Monday, March 8, 2010

MCA meletakkan Islam sebagai tebusan untuk kuatkan parti

Di antara lima resolusi MCA yang diluluskan didalam Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-56 ialah meminta kerajaan menilai semula hukuman fizikal terhadap golongan wanita beragama Islam dan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan dengan mematuhi persetujuan yang diterima pakai "Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita" (CEDAW).

Nampaknya di dalam suasana porak-peranda dalam Parti MCA ternyata mereka mengambil kesempatan meletakkan hukum Islam khasnya dan Islam amnya sebagai tebusan untuk memperkuatkan parti mereka.
Mereka tidak lagi menghiraukan sensitiviti rakan mereka UMNO di dalam Barisan Nasional. Apakah selama ini wanita yang beragama Islam dalam Negara ini dizalimi tanpa peri kemanusiaan? Atau apakah selama ini wanita Islam didiskriminasikan?

Persoalannya apakah UMNO akan beralah di dalam soal ini demi untuk memperkuatkan rakan mereka MCA dalam BN.

13 comments:

  1. Mummy,

    Depa ni Perlu kIta Tentang, UMNO Kalau Betul Memperjuangkan Fasa Perlembagaan 5 nya...Jangan Takut Dengan MCA, Hatta UMNO Perlu Bergerak Sendirian ataupun menajadi pembangkang kerana mempertahankan Agama Allah. MCA taktau apa2 dan xlayak bercakap pasal Islam, Nik Aziz ja akan bagi org Kafir masuk kata sbb mereka xfaham kata Nik Aziz

    ReplyDelete
  2. right on mca join the group nk sebat wanita islam mesti sebat yang lelaki bikin dia mengandung

    ReplyDelete
  3. Itulah hadiahnya kerana UMNO membela kafir dlm rumahnya.Sebenarnya UMNO dok tak sedar lagi yg MCA & GERAKAN tu selama ini dok perkuda UMNO.Depa tahu UMNO perlukan mereka utk pamirkan wajah 1Malaysianya sedangkan MCA/Gerakan langsung tak menyokong slogan Najib tu.Hiduplah kamu dlm dunia angan2 kamu hingga PRU-13 nanti.Praktis lah dari sekarang macam mana nak dok kat sebelah meja Pembangkang dlm Parlimen kelak!

    ReplyDelete
  4. mummy,
    hal ni bukan saja berlaku dlm bn,dalam pakatan pun sama,bezanya pas terang terangan langsung tak menegur malah ya kan saja apa yang dap kata dan buat pada islam.

    berani ka pemimpin umno nak tegur mca? rasanya takkan berbunyi.

    kesimpulannya melayu lemah,islam dipersendakan.

    ReplyDelete
  5. Mummy,

    kalau MCA minta di nilai semula rotan terhadap wanita islam..apa salahnya? Depa minta nilai semula...bukan suruh kita basmi. Dan apa lah salah nya kalau kita nilai semula pun berdasarkan Al-Quran dan Sunnah?

    Tak kan lah begitu mudah kita biarkan Islam jadi tebusan....
    Tapi saya rasa...ramai antara kita pun (termasuk saya sekali kot?) yang tak berapa erti usul al-fiqh.

    So, UMNO ke, PAS ke, PKR, kalau cerita pasai Islam..kena lah tengok diri sendiri dulu.

    salam mummy...!

    ReplyDelete
  6. pisau.net.

    Kalu kekuatan Islam bergantung kepada kekuatan atau kelemahan Melayu...peranan Allah swt tak ada kah? Tak mungkin kan??

    Salam..:))

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Always ask myself this question. Are the Malays THAT racist? Every single time the Malays open their mouth to fight for their rights, they were accused of being racist.

    The Chinese on the other hand has the advantage. The DAP is pushing for Chinese's rights from outside the government, while the MCA and GERAKAN are fighting from the inside.

    The Malays are truly blind. Still want 'hak sama rata ka...?'

    ReplyDelete
  8. Salam

    MCA hanya liabiliti.

    ReplyDelete
  9. Mummy,

    Bukankah UMNO yang ajar MCA untuk memperlekehkan Islam, secara tidak langsung. UMNO ni Makruf buat mungkar pun buat. Tidak jelas Islam UMNO yang sebenarnya...Jadi kalau MCA berkata begitu kepada hukkum Islam...UMNO takkan tak rasa apa@?

    ReplyDelete
  10. Apa ada kena mengena dengan MCA. Melampaui China Asal seperti di zaman pemimpin mereka yang lalu.

    ReplyDelete
  11. haprak punya UMNO dah 50 tahun berparti tak pandai pandai nak tackle kawan (mCA)Bila kawan kata macam tu....dok nga nga lagi.
    Jangan hanya utu hidup ketuanan Melayu.. hidup Melayu tetapi agama melayu dilacurkan.
    Islam untuk semua!

    ReplyDelete
  12. say no to machavelliMarch 14, 2010 at 12:02 PM

    Hari ini MCA sudah tidak lagi relevan bagi majoriti kaum Cina, Orang Cina lebih berharap kepada NGOs mereka, untuk mengembalikan kerelevanan MCA buat tuntutan yang merepek, UMNO kena cerdik.. biar la Si Luncai terjun dengan Labu-labunya.. sorry bab agama tak boleh tolak ansur, jangan jadi macam PAS bila dok dengan PKR dan DAP hudud pun tak berani sebut dah....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.