Alor Star,
17hb. Jun 1969
Y.T.M. Tunku,
Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.
Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.
Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.
Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.
Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.
Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.
Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.
Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.
Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.
Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos.
Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.
Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.
Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.
Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.
Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.
Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?
Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.
Patek Yang Ikhlas,
(Dr. Mahather bin Muhammad)
KOMEN :
Zaman berubah, teknologi berubah. Dulu surat hari ini Blog. Dulu Pekan Rabu hari ini Twin Tower. Dulu belacan hari ini keju. Masa terlalu pendek. Pemimpin datang silih berganti. Rakyat hanya menjadi penunggu yang setia. Kita sering lupa sejarah tetapi sejarah tidak melupakan kita.
TERIMA KASIH PAK LAH.
Salam Mummy,
ReplyDelete"Melayu tak mudah lupa tapi mudah nyayok . Tetapi ingat wahai semua bangsa Melayu perjuangan bangsa kita banyak belum selesai lagi.Oleh itu menjadi tanggung jawab wajib setiap individu Melayu untuk bersatu padu antara Umno/Pas.
Biarlah jadi pemimpin yang tak populer macam Najib Razak dari jadi populer macam Pak Lah sampai pembangkang pun sayang. Tapi buat kerja tak tahu. Ekonomi tak reti, Melayu dan Islam tak jaga cuma tahu beri kebebasan pada Cina Keling untuk hina Melayu dan Islam.
ReplyDeleteAku doakan agar Najib menjadi Perdana Menteri dan disiplinkan mereka yang tak sedar diri dimana tanah yang mereka pijak sekarang ini,.
apahal semenjak dua menjak ni menjadi2 pulak "sayang" mummy kat pak lolah tu..sampai ucap terima kasih tak sudah2..sudahlah tu.. jgn nk hipokrit..biar dia blah..sikit sebanyak dia pun dh hampir2 nk jd macam tunku jugak..
ReplyDelete"Saya tidak sekali-kali mudah dihalau sebagai seekor
ReplyDeleteanjing kurap" -YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
Anonymous said...
TENGKU ABDUL RAHMAN terlalu liberal.
Hilang SINGAPORE atas runding politic old boys school. Discussion over a glass of G N T .
Google for list of old author on Singapore and independence etc.
TENGKU memang very westernise.. Saya tidak ingat nama buku shows and tell everything.
Well a man who would like to spend time at KELAB LUMBA KUDA.
He (TENGKU ) likes the sorts of thing... as i knw someone the IR late father USED TO BE under his cabinet and very closed friend of TENGKU.
Anak nya masih(tak pasti skerang) jadi board director pada syarikat judi terbesar. Mereka ni di besarkan dalam era yg terlalu kolonialisme..
Anak mereka semua sekarang dah 50 an. Mereka adalah didlm golongan elit.
March 4, 2009 8:49 PM
COMMENT SAYA..
Sungguh tak sangka sama sekali Tengku Abdul Rahman telah melepaskan SINGAPURA dengan sebotol g n t ( GIN N TONIC ).
Mummy, mummy, apa benda tu gin n tonic. Adakah ia –nya seperti coca-cola atau pepsi atau lemonade atau sarsi sarsaparilla….aje minuman.
Apa mummy cakap, NAKUDZUBILLAH, TENGKU TELAH DI-HADIAHKAN SEBOTOL ARAK YANG DI-HARAMKAN ALLAH YANG BERJENAMA GIN N TONIC UNTUK MELEPASKAN SINGAPURA.
SEDIH SUNGGUH SAYA DENGAR, SAMPAI BEGITU RENDAH SEKALI MARUAH TENGKU SANGGUP MENGKHIATNATI
BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA HANYA DENGAL SEBOTOL BENDA HARAM.
WALAU BAGAIMANAPUN MUMMY, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENJUNJUNG DAN MENGINGATI JASA
TENGKU ABDUL RAHMAN MENGGADAI SINGAPURA DENGAN SEBOTOL ARAK BERJENAMA GIN N TONIC akan terpahat dalam sejarah negara ini.
CHEERS TO YOU HARRY LEE KUAN YEW
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA,
Selamat Tinggal Pak Lah. Jasa Pak Lah MENGHANCURKAN MALAYSIA akan terpahat dalam sejarah negara ini.
BYE MUMMY, PELUK CIUM DARI MAMU,
SWEET DREAMS MUMMY
MELAYU MUDAH LUPA, JANGAN SEJARAH BERULANG KEMBALI ,,, PULAU SINGAPURA SUDAH TERLEPAS,BEGITU JUGA PULAU BATU PUTIH, PULAU PINANG.... , APA NASIB PULAU PISANG..... MELAKA HILANG KESULTANAN ... MELAYU MUDAH LUPA... ! SEDARLAH WAHAI PEMIMPIN, JANGAN KERANA KEPENTINGAN SEKERAT DUA ORANG.... SEJARAH TERUS BERULANG ??? ,MELAYU MUDAH LUPA
ReplyDeletekita doakan saja semoga roh beliau bersemadi dengan aman.semoga Allah ampunkan dosa2 beliau.
ReplyDeleteBerlakunya 13May kerana melayu sudah hilang sabar.Kita mudah hilang sabar apabila di himmpit masaalah kewangan.Ketika itu orang Melayu rata2 semuanya miskin.Berbalik kepada keadaan semasa kerajaan sekarang lagi teruk hilang kawalannya tetapi orang melayu masih belum miskin walaupun sudah tertekan.Kita wajib jadikan sejarah sebagai pedoman.
ReplyDeleteSalam Mummi,
ReplyDeleteSaya rasa ada sesuatu yang ingin diketengahkan oleh Mummi,mengapa dengan tiba tiba Mummi postkan surat Tunku dan surat Tun Dr Mahathir.
Apa motif dan niat sebenar Mummi membuka semula sejarah pahit 1969,adakah Mummi rasakan akan berulang sejarah 1969 ?
Tolong baca buku baru tulisan Dr Kua Kah Siong berkenaan 13 mei versi seorang extremist cina,anda akan terkejut besar !
saya harap mummy berhati-hati dlm post ini, dalam keadaan melayu sgt lemah skrg kita kenalah bertanggungjawab dengan penerangan yang betul..apa pun harap mummy dapat sambung post di atas supaya org tak keliru..pleasse..
ReplyDeleteSalam Bloggers,
ReplyDeleteMummy postkan 2 insiden penting yang telah berlaku di antara 2 pemimpin agong kita Tun dan Tunku kerana untuk mengimbangi post Tun di dlm blog beliau chedet.cc bertarikh 1.3.2009 bertajuk "Keperihatinan".
Tun tidak habis-habis membelasah Pak Lah sehingga saat-saat akhir Pak Lah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan.
Tun ulangi apa yang beliau lakukan kepada Tunku. Istilah yang mudah ialah menghalau.Dulu menghalau Tunku kini dihalaunya Pak Lah.
Sebagai pemimpin agung apakah sikap sebegitu yang kita ingin tanamkan kepada rakyat jelata sekelian? khasnya Melayu?Apakah ini budaya Melayu? atau cara Islam?
Keceluparan Tun kepada Tunku membuatkan Tunku terasa hati yang amat mendalam sehingga Tunku meninggal dan Tun sedar hal ini sehingga tak habis-habis Tun mencium tangan Tunku apabila berjumpa dan berada disisi Tunku semasa Tunku di saat-saat akhir Tunku sakit dan meninggal.
Kini Tun lakukan perkara yang sama pada Pak Lah.Dan lukanya kepada Pak Lah pasti amat mendalam.
Kita tatang Tun dan kita hormat beliau tetapi di dalm mengagung-agung seorang pemimpin jangan pula keterlaluan. Tun kata tangannnya busuk kerana rakyat sudah tidak mencium tangannya lagi, cuba ikuti blog beliau, semuanya memuji dan menghormati beliau.
Apakah kelak Najib akan menghadapi situasi yang sama?
Apabila korporat-korporat dan ahli-ahli perniagaan keciwa tidak dapat projek dari Najib mereka akan mengaduhal kepada Tun dan Tun akan hentam Najib pula.
Harap maaf Mummy bukan nak membodek Pak Lah. Cuma ingin menyingkap kembali sejarah buruk supaya tidak berulang.
Apa yang berlaku hari ini ialah apa yang kita buat kelmarin.
Salam bloggers,
ReplyDeleteApa juga kita hentam Tunku tetapi jasa Tunku amat banyak kepada negara ini yang kita lupa.
Singkap kembali peranan Perkim di bawah belau. Berapa ramai Tunku telah mendekati dan membawa mesej Islam secara lembut, cantik dan berhemah.
Sehingga ramai yang memeluk Islam.
Dan seharusnya diingat bahawa Tunku meninggal dunia pada pagi hari Jumaat. Tafssirlah sendiri.
Sama-sama kita hadiahkan bacaan Al fatihah supaya roh beliau tenang dan juga dihadiahkan kepada pemimpin-pemimpin yang lepas.
Mummy,
ReplyDeletemelihat kebelakang dan mengimbau sejarah adalah salah satu cara mencari panduan supaya kelemahan itu tidak diulangi . YG terpenting apa dia rumusan kita untuk menuju kehadapan . Pemimpin pemimpin punya era ,masa dan tika mereka . Kadang kadang ada pemimpin yg mendahului zaman nya dan ada pemimpin yg ketinggalan zaman . PakLah adalah pemimpin yg ketinggalan zaman ,amat banyak langkah dan polisi beliau tertinggal dik zaman , Malaysia memerlukan Multimedia Supercorridor Paklah buat corridor lain , Malaysia memerlukan chip dan pengisian PakLah sebuk dgn buah nangka dan kambing 5 ekor
Malaysia punya proram hayati nilai nilai Islam PakLah sebuk dgn Islam Hadhari yg sekarang ini dah senyap sepi
Tun Mahathir pula terlalu muda untuk bersara ,beliau mengukur prestasi pemimpin lain dgn prestasi beliau . Tun lupa beliau menjadi PM lebih dari 22 tahun semasa itu belum ada cabaran internet dan anak anak muda facebook dan mms ,kalau Tun tidak berhati hati lama kelamaan Tun akan ketinggalan zaman
Tok Najib punya kualiti yg berbeza dgn kedua dua mantan dan bakal mantan PM ini . Najib punya kualiti mesra rakyat PakLah dan tenacious Tun Mahathir ,Malaysia akan menuju ke zaman kegemilangan ......
sejarah buruk paklah adalah kerana beliau dengan kuasa yg ada padanya telah memilih sendiri jalan tersebut. kenapa nak salahkan dr mahathir?
ReplyDeletehormat paklah??
apa yg telah beliau lakukan ke atas malaysia, agama islam dan bangsa melayu sehingga kita perlu hormati beliau???
Expediate Decision On PPSMI Issue, Abdullah (BERNAMA REPORT 07.03.22009)
ReplyDeleteMUMMY, DI-ATAS ADALAH UCAPAN ABDULLAH.
HAIRAN KENAPA NAK DESAK NAJIB ATAU HISHAMUDDIN TERGESA-GESA BUAT KEPUTUSAN.
NAK SCORE POINT KE.?
SAYA SARANKAN SUPAYA THE LAME DUCK PRIME MINISTER JANGAN CAMPUR. RAKYAT MALAYSIA SUDAH MUAK DENGAN DIA. DUDUK DIAM-DIAM TUNGGU HARI D DAY SUDAH JANGAN NAK SIBUK-SIBUK.
MUMMY TOLONG SAMPAIKAN KOMEN SAYA PADA MUMMY PUNYA FAVORITE PM. BOLEH MUMMY. NANTI SAYA UPAN SENTIL DENGAN SIRIH, OK MUMMY, PLEASE MUMMY JANGAN TIDAK-TIDAK.
PELUK CIUM DARI
MAMU SHARUKH KHAN
Mamito,
ReplyDeletePapito tarak lupa masih ingat jugak. Dulu kita ada ingat singapore punya sejarah, dia punya sultan banyak binawe, kasi bunuh sama itu orang muda kerna kasi idea betis ganti batang pisang. Itu pasai la sampai hari ini Melayu tinggai telur saja di sana.
Mau tanya komen mamito perangai pemimpin peringkat umno cawangan di Merbok yang bersikap seperti Sultan Temasik (singapore?) Ada pemuda educated nak masuk umno borang di buang tarak sampai bahagian. Mulut cakap lain tapi tangan lain bikin. Belakang, bikin bising bila UMNO buat ceramah orang tarak mari. Sapa bodoh mau mari bila orang mau masuk UMNO kasi sekat sana sini. Ini orang educated semua sudah joint PR. Mulut cakap jaga saluran 3 & 4 tapi tangan kerja kasi sekat ini orang muda nanti dia worang lawan ketua woo..
Papitor
Papitor
ReplyDeleteMarch 7, 2009 7:55 PM
Banyak terima kasih Papitor tarak lupa sejarah. MUMMY TARAK LUPAKAN?
Ini merbok punya "monyet" mari kita sama dia kasi pisang.
Mari kita hari-hari malam ramai-ramai pergi dia punya rumah buat bising suruh sama ini "monyet turun dari pokok" apa macam.
PEMBELA NEGARA DAN BANGSA
salam mummy cun..
ReplyDeletesaya setuju sangat dengan tulisan tdm tu.. bapak saya ins polis masa mei 13 '69 kat melaka. balai tranquerah.. senjata yang dirampas polis dan disimpan di balai telah dikeluarkan dan diserah kpd masyarakat cina oleh ins polis cina (ikut cerita bapak saya lah...) melayu kena sembelih depan mata bapak saya.. sedih dengar cerita dia.. marah apatah lagi.. arwah tunku masa tu memang terkenal segai apologis cina.. patut dia dengar luahan hati tdm masa tu.. hidup tdm!!! paklah lembik sampai karpal pun naik kepala. cina dap jgn ckp lah.. masa tdm dulu berani dia org buat camtu?? patut pak lah belah pada 9 mac 2008 lagi..
arin2772...
kerana mamak lah UMNO jadi porak peranda.TDM adalah keturunan kutty.Mamaklah yg hancurkan institusi Raja-Raja Melayu.Jika mamak ini tidak porak perandakan UMNO,maka UMNO akan dikenang.UMNO hanya untuk org melayu tulen,bukannya untuk mamak.mamak mana tahu adat org melayu,budaya org melayu tatasusila org melayu,dan lain2 hal2 org melayu.Cuba kita lihat dan renung seketika.LU PK LA SENDIRI........Sorry la MUMMY ROKIAH ini adalah kenyataan dan fakta.Bukannya rekaan semata-mata.Cerita benar disebalik MAMAK.
ReplyDeleteMamak pun Bumiputera juga. Mamak telah menguasai nasi kandar negara ini. Dan depa pun mengusai ekonomi kita.
ReplyDeleteBaguihhhh punyaaa....