Wednesday, March 4, 2009

"Saya tidak sekali-kali mudah dihalau sebagai seekor anjing kurap" -YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

"Setelah beliau menulis sepucuk surat kepada saya yang isi kandungannya penuh dengan fitnah dan mengutuk saya di atas kejadian-kejadian buruk yang telah berlaku dengan menuduh saya bertanggungjawab di atas kejadian-kejadian itu. Maka salinan-salinan surat itu telah disebarkan beribu-ribu naskhah supaya bukan sahaja ahli-ahli parti bangkit menentang saya, bahkan juga membuka peluang kapada orang-orang lain menentang saya.

Adakah tulisannya itu mendatangkan kebaikan kepada UMNO? TentuIah surat itu bertujuan bukan sahaja untuk menentang diri saya, bahkan juga bertujuan hendak memecah-belahkan seluruh UMNO dan juga Perikatan dengan cara memburukkan pemimpin-pemimpinnya. Beliau telah menunjukkan bahawa beliau menentang pimpinan UMNO pada keseluruhannya, dan bukan kepada pimpinan saya sahaja.

Apakah tujuan beliau selain daripada itu? Beliau telah menulis surat itu dengan hati yang penuh perasaan benci dan dendam, dan meletakkan di atas kepala saya tanggungjawab berlakunya peristiwa 13hb. Mei. Dengan memberi salinan-salinan surat kepada orang lain beliau berharap bahawa tulisannya itu akan menjahanamkan segala perkhidmatan saya seumur hidup untuk bangsa dan negara saya.

Tidaklah perlu saya mengkaji seluruh perkara yang mendukacitakan itu, tetapi saya suka mengingatkan beliau bahawa saya tidak sekali-kali mudah dihalau sebagai seekor anjing kurap. Saya akan membersihkan nama baik saya dengan secara terbuka supaya dapatlah orang-orang yang cuba hendak dikelirukan oleh Dr. Mahathir itu mengetahui perkara yang sebenar.

Jika saya didapati bersalah kerana mencari kekayaan diri sendiri semasa saya memegang jawatan Perdana Menteri, atau pun kerana melakukan perbuatan yang tidak amanah, atau telah melakukan perbuatan-perbuatan jenayah, atau pun didapati bersalah kerana lalai menjalankan kewajipan-kewajipan saya, maka dapatlah saya faham sebab-sebab kenapa timbulnya kemarahan terhadap saya. Walhal sebaliknya saya sentiasalah menaruh kesedaran yang sepenuhnya di atas kewajipan-kewajipan dan tanggungjawab saya. Negara mempunyai Kerajaan yang baik, menikmati kedudukan ekonomi yang teguh dan makmur yang tidak dapat diatasi oleh mana-mana negara lain di dunia sebelah sini.

Tuduhan yang mengatakan bahawa kejadian yang berlaku setahun dahulu itulah yang telah menyebabkan tercetusnya kekacauan pada 13 Mei itu merupakan satu perbuatan yang tidak berasas dan jahat. Tuduhan yang lebih buruk lagi ialah yang mengatakan sayaIah yang bertanggungjawab di atas kehilangan jiwa manusia oleh sebab kekacauan itu.

Dr. Mahathir sedar bahawa sepanjang hidup saya, saya sentiasa sanggup berkorban untuk keamanan, kerana sudahlah cukup saya melihat kekejaman yang telah dilakukan semasa Perang Dunia Kedua, dan juga penderitaan yang telah ditanggung oleh rakyat negara ini disebabkan oleh kekejaman itu.

“Setelah mengetahui semua hal yang saya ceritakan di atas, bagaimanakah sampai hatinya menuduh saya bertanggungjawab di atas kehilangan jiwa manusia pada 13 Mei itu. Tuhan sahajalah yang amat mengetahui penderitaan saya di atas apa yang telah berlaku pada hari yang menyedihkan itu.

Jika orang sanggup mempercayai beliau dan apa yang telah beliau tulis di atas sekeping kertas dengan tidak mengenangkan segala bakti yang telah saya lakukan seumur hidup saya, maka biarlah mereka mencari seorang pemimpin yang lain, tetapi janganlah diapa-apakan pemimpin yang baru itu sebagaimana yang telah dilakukan ke atas diri saya.

Selain daripada melemparkan tuduhan-tuduhan yang berat ini, Dr. Mahathir telah menyatakan di dalam suratnya itu bahawa saya telah sibuk bermain poker dalam waktu berkurung dan tidak menjalankan kewajipan saya dalam masa krisis itu. lni nyatalah satu percubaan hendak menjatuhkan maruah saya di sisi orang-orang Melayu. Perbuatannya menuduh saya di dalam suratnya yang kejam, bahawa saya cuai semasa menjalankan kewajipan saya semasa kekacauan itu adalah satu tuduhan yang paling dusta.

Mereka yang telah melihat saya dalam televisyen pada tengah malam yang paling buruk semasa krisis itu berlaku iaitu dari 13 hingga 15 Mei dan sekali lagi pada 16 Mei, tentuIah dapat menimbangkan bahawa segala tuduhan-tuduhan itu tidaklah benar. Dr. Mahathir sendiri juga tentuIah sedar. Jadi kenapakah beliau sanggup membuat tuduhan yang begitu liar?

Didalam suratnya yang penuh dengan fitnah itu, Dr. Mahathir juga menyebut bahawa anggota-anggota pasukan keselamatan, polis dan kakitangan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan benci terhadap diri saya. lni menunjukkan sejauh manakah dia sanggup menjalankan satu kempen yang penuh dengan perkara-perkara yang boleh menimbulkan benci dan curiga terhadap diri saya.

Saya telah ditanya, kalau Dr. Mahathir menang dalam pilihan raya, mungkinkah dia juga mengkritik saya, seperti yang terkandung dalam suratnya yang tersebar itu? lni satu soalan yang susah hendak saya jawab kerana saya tahu dari dahulu bahawa dia adalah bersama-sama di dalam kumpulan yang sebelah lagi di dalam UMNO, iaitu puak yang menggelarkan diri mereka “pelampau” atau “bijak pandai”.

Tetapi saya yakin bahawa kiranya Dr. Mahathir menumpukan masa yang lebih kepada kerja-kerja parti dan tidak menghabiskan masanya di dalam perniagaan membuat rumah di Kedah bersama-sama dengan syarikat yang bernama Federal Construction Company, sebuah syarikat yang dipunyai oleh orang-orang Cina dan dalam perniagaan-perniagaan yang lain, maka kemungkinannya untuk menang dalam pilihan raya itu adalah lebih besar.

Menurut maklumat yang diterima, beliaulah yang telah mengambil peranan yang penting untuk menolong mendapatkan kelulusan Kerajaan supaya tidak kurang daripada 238 lot tanah Simpanan Melayu dikeluarkan dari simpanan itu bagi maksud projek perumahan yang tersebut.

Mengenai dengan suratnya itu, saya telah melaporkan kepada polis terhadap Dr. Mahathir untuk disiasat dan diambil tindakan, kerana saya merasa yakin bahawa sekiranya saya tidak berbuat begitu, maka orang-orang akan memikirkan bahawa apa yang beliau katakan terhadap diri saya itu memang benar.

Pada mulanya saya bercadang hendak mendakwa Dr. Mahathir dibawah undang-undang jenayah kerana menuntut malu, dan tidak mengambil tindakan di atasnya di bawah Undang-undang Darurat atau Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri yang memang boleh dilakukan, bahkan inilah nasihat yang telah saya terima. Tetapi saya Iebih suka mengambil tindakan menurut undang-undang biasa negara supaya saya tidak dituduh mengambil tindakan dengan sewenang-wenangnya. Pada mulanya inilah tindakan yang akan saya ambil, tetapi selepas saya menimbangnya dengan Iebih lanjut, saya rasa dia tidak Iayak mendapat perhatian yang begitu penting. Dengan menghuraikan segala pendapat saya dalam buku ini, saya rasa tujuan saya itu akan lebih berkesan.

Saya telah mendapat penghormatan yang sebegitu tinggi di dalam dan juga luar negara, dan ini merupakan satu hadiah yang negara ini telah berikan kepada saya dan saya amatlah menghargai penghormatan ini. Dengan haI-hal yang demikian saya tidak sekali-kali akan menamatkan perkhidmatan saya kepada negara semata-mata dengan sebab adanya fitnah mengenai kelakuan saya. Saya mesti terlebih dahulu membersihkan nama baik saya untuk mengembalikan ketenangan hati saya.

(Petikan dari buku 13 Mei - Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan 1969)

Komen:
Selamat Tinggal Pak Lah. Jasa Pak Lah akan terpahat dalam sejarah negara ini.

13 comments:

  1. Saya no komen... Almarhum Tunku terlalu banyak berjasa, Tun Dr Mahathir. Cuma kita boleh renungkan luahan hatinya...

    ReplyDelete
  2. Jasa Almarhum Tunku tidak ternilai, Tun Dr Mahathir meneruskan kesinambungan jasa kepada negara bangsa ,dua Putera Kedah ...

    ReplyDelete
  3. Hmmm....

    Cerita yg klise...tak nak buat lapuran polis.....

    Nak panjang ceritapun tak guna, Seorang tu dah meninggal, seorang lagi sentiasa terus dihormati oleh sebilangan besar rakyat kecuali beberapa kerat spt kj dan pak metua.

    Namun kedua-duanya negarawan yang sepatutnya terus dikenang dan diberi penghormatan sewajarnya.....

    Kedua-duanya Putera hebat dari Negeri Kedah!!! Aku setuju dengan mei ayaq. Bangga aku!!!

    Sekarang bakal lahir seorang lagi Putera hebat dari Negeri Kedah Daul Aman yang akan mengharumkan kembali nama Malaysia selepas dibusukkan oleh B A B I.....

    Putera yang dimaksudkan ialah calon no 1, Dato' Mukhriz "Berani Berubah".

    ReplyDelete
  4. itulah politik,mesti mau berani,kalau setakat bodek,cium tangan,nak projek,dapat tongek,masa kempen cakap nak perjuangkan bangsa agama dan negara..bila tak dapat projek mula la nak kuar parti..itu bukan ahli politik yang sebenar..itu lahanat..

    ReplyDelete
  5. MUMMY, SUNGGUH TAK SANGKA BETAPA JAHAT-NYA DR. MAHATHIR.

    MUMMY-MUMMY, BOLEH TAK MUMMY TOLONG CERITAKAN BAGAIMANA SINGAPURA BOLEH TERLEPAS DARI TANGAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAN MALAYSIA SELEPAS ITU DEGAN BEGITU MUDAH SEKALI SEWAKTU PEMERINTAHAN TENGKU ABDUL RAHMAN.

    MUMMY TOLONG MUMMY, SAYA HARAP MUMMY TIDAK AKAN MENGHAMPAKAN SAYA DAN MEREKA-MEREKA YANG TIDAK TAHU AKAN SEJARAH NEGARA YANG SEBENAR.

    MUMMY, YOU ARE BEST historian.

    PELUK CIUM DARI MAMU,
    SHARUK KHAN

    TOLONG MUMMY, SAYA SANGAT DAHAGAKAN AKAN CERITA-CERITA SEJARAH NEGARA KITA.

    ReplyDelete
  6. tar terlalu liberal. hilang spore atas runding politic old boys school.discussion over a glass of g n t. google for list of old author on singapore and independence etc.
    tar memang very westernise.. saya tidak ingat nama buku shows and tell everything.
    well a man who wld like to spend time at kelab lumba kuda.
    he likes the sorts of thing... as i knw someone theIR late father UsED TO BE under his cabinet and very closed friend of tar. Anak nya masih(tak pasti skerang) jadi board director pada syarikat judi terbesar. mereka ni di besarkan dalam era yg terlalu kolonialisme..anak mereka semua sekarang dah 50 an. mereka adalah didlm golongan elit.
    so it is best or common to write z memoir to just clear one's conscience. betul atau salah it is a form of their theraphy for their soul. the aim was to prong: to set defense even though in a lame and rebuttable excuse 2. to tell what they make believe (regardless lah correct or wrong) at least have it paper.. so let people know. that is ol fashion strategy..

    so ppl who read less tend to get swayed esily. esp the lacking of historical facts such as sejarah Umno dan sedbagainya. makanya ramai yang meng aSsociate kan UMNO DGN KEBURUKAN YANG Habits individu yang memegang jawatan dlm organisasi.
    BILA Penulisan TAR di baca oleh orang yang tak mengetahui asal cerita sebenar maka ketahuilah sentiment akan menguasai emosi. tanpa mengkaji menyeluruh adakah benar fakta yg ditulisnya.
    Kita ken ingat zaman tu tok nenek bapa era mereka whisky adalah macam air. lumba kuda (judi) macam riadah.
    lagi pula jika didikan di barat dari kecil berasrama penuh di eton . dimana cara hiidup dan priority mereka lain dari tuntutan masa org kebanyakan di negara kita. no matter how berjiwa rakyat seseorang itu, tapi jika didikan awal yg dikelilingi oleh org bourgouise/bangsawan makanya nilai hidup dia lain dari org kebanaykan sprt kita, tambahan kita tidak minum dan judi ETC maka keakrabanNYA jatuh pada golongan kaum yang suka benda yang sama dgn TAR. kITA adalah satu objective yang mana monopolikan kerana atas nama parti dan asal usul serta nama bangsa melayu.
    rata 2 org yang sekarang tak tahu sejarah nampaknya mudah membenci umno kerana disebabkan individu individu spt tar, tdm, Badwui. hingga memalukan keburukan aib melayu dan kaum yg lain sekarg sudah mula bertepuk tgn. bak kata org both ways those other kaum still benefitting them.
    yg ruginya kita semua.

    ReplyDelete
  7. Salam rindu buat Mummy,lama tak dapat berita kerana teman berada di luar negeri(Dubai)sibuk dgn kerja.,tapi sekarang sudah kembali ke Tanah Air yg.tercinta.,

    Macam macam yg.terjadi...

    Buat waktu ni tak mau komen apa apa biar berehat sementara mencari punca segala permasaalahan yang berlaku di PERAK terutamanya.

    Buat Mummy smoger sihat dan teruskan penulisan .

    ReplyDelete
  8. salam mummy yg cun...

    pada saya mereka berdua bnyk jasa pada negara dan melayu... tdm punya otak serupa p ramlee.. melangkaui masa... orang paling saya respek lepas mak pak saya adalah tdm... pak lah tadak dlam list... sori...

    arin2772

    ReplyDelete
  9. Salam Mummy,
    Pemikiran Mummy memang kritis sekali mengenai isu-isu yang diketengahkan.Teruskan penulisan ini agar dapat membuka minda genarasi muda yang memang buta mengenai pensejarahan Tanah Melayu. "Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya" Fikir-fikirkan lah.

    ReplyDelete
  10. TAR adalah manusia yang berhati mulia.Sebagai pemimpin dia kurang fokus terlalu percaya pada orang.Ada banyak sebab kenapa dia dikritik.Pertama pemimpin muda kurang sabar dan hilang keyakinan pada TAR.Serupa dengan apa yang dilalui oleh PM sekarang.Harus diingat DrM adalah orang kepercayaan Tun Razak.Walau apa pun jasa TAR tetap di kenang dalam sejarah Malaysia.

    ReplyDelete
  11. MUMMY,

    SAYA SUNGGUH HAIRAN, KENAPA MUMMY DELETE COMMENT SAYA TENTANG SINGAPURA TERLEPAS DARI MALAYSIA DENGAN HADIAH SEBOTOL GIN N TONIC KEPADA TUNGKU DARI HARRY LEE KUAN YEW. MUNGKIN IA-NYA TIDAK BETUL TAPI ITU LAH COMMENT SAYA PETIK DARI ANONYMOUS SEPERTI DI-BAWAH INI. MUNGKIN COMMENT YANG DI-BAWAH INI JUGA TIDAK BETUL TAPI HAIRAN COMMENT ITU MASIH TERPAPAR DI-RUANG COMMENT.


    Anonymous said...
    tar terlalu liberal. hilang spore atas runding politic old boys school.discussion over a glass of g n t. google for list of old author on singapore and independence etc.
    tar memang very westernise.. saya tidak ingat nama buku shows and tell everything.
    well a man who wld like to spend time at kelab lumba kuda.
    he likes the sorts of thing... as i knw someone theIR late father UsED TO BE under his cabinet and very closed friend of tar. Anak nya masih(tak pasti skerang) jadi board director pada syarikat judi terbesar. mereka ni di besarkan dalam era yg terlalu kolonialisme..anak mereka semua sekarang dah 50 an. mereka adalah didlm golongan elit.

    DAN HAIRAN JUGA COMMENT SAYA "MUMMY, SUNGGUH TAK SANGKA BETAPA JAHAT-NYA DR. MAHATHIR."
    MASIH TERPAPAR MUNGKIN MUMMY SERONOK DENGAN PERKATAAN "SUNGGUH TAK SANGKA BETAPA JAHAT-NYA DR. MAHATHIR."

    ITULAH MUMMY JANGAN CUBA-CUBA NAK SELIT 2 LEMBAR DAUN KERING. AKHIR-NYA TIDAK DAPAT MENERIMA KENYATAAN TENTANG ORANG YANG DI-PUJA. JANGAN MUMMY FIKIR SEMUA YANG KE RUANG MUMMY INI DUNGGU. LAIN KALI HATI-HATI KALAU NAK UNGKIT PERKARA LAMA DAN MEMBURUK-BURUK KAN ORANG LAIN. FAHAM MUMMY. BE FAIR AND HONEST TO YOUR SELF AND DON'T BE A HYPOCRATE.

    MUMMY KU SAYANG PLEASE COMMENT

    DARI MAMU SHARUKH KHAN

    ReplyDelete
  12. kerana mamak lah UMNO jadi porak peranda.TDM adalah keturunan kutty.Mamaklah yg hancurkan institusi Raja-Raja Melayu.Jika mamak ini tidak porak perandakan UMNO,maka UMNO akan dikenang.UMNO hanya untuk org melayu tulen,bukannya untuk mamak.mamak mana tahu adat org melayu,budaya org melayu tatasusila org melayu,dan lain2 hal2 org melayu.Cuba kita lihat dan renung seketika.LU PK LA SENDIRI........Sorry la MUMMY ROKIAH ini adalah kenyataan dan fakta.Bukannya rekaan semata-mata.Cerita benar disebalik MAMAK.

    ReplyDelete
  13. 1. Negeri Kedah melahirkan negarawan terulung.Pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman dan keduanya, Tun Mahathir.

    2. Jasa kedua - dua pemimpin dari negeri Jelapang Padi tiada tolok bandingannya.

    3. Terlalu malang pada ketika ini, kegemilangan Malaysia dihancurkan oleh anak kelahiran Pulau Pinang.

    4. Kehancuran negara Malaysia ternyata dilakukan oleh anak jati kelahiran Pulau Mutiara.

    5. Abdullah Ahmad Badawi membawa kehancuran yang pertama.

    6. Anwar Ibrahim membawa kehancuran yang kedua.

    7. Adalah diharapkan kehancuran ini dapat di halang oleh anak kelahiran Pahang, Dato Seri Najib Tun Razak.

    8. Sama - sama kita mendoakannya.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.