Tidak beberapa hari lagi Dato’ Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia yang kelima akan “pergi meninggalkan kita” dalam erti kata lain akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri iaitu jawatan tertinggi di dalam Kerajaan Malaysia kepada Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Walaupun pemergiannya di dalam suasana perasaan yang bercampur-campur, yang suka dan yang duka tetapi sedar atau tidak Pak Lah telah berjaya menguruskan ekonomi negara ini dengan cermat.
Di dalam Mingguan Malaysia semalam (1.3.2009) wawancara khas dengan negarawan ulung Tun Daim Zainudin mantan Menteri kewangan dan seorang arkitek ekonomi negara yang telah berjasa membawa keluar kemelut ekonomi 1997-1998 mengakui krisis hari ini lebih buruk dari 1997-1998.
Hari ini sistem kewangan negara amat mantap dengan rezab antarabangsa kekal tinggi iaitu AS$91 billion (RM316.8 billion), nisbah pinjaman tidak berbayar @ non performing loan yang rendah disekitar 2.2% dan nisbah kecukupan modal bank yang tinggi melebihi 13% berbanding paras minimum 8%.
Tun Daim mengakui Malaysia telah meraih faedah daripada kekukuhan sektor kewangannya di dalam krisis semasa ekonomi dunia apabila pada peringkat awal Malaysia terselamat daripada kemelut sektor kewangan kecuali berlakunya kejatuhan harga pasaran saham yang teruk.
Tindakan membentang budget mini kearah mengelakkan berlakunya kehilangan pekerjaan dan untuk membantu sektor perniagaan dengan melanjutkan kredit dikira sebagai satu langkah yang bijak. Tun Daim mencadangkan ianya perlu disegerakan perlaksanaannya supaya sektor perniagaan mendapat modal untuk meneruskan operasi mereka.
Tun Daim tidak menafikan salah satu lagi sektor strategik di dalam menghadapi kemelut ini ialah dengan menambahbaikan keupayaan teknologi dan teknologi kecekapan penggunaan tenaga serta meperkemaskan komunikasi kepada rakyat tentang perancangan dan tindakan kerajaan. Komunikasi kepada rakyat penting untuk memperolehi keyakinan rakyat bahawa Kerajaan adalah efisien dan bertindak dengan cepat.
Ternyata dengan kadar tabungan yang tinggi di bawah kepimpinan jimat cermat Pak Lah, Malaysia telah terselamat dari dibelasah 1st round TKO(Total Knock Out) dari krisis ekonomi global dan masih boleh bertahan serta mengatur strategi dengan bijak.

Selamat Tinggal Pak Lah. Jasamu akan dikenang.
semoga lepas paklah bersara,beliau akan tetap dihormati sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada negara.. dan berharap tidak akan menerima nasib yang sama seperti Tun Dr Mahathir. Harapan , najib akan membuka lembaran baru kepada negara bangsa agar terus gemilang.
ReplyDeleteSaya sedikit sebak juga mengenangkan pemergian pak lah. Kelembutan dan keihlasan beliau telah ambil kesempatan mereka yang mencari kepentingan.
ReplyDeleteSemoga Pak Lah akan terus dikenang.
Memang pak lah cermat. Tak ada fdi, tak spending, tak ada growth.
ReplyDeleteDaim ni puji ada sebab. Dialah orang belakang scomi.
Betoi ka dia di belakang scomi? Hangpa mana tau????
ReplyDeleteDan betoi ka dia juga sponsor ali ketam punya kempen????
kerana Pak Lah memiliki sifat yang terpuji yakni tidak boros, tidak pemarah, lemah lembutnya sesuai sebagai seorang pemimpin, hormat pada orang,dan tak membazir tak tentu hala. Saya rasalah 5 tahun lagi rakyat dah tahu dan ada setengahnya menyesal kerana beranggapan buruk kepada Pak Lah.
ReplyDeleteTerlalu jauh akhlak mulianya berbanding Mahathir.

tapi bagi aku Pak Lah? entahlah.
ReplyDeleterakyat nak paklah UMNO aja tak nak
ReplyDeleteDaim lah yang di belakang kepada semua para kapitalis yang di depan lah. Termasuk Tun lah yang dok kira wang dengan Daim di belakang Pak Lah.
ReplyDeleteSebab itu lah Pak Lah lelah. Mo Looi Mo Politik lah.
Bukan fitnah lah, realiti lah...tak percaya kaji lah.
Selamat bersara Pak Lah.Jasamu tetap dikenang buat selama-lamanya.Pak juga boleh diistiharkan sebagai negarawan.
ReplyDeletePak lah memang mengamalkan pembelanjaan jimat cermat dlm pemerintahannya .. kalau kita lihat mana projek besar2 selain dr 2nd png bridge dan projek landasan berkembar Gamuda-MMC .. projek monorel dibatalkan di PP ..
ReplyDeletesy setuju dgn bunga raya selepas beberapa tahun ini ,rakyat akan kenang jasa Pak lah kerana menyelamatkan ekonomi negara dari lebih teruk kerana kesan ekonomi global .
Hidup Pak Lah !!
jasamu akan dikenang ..
1. Cermat yang tidak mendatangkan faedah
ReplyDelete2. Duit perlu dibelanjakan untuk menjana ekonomi.
3. Tanpa janaan duit, tiada ekonomi dijanakan.
4. Tiada apa dapat dibanggakan dengan penjimatan
jangan paklah pakai taktik mahathir masa gawat 98 sudah le hehehehe
ReplyDeletekempunan najib nanti...dup dup dup
Anom 2/3/09..
ReplyDeleteMemang tidak ada growth dan foreign direct investment.
Tak ada projek mega-mega, maha-maha, world class dan world book records.Dan Pak Lah tak perlu pun projek-projek ini kerana Tun dah "set so high" buat apa nak lawan projek mega Tun?Tapi hasil jimat cermat terbukti ada hasilnya kpd rakyat.
Rakyat tak tanggung hutang,pengangguran terkawal.
... dan keri yang berkuasa.. kalau sapa yg handle projek2 gomen tau la betapa menekannya keri n geng utk ambik tender2 besag.. paklah la pemimpin malaysia paling lemah.. kecuali kalau najib jadi paling lemah nanti.. apa2 pun pak lah paling hampeh antara 5 PM..
ReplyDeleteMasaalahnya paklah terlalu tunduk kepada tekanan... Lembik.
ReplyDeletePAK LAH.......EEMMMM.......
ReplyDeleteSIAPA PUN DIA,APA PUN DIA...BOLEH GAK JADIK PM....HAMPA JADI APA... BARU SEQUPA
kehidupan adakalanya kena byk bersyukur....aku hormat PM sbb dia org melayu.....lain2 serah kat tuhan lah
ReplyDeletePak Lah mmg baik..tp sayangnya beliau "dirosakkan" oleh orang2 sekelilingnya..
ReplyDeletePaklah bukan jimat, dia memang tak tau apa benda pun..
ReplyDeleteBila tak tau, dia tak buat apa apa..
hampa ni buta perut, dengaq Daim pemohong
Pak lah pergi ekrana ramaid alam UMNO tak dapat projek macam zaman mahathir.
ReplyDeleteRamai tak suka bercakap soal pertanian kerana nampak kotor dan kuno.
Tapi kita semau sedar dengan kekurangan makanan kita kini menjadi peminta sedekah. bergantung kepada import makanan. dan kita juga bergantung kepada buruh asing untuk semua sektor ekonomi.
Adakah pertanian kita juga akan terus menguncup dan terus mengimport beras dan sumber makanan yang lain?
Apa yang berlaku sekarang tidak boleh berubah dengan adanya Najib.
Apa juga usaha Pak Lah untuk menaikkan semula sektor pertanian akan mati dan generasi akan datang akan merasai azabnya nanti.
jangan terkejut jika 10 tahun akan datang, Malaysia dikuasai oleh buruh asing dan negara ini seolah-olah pejabat PBB.
Akhirnya ekonomi Malaysia yang kini terlalu bergantung kepada minyak akan menjadi seperti cerita Pak Kadok.
Sebelum terlewat kita perlukan hala tuju ekonomi kita yang menaikkan pertanian sebagai tunjang ekonomi dan menukar dari pengimport makanan kepada pengeksport makanan pula.
masa masih ada sebelum semua terkubur.