT TAK RUGIKAN MELAYU DAN ISLAM???

Presiden Pas, menegaskan Pas tidak akan ragu-ragu lagi untuk keluar dari Pakatan Rakyat (PR) jika sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu. 
Katanya sehingga kini perkara terbabit tidak berbangkit malah beliau yakin kerjasama dalam PR tidak memberi apa-apa kesan kepada kaum Melayu dan agama Islam. 
Realitinya hari ini DAP cuba memanipulasikan kalimah Allah di samping agenda pluralism dan liberalism serta memperjuangkan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender apakah ini semua tidak memberi kesan kepada kaum Melayu dan umat Islam Negara ini?. 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus sedar bahawa ini semua bukan setakat merugikan umat Islam tetapi jelas memesongkan dan meyesatkan terus umat Islam. 
PAS juga harus sedar mereka sedang menjadi alat dipergunakan untuk menghalalkan perkara yang haram di dalam hukum Islam. 
Jika Ustaz Hadi Awang juga masih tidak sedar agenda sulit DAP ini ternyata Ustaz Hadi Awang juga buta dan tuli tidak seperti Datuk Dr Harun Din Al Hafiz yang sudah dapat menghidu agenda kotor DAP dan Anwar Ibrahim.
Konklusinya kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak berbaloi jika hanya untuk mendapat kedudukan politik di dunia yang sementara ini. Bukan setakat rugi di dunia malah rugi di akhirat jua.