Friday, March 27, 2009

Bagaimana tanggung-jawab boleh dijadikan hadiah untuk isteri?

Hadiah Untuk Isteri, Kata Zahid
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan beliau sebagai Naib Presiden Umno merupakan hadiah kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan ke-31 mereka, yang kebetulan jatuh pada hari pemilihan parti.

Sementara itu, isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis menyifatkan hadiah ulang tahun perkahwinannya tahun ini sebagai yang paling berharga untuk diri dan keluarga.

KOMEN:
Baguih la Zahid ooooiii....Awal-awal lagi dah nampak perangai hang. Ada ka jawatan yang amat berat yang diamanahkan telah dijadikan hadiah untuk isteri? Awat hang ingat jawatan dalam UMNO ni untuk bagi kuasa kat bini hang campur tangan dalam mengagih projek-projek Kerajaan? Hang samakan amanah dengan hadiah macam loket emas, batu permata, berlian dan intan atau kereta mewah, motor besar dan istana?

Bini hang jangan pula jadi lebih camca dari bubuq. Lebih galah dari pokok. Kalau hang dok buat macam ni, hang nanti tunggu bala besaq dok mai. Hang tau ka RAP (rakyat atas pagar) dok perhati hangpa?. Hang jangan ingat UMNO tu besaq sangat, hang kena tau UMNO dah nak mati seperti kata mantan Presiden Pak Lah.

Kenyataan inilah yang membuat RAP meluat dengan UMNO dan laluan mudah kepada pembangkang di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

23 comments:

  1. Salam Mummy

    Ok la tu Mummy..Lagi pun sempena menyambut hari ulang tahun perkawinan beliau ye ke31.. apa salahnya dianggapnya hadiah..Ada yg lagi teruk seks dianggap sedekah mcm mana plak...Kan setiap setiap kejayaan seorang lelaki ada wanita dibelakangnya..tak kira la ibu ke, isteri ke, anak ke...sepatutnye ia tak menjadi isu..yang penting dia tahu mcm mana nak laksanakan tanggung jwb terhadap agama, bangsa dan negara.

    Awat jeles ka..

    Ulat&Kulat

    ReplyDelete
  2. Mummy,

    Ini la kata lokluck, hal parti bawak kat keluarga. Kalau cakap kemanangannya adalah hadiah tidak ternilai harganya daripada para perwakilan kepada isterinya, ok la juga..

    ReplyDelete
  3. Salam Mummy,

    Mummy punya posting merujakan sekali..mmg tepat mummy dok tulis..sayang, begini rupanya corak pemikiran mereka..sepatutnya mereka bersyukur serta berserah kpd Allah SWT, memohon kpd NYA agar diberikan kekuatan agar amanah yg diberikan dapat dilaksanakan dengan sebaik2nya..kalu ia pun sayangkan bini, balik rumah nanti tunjukkanlahk asih sayang tu..bukan begitu mummy !

    ReplyDelete
  4. Eleeh, hadiah buat isteri makin bangga.

    Setidak-tidaknya isteri dia layan lebih special dari biasa.

    Setidak-tidaknya Zahid tak cari artis buat pendua isterinya.

    Setidak-tidaknya sorang Naib Presiden kurang berskandal.

    Bagus untuk UMNO juga.

    Sangka baiklah cik oiii.

    ReplyDelete
  5. Salam MummyRock,

    Ada juga kedengaran dari Pengerusi Majlis supaya pihak yang menang menyuruh menaiki pentas setelah menang ..macam nilah bunyinya lebihkurang "slia naik kepentas Yang Berhormat kerana ALLAh telah memilih kamu sebagai pemimpin".

    orang miskin

    ReplyDelete
  6. Saya rasa Mummy salah fahan atau buat-buat tak fahan. Janganlah disebabkan kenyataan Ahmad Zahid spt itu pun Mummy nak buat isu. Maksud 'kemenangan adalah untuk isterinya' adalah kejayaan itu adalah memberikan kegembiraan kepada dirinya dan dihadiahkan kegembiraan itu kepada isterinya. Bukannya untuk mudah nak bagi projek pada isteri dan kaum kerabat isteri dia. Saya rasa kenyataan Mummy ini adalah persepsi kiar Mummy. Tak perlulah kenyataan yang seperti itu pun Mummy nak buat isu. Janganlah sengaja mencetuskan pergolakan dan memberikan provokasi untuk menyakitkan hati dan perasaan orang lain. Mummy ni ada kuasa sakki ke sampai dapat membaca firasat daripada kaka-kata Ahmad Zahid? Kalau setakat meneka dan sekadar persepsi sahaja, elok sahaja dihentikan. Janganlah lagi menambah jumlah bangsa melayu yang suka menjatuhkan bangsa sendiri dan memandang rendah kepada bangsa sendiri (Itu pun kalau Mummy ni orang melayu). Kalau tidak janganlah terlalu cepat membuat persepsi liar.

    ReplyDelete
  7. SALAM MUMMY,

    Bagi saya tak salah bagi zahid menghargai isteri beliau (bukannya dia bawak perempuan simpanan dia kat majlis tu), tak gitu mummy??
    mungkin Mummy sendiri yang `lebih camca dari bubuq,lebih galah dari pokok. bersangka baik la sikit mummy ooi , jangan asyik nak konar jer..!

    ReplyDelete
  8. 1. Pemilihan UMNO sudah berakhir.

    2. Selepas ini lebih banyak lagi fitnah dari Pakatan Rakyat akan dikenakan terhadap kepempinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

    3. Sokonglah Datuk Seri Najib Tun Razak.

    4. Rumah siap pahat masih berbunyi

    ReplyDelete
  9. betui mummy cakap tu!
    awat depa ingat jawatan politik dan kerajaan tu sama ka macam loket berlian apanama ka.

    sabit si khir toyo tu songlap nalaa punya sama naik dengan bini dia kat selangor tu, tu lah dok label jawatan tu hadiah untuk diri depa dengan bini depa dengan kaum kerabat depa sampai habih keghabat hak rakyat. lepaih tu pandai dok kata 'itu cerita lama'. kepala bapak dia cerita lama!! sakan bini si khir mummy, tu dia handbag rm23,0000 hadiah kunun. woih! kalu harap gaji si khir tu mampuih mati hidup balik tak mampu beli.

    memang RAP dok berangin la ni

    __
    RAP

    ReplyDelete
  10. Sokong mummy - apa apapun tak sesuai ungkapan dilahirkan secara umum, balik umah, bisik atas katil baru kena...semua dapat, tu pun kalau belum koro.

    Cara pemenang mengangkat tangan di atas pentas dengan senyum lebar dan beria ia sangat pun rasanya tak sesuai, ini bukan pengumuman juara akademi fantasia.

    Ini tugas berat yang di amanahkan. Kenapa dan apa sangat membuat mereka cukup gembira??!!

    Apakah masih ada minda jika terpilih dan berjawatan bererti mengaut keuntungan !!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  11. mummy awat mummy tak boh komen tentang KJ.saya dok tunggu nak tengok artikel tentang KJ Sebab selepas ni saya nak buat laporan Polis pada Lembaga Disiplin Umno kerana membenarkan KJ bertanding sedangkan Ali dibatalkan penyertaannya untuk bertanding.Apa bezanya kesalahan Ali dan KJ..tapi yang kalah jangan dok syok sangat seperti Mukhriz dan Khir Toyol.puncanya depa ni kalah
    1. Mukhriz- dia bila turun padang nampak beza sikit terutama bila berhadapan dengan akar umbi yang rata rata anak anak kampungan yang penuh selut,kuku makan cekam,hitam hitam,mukhriz turun degan status ahli perlimen tu yang jadi payah.sembang pun berprotokol.
    2.Khir Toyol plak -dia masih terganggu dengan stail masa dia Jadi Menteri Besar, Masih gila talak kata orang jadi kalau turun jumpa akar umbi pun diri mcm menteri besar juga.
    3 KJ yang berjaya walaupun menggunakan duit berjuta sampai kempis poket...walaupun dia di hina kerana menggunakan wang tapi barang harus diingat kalau bercakap gigi lebih lembut dari lidah.guna teknik teknik tertentu seperti zaman Anwar dan zaman Paklah(teknik memikat anak dara taiko berjaya) maka dia akan berjaya.KJ turun mendekati anak muda dengan gaya anak muda kampungan bukan dengan seperti menteri bersembang bergurau dengan kadar kerendahan seperti dia juga kampungan.naik motor kapcai,minum kopi dalam gelas jadi ini kelebihan dia.hati sapa tak cair maaa...ditambah pula dengan sikit duit.maka terbaliklah hati hati mereka..macam setan goda manusia hehehe

    ReplyDelete
  12. biaq pi la sesekali tumpahkan bangga kat bini... isy..isy...jgn jeles plak...

    ReplyDelete
  13. POSITIFKAN AJA LA MUMMY ROKIAH OI, HANG NI KAN KALAU AYAT TU KELUAQ DARI MULUT GOBIND SINGH DEO KE,KARPAL KE, LIM KIT SIANG KE, HANG AKAN KOMEN LAGU LAIN PULA.'"TENGOK BUKAN ISLAM BILA TEMPAH KEJAYAAN TAK LUPA ISTERI DAN SANGAT PANDAI AMBIL HATI ISTERI".HANG NI KAN, JENIS MELAYU YANG TAK BOLEH BERTUANKAN MELAYU.TERLALU BANYAK SKRANG NI JENIS MAKHLOK MELAYU YANG MACAM HANG,CUBA BILA SUJUD WAKTU SEMBAHYANG TU LAMA SIKIT DOAKAN ATAS KEAMANAN NEGARA DAN UMAT ISLAM SAMA.ADA USTAZ KATA DOA SEMASA SUJUD ATAS KESEJAHTERAAN UMAT ADALAH YANG TERBAIK.

    ReplyDelete
  14. MUMMYROKIAH...HANG TULIH ARTIKEL PASAL MB KEDAH PUN KENA BANTAI TERUK...NI TULIH PSL ZAHID HAMIDI PUN KENA BANTAI GAK...HAHAHA..SIAN CHEQ TGK HANG NIH...KAN CHEQ DAH CKP...HANG TOKSAH NAK TAMBAH LAGI DOSA HANG..INSAFLAH...JAGA ANAK...TAAT DAN JAGA SUAMI LAGI BAIK...NI DAK...LAYAN BLOG LAGI BYK DARI LAYAN SUAMI DAN ANAK...DOSA GAK WOOO....CHEQ RASA BAIK HANG RESIGN TULIH BLOG...TULIH DIARY JE CUKUP PASTU DIARY TU SIMPAN DLM ALMARI KAIN HANG...EHEHEHE...ALAA MUMMYROKIAH NI KAN PEMINAT PAKLAH...DIA NAK AKWIN DGN PAKLAH TP PAKLAH DAH PIIH JEANNE PSL JEANNE LAGI PUTIH DR MUMMY...TU MUMMY TAK KOMEN PSL KJ...MUMMY CINTA KAT KJ GAK TU...EHEHEHE...INGAT PESAN CHEQ SBLM NI TAK,MUMMY ?? MATI ITU BENAR DAN SYURGA NERAKA ITU JUGA BENAR...

    ReplyDelete
  15. Mummy,

    Sy setuju dgn kata-kata pedas Mummy kerana pemilihan UMNO ni bukan pertandingan siapa menang siapa kalah.

    Sepatutnya ianya menjadi ikhtibar supaya membuang segala penyakit masyarakat itu sendiri jangan menjadikan jawatan (kalau dipilih ke kabinet) sebagai tanggungjawap berat sebagai Muslim dan org Melayu di Malaysia yang semakin ditindas haknya.

    TIDAK LAYAK digelar pemimpin Melayu yg hanya pandai mengambil hati perwakilan di waktu pemilihan sahaja. Ini perkara 'serious' BUKAN main-main. Kalau nak cakap pun secara pribadi oklah dari seorg suami kepada isteri BUKAN di khalayak ramai bunyinya sama dgn SAYA SYG SANGAT ISTERI SAYA. Bukankah ini bodoh dan cetek otak sebagai pemimpin? SYABAS mummy! Sy sokong 100%.

    Satu lagi Mummy kenalah cakap pasai KJ yg menang dgn cara sogokan! RM12,000 utk budak2 berhingus dlm perwakilan pemuda!

    Yg menyedihkan Lembaga Displin UMNO mudah kena sogok pulak! Siapa yg akan 'check' ahlinya kalau terbukti rasuah juga? Bersalah rasuah tetapi boleh bertanding? Inilah KEBODOHAN org Melayu! Kalau di Jepun, Korea atau Indonesia pun dah lama di'keronyok' org ramai/rakyat. Tak ada seorg pun perwakilan bangun membawa isu ini. Di mana Tengku Ahmad Rittaudden?

    Kalau polemik ini terungkai UMNO lebih WIBAWA dan diterima org Melayu.

    Sy berharap Mummy ulas lanjut isu ini.

    Terima kasih Mummy.

    ReplyDelete
  16. Mummy,

    Ini ada satu berita, Pemuda UMNO Kelantan harus dibawa ke lembaga displin segera sebab.....

    MENERIMA SOGOKAN RM DARI KJ.

    Sy sokong Pemuda UMNO Kelantan ditukar jadi Pemuda PAS Kelantan saja. Baru boleh belajar ugama sikit.

    Patutlah PAS Kelantan dapat perintah lama nooooo!

    ReplyDelete
  17. Mummy,

    Pelantikan yg paling penting bagi Dato Najib selepas ini adalah Setiausaha Agung Umno dan Setiausaha Kerja Umno yg akan bukan sahaja akan menggambarkan kebersihan ,imej dan persepsi yg baik dan diterima olih rakyat malah seseorang yg cekap menjalankan kerja kerja siasah dan pentadbiran parti
    Calun calun tersebut mistilah seorang yg berpengalaman dibidang politik dan pertadbiran dan berkerja untuk agenda Umno bukan untuk mempopularkan diri sendiri
    Diantara calun calun ini adalah RTC , Ali Rastam dan Nazaruddin Alang Saidin mantan setiausaha kerja Umno/BN dan mantan Exco pemuda semasa Najib ketua pemuda

    ReplyDelete
  18. Perlantikan Setiausaha Agung seharusnya seorang yang senior, berdiplomasi,pandai handle BN dan berlatar belakangkan undang-undang.
    Rais Yatim yang terbaik.

    ReplyDelete
  19. Siapa yang memberi undi kepada Zahid Hamidi? Siapa yang memberi pencalonan kepada Zahid Hamidi?
    Manafaat dari politik adalah hasil undian penyokong. Hadiah untuk isteri? Relevan ka?

    KJ menang Ketua Pemuda. Kalau kita terjemahkan begini apa bezanya :
    1. Ketua Pemuda di menangi oleh seorang mengamal politik wang.
    2. Setelah di dapati bersalah mengamal politik wang, beliau terpilih menjadi Ketua Pemuda.
    3. Ketua Pemuda UMNO iaitu sebuah parti komponen dalam BN yang memerintah Malaysia ialah pengamal politik wang.
    4. 304 Perwakilan menyokong politik wang.
    5. Pengamal politik wang di benarkan dalam UMNO khasnya Pergerakan Pemuda UMNO.
    6. Politik wang tidak salah.
    7. Ketua Jalang Politik menjadi pilihan pemuda UMNO untuk memimpin Pemuda UMNO.
    8. Ketua Pemuda UMNO menyokong politik wang.

    ReplyDelete
  20. Saya amat setuju dengan cadangan Mami Setiausaha Agong Umno dilantik Rais Yatim.Tun Mahathir juga setuju dengan cadangan ini.

    ReplyDelete
  21. mummy saya tak dapat tahan gelihati ni ketawa terbahak2 ni sebab pengkomen kata khir tu gila talak!! kah kah kah.. tu dia.. padan muka khir toyol tu..

    secara jujur kan mummy, saya tak kesah sangat kj menang ke atau mukhriz ka. mana2 satu antara 2 orang ni kira boleh terima lah. tapi, bab khir ni emm.. tak payah lah. menyampah! perasan nombor satu! tu dia seronok sakan bagi penyapu kat orang kena tutuh dengan penyapu balik. padan muka!!

    ReplyDelete
  22. TU DIA MAMI BAGI CILI TERUIH KAT DIA, AKU MEMANG SAYANG MUMMY NI...MUAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  23. seeloknya jadikan hadiah untuk pak mentua, sempena hari khamis.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.